Instagram : @peejburhan

aku tanya apa khabar?

khabar baikkkk...
lama tak bersiaran kan.
maaf la masa tak mengizinkan.

ramai bertanya aku dengan whatsapp, email, pm kat facebook n sebagainya pasal condition ayah aku.
sorry aku tak balas. sebab nak cerita..panjang ceritanya.
Insyallah ada masa aku cerita kisahnya.
untuk update terkini ada aku update sikit-sikit thru ig/facebook.

bila mama update kelmarin dekat facebook.



lepas update amik kau aku dapat banyak calls daripada saudara.
semua marah sebab tak bagi tau.
bukan taknak bagi tau. bila kau keadaan runsing macam ni.
takkan nak expect kita ingat semua orang la.

masa memula tu mama tak bagi tau siapa pun.
tu pun aku kata tak boleh. kena bagi tau.
atleast family kita yang dekat2 ni.
sebab if la let say anything happen kat adik-beradik aku, tapi tetiba fam dia decide taknak bagi tau aku. aku bengang kot. so kita orang bagi tau la family n few close friends.
kat social media pun aku takda update apa sebab mak aku tak bagi.
aku faham kenapa dia tak bagi.
nanti ramai dok contact dia tanya ke apa. dia dah la tengah bersedih kan.
so aku hormat permintaan mama.

tapi after few days aku share sikit dekat Ig tanpa pengetahuan mama.
then later tu mama tanya, "pija update ke?"
sebab mak aku start dapat msg sana sini.
walaupun kat update tu aku dah pesan mintak tolong jangan kacau mak aku.
well manusia kan.
so aku jawab, " a ah pija update la. mintak orang doakan yang terbaik untuk papa. kita tak tau dalam ramai-ramai yang doa tu, doa siapa yang Allah angkat."

thanks jugak untuk semua yang mendoakan.
sorry if aku tak dapat reply, tapi aku appreciate each n everyone of u.
tak terbalas budi korang.

nanti senang aku update penuh pasal papa yea.
aku harap korang boleh terus doakan papa.

other than that takda apa sangat.
aku tersangat busy.
ye la sekarang dah masuk office.
so memang masa habis sana la.
sekarang elly pulak dah start masuk office.
banyak pulak kerja luar. so ada je urusan luar kena pergi.
then balik petang terus kelam kabut siapkan kerja untuk post petang tu.

dah la seram kemain datang office meletop-letop elly tu.
i is comot forever.
pastu tiap pagi runsing sebab dok punggah baju, apesal takda apa nak pakai niii??
almari dah macam apa. kalau syaitan n iblis masuk pun merayu mintak keluar. hahaha.
so semalam gigih aku dok mengemas almari.
pastu baru sedar. oooo banyak baju aku sebenarnya.
tapi masalahnya pulak. i is pemalas iron baju!!!
so dalam 10 baju, 9 kena iron. arghhhhhh...
dah la dobi sekarang, hantar iron je pun sampai rm2 sehelai.
lagi baik aku amik orang kemas2 tu then, suruh iron baju.
tapi tu la, dia punya nak amikkkk tu kan. sampai ke laa ni tak amik lagi.
mungkin aku kena mengalah dan hantar gak baju gi iron kat dobi la kan. cisss..

lepas ni shopping kena beli baju yang formal sikit la kan.
sekarang ni aku bantai je pakai apa suka n ikut keselesaan diri.
tapi nampak underdress pulak. huhu.
baju takpa senang cari. now bersepah kan baju plussize.
tolonglah aku suka sangat flow la.
lawa n harga berpatutan. tapi tu la tak berapa nak ado-ado lagi.
so takleh la nak shopping amik baju sambil campak2, ok semua ni i nak ok. wahhh. hahahha.
seluar aku prob. sebab susah nak dapat yang best. nanti dah best tapi labuh semacam.
aaa malas nak kena hantar jahit bagai kan.
tapi kena la kot jugak nanti kan. siapa suruh rendang tak berbuah sangat ketinggian tu. huhu.

eh ok la.
aku dah terlalu lapar sampai sakit lak kepala.
tak makan apa lagi.
kims betul la.
dulu selamba je tak makan sampai petang relax je.
sekarang ni if tak breakfast je, mula la menggelupur kelaparan.
ok nak makan apa eh?
nak order je ke, or gi makan. tapi rasa kesepian la piuler.

kalau tak selalu almost everyday laki aku sibuk nak lunch sama.
naik rimas iolls. pagi petang siang malam jumpa dia je.
tapi ni call dia tak jawab lak. kerja lettew.
i is kesepian nak lunch ngan siapa ni?





10 Comments:

Pn Qema said... [Reply to Comments]

Semoga papa Peej diberi kesihatan yang baik

Anonymous said... [Reply to Comments]

As'salam peej.. akak doakan semuga Allah permudahkan segala urusan papa peej, In shaa Allah dia akan sedar dan menjalani hidup seperti biasa...Aamiin. Tell you mama to be strong k.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sorry i'm a silent reader.. tp biase je dok stalk ur page..
Insya Allah everything will be fine.. my mum pon pernah cam ur dad..
Be strong.. same goes to auntie..

aTienz_owEngEzz said... [Reply to Comments]

Salam Kak Pija..
FLOW dekat JPO tersangat lah murah..
kadang-kadang promo buy 1 free 1..
Jom datang Johor!

Anonymous said... [Reply to Comments]

InsyaAllah uncle akan bangun and be okay. Aminnn

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum May Allah cure your father. Byk bersabar.

Nura

Anonymous said... [Reply to Comments]

In syaa ALLAH uncle akan sihat sembuh dan main2 dgn anak2 peej dgn noy... ha...ni doa 3 in 1...

rohayaroy said... [Reply to Comments]

semoga papa peej cpt sembut dan Allah SWT permudahkan segalanya.. Auntie nani moga sabar.. tabah.. InnShaaAllah .. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui segalanya..

usna said... [Reply to Comments]

Moga ayah kak peej Allah sembuhkann. Moga family kak peej terutama mak kak peej terus kuat, tabah sabar banyak2dgn ujian Allah ni...

noraini said... [Reply to Comments]

bila kak peej nak aplod gambar pakai formal ni. kihkih

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...