Instagram : @peejburhan

rainbow after the rain

wow omputeh tajuk entry kak jah. hahaha. poyo sangat.
tolonglah apehal punya malas sekarang ni.
blog la paling tak kuasa nak hadap.
tapi korang saje kan tak bagi aku hidup senang.
sibuk nak komen sana sini tanya bila nak update blog. herghhhh.
malas tau malas.
campur tekanan jiwa lagi.
campur busy lagi.
campur stress stock barang takda lagi.

cara atasi stress adalah tidur.
tak pun makan.
tapi makan pun stress sebab semakin gemuk menjadi-jadi.
dah la is the time of the month.
berapa hari ni emosi terlebih.
semua benda akan mengundang kesedihan dan depression melampau. menyampah sangat.

dah la laki aku busy few days ni sebab boss dia pindah rumah.
so balik lambat. i kesepian u know.
dah la kena pergi post barang sendiri. sob sob.
so memang tekanan la. kesedihan bertimpa-timpa je rasa.

sekali semalam laki ku balik bawak memacam barang.
dia kata boss dia bagi.
salah satu adalah ini.


wah rejeki. hahhaha.
dah la baru tak pernah berpakai.
gila la orang kaya ni kan. beli tapi tak pakai.
pastu rasa taknak main bagi je kat orang.
aku la orang tu. hahah.
banyak lak tu. wallet lelaki gucci 2, mont blanc satu.
tapi laki aku amik mont blanc, yang gucci dia bagi adik2 dia.
e eh bagi gitu je? baik sungguh hati mu suami.
aku hanya mampu telan air liur.
macam aku tengok tetiba ada ink mont blanc. aku dah macam.
pen nya mana. ink je nak buat apa.
rupanya pen tu dia bagi driver boss dia.
e eh gitu. bagi la kat i, boleh lepas ni i sign apa-apa feeling orang kaya. hahahhaa.
eh memacam lagi la. topi2 la. sunglass la.
dah la laki aku dpd semalam kehulur ke hilir dalam rumah pakai topi ngan sunglass tgh2 malam.
gila ke apa? hahhahaa.
aku takleh terima, rasa kelakar. sebab bertahun i kenal dia, tak pernah kot dia pakai topi.
so aku rasa kelakar.
tapi dah dia suka. lantak dia la.
tak abis2 cakap, barang ni semua mahallll yang. bukan murah.
haaa tau takpa, tapi dia sesuka hati bagi sana sini.
baik sini bagi i lain kali. tak pakai kita jual.
sekali sekala tamak takpa kan? hahah *lempang sedas*

tu takpa, tu takpa.
dia kata la banyak barang boss dia taknak.
suruh buang or amik.
salah satu adalah tilam king.
aku dah macam asal tak amik?
dia kata mana tau aku nak. kata la nakkkkkk!
nak beli bukan murah ye.
so tadi sampai la tilam ke rumah aku.
gila la sesuka hati je taknak.
serious baru n takda cacat cela kotor apa takda.


ahahahha. bilik sekangkang kera. ada hati bertilamkan king
amik kau sesak gila rasa.
katil takdok uolls. sedih sangat.
sebab selama ni kan pakai katil vintage, katil time mama kawin.
so dah tamat riwayat katil tu. dah start reput.
paling takleh blah semua buat lawak, konon aksi ganas aku ngan laki aku maka roboh katil tu.
kurang ajar je. tak! memang katil tu dah berusia 38 tahun. agak2 la kan.

tapi tu la pulak.
ada tilam sebegini. semakin selesa je rasa.
tetiba kang aku tergolek seperti starfish goyang2 kaki.
kejap kang terlentang sambil sila panggung sambil tersenyum-senyum.
bertambah malas lah kak jah.
abis dah asyik bergolek je kan.

terus rasa macam-macam.
rasa macam, Allah works in a great way.
dia bagi kau problem sikit, kau emo sana sini, bagi kau sedar sikit.
then tetiba dia hantar kegembiraan lepas tu.
tak kisah la dalam bentuk apa pun.
macam aku ni kan takda high expectation sangat dalam hidup.
dapat tilam pun kak jah gembira uolls. hampeh sangat.

tapi tu laaa.
korang mesti rasa macam, bagusnya laki iolls.
balik membawa kegembiraan.
tak jugak ye. sebab dia lurus bendul kan aku kata.
tu yang tetiba aku tengok semalam dia bawak balik teleskop.
ye!!!! teleskop ye!!!!
ni bukan teleskop kecik2 ye. ni stock besar gedabak canggih ya amat sesilap planet pluto pun kau boleh nampak.

me : nak buat apa ni yang? buat semak je?
him : yanggg..ni boleh teropong bulan ngan bintang ni.
me : apesal? u nak kaji bulan ngan bintang ke yang?
him : boss i bagi ni, i amik la. mahal ni yang harga puluh ribu tau.
me : yeee. tapi bukan reti guna pun. pastu nak letak mana? u ingat rumah kita banglo ada balcony ke u nak tengok bintang ke bulan?

eeeee sabar je la *urut dada*
ni aku tengok dia letak benda tu kat dalam office aku.
geram je aku tengok. apa kau nak teropong dalam office tu.
menyusahkan kau nak bergerak nanti tu.
besar weyh benda tu. eeeeiiiiiii...geram.

tapi takpa la.
berbalik kepada tajuk.
situasi emosi semalam dan kegembiraan hari ni sesuai ngan quote, "like a rainbow after the rain, there's always a good thing after the pain."
wah gitu. kemain kak jah sekarang nak berpepatah omputeh. hahahahha.

eh ok la. nak sambung buat kerja.
jangan malas sangat perangai.
sila cergas.
nway, mungkin kena kurus sikit, semakin gemuk semakin malas n lesu lak. cissss.
tapi aku suka makan. how?
#masalahoranggemuk

16 Comments:

zaza said... [Reply to Comments]

selalu baca blog peej akan menggembirakan hati..

ease elias said... [Reply to Comments]

peej...awak gemuk ke kurus awk tetap cantik..

diyana said... [Reply to Comments]

yeayyy dah update *clap clap

SaraGurL said... [Reply to Comments]

Haha
Memang masalah org gemuk
Aku pung gemuk weh

Anonymous said... [Reply to Comments]

Gemok is awesome

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam sis..psl telescope 2 berair mata sy sbb gelak,leh byg mke akak ble tgk telescope 2,haha..bbaloi tggu ur new update...

Andraxalia said... [Reply to Comments]

Takpa la gemok asal happy! hehe..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Pijaaaaaa....rindunyerrrrrr

bekskankin' said... [Reply to Comments]

u r stunning peej, no matter wat size u r...luv ya blog..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, kalau awak taknak talescope tu, akak nak beli eh sbb anak2 akak mmg tgh mencarik teleskop. Thank you ;)

Kak Sally

Anonymous said... [Reply to Comments]

Apa citer kak pon mistik yang abam aji nampak belakang rumah ko tu peej? Takde sambungan ke? *saja nak bagi idea utk peej dlalu update..

NURUL ALI'IM -ZAINAL ABIDIN said... [Reply to Comments]

tolongla update selalu k.peej. Hari2 bkak blog xde update pun, sadis betul rasa, takda benda nak dibaca bila down

sweet_saya said... [Reply to Comments]

rejeki sgt

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hihi tetiba ada teleskop kan. jangan dok teropong rumah wilcha sudah! :'P

Anonymous said... [Reply to Comments]

perghh teleskopp..best gilerrr

Ana Baizura said... [Reply to Comments]

Hahaha..gelak sorang2 baca blog peej nih. Hehehe.. part terbongkang ala starfish tu mmg win :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...