Instagram : @peejburhan

Nikah Noy & Arif

Akhirnyaaaaaa, akhirnya aku mengumpul kekuatan untuk mengupdate enty ni.
asyik la tertangguh kan dari sehari ke sehari, minggu ke minggu..sedar tak sedar nak dekat sebulan dah dorang kawin. hihihi. baru la reti-reti nak update kan.

Alhamdulillah dah selamat dorang nikah on 15 March 2015.
selagi dorang tak nikah berdebar je aku n mak aku.
tau la orang nak kawin ni memacam dugaan.
gaduh tu biasa la. ngan drama sana sini.
teringat masa aku nak kawin dulu, kawin ngan mat drama. malam sebelum nikah pun dia buat drama.
bergaduh sakan, sampai dia kata taknak kawin. esok tak nak datang.
bila ingat balik rasa nak penumbuk muka dia.
aku lak jenis relax, kau taknak? taknak sudah. aku tak heran. tapi kau pergi cakap kat mak bapak aku,  yang kau taknak kawin.
tapi kata dah kenal lama kan..tau sangat drama dia tu.
aku lak tau dia kalau marah aku akan diammmm je. lantak la kau situ.
tapi kawin la jugek kan esoknya tu. hahha berani kau tak datang?

so dorang ni pun sama la.
tiap kali jumpa nanti ada je gaduh. pening kepala aku.
yang laki aku risau, tiap kali jugak la dia akan nasihat, "nak kawin memang macam ni...gaduh tu biasa. sebab stress macam-macam kan. sabar ye. nanti dah kawin pun akan gaduh..sebab kita tengah nak mengenali...so kita lelaki kena kuat tau arif. banyak sabar."
ewah dia punya nasihat tu. nak terkentut aku dengar.
memang la betul. tapi aku tak tahan kalau tetiba laki aku macam tu. over.
terasa macam berlakon drama, "suami aku ustaz"..hahhahaha

eh macam-macam la.
dengan tetiba dia kena emergency operation hujung january tu sebab ovarian cyst ruptured.
yang dia boleh ingat sakit biasa ke apa.
last2 bawak hospital naik ambulan. scan apa semua, boleh kau darah dah penuh dalam abdomen semua.
then selamat operate masuk darah apa semua.
dah pulak alergic naik ruam kt badan. jerawat semua keluar.
jonet kata biasa macam tu, sebab masuk darah lain kan dalam badan. uwaaa.
stress minah tu. aku pun tumpang stress.
belum lagi part baju reception ketat, sebab tempah sebelum operate.
dah operate perut bloated. ketat oih mintak nyawa. nasib time kawin ok.
tapi gila dia diet gak la sebulan gegila supaya senang di kemudian hari.
drama sangat.

nway, cerita hal nikah.
aku balik tidur rumah.
malam tu tidur almost 5ish am.
sebab gosok baju apa semua.
then menjaga laki aku yang deman meracau-racau tu.
kemain konon lepas subuh terus siap. by 7ish gerak ke rumah mak aku. righhhhtttt.
terjaga kul 7.40am uolls.
tu pun lama jonet dok ketuk pintu bilik kita orang. hua hua.
around 8.30am baru gerak ke rumah mak aku.
nikah kul 10.30am.

belanja selfie satu kali.
sampai tengok semua dah ready. takda apa sangat nak buat.
camera man apa semua dah sampai.
orang catering tengah susun meja n kerusi.
few orang dah sampai.


hantaran pun dah susun.
hantaran 7 balas 5.
kalau ikut noy n arif dorang nak 3 balas 5 je.
amboi melampau. kedua pihak ibu bapa tak bersetuju.
so buat lah 5 balas 7.
hantaran pun simple je semua.
bagus. simple all the way dorang ni, daripada risik, no tunang n a simple majlis.

aku ada cakap kan?
yang kita orang tak buat majlis.
sebab kesihatan parents aku.
so buat nikah n makan2 aje.
takda ajak siapa pun.
ajak jiran, family belah mama which is 3 beradik je, few close friends noy, aku, p.g. 
that's it. family belah bapak aku pun tak ajak.
sebab family belah papa terlaluuuu ramai. nanti ajak orang ni, tak ajak orang tu..kang ada kecik hati ke apa. so senang takyah ajak.
plus, kita orang buat nikah je, makan pun nasi putih je. macam sian lak orang datang jauh-jauh tapi takda apa special pun.
plus majlis pun from 10.30 sampai 2pm aje. pastu kemas.
then bersiap pulak. sebab malam yang sama majlis bertandang belah lelaki.
dorang ni kerja takda cuti. so senang habiskan dalam sehari.
so tu yang buat simple majlis nikah je.
mak arif ajak majlis malam tu gabung, tapi mak aku taknak.
bukan sebab apa, sebab if kita menjemput...nanti mama kena mama kena pergi awal, then balik lewat..duduk depan sambut tetamu ke apa kan. 
mama n papa dua-dua dah tak larat. so mama kata biarlah datang bertandang je. lepas makan n amik gambar mama nak balik.
family arif pun faham. so ok la.
gituh. sekian explaination kak jah.

hantran. walaupun iolls sentap ngan orang pelaminan ini.
tapi tak dapat nafikan iolls suka gubahan hantaran dia. cantimnyiiiii.

:: cincin n bunga rampai ::

:: sejadah, al-quran n rehal. tapi rehal aku kata takyah letak..sebab besar sangat. pitam semua nak letak. heheh ::

:: sirih junjung ::

:: kasut ::

:: manisan chocolate ::

:: shirt, tie n cufflink ::

actually aku busy hari tu.
maklumlah kakak pengantin aka AJK penting. 
so aku memang takda la amik pic apa sangat.
nasib la ramai dok share pic.
then aku amik pic daripada official photog noy.
so meriah la jugak gambar.
mana gambar ala-ala meletop tu harus la daripada photog.
yang ala-ala biasa n sayup-sayup tu camera aku. yang lain dpd whatsapp or orang tag aku.


baju pengantin berlatar belakangkan air terjun konsep bora ombak bak kata laki aku. hahha.
oh nanti kat hujung entry aku bagi details segala ye.
korang dok tanya itu ini aku tak jawab rasanya.
so senang semua aku kumpulkan di sini nanti.



pengantin bersiap pun aku tak sempat jenguk.
busy katanya.
so gambar adalah hasil ikhsan photog dan rakan-rakan.













busy apa kak jah tu?
ye busy paksa laki demam ku bergambar.
siap muka terpaksa sangat. hahah.
cantik selipar dia tu. dia nak pakai kasut.
aku kata takyah la. leceh nanti nak keluar masuk rumah.


ni la shiela. kawan noy yang ustazah tu.
ustazah gangster namanya. kawan noy daripada form 3 tak silap.
dia la yang mengenalkan noy n arif tu.
dia tertekan ni, sebab kena pakai jubah pink. hahha.
semua orang terkagum2 je dia pakai pink.

:: sebab akak-akak ellfie kitew. wah nampak segar bugar kak jah di samping kak engku ngan kak pilla. takpa..setiap team kena ada maskot. aku la maskot tu. haha. siap ada orang komen peej tu mengandung ke? mengandung kau kata? buat masa ni yang boleh dikatakan..iolls masih mengandungkan lelemak sahaja..anak belum ada lagi. muahhahaha ::

:: mama n papa ngan mak long eton with kak fadz n abang azlan ::

:: dulang girls - shiela, pedd, farrina, hida, syima, ivy n jonet ::

dulang girls mostly kawan aku kan.
noy memang penyibuk...suka nak mencuri kawan-kawan i.
penyibuk menumpang kasih sayang kawan-kawan iolls.
sebab tu dulang girls dia pun mostly kawan aku.
sebab dorang ni semua bff aku, so semua dah kenal noy dpd noy kecik lagi. daripada menyampah ngan noy now dah jadi kawan semua.
apa-apa pun yang terpaling penting...cuma tengok belakang tu..nampak kan kak jah macam busy bebenor ghupenye. seee i not tipu ok..nampak kan gaya busy tu ada. hahah




menutup sliding door kalau tak rumah tak sejuk.
sambil tampal paper stricking color supaya orang nampak ada sliding door.
takut kang ada bebudak berlari kang berdentum langgar cermin tak pasal kang.
budak tu cedera takpa, takut cermin pecah kang kena beli baru. hahahha.
keji sungguh perangai kau ni oiiiii.

haaa cuba tengok kat langsir belah kiri tu.
nampak ada bunga sejemput tu?
haaa situ la aku kata ada punjut terkeluar serupa hantu pocong. ada ke nak di biarkan.
elok dorang balik kita orang letak bunga.
memang nampak lawak. tapi better la lawak daripada kelihatan sungguh expose mistik.
kang tak pasal keluar dialog, "dia tu membelaaa." hahahha
e eh apesal aku ni asyik ha ha ha je. gila apa semua nak gelak.

aku tak berapa sihat ni sebenarnya.
selsema n rasa nak demam.
mungkin effect ubat selsema ni bagi aku sedikit high la.
tu merepek je.
takpa..ada benda aku bebel.
takda benda korang tengok gambar je yea. hehhhh *gelak sikit je* *lap hingus yang meleleh*

oh gambar bawah ni dapat dpd photog noy.
bagus la dorang ni. bayar tak mahal. tapi tak kedekut photog.
nikah day pun photog 3-4 orang. ngan videographer lagi.
so best team ada kat belah lelaki n perempuan.

:: arif dengan hulubalang dia ::


:: dah sampai masjid setiawangsa dengan few of his fam members. ::

:: dah sampai area rumah ::

punctual kemain dorang.
siap sampai awal. gabra sekejap.

:: amboi sengih lebar nampak. suka sangat ni ::

:: ehhh laki iolls sambut pengantin. bagus sangat ni ::



:: huish penuh. terselit kebelakan iolls. dorang suruh ke depan..tapi badan serupa almari 3 pintu..xyah nak depan sangat la. abis orang tak nampak view nanti. ::







:: kelihatan sungguh bersopan santun bakal pengantin ::



time ni emosi sikit.
sebab papa kata dia nak nikahkan noy.
dia memang ada cakap.
tapi kita orang ingat takda la betul-betul.
sebab lately ni papa punya percakapan tak jelas.
maybe dia kurang sembang. dia tidurrrr je. effect ubat maybe.
so bila bercakap papa akan macam gagap n tak clear dia cakap.
so macam tak boleh je dia nikahkan.
tapi masa kadi datang untuk amik sign n apa semua tu.
dia kata boleh papa nikahkan, takpa saya faham.
so kita orang suruh papa practise banyak kali.
memang tak lancar. n bila sebut nama bapak arif mesti salah.
mana boleh kan. dok la papa kata mahathir...mahathir.
yang aku n noy, "salahhhh laaa...mahazir..mahazirrr..."
papa geram siap dia jerit, "mahathirrrr...mahathirrrrr..mahathirrrr.."
ahahhaha tetap salah dadddyyyyy.
berkali2 la tetap salah.
sampai la aku eja kata mahazir. baru papa sebut betul.
rupanya selama ni dia ingat nama bapak arif mahathir. huhu.

so pagi tu papa nak nikah kan.
terkejut la kita orang.
n risau..boleh ke.
Alhamdulillah boleh. walaupun tak lancar.
tapi kadi tu guide papa. so sad. sebak je. ye lah, noy la tinggal untuk dia nikahkan.
lepas ni takda dah kan, so tu yang papa kuatkan diri n semangat nak jugak nikahkan anak perempuan dia.
Alhamdulillah selamat papa nikahkan n dorang sah suami isteri dengan sekali lafaz.







tapi walau apa pun. terpaling hebat yang baju hijau tepi pelamin tu.
heran aku setinggi n sebesar tu entah macam mana dia menyelit tetiba dia tepi pelamin tu?
kalau kau tengok pic atas tu..dah penuh kot orang. dia mana ada. dia kat luar.
tetiba dia ada situ. betapa hebatnya skill dia menyelit n tetiba kat situ.
sebab gigih nak amik pic pakai hp dia yang camera agak fail tu. hahahha.
kalau aku tau, aku pass camera kat dia.
tu la, aku selalu meragui dia..padahal dia kan suka feeling official photographer. hahhaha.

oh gambar atas tadi aku kata pengantin kelihatan sangat bersopan santun kan.
tengok bawah ni.
elok nikah macam ni perangai.


kot ya pun suka dah kawin. coverline la sikit.
buat malu tau mak mertua tengok. haha.

*aku type malam semalam (khamis malam), tau-tau tertidur. demam la. ni dah baru nak sambung balik. i is demam. tsk. dah la busy weekend ni. tak sesuai betul timing demam ni la*

ok sambung. bawah pic sessi salam ngan both parents n siblings.








sedih sangat dia tu anak bongsu dia kawin.
excuse the sila panggung.
maybe orang stroke ni selesa silang kaki la.
arwah bapak mertua aku dulu pun macam tu, suka sangat silang kaki.

sessi batal air sembahyang, sarung cincin n etc.
orang ramai. iolls memang tak dapat nak selit.
nasib ada pic official photog. :D









then sessi bergambar dengan family n frens.






noy dengan family belah mertua.
tahun ni 3 orang akan kawin.
hebat mak arip, kalau aku memang mintak surrender la.
wedding penat hoih. kau buat la kecik mana pun. tetap akan penat punya lah.


pengantin dengan mama n papa.
papa nampak semangat hari tu.
kalau tak selalu baring n tidur je.
hari tu siap dia nak naik pelamin bergambar. huhu.

(e ehhhh aku stop lagi. sebab ku katakan ku busy kan. ni baru sambung balik. rabu malam. nak seminggu kau tahap busy tu. harapnya kali ni sampai berjaya la sampai publish. haha)

ok sambung.
oh btw ni pic family kita orang.




ampunkanlah kak jah rambut tak sempat setting. macam singa jadian.
maklumlah ajk penting mana sempat, busy ok.
n ampunkanlah jugak warna tema tak masuk hahahha.
sesuka hati aku beli mint green. muahahahha.
mama n noy suruh aku beli lain.
takda masa ok nak carik kain n tempah bagai.
nak beli siap ingat badan aku ni size manusia biasa? aku size gergasi. tak senang ye.
so pakai je apa ada. ok la tuuuu.
janji pakai baju kan sopan. kang i datang pakai seluar yankee baru tau.


hahah. sian lak filla tetiba bawah tu.
aku pun pelik. apa la salahnya dia berdiri je kan? hahah.
sebab gabungan elly n filla sama macam aku seketul. so seimbang punya lah. takda masalah.

:: me with ze bride. me kominyo. me lobster ::

:: dengan pengantin baru ::

ada la sedih sikit. dah kawin dah adik aku.
sedih takut nanti tak serapat dulu ke apa kan. ye la dah ada suami kan.
tapi Alhamdulillah arif ok.
asyik la suruh noy call tanya aku n MrB kat mana, ajak makan sama la, lepak sama la.
sampai aku lak rimas tau-tau dorang depan rumah aku dok tekan door bell banyak2 kali.
ada je muka dorang muncul kat rumah pastu buli2 kucing2 aku.
aku doakan semoga perkahwinan dorang bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.



:: pasangan pengantin ::

lawak je nonoy ni.

noy : nasib saya baca ramai komen kata sama cantik sama padan. padan ke pija?

me : entah? kau rasa kau cantik ke?

noy : hehehehhe. cantik ke uolls?

rasa nak tumbuk muka dia.
pastu mama lak sakat.
mama pandang je arif pastu...

mama : handsome-handsome macam ni dapat kat nonoy pulak ye.

noy : kenapaaa pulak? orang cakap sama cantik sama padannnn la. noy pun cantik tauuu.

mama : cantik ke?

noy : *muka berkerut*

hahahha saikosis je adik aku.
ye lah noy. sama cantik sama padan la.
untunglah.
macam aku lain, aku cantimnyi...abang ben tak berapa nak sama padan.
wahhhh nak jugakkk. tak sedor diri punya kak jah gems ni.


:: pengantin with hulu balang ::

:: pengantin with dulang girls ::

oh kan waktu aku salah beli color baju.
noy n mama bengang sebab kata baju aku yang sama warna dusty pink tu je.
sebab sama ngan dulang girls.
so dorang kata aku ibu dulang. haha kong ajo.
so masa amik gambar terpaksa la ibu dulang enter frame.

tapi dorang ni gemar suruh free style tau.
aku ni dah la keras.
tah apa benda yang aku buat. hahaha.

::




:: acu n cousin aku anun bergambar ngan pengantin ::







e eh berphoto shoot pulak dorang ni.
ada-ada je perangai.
aku sibuk ulang alik pun kena tarik join.


wooowww. so flawless.
hakikatnyaaa???

 ::   "woiii sabar. peluh ni...meh lap peluh. cepatttt...cover sikit. biar aku nampak kurus sikit." fantasy vs reality uolls. jadi jangan la nak komen-komen, "kurus u peej. nampak lawa u peej" takda ye!!! tu semua angle n filter je. nampak tu dagu lipatan tebal, muka sebesar pasu tu, badan tebal kalau banding ngan pedd. hahahhaa. aku pun tak sure aku ketawa nerves ke? ketawa kesedihan ke? atau ketawa tekanan jiwa? helppppp ::


:: with akak-akak teamellfie. dorang hantar pic ni kt group ngan laki memasing. win n radie tak dapat.  kong ajo sangat radie siap komen, "tu yang tengah tu bila nak upacara memotong riben?" kong ajo sangattttt. tapi bila tengok balik macam ye la. hahah bongok. ::

:: one with mak hajjah :: 

:: one with my mrsm friends ::

huda la banyak tolong bagi cadangan mana nak dapat itu ini semua.
time tu dorang kat UK lagi.
memang wajib facetime untuk update pasal gossip2 hangat.
kak nam ngan pak nam sangat perangai.
ingat lagi muka ice n huda terkejut bila kata noy nak kawin.
ye la terkejut dengar noy dapat bf pun tak hilang lagi..tau2 nak kawin. hahaha.
berjam la facetime sambil google majlis buat mana, baju nak buat kat siapa, dapatkan contact itu ini.
impian huda satu je...tolong la sempat makan kat majlis noy.
kalau tak mengidam lauk kampung katanya.
sebab due jarak seminggu je. dah la anak pertama dia lahir seminggu awal daripada due date. heheh.
nasib sempat.
lepas makan baby taknak keluar pulak. lambat seminggu lebih gak la dpd due date. dia kata baby seronok sebab dapat makan lauk kenduri. heheh.
oh huda dah selamat lahirkan baby girl 1st april hari tu.
GST baby katanye.

tunggu crowd dah reda sikit n dah selesai photo shoot baru kita makan.
hoh sedappp.



:: wow kak engku makan tak pandang kiri kanan ye ::



aku tak amik semua lauk.
sebab macam banyak la pulak.

menu hari tu.

nasi putih
masak lemak daging n kentang
ayam masak merah
sambal tumis udang
sayur campur
ulam - kacang panjang, timun dan petai
ikan masin

air fruit punch
dessert - bubur pulut hitam, buah tembikai, kuih bakar n apam (sponsor by azlin), mini cupcakes (sponsor by watie shaharin)

lepas makan. relax sembang apa bagai kejap je.



:: busy check ig masing-masing ::

then around 3pm macam tu gerak.
sebab nak rehat sikit n bersiap untuk majlis malam tu pulak kan.
sebelum gerak sempat ditarik bergambar dengan family fren.
semangat sangat. dia kata nak amik pic ngan filla n elly tapi segan.
lain kali tanya je, dorang ok tu :)


paling lawak ayol cerita ada kawan dia datang satu family.
datang lewat la. antara tetamu yang lambat. so datang makan je.
dok la tanya ayol adik mana?
ayol cakap la pengantin kat atas, bersiap nak gerak dah pergi hotel.
pastu dorang cakap, bukan pengantin. tapi yang blogger tu peej.
woooowwwww, kelasss kak jah rebutan ramai mengalahkan pengantin. hahahahah.
tapi aku dah balik pun time tu.
tapi if ada pun i is penyegan, tak berapa reti beramah mesra. :D
mungkin perlu ke kelas PR lepas ni. heheh

oh sebelum aku habiskan entry yang sekian tertangguh ni.
oh btw, again malam semalam aku tak dapat habiskan entry. start perenggan ni aku sambung today.
gila la record entry paling lama amik masa nak siapkan. seminggu.
kerana tahap busy terlampau. sobs.

ok ni list persoalan korang daripada mana itu ini dan segalanya.

baju nikah - tessa by @theninass
MUA - faressa by @theninass
baju aku - jovian for zalora. beli kat shah alam boutique
baju dulang girls - @getcovered
shawl dulang girls - #thekasihsshawl
henna/inai - @wannoorinai
official photographer - @azzahari89
official videographer - @fadhilmeruphoria




berapa kali aku ulang tengok.
tah kenapa, rasa sebak happy semua ada.
syukur sangat noy jumpa arif n Allah permudahkan semua.
wishing dorang happy n berkekalan.
nicely done this video. lagu theme pun lagu wajib arif nyanyi utk noy time karaoke selalu.
*lap air mata*

ok sekian terima kasih.
phewwww.

senang-senang nanti aku buat entry reception bertandang pulak.
ni teaser.

13 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

akak pun lap air mata gak.. lagilah tengok gambar korang berdua.. sebab tahu macam mana rapatnya Noy ngan Peej

Anonymous said... [Reply to Comments]

betul... bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan.... part yang potong ribbon tu memang serius klakar.. tak tahan... ahhahahahahaha

kathy jem said... [Reply to Comments]

Time Noy peluk bapak ko lepas akad nikah tu meleleh pulak air mata aku menengoknya..huhuhu..Selamat Pengantin Baru Noy and Husband.. =)

Chooyaya! said... [Reply to Comments]

Noy ni comel la. aritu gigih aku wasap peej bagitau noy cantik. now awak memang cantik. arif pon hensem. sama cantik sama padan. serious.

lepas tu aku nak bgtau, getcovered tu kawan aku punya! bangga aku blogger hot amek dengan dia. semoga murah rezeki peej sekeluarga. nak uweeeeet!

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

Video last tu sweet....byk kali repeat tgk...barokallah noy & ariff...smg berbahagia hingga ke syurga

Anonymous said... [Reply to Comments]

ade rase sayu tgk video tu...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...memang same cantik same padan.

shuweet said... [Reply to Comments]

congrats again noy and arif....arif looks so loving....bertuah noy..semoga kekal bahagia hingga ke jannah...sweet and loving couple..suke tengok korang...nice video too...sayu hati mak nok....congrats peej and family dapat seorang adik ipar dari syurga...

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

hahah..baru nak tanya tadi..Bila nak potong reben..rupanya dah ada yang tanya,,,heheh...
ulang banyak kali video tu..sebab pengantin cantik sanagt...

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Memang sama cantik dan sama padan pun nonoy dan arif tu.
Semoga bahagia hingga ke syurga adik Peej ;)

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Semoga berkekalan.noy mmg cantikla..padan dgn hubs dia..tahniah!!!

Riena Razak said... [Reply to Comments]

sedih, mengalir juga iar mata bila part dengan uncle tu, camtu lah i rasa bila kawin dulu sedih, tpai sedih kejap je then senyumm smpai telinga hahhaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

Entry terbaik ...sayu, lawak semua ada menambah perisa. Thank kiu peej kerna menceriakan hari aku yg boring di ofis. Buat Noy, aku doakan moga kekal bahagia hingga ke jannah.

- Hayati Ghazali -

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

Noy cantik sangat, muka klasik melayu!!! lawa lawa lawa.
Majlis simple tapi ttp meriah walaupun jemputan ahli keluarga n rakan terdekat.
Part paling menusuk kalbu, time uncle nikahkan pengantin. One words, syahdu.
Kakak pengantin pun xkurang hebat, naik seri sama...baju lawa.
Overall, majlis ni walapun membaca je, tp dpt rasa happening nya.

To pengantin, baik yg baru or lama; aku mendoakan kesejahteraan,
kebahagian &kesenangan dlm melayari kehidupan bersama pasangan hingga ke syurga.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...