Instagram : @peejburhan

fifty shades of grey movie

dulu aku pernah cerita kan pasal novel dia.
time tu ingat lagi tetiba aku terasa nak baca novel.
so aku dok tanya la reader siapa ada suggestion novel apa best.
2-3 orang cadangkan 50 shades of grey.
ok set. beli tu la.

so pergi MPH, eh dia ada trilogy. beli terus la box set dia.
so aku dok baca la.
kemain syok baca sengih sana sini bibit-bibit percintaan.
sekali masuk sex scenes la apa.
aku dah macam, eh ni buku apa ni?
aku biasa la baca novel romance ni. setakat lite-lite la romance dia.
ni macam over je.
sekali belek buku nampak erotic apa tah dia tulis. lupa aku.
aku dah macam, loh buku pornography ni. hahahha.

tapi haruslah terus baca. tolonglah sukaaaaaa.
dah la time beli tu ramadhan.
amik kau malam baru aku berani baca.
siang takut terbatal lak puasa. hahahahahhaha. syaiton betul.

then dapat tau dorang nak buat movie.
eh biar benar. boleh ke?
boleh rupanya. tapi malaysia memang tak masuk la movie tu kan.

masa dorang pilih pelakon tu agak kecewa gak la di situ.
dah la pelakon pompuan tak best.
wah sedap je cakap tak best.
tapi ye, kata baca novel ni imaginasi mesti lebih.
mesti la kau bayangkan kau la anastasia steele tu. hahaha nakkkk jugak tu.
then tah time baca cerita tu aku memang membayangkan Mr Grey tu ialah dia ni.


mark sloan aka mc steamy. hahhaha.
tah kenapa. mata tu i tak tahan tengok.
tapi of coz la takleh amik dia ni berlakon. dah tua.
watak christian grey tu muda.

tak pun dapat matt bomer ni pun i like.


ohoiiiii. nyam. eh.
menarik sangat ni.
tapi dorang amik pelakon lain. tsk.
tak kenal pun. tapi takpa la ok la.
mak terima seadaanya.

masa keluar kemain review sana sini.
aku hanya mampu mengurut dada sebab aku tak tengok kan. kat malaysia takda.
dah la masa keluar trailer pun i dah teruja.
walaupun pelakon biasa-biasa tapi seperti imaginasi sangat.
dapat bayangkan la scene-scene tu.





dua trailer keluar, dua-dua trailer i suka. hahah.
walaupun pelakon laki n pompuan dia tetap tak suka.

kawan aku sorang tu tengok.
dia kata cerita tak best la. tak abis2 main la apa.
tapi dia memang tak baca buku.
sorang lak tengok, kata halfway dorang keluar la dpd cinema.
alaaa tak best ke?

sekali noy kata kawan dia dah download, cuma belum tengok.
apaaaa? dah boleh download?
apa lagi sepantas kilat balik rumah iolls download.
malam tu jugak mengadap.
walaupun segan nak tengok sebab laki aku tak tidur lagi.
dia tu suka sibuk nanti. i dont like.
i nak tengok feeling2 ni.

tapi lantak la. nak gak tengok.
so aku tengok la.
okay mari review.

selepas tengok. aku rasa watak lelaki tu ok la.
bisa membuat aku tersenyum simpul gak la.
perempuan tu tetap aku tak suka, sebab watak dia macam annoying je aku rasa.
tapi if baca novel dia, memang macam tu la pun perangai dia.

tapi aku rasa orang tak baca buku memang tak paham la cerita tu.
sebab biasa la movie ngan novel mana sama.
novel banyak dia punya details, so rasa sweet tu lebih.
dalam movie details tu kurang, sibuk scena nak on je tak abis2.
so kau tak nampak kecomelan christian grey yang membuatkan hati kau berdebar-debar n berangan time kau baca novel tu. wahhhhh.

tapi sebagai pembaca buku. aku rasa movie tu ok.
banyak la sama n dorang describe pasal novel tu.
tapi tu la bila tengok movie ada la rasa, loh ni je ke jalan cerita dia, yang membuat ramai perempuan tergila-gila masa baca buku tu...memang takda apa sangat.
kena baca balik la buku tu.
aku memang ada rasa nak ulang baca, tapi buku no 1 aku kat huda, hoi kemain lama tak pulang ni. biasa dia tu. taknak la aku terus jump buku 2 n 3 kan.
buku 1st la best sebab time memula nak kenal kan.

nasib masa tengok tu halfway MrB tido.
sebab memang stress aku sebab dia sibuk intip aku tengok apa.
pastu mula la sibuk bersuara.

"eleh pompuan ni nak mengaku virgin. dan dan la. pastu lelaki tu pegang sikit dah gatal semacam je i tengok."
" buat-buat tak suka tu, padahal dia suka tu kena ikat-ikat tu."

stress aku tau dia ni.
ada je dia nak sibuk.
daripada gumbira senyum simpul jadi berkerut muka tengok.

ntah la orang tak suka.
aku suka je movie dia.
ok baca novel dia lagi best. tapi movie ni pun dah ok.
aku seronok bila tengok then nampak scene-scene tu.
harap maklum, aku tak pernah baca novel then tgk movie.
except a confession of a shoppaholic tu. yang tu aku rasa movie agak mengecewakan sebab dia cramp kan cerita daripada 3 buku ke situ. n banyak lari daripada novel. me not loike.
so untuk cerita ni ok kot.

ending yang buat aku tak sabar nak tunggu sambungan 50 shades darker pulak, which aku dapat rasakan lagi 2-3 tahun baru keluar la.

di akhiri ending entry ni dengan lagu yang best.
soundtrack fifty shades of grey.



12 Comments:

Nurul Arshad said... [Reply to Comments]

Download kat mana sis?

Anonymous said... [Reply to Comments]

Taylor Kinney pun ok gak

Anonymous said... [Reply to Comments]

saya dah beli dan baca Fifty Shades of Grey sebab tengok you dok baca dan cerita. heheiks! btw kat mana boleh download movie tu ya?

Anonymous said... [Reply to Comments]

huhuuuu... puas cari novel dia, tak dpt2 pun. tau tak kat mana bleh beli?

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kemain gi spore sbb nk tgk citer ni hokay..tp of coz la novel die lg best...pelakon dia pon tak brape nak taste kan..

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Kau cuba dengar lagu ni versi penyanyi SoMo plak. Pun sedap. Ke sebab aku ske penyanyi die muahaha..

Anonymous said... [Reply to Comments]

nak download kat mane peej?

Anonymous said... [Reply to Comments]

mmg best.. x baca novel pun.. tgk movie pun dah best. abis je tgk terus baca online novel dia.. pi terus vol.2.. oo nak kawin dah.. tpi mmg bestlah. x sabar nak tggu sambungan dia. alah adegan dia.. ganas² romantik gitu.. best peh hahahha

Anonymous said... [Reply to Comments]

Macam "ombak rindu" laaaa...novel sangat2 best..feeling2 je...tapi bila buat movie macam hampessss...keciwa...

skudapskudip said... [Reply to Comments]

Kita suka gila kak peej cter ni.kita rasa pelakon dia mencairkan iman.hahaha.terus rasa nak tgu the next movie pulak tu pun kalau ada

nina said... [Reply to Comments]

Peej. Semua org tak fhm perasaan aku yg obses dgn cerita ni. Byk kli aku bca post ni so tak rasa lonely. Haha. Buku 3 best tak? Apsal rasa tak fefeling dah baca buku tiga ni

Liz said... [Reply to Comments]

Sesiapa yang nak download, boleh cari kat Extratorrent. Tapi link tu bkn kat homepage. Dia ada page khas utk movie rated mcm ni. Sesiapa yang tak baca ketiga-tiga novel mmg akan rasa novel tu ntahapehapentah. Padahal masuk buku ke-2 dan ke-3 baru la nampak jalan cerita. 1st book tu lebih kpd diorg nak mengenali antara satu sama lain je. Aku paling suka buku no 3.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...