Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: Rayuan Dia

Salam kak peej--
Saya ada baca entries expose mistik so tertarik nak share dengan readers akak juga. Hehe.

Dalam tahun 2010, saya berpindah ke rumah banglo dua tingkat area batu muda dengan dua orang lagi members. Biar saya namakan F and D. Senang nak cerita. Hikhik. Kitaorang sewa tingkat atas yang dah macam rumah sebijik. 

Masa mula-mula pindah (dalam minggu pertama), memang tak ada apa pun kejadian pelik. Masuk je minggu ke dua, terus rasa macam rumah ni semacam. Kalau malam tu,t erkadang dengar macam pintu bilik air buka tutup. Dah lah bilik saya kalau buka pintu je terpampang bilik air tu.
Ada masa dengar orang berlari atas syiling. Logik akal tikus? Gile besar gabak pulak kaki tikus tu bermarathon tak tentu hala kan. Siang hari pun dia aktif semacam.

Nak dijadikan climax seram tu --

Member berdua ni nak balik kampung sehari sebab ada urusan. Dia orang gerak petang and pagi-pagi esok balik sini semula sebab yang sorang tu kerja. Si F siap pesan supaya kunci pagar, pintu,tingkap bagai. Lampu jangan off and kalau boleh biar tv terpasang sampai pagi. Nak tidur pun pi lah tidur tapi tv biar on. Sebab kawasan rumah tu sunyi sikit and kat dekat-dekat situ ada rumah yang tengah renovate so ramai pekerja asing. Bukan nak bersangka buruk tapi rumah kami memang pernah kena pecah masuk.

Dalam pukul 1am saya masuk tidur sebab esok ada class. Saya biarkan semua on macam arahan F and pintu bilik pun saya biarkan terbuka. Senang kalau ada apa-apa. Konon lah padahal penakut. So dalam pukul 3 macam tu saya terbangun sebab dengar orang ketuk pintu and panggil nama saya dua tiga kali suruh bukakan pintu. Suara memang suara D so saya sahut lah suruh tunggu sekejap. F memang dah pesan awal yang dia orang akan call or mesej kalau dah sampai depan pagar rumah sebab pagar berkunci. 

Saya capai kunci dekat penyangkut kunci tapi tiba-tiba saya rasa meremang. Saya macam terpaku kat situ sebab tengah berfikir. Macam mana dia orang masuk? Takkan panjat pagar? Mustahil sangat sebab pagar tu akan berbunyi kalau tersentuh pun. Inikan pulak panjat. Tentu bunyi bising ya amat. Saya dah beberapa langkah dari pintu and undur semula. Sebab suara tu memang suara D tapi sangat sayu okay. And lagi pelik, salam pun tak bagi. Sekali pun saya tak dengar salam.

Terus saya menggigil and lari depan tv (motif sangat lari depan tv). Time tu macam tak ingat apa dah. Baca ayat kursi pun lintang pukang. Suara tu tak sudah-sudah panggil nama saya. Ada lah dalam 15 minit dia ketuk pintu and cakap "buka lah pintu..kami nak masuk.." GILE NAK BUKA??

Bila dah stop, saya call member yang duduk dekat situ suruh datang ambil. Tak kosser nak duduk situ malam tu. Masa member tu datang, saya suruh dia panjat sendiri pagar and datang depan pintu rumah saya sebab saya sangat takut nak buka pintu. Buat nya kalau saya buka 'DIA' ada depan tu? Haha. Saya just buka pintu bila member saya tu sampai and bagi salam suruh keluar. 

Sampai F and D balik baru saya balik ke rumah. Class ke laut hari tu sebab mengantuk ya amat. Bila saya cerita dengan F and D, dalam minggu tu juga kitaorang pindah keluar.  Masing-masing dah serik.

Sekian, terima kasih.

- Fara -

14 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

oiiii....serraammmmmm.....

Anonymous said... [Reply to Comments]

macam scene dalam citer jangan pandang belakangggg..... serammmm nihhh

Anonymous said... [Reply to Comments]

SILING lah ! SYILING tu duit..hishhh

rini.borhan said... [Reply to Comments]

baca pepagi pun seram ni..haha..

@JOM JOIN GA : RINIE BORHAN

sweet_saya said... [Reply to Comments]

dlm banyak2 stori.. ini serius seram... adoi ai...

Reena Kamarudin said... [Reply to Comments]

haaaa seramnyaaaa sebab suara sayu

Farah Kamarudin said... [Reply to Comments]

@Anonymous

serius seram. sampai sekarang kalau teringat mesti meremang.

Anonymous said... [Reply to Comments]

macam seram macam tak seram...sebab kalau dah tau seram..kenapa masih nak tinggal sorang2????

Farah Kamarudin said... [Reply to Comments]

@Reena Kamarudin

seram kan? aku tak pernah cerita kat kau ke pasal kes ni? masa tunggu kau nak punggah barang pun seram lagi tak habis.

Farah Kamarudin said... [Reply to Comments]

hahaha. sorry,silap di situ. konpius ejaan.

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

Yang lari2 atas siling tu mungkin tikus sebab kat kampung mertua saya pun tikus berlari bunyi macam orang berlari..tapi part kena panggil tu memang meremang jugak la bulu kaki nih..

Anonymous said... [Reply to Comments]

huiiihhhh kiter tggl kt batu muda...rumah mana 1 ni wehh...adooiiiii

Farah Kamarudin said... [Reply to Comments]

rumah banglo dua tingkat tu. area belakang masjid.

Jimmy Izzard said... [Reply to Comments]

batu muda mana? kg batu muda ke taman batu muda?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...