Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: goyang kaki

Hi kak,

Saya nak story kejadian mistik masa kat Hotel Cameron Highland. 
Cerita lama laa… masa tu saya form 5. Sekarang dah 25 tahun.  
Saya ikut family pakcik saya pergi holiday. Pakcik, Makcik, anak dia 4 orang & saya.
Ikut plan, kami akan stay apartment kat situ tapi elok je sampai kat Cameron tu, pakcik saya call secretary dia, boleh pulak secretary dia cakap, “eh, Boss pegi Cameron hari ni ke? Saya booked untuk esok.” 
Since dah tersilap tarikh, maka kami pon cari la hotel lain untuk malam tu. 
Kebetulan masa tu CNY, memang payah la nak cari bilik kosong. 
Last2 dapat bilik kat satu motel (jangan tanya nama, memang tak ingat apa2. Haha)

Family room. Plan bilik kat bawah ni:  5.



Malam tu tidur tanpa gangguan. 
Esoknya, after subuh, kami pack barang nak check out motel then jalan2 lagi pastu gerak balik. 
Kami semua dah siap mandi, tinggal sorang lagi cousin tengah mandi dalam toilet.  
Then sambil pack barang, sembang gelak2, cousin paling kecik umur 6 tahun rakam video kami tengah sembang2 tu. 
Lepas record video tu, kakak dia ambik kamera tu dari tangan dia and replay video. 
Dia tengok video tu pastu muka dia  macam terkejut. 
Saya tanya, kenapa? Dia cakap takda apa la. And dia terus simpan kamera tu. 
Bila dah check out dan masuk dalam kereta, baru dia tunjuk video tu dekat kami semua. 
Rupanya, ada kaki tengah goyang-goyang kat sofa. 
Tengok plan bilik saya lukis tu, sila focus kat bulatan merah.. kat situ la nampak kaki. Sofa tu kan sebelah dinding. Kaki tu macam kaki orang tapi kaler gelap sikit.. macam bergoyang sambil baring. Camne nak explain eh. Contoh kalau kita baring kat sofa, kaki kita kan tak muat untuk lunjur atas sofa so tepaksa letak kaki kat handle sofa tu kan (kaki tekeluar dari sofa), pastu goyang kan kaki. So kami nampak kaki sahaja. Sebab sofa tu tepi dinding, Nampak kaki je la…

Tak ada sapa2 yang duduk atas sofa pagi tu. Semua duduk dekat dengan ruang kosong antara katil n meja solek tu dan memang kami semua ada dalam video tu kecuali cousin yang tengah mandi. 
Cousin saya delete terus video tu sebab takut. 
Kalau tak, boleh la tunjuk sini. Nasib dah check out, kalau tak, memang kami paksa pakcik saya tu check out jugak. Tak sanggup nak duduk situ lagi. 
Hehe.  Tu je la ceritanya pon. Thanks kak peeja. Bye.


Yana


7 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

alaaaa comelnya cerita ni tapi ada sikit unsur takut la jugak...alaa comelnyeee

Rai OurKizuna said... [Reply to Comments]

hoi hoi..nasib baik dah check out.. meremang bulu roma baca.. kalau tengok video tu nangis kot saya.. haha.. penakut..

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

seram la...awat citer hantu semua seram2 ye..adoi..mujur dia tak hantar video sekali..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Errkkkk.....

Syafik Kamaluddin said... [Reply to Comments]

gtau laa hotel mana , nak buat penyiasatan ni

ALYA said... [Reply to Comments]

woo.. seramnya... kalau tak check out.. satu malam bemalam dgn kaki yg goyang2 tu..hiss.. follow blog ini...

regry said... [Reply to Comments]

Rasa nak terkencing .....takutnye... nasib baik dah check out...kalau tak....satu hari tak tdur.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...