Instagram : @peejburhan

Asam dan Garam

hi peeps,

Ya Allah tolonglah tahap kemalasan tak terbendung kan.
gila bersawang dah blog ni. kesian.
maaflah, terlalu busy memang tak sempat apa.
jangan kata tak sempat update blog, sempat untuk bersuka ria pun takda.
ada masa terluang pun ku pergi rumah mama.
tu pun dapat la seminggu sekali je. sobs.

today pun busy, tapi sebab today special sikit. so mari update blog.
Alhamdulillah today genap 3 tahun kawin. :D
wah kejap je 3 tahun sedar tak sedar.
i'm not gonna say yang 3 years ni bahagia sesajo.
agak-agak la. dah kata pun kawin kan. mesti ada turun naik dia.
ada jugak moment-moment yang macam, "apesalll la aku kawin ngan dia ni."
hahha gila dramatic.

ingat lagi rasanya last year kot.
aku buat entry kata kawin ni memang macam ni ke apa?
of coz kau tengok sana sini, tak kisah la movie ke, celebrity ke, or sesiapa la...amboi kemain macam indahnya perkahwinan ni.
but apesal kau rasa macam tak berapa indah je?
kira 50/50 la..ada time rasa aaaa bestnya..sayangnya dia ni.
tapi ada time kau rasa macam...eeeee menyammmpahhhhnya ngan dia ni.
so aku time tu rasa macam, apa la motif kawin kalau kau takda la 100% happy.

that time dapat banyak sangat komen kat entry tu.
semua dok kata memang la macam tu, semua orang pun ada time gaduh la apa semua.
cuma maybe orang choose not to show it on social media.
ok faham. sama la kan. aku pun.
bukan sebab kau hipokrit ke apa. cuma aku rasa certain things kena keep to ourselves kan.
but tak bermakna kau kena tunjuk kau la manusia paling bahagia di seantero alam.
tak tahan kadang tengok orang yang puji melambung laki memasing kat fb ke, ig ke.
ada rasa sikit nak termuntah pun ada.
ok betul, mesti la semua orang rasa macam laki dia la terbaik bla bla bla...ye la bagi kau..kalau tak, apesal lak kawin kan.
tapi tak perlu nak poyo sangat kat social media.
entah maybe aku bukan macam tu kot.
aku jenis segan kot. plus kalau kau rasa mengucapkan terima kasih or tunjuk appreciation kau kat laki kau, cakap terus kan lagi bermakna.
motip nak tunjuk kat orang lain bagi baca ke apa. poyo sangat ok.

dulu masa baru kawin selalu gaduh.
bergegar la rumah bila bergaduh tu.
aku pulak kemain pesen suka menjawab.
ada jeeeee aku nak jawab.
if tak jawab pun, mulut aku kemain terkumat kamit je.
hahahha lagi la bengang kan.
tapi of coz makin lama kau dah makin tau perangai memasing.
laki aku style if marah kejap je, nanti tetiba ok je.
so untuk bagi dia cepat ok, dia bebel la macam mana pun. aku diaaaammmm je.
buat tak layan je. so takda la berlanjutan.

kau tau macam mana aku sedar?
sebab pernah sekali tu bergaduh. aku record apa yang dia bising.
konon sebagai bukti la if ada apa-apa.
then lepas tu ok. memang aku lupa pasal record tu.
then agaknya dok tranfer file masuk laptop. recording tu masuk la sekali.
tah ada sekali tu aku dok main laptop.
tetiba tah salah tekan ke apa. recording tu keluar ok.
plak tu aku tak tau mana datang benda tu. aku try nak off tak jumpa mana.
so aku dengar la benda tu.
then baru tersedar, hamagaddddd teruknya aku menjawab.
well biasa la, selama ni bergaduh..kau rasa kauuuu je yang betul.
then bila kau terdengar tu baru la rasa sedar diri.
so lepas tu memang idok le aku menjawab sakan bagai. dok je la diam2.
jawab pun dalam hati je. hihihi.

(aku type entry pagi. tetiba cemas sebab order masuk banyak gila. maknanya banyak kerja. aku stop buat kerja. then kena keluar pulak ada urusan. amik kau kul 11pm baru leh sambung balik. 'special' la sangat konon)

ok sambung.
tah la kadang gaduh ni ok gak.
jangan la selalu. tu tak healty namanya.
sekali sekala tu perlu.
sebab tau la time marah ni kita cakap apa tak puas hati.
so daripada situ. kau dapat la amik point memasing apa tidak kepuasan hati memasing.
mungkin daripada situ cuba perbaiki mana yang boleh.
gitu la.

takda apa celebration pun.
kata busy kan.
hadiah pun takda.
aku cuma mampu hadiahkan kentut je kat laki aku. hahaha.
oh aku tak pernah cerita kan.
aku kawin dah 3 years.
tapi ikutkan dah kenal 11 tahun. lama kan.
percaya tak aku kata dia pernah dengar aku kentut ada la tak sampai 5 kali. muaahhahha. hebat kan.
aku tak tau la. tah kenapa segan.
kentut aku pun macamkan pergi sekolah pulak.
contot nak terkentut, aku cakap la...eh i rasa nak kentut la.
dia kata kentutttt je la. tetiba weyh rasa nak kentut tu hilang. wah amazing.

tang dia terdengar aku terkentut tu selalu accidentally.
contoh ketawa tetiba terkentut ke, batuk terkentut ke. cissss. bodoh punya kentut. tak coverline langsung.
elly n filla takleh terima bila aku kata aku tak kentut kat laki aku.
aku bukan apa, kau bayang aku TERkentut kan, tetiba nanti dengar la laki aku cakap kuat-kuat, "la hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim" sambil geleng-geleng kepala.
eee kejam gila.

dia buat macam kan sesuatu yang luar biasa la kalau terdengar tu. me not like.
macam tadi. tengah aku online.
aku bersin sebenarnya. tetiba boleh lak terkentut. bongok sangat tu.
cecepat aku pandang dia. dia serious tengah main game kat hp.

me : tobby (sorry)
him : ye lah i tobby kan.
me : tobby apa?
him : u bersin tadi.
me : ok ye lah tobby tau.

fuhhh lega.

him : i tobby kan jugak sebab u kentut.
me : hahhaha oling tu dengar ke?
him : kuat ja. takpa la kalau tu hadiah kenivosoriy daripada u.

hahaha kong ajo sangat dia ni tau.
i tak sengaja ok.

siang tadi menyampah gak.
laki aku ni ada satu perangai penjealous yang aku takleh hadam.
macam aku pernah cakap la, aku ni dah tentu rupa almari 3 pintu.
motip dia nak jealous melampau tu takleh blah.

ada aku share kat fb.



mula-mula dia dok tanya dengan siapa suara nak garang-garang tu dah nyampah tu.
tolonglah dia ni.
tapi lepas tu terus merepek. eeiiii.
tapi takpa la. aku pun merepek jugak orangnya.
so sesuai la perangai dedua tu.

so far ok la masih belum jemu ngan diri memasing.
belum ada rezeki lagi dapat anak.
tapi aku ok je. takda la rasa tekanan perasaan ke apa.
maybe sebab aku ngan bebudak pun kurang, so takda la rasa depressi bila belum ada rezeki ada baby. hua hua.
tapi tipu la ok all the way. ada time bila nampak pic baby ada la rasa macam, "macam mana la rupa anak aku if ada nanti. lawa macam mak dia ke? (wahahah nak gak), ke hitam tak berapa manis macam apaknya?" mih mih mih.

ramai dok push suruh pergi itu ini.
kosser ok. jangan memaksa ok.
aku happy je ngan kehidupan sekarang.
Allah tu sebaik perancang. dia tau apa terbaik untuk kami laki bini.
dengan tahap kesibukan aku sekarang ni..tak dapat bayangkan dengan nak mengkebek anak semua.
maybe jugak rezeki anak takda, rezeki yang aku ada ni aku boleh salurkan ke arah lain.
cuma tu la, tekanan iolls datang dari laki aku n parents aku je.
bukan tekanan apa pun. cuma tahap laki aku yang suka sangat kat budak n parents aku yang kepingin cucu tu je.
but what to do, kita merancang, Allah menentukan.
ada rezeki ada la kan.





pic Mr & Mrs B around 12ish on 28 april 2015.
doakan yang baik-baik untuk kami.
doa jodoh kami panjang hingga akhir hayat. Aamiin.

14 Comments:

Marziah Zakaria said... [Reply to Comments]

happy anniversary peej. buat apa yang kita suka. jangan ikut orang.

as long as u bahagia dengan husband it is good enough!!

Afidah Azmi said... [Reply to Comments]

Biasalah kak...Fida haritu doktor cek ada tekanan darah sikit.Doktor tanya...are you stress..tak pulak..tapi mungkin hati kita yg stress..Fida pun dah dekat 2 tahun tawin tapi tak ada rezeki lagi.hubby pun ok je..maybe ada hikmat kan...reda dan berdoa saja kak

schazaza said... [Reply to Comments]

peej....

happy anniversary to both of you...
terus teringat 3tahun lepas i pg wedding u...
bila perkenalkan diri, Mr B igt i kawan korang.
pastu terus u tepis tgn die and ckp, ishkkk bukan la. u xkenal.
hahahaha time tu atas pelamin tgh nak bgmbr...
xsangka dh 2tahun rupenye...

semoga berbahagia selalu bersama...
sentiasa melengkapi antara satu sama lain...
walaupun kdg2 ada ups and downs....

:)

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

happy anniversary uols
sekejap je dah 3 tahun padahal macam baru je rasa baca entry uols kahwin hihi
semoga berbahagia hingga ke syurga

vonggeyy vonggeyy itu lawak haha

ease elias said... [Reply to Comments]

sy suka baca blog awak sbb awk x over segala hal..
then benda yg sama dlm n3 kali ni..saya pun da 3 thn kawin n x pnh kentut dpn husband..kalau ada pun masa tido..feeling laki pun x der..tmpt biasa nak kentut kalau kat rumah ialah toilet..boleh bygkan x setiap kali nak kentut pi toilet..hahahaha

sarah al -idrus said... [Reply to Comments]

peej, moga cepat dikurniakan rezki utk hamil. Amin. betul, Allah knows best. Kita buat kerja kita, Allah will do the rest.

azra amira said... [Reply to Comments]

epi enibeseri peej!!

cuma nak cakap.

sarung cadar kita sama. wakakaka :p

FZ said... [Reply to Comments]

Hi Peej,

Selama ni i silent reader blog u. U ni memang kelakar la.
Cerita pasal gaduh2 masa baru kawin,i pun jenis menjawab........menjawab.....menjawab.............. Lagi menjawab, lagi teruk gaduhnya.

Satu ketika,perangai i pun dah berubah. Husband i pun jenis marah kejap je. Lepas tu lupa pasal apa.

Sebab utama, i selau terkena (tiap kali lah), "ni la pompuan, belajar tinggi2, tapi tak tau hormat suami". Tersentap jadinya.

Don't worry Peej, benda2 berlaku selalunya ada hikmah.

U know what, sejak i dah tak menjawab (lama dulu lah), gaduh makin kurang. Lepas tu i punya keyakinan diri datang balik.

Apa2 hal rumah tangga yg remeh temeh dan besar pun, i akan cuba selesaikan sendiri selagi mampu.

Katanya "belajar tinggi2 kan". Kah...kah...kah.....

Buat tak tau je dgn couple2 poyos tu......

my blog http://www.terataiorenfaizz.com

..nOWa.. said... [Reply to Comments]

semoga peej dan suami kekal bahagia dunia akhirat..aamiin!

wahieda said... [Reply to Comments]

Happy anniversary kak peej. Sama plak dengan tarikh anniversary parents i. Hehe

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

happy anniv, peej & ben!! xD semoga bermoling2 selalu. hihi

akiss. said... [Reply to Comments]

lafffff this entri :)

happy anny kapeej!

syalinda johari said... [Reply to Comments]

happy anniversary peej and suami..semoga Allah SWT sentiasa melimpahi rezeki dan keberkatan.
semoga sweet suami isteri...bertabahlah kita selagi bersuami isteri...aminnnn

Miss Moon said... [Reply to Comments]

olo sweet sweet sangat tauuuuuuuuuuu
walaupun muka masing2 cam garang je tapi manja manja sangat
i likeeeeeeeeeeeeeee

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...