Instagram : @peejburhan

ada jeeee adegan berangan tu.

Assalamualaikum,

lama tak sembang ngan korang kan.
aku tak sihat ni, demam la pulak.
siang elok macam sihat, biasa la malam je mula la seram sejuk balik.
malam khamis lepas kemain aku buat entry nikah nonoy yang dah kemain lama tertangguh tu.
tapi sebab tak sihat demam. makan ubat tau-tau terlena je.
konon nak sambung jumaat siang tu.
plan nak publish la jumaat.
takda makna ye. aku type sikit. tak larat lalu tertidur balik.
terjaga je aku dah kena keluar sebab ada urusan sikit, then ke poslaju nak beli segala prepaid punya plastic tu. then nak beli segala prepaid box tu.
terkangkang-kangkang aku mengangkut banyak tu.
mementang i tak hot macam khloe kardashian, takda siapa nak tolong kitew tau...kangkang la kau sorang2. hahaha.
gila weyh gst sekarang ni weyh. hari tu beli tu, gst saje beli barang poslaju rm108. pening lalat dibuatnya.

erggghhh tak sukanya demam.
tapi padan ngan muka sendiri la.
aku tau kenapa aku demam.
kan hari tu laki aku demam. selsema dia lama gak la.
so kita orang ni memang kuat minum mineral.
dalam bilik mesti ada air. aku la. laki aku suka sejuk. so takda bawak bilik.
tapi hari tu air aku habis, dasar gemuk pemalas nak bangun pergi dapur.
ada air atas meja. laki aku punya buat makan ubat time selsema tu.
aku pun amik minum. rasakannn virus2 lettew, terus tetiba srokkk sreekkk aku esoknya.
pastu terus demam. cissss.

ni pun tadi tertidur dah lepas makan ubat.
tapi terjaga pulak ni sebab tak selesa.
so marilah update blog sikit sembang-sembang. hihi.
walaupun takda sapa nak melayan kau kak jah tengah2 pagi ni. ;p
ni tengah menaip sambil gulung tisu sumbat kat dedua lubang hidung.
kalau tak meleleh macam air paip.

agak sibuk la sekarang.
so sadda, lama tak jumpa mama n papa.
aku ni kan mengada...kalau boleh hehari nak lepak rumah mama.
tapi tu la busy sangat. ni tambah pulak tak sihat.
memang tak kuasa nak bergerak bila ada free time.
makan ubat tidur je.

dah la stress ni gemuk abadi.
ngeri sangat rupa.
tapi takyah nak complain sangat la kau tiap malam hentam nasi ngan talapia berlado kat kedai kak shidah. hahah.
pastu bedal nasi lemak ngan rendang limpa, sambal sotong.
pastu nak buat-buat terkejut pulak kan badan sebesar peti ais dua pintu. aaaaaa.
hoi bila la nak diet tah. naik muntah dah tak abis2 diet tapi kojap je la 2 minggu.
adik ipar aku tu menunggu je time aku nak diet. hahah.
semangat dia. ye la baru lagi. noy memang dah meluat.
aku punya nak diet tu sejak di sekolah menengah. takdonyooo. macam gini gak la.
serious weyh, dulu arip tu besarrrr woih. terkojut tengok pic dia.
tapi now kemain aku tengok kuruih.
tapi dia memang gigih. makan berjaga. makan memang banyak n banyak kali la.
tapi dia makan pilih la. makan nasi daun pisang pun. nasi tu silap2 dapat tak sampai 10 suap kot.
pitam aku tengok. tapi berbaloi la kan.
pastu tiap malam sebelum tidur kemain pumping n seat up sampai 100 kali each. kadang 200 each.
kau mampu? masalahnya takyah suruh aku buat.
aku tengok dia buat, aku yang penat acaner? hahahha.
haiyoh bila la nak start?
dia tak abis2, "saya nak pergi gym esok, kak pija nak ikut jom."
jawapan aku? "ohhh ye ke? okayyy pergilahhh."
hahahhahaha hampeh betul kak jah si gemuk abadi ni.

semalam pagi bangun.
terus pergi sarapan dengan elly, filla n laki aku.
then balik rumah aku terus tolong aku pack barang untuk postage isnin.
banyak pulak order 2-3 hari ni.
nasib la dorang membantu. aku sorang dah tak larat hoih.



oh ada berita gembira untuk team ellfie la.
Alhamdulillah after 2 bulan beroperasi, starting May, kita orang akan mula beroperasi kat office.
wah so excited.
thanks sangat untuk customer and reader yang tak henti-henti support beli Ellfie Essence.
lepas tu korang pun sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kita orang. thanks sangat.
hanya Allah dapat balas budi baik semua.
tak lupa jugak kat family n kawan-kawan yang support.
dan jugak suami masing-masing banyakkkkk sangat la membantu.
e ehhh. kenapa dah macam ucapan dapat award ni? mihmihmihmih *tetiba feeling pulak*
tapi serious, bermacam rasa ada, happy, sedih, excited semua la.
sebab baru je minggu lepas lepak ngan filla buat kerja sambil berangan aku cakap kat filla, aku pasang niat..kalau aku dapat income sekian banyak...1st sekali aku nak make sure aku boleh bagi sekian amount kat mak aku, bapak aku n mak mertua aku. tah la aku selalu macam tu, aku mesti akan teringatkan orang-orang tua aku dulu. tak tau la dapat tak peluang nak happykan hati dorang. sekarang pun bagi, tapi paham tak maksud aku, bayangkan if kau boleh bagi lebih tiap bulan. mesti best kan.
filla cakap, Insyallah kalau niat macam tu, Allah akan permudahkan n bagi rezeki.
sekali 2 hari lepas tu dapat satu berita. walaupun belum lagi dapat apa yang aku nak kan tu, tapi satu step lagi dah naik. ikutkan plan kita orang nak office bukan dalam masa terdekat ni, tapi kita merancang Allah yang menentukan. Alhamdulillah lepas ni ada office.

decide awal minggu hari tu.
berdesup kak jah google sana sini carik office.
dapat persetujuan semua terus suruh Win call kan n check out.
tengok ok, set appointment lain untuk semua sekali tengok n masuk.
tu yang semalam tengok.


wah happy n excited sangat.
syukur Allah permudahkan semua.
ingat dapat sewa office kosong je, tapi ok la..barang tu tinggal, aircond dah ada 2, carpet dah ada. wah jimat banyak sangat ni. cuma nak buat small renovation sikit nanti.
tak boleh dah guna rumah aku la.
dah la rumah kocik jo.
office aku dah ngan barang meniaga aku. dengan laki aku bukak teleskop besar dia tu dalam tu. menyirap je sempit gila.
barang ellfie memang aku letak guest room aku. taknak campur.
takleh dah weyh. penuh gila sampai atas katil semua, tetamu nak tumpang solat situ pun kena cari ruang. lepas ni kang beribu set datang aku nak sumbat mana?
aku takleh guna living area sebab harap maklum rumah iolls banyak kucing.
so Insyallah ada office ni senang la kan.
tapi rasa kelakar n takleh bayang lepas ni kena masuk office uolls.
dah biasa kerja dari rumah, sambil buat kerja sambil membongkang.
pastu sesuka hati pakai boxers n spaghetti strap je.
pastu rasa-rasa panas sangat. selamba dalam rumah pakai tshirt ngan panties je. hahah.
lepas ni takleh la kan? hahhaha.

pastu mula la berangan.
dah ok semua Insyallah next step nak start amik pekerja.

filla : kita kena garang. takleh main-main. taknak nanti orang tak respect or buat kerja main-main.
elly : ok. ok. faham. *sambil gelak-gelak*
me : mesti pekerja paling suka aku, kata i suka pn. peej tu. baikkk je dia.
elly : haha a ah kau tak banyak lorat.
me : kannn. aku buat hal aku je. paling-paling pun aku tidur je.
elly : haaaa kita letak sofa bed satu. tak pun bean bag. wahhhh bestnyaaaa.
me : bestnyaaaa. boleh tidur macam starfish.
filla : tak boleh ye. aku akan perhati daripada cctv tu, tengok korang tak buat kerja. aku tau ok.
elly : eh biarlah. i penat ok. biar nanti pekerja buat kita monitor je.
me : eeee nak marah-marah je. sebab tu la aku cakap mesti nanti orang suka aku sebab aku baik.
filla : takda ye, nanti dorang cakap pn peej tu memang baik, tapi asyikkkk tidurrrr je kerja dia.

hahaha. tak boleh yea?
ala kalau free time tu tidur la yea.
kong ajo sangat silap sikit je nak kena potong gaji.

pastu mula la berangan itu ini.
tetiba yang laki aku.

Mr.B, "aku rasa memang yang patut ke tengah kau elly. ramai-ramai macam tak pro, sorang je. biar dorang ni belakang tabir. filla tak boleh sebab dia kerja. bini aku pun tak boleh."

elly, "asal pulak peej tak boleh? kau jealous ke?"

me, "eh i pun memang tak nak la. i dah cakap i tak suka."

Mr.B, "bukannn. bini aku tak bukan takleh, cuma aku risau kalau dia masuk tv ke majalah, nanti nampak pulak spare tyre perut dia tu. jangannnnnnn" *gelak2 sambil usap kepala aku*

eeeee biadapnyaaa... apa dia ingat kelakar?
lepas tu.

"tapi serious kau je boleh elly. sebab aku rasa antara korang bertiga, kau je yang layak di bawa ke tengah. yang lain tak ok."

geram je dia ni.
filla kata nasib tak sampai. kalau tak dah tumbuk muka laki aku.
yang aku lak emo nak terjun kereta.
sentap hati tertusuk sembilu di robek2 sangat.
hhahaha tapi memang kenyataannya pun. i mean part aku la.
sebab tu aku tak suka pun. ngan takut kang nampak diri sendiri kt tv ke majalah, aku kena tekanan perasaan sambil tumbuk2 spare tyre sendiri pulak. hahahhaa.
eh aku je leh gelak ye. korang jangan nak gelak lelebih pulak.

eh ok la.
nak kena try tidur balik la.
dah kul 4 pagi ni.
esok program awal pagi lagi.
ada meeting ngan team ellfie n sambung pack barang agent lak.
dah la if meeting je i is seram, elly suka nak serious je muka.
aku dah la takleh tengok dia serious, sebab dia tu kelakar.
kang aku n filla gelak kena marah.
ishhh elly pun garang.
sebab tu aku kata, aku je yang baik. sweet like chocolate. hahahhaha.

ok. nite people. happy sunday.
eh nite ke morning?



12 Comments:

honey bedazzled said... [Reply to Comments]

Lepas ni suruh posmen amik kat opis je la . Xyah p pjbt pos

kisah_hearty said... [Reply to Comments]

best nye pn peej dh ade opis sendiri.. tahniah.. :)

naen said... [Reply to Comments]

imsuka baca blog u Peej..sempoi dan tak dibuat2...harap u tak malas berblog...tertunggu2 u update

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi Peej. All the best ya. Saya setuju part baik tu. hehe. Saya doakan yang baik2 utk Peej, Elly n Filla sekeluarga, juga utk ElfieBeauty. Moga dipermudahkan semua. Amin..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Part tumbuk tumbuk spare tyre tu mmg lawak..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi Peej..
I pulak suka kalau korang bertiga equally step forward. Semua ambik peluang muncul di depan tabir. Maybe bukan selalu but bila ada event n promotion dari media u pun take part n ke depan jugak why not.

Alahh bukan kitorang tak penah tengok spare tyre u kat dlm blog or other social media ke pun? ;) Still, I masih berminat nak tengok rupa paras u apa. Selera kita kan berbeza2. After all, Ellfie bukan produk kuruskan badan ;) Muka u cantik Peej, believe it and embrace it.

Okbai sekian my sincere opinion. Wishing u all a glorious success, now and future aminnnn.
Love u Peej :-*

zeera lily said... [Reply to Comments]

good luck for ur future sis =)

linda said... [Reply to Comments]

gudluck :)..suka tgk org melayu berjaya

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

hahahah..lawak la..ala..nanti bila dah sibuk berat turun hilang la spare tyre tu..jangn risau..lagipun muka cantik orang tak nampak dah spare tyre bagai nih..hehehe

Mrs. A said... [Reply to Comments]

Congratulations! dah ada ofis sendiri punya

ietams said... [Reply to Comments]

tahniah dahde office
ayat Mr B tu kelakar.. hahahaha sorry tak sengaja ketawa.
tapi serious kelakar! hahahahahaha

Eta said... [Reply to Comments]

congrats.. maju setapak lagi...
tapi bab spare tyre mmg tak bley blah.. hahahahahaha..
at least dia berkata benar..
berkata benarla walaupun pahit... tapi peej.. u cantik.. percayalahhh.. rasanya mr. b tu jeles tuh.. hahaha
adoiiiii sambung gelak jap...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...