Instagram : @peejburhan

Parti Daun Pisang

hello everyone.
tolonglah aku sebenarnya macam dah takda hati sangat nak berblogging dah.
malas kemain sekarang. ok bukan malas, tapi takda hati la.
entah kenapa.
sedih gila tengok blog sendiri rasa macam dah tiba masa nak tutup blog gitu.
tapi tu la. memikirkan sedar tak sedar Julai ni genap 9 tahun aku blogging.
lama sangat dah tu. patut la feeling tu dah sendu semacam je kan.
tapi tu la, memikirkan yang mama dok kata jangan lupa roots la apa.
asal usul daripada blogging la apa.
so yea. here i am.
tapi sila la terima iolls akan blogging bila hati tu sampai.
dah tak berapa nak gigih macam dulu.

so anyway, tau ramai dok tunggu entry kahwin noy.
tu nanti la yea. pic banyak, nak transfer pun ala-ala malas je. heheh.
so aku cerita pasal benda yang dah ada pic je la yea.

tak sure korang tau ke tak.
yang kita orang ada geng parti daun pisang ni.
if jumpa mesti makan daun pisang.
tapi masalahnya makannya tu setahun sekali je pun. hua hua.
lainnya sibuk kat whatsapp je la sembang.

so noy dok sibuk kata takda ke hens nite untuk dia?
mengada sangat. berapa banyak hens dia nak entah.
kawan BBGS ada. kawan kuwait dia ada. ngan kita orang pun nak.
tamak sangat ni.
tapi kita orang buat tak layan je.
satu sebab memang busy kot.
satu lagi time tu nak dekat sangat pun dah nak kawin.
mana ada masa nak plan ke apa.

tak sampai hati. so pedd plan.
nak buat best n proper.
aku kata takyah la. dah nama group kita parti daun pisang.
kita buat parti makan nasi daun pisang sudah. hahaha.
simple.
seperti biasa pedd over suruh tema bollywood glam.
bagus la plan 2 hari, nak bollywood glam. mana ada baju!
rupanya dia ada. patut la semangat. cehhh.

kemain nak surprise la konon.
dah la aku ni bab coverline tak pandai.
suruh la kawan aku syima ni kata nak amik baju dulang girls kat noy.
dia ada area bangsar. so boleh makan sekali.
aku akan pergi bawak noy la konon.
ok setttt. noy pun nak pergi area sana carik hantaran.

hari yang sebenar.
awal aku dah pergi rumah mak aku.
sebab laki aku nak tolong kemas sekali.
so malam boleh la pergi.

sampai sana naik la bilik noy.
tengok dia dah bersiap.
kata nak keluar ngan arif.
aku dah macam. eh macam mana ni.
tapi tak cakap apa la.
aku just tanya abis aku pergi sorang ke?
dia suruh aku pergi ngan MrB.
dayummm. *telan air liur*

aku hanya mampu perhati dia berlalu pergi.
cecepat bagi tau kat group plan lari sikit.
dia akan ada sana awal.
so pepandai cover jangan kantoi.
sebab dia ingat akan jumpa syima n aku je.
tak tau semua ada.

nasib kawan aku nysya tu nak naik ngan aku.
so takda la aku sorang je.
sampai sana semua dah ada.
tapi noy takda.
so call la dia kata mana dia. nak makan ni.
so dia terus datang. dia ngan hida n arif.
surpliseeeeeeee....

walaupun parti daun pisang je.
tapi dia terkejut n happy semua ada. jadi la kan.
sebab last jumpa n lepak memang a year ago ok. gila lama kan.


 :: eh sedap sangat ni ::


:: parti orang tua-tua macam ni la. makan nasi daun pisang je. hahahahah ::











lepas makan kena chow.
takleh duduk lama sebab tau la nirwana tu, sentiasa berderet orang tunggu turn nak makan.
noy bising kata asal tak bagi tau pakai bollywood.
mana boleh cakap, nanti tak surprise la kan.
tapi bengang je sebab dia comot. hahah. sapa suruh.

:: ok syima pun tak ikut tema. sebab dia keluar dpd pagi katanya. nysya tudung ala bollywood. jadi la. yang pasti seperti biasa paling over the top mesti pedd. ::



aku hanya mampu pakai kurta je.
abis mana nak cari plak segala lain.
sekali rasa simple sangat.
kata bersiap kat bilik noy. curik rantai dia.
e eh masuk lak tema baju. i like.
semua dok puji rantai. aku cakap, aku amik noy punya. hihi. mesti noy bengang je.
sekali memang pun.
tengah dia tengok semua lawa2.
tengok aku dia cakap, " cantikkkkknyaa piiii...heyyyy tu rantai saya!"
semua gelak. heh heh. e eh dia tau la rantai dia.
tapi takpa la. janji kak jah meletop lite lite di malam itu.

lepas tu lepak kat coffee bean.
sembang berjam baru sedar tak order air lagi.

 :: fa - nysya - syima ::

:: pedd paling ketara berperangai makcik-makcik sebab siap beli kerepek di bangsar. hahaha ::


:: pic ni lawak. pedd baru balik pulau amik lesen diving, so semangat la sembang ngan arif. haha. ni cara-cara bernafas dalam air katanya ::


:: si darah manis yang perangai merepek-repek, with pedd ::


:: me with hida, bff si noy ::





:: photo session sebelum balik. arif nak garang-garang je amik pic sebab stress layan perangai memasing ::



:: pengantin baru yang time tu belum pengantin. boleh eh caption macam ni? ::

sekian cerita parti daun pisang yang tak berapa nak parti sangat la.
tapi tah la dah semakin meningkat usia, aku prefer lepak laid back macam ni.
boleh sembang n spend quality time together. best macam ni.
entah bila lagi la nak lepak macam ni lagi.
mungkin lagi setahun akan datang la kan.



6 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej...noy n husben dia keja apa ek?? tetiba tringin nak taw...secocok deme nie..

A.I said... [Reply to Comments]

ehhh..sama la ngan aku wei. malas giler nk hapdet blog. mcm dah tak tau nk citer apa (melainkan yg sibuk psl viral kwsp haritu jelah. kui kui)..
siyes, aku mmg tertunggu2 entry noy kawen tu tau. cepat le...cepat lerrrrrrrrrrr (bikin ko hangat) haha.

norzalila zainal lionel said... [Reply to Comments]

Sweet couple..semoga berbahagia hingga je jannah... =)

Anonymous said... [Reply to Comments]

yeah dah update..cancel plan nak stalk dr jonet...hihihi

Macikz konah Ias nur hidayahI said... [Reply to Comments]

noy comel

Anonymous said... [Reply to Comments]

In case kak peej dh xda hati berblog..update ig always lah..biar ada pngganti..jgn dibiarin saja...yeahh..hii

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...