Instagram : @peejburhan

kisah-kisah..siapa ada kisah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


wah gaya dah macam pembaca berita sangat pembukaan. hua hua.
haihhh..baru berkesempatan aku nak melayan blog.
dari sehari ke sehari. ada je kerja kena buat.
selalu time macam ni aku masih busy.
tapi today aku siapkan kerja awal dan ada pembantu. heheh.

kena restock ephyra.
malas gila nak keluar.
so mintak tolong laki aku amik lepas dia balik kerja.
sekali lunch hour tu dia ada area office ephyra. so dia amik n hantar.
bagus. tak perlu aku keluar. dengan musim-musim panas ni kan.

then cepat-cepat aku siapkan kerja semua.
ni laki aku balik je dia kata meh dia postkan.
dia pergi ngan adik dia.
dia suruh aku berehat je kat rumah.
mihmihmih. *kembang-kembang hidung*

oh macam aku pernah cakap.
aku kan if ada masa terluang.
ye ada la jugak masa terluang..poyo sangat kalau busy 24/7.
tapi usually masa terluang aku tu between 12am-5am ye. #teamburunghantu
so aku akan layan movie online.

macam-macam cerita la aku layan.
antara cerita baru-baru ni yang aku sangat suka n suruh semua orang tengok adalah love,rosie.
tolonglahhhh tengok. best sangat cerita dia. bagi kau feeling berbunga n senyum terkepit-kepit.
ada la few. biasa la ahkak lupa uolls.
tua-tua ni segala lupa.

oh lupa nak bagi tau.
last monday birthday iolls.
i'm officially 23!!! yippaaaa.

abaikan candles tu. dorang salah letak lettew. patut 2 besar 3 kecik la kan? hehehhe
feeling sangat. dah tuo tak sedar diri.
eh sedar la. tersangat sedar.
semakin tahun semakin terasa itu ini.
dah start rasa sakit situ sini.
paling tak tahan adalah aku rasa angin kot.
ingat lagi time kecik bila arwah maktok or mama suruh picit.
angin katanya.
aku dah macam herghhhh angin apa ni? mana datang angin pulak.
pastu dorang akan cakap, "kau dah tua nanti kau tau la."
aiyooo belum tua sangat ni dah terasa ni.

aku perasan kadang sakit tak tentu hala.
aku pikir, eh apa salahnya ni?
then terpikir angin kot.
tapi prob aku, if orang urut aku takleh lak nak burp.
orang yang urut lak kemain burp.
tapi nanti selepas 2-3 jam tetiba aku burp. e eh gila ke apa?
tapi 2-3 hari ni aku asyik macam sendawa pastu rasa gas.
macam kita burp lepas minum air gas tu. tau tak?
masalahnya aku takda lak minum air gas. kira tu burp angin ke?
hahhaahaha aku mana tau.

ramai wish kat sana sini birthday tu kan.
sorry apa pun aku tak balas.
balas tu takpa. baca pun tak sempat.
ada doa-doa, aku Aminkan aje. :D
tq la yea.
tau la birthday hari isnin.
hari isnin ni hari paling busy. awal bulan lak tu.
so memang aku takda sempat nak bersuka ria online ke apa.

eh aku rasa tersasar jauh la.
aku nak cerita lain tadi.
aku nak cerita pasal movie kan. grrrrrr.
ok sambung la.
hentam je la korang baca entry caca marba kan.
sama macam hidup aku sekarang yang caca marba ke sana ke sini je.
e eh macam kelakar pulak perkataan 'caca marba' tu kan. bahasa apa tu?

nway, semalam aku layan movie.
perangai aku sebelum tengok movie.
aku akan layan trailer dulu kat youtube.
nampak menarik baru aku tengok.
and pelakon kena yang aku kenal la. if tak kenal confirm cerita sampah selalunya.
cerita melayu lagi la dah lama aku tak tengok.
villa nabila tu 10 minit je aku tengok aku padam.
sebab aku ni dah la sekarang kurang masa terluang.
so aku rasa membazirnya masa terluang aku ni ngan melayan cerita melayu yang merepek2.
elok realise tension, bertambah stress pulak nanti.

ok so semalam dok mencari movie.
hmmm nak tengok apa.
tengok ni baru keluar.
so tengok trailer.



tapi tengok tak tengok la.
sambil layan trailer, sambil main game kat ipad.
perangai buruk. semua nak buat bila ada freetime. hahaha
so aku tak tau pasal apa.
tapi tengok macam lawan-lawan je.
aku aku bayangkan macam cerita game of thrones gitu la.
aku suka cerita lama-lama macam tu.

so bukak n layan.
n menarik. cerita zaman firaun ni.
tengok. eh lama. 2 jam setengah cerita ni.
so layan la. rupanya kisah moses.
kalau dalam islam kisah nabi musa la.

best cerita dia aku suka.
aku rasa ada la merepek sikit n tambahan kat sana sini.
tapi over all aku suka sebab macam dapat gambarkan situasi masa tu.
aku suka la cerita macam ni.

macam sebelum ni ingat tak dorang buat cerita tajuk Noah. pasal nabi noh la.
kat malaysia kena ban. tapi online banyak.
so menarik sangat bila tengok.

pastu aku daripada time tu dah fikir, eh aku nak beli la buku kisah-kisah nabi.
sebab memang zaman sekolah kau belajar dulu.
tapi zaman tu macam la kau nak belajar sangat.
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je.
tapi tu la impian je la. belinya tidak.

so semalam bila tengok cerita nabi musa ni.
aku terus rasa nak tau lebih.
nak tau betul ke tak cerita dia ni.
sebab kisah nabi musa yang aku ingat pasal belah laut je la pun.
lain bukan aku tau.

so tak pasal aku google.
banyak pulak kisah nabi musa.
dah la aku dok membaca sampai pagi.
then nak tau pulak pasal firaun. firaun zaman nabi musa.
firaun pun aku bukan tau sangat. yang aku tau dia rasa diri dia tuhan je kan?
kekejaman lain aku tak tau.

eh tak sure pulak apa aku baca betul ke tidak.
tapi zaman nabi musa, yang dia selamatkan lintas lautan tu bani israel.
so maknanya israel yahudi ke eh? hahaha matiklah dah tua baru nak mengkaji.
kena baca lagi la aku nampaknya.

tapi serious korang tengok la cerita tu.
aku suka.
rasa macam besarnya kuasa Allah.
dalam movie tu konon laut tu ada macam beting pasir.
so bila air surut boleh lalu kat situ.
nabi musa biasa lalu situ.
so masa dia selamatkan beribu pengikut dia tu.
dia macam sesat. sampai tetiba kat laut dalam ngan ombak kuat semua la.
then bila laut tu terbelah jadi kering untuk semua melintas.
rasa macam sesuatu yang tak masuk akal la.
rasa macam semua pun jadi dengan izin Allah.

menarik cerita dia.
si la tengok. bagus cerita-cerita macam ni.
mayba tak 100% sama, tapi sedikit sebanyak kisah tu tak lari jauh la.

eh ok la.
i nak makan. boleh tahan lapar ni.
laki i belikan mihun sup utara :D

p/s: tajuk entry macam mintak sepak.


3 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ada wish jgk.. tp sbb ko xbaca, meh nk wish sekali lg. HAPPY BIRTHDAY!! ahaha.

sm la kta klau nk dload movie mesti nk tgk trailer dlu. xpe la trailer tu ambik ms few minutes pun, yg penting time tu movie nnti, tidak rugi di kemudian hari.. hahaha

Nazima said... [Reply to Comments]

Cantik la kulit kak peej!

rose said... [Reply to Comments]

try tgk filem ''bangunan''.. seram juga tgk citer tu..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...