Instagram : @peejburhan

India's Daugther

aku tak sure korang ingat tak.
few years back kita ada baca kisah sorang perempuan kat india ni kena gang rape dalam bas.
then end up that girl mati.

time tu baca pun macam sekilas macam tu je.
orang share kat fb kan.
yang tau dia kena teruk sampai end up mati la. sebab parah sangat.
tapi cerita yang betul-betul details tak tau kan.
n apa jadi lepas tu ke apa tak tau.
aku bukan ikut sangat berita dunia ni.
kalau orang share kat fb baca la, aku tetiba nak layan website news ke apa memang takda la.

sampai la semalam, aku nampak jonet share video ni.
status jonet tu membuatkan aku rasa nak tengok.
walaupun tak tau apa ni India's Daughter ni.
oh rupanya kes ni di gelar India's Daughter.

documentary pasal kes ni di buat by BBC.
tapi di haramkan ditayangkan kat India.
ok layan dulu. then sambung baca.
panjang documentary ni. sejam.


stress kan tengok.
aku tengok pagi.
sampai ke malam aku dok terbayang-bayang lagi.
pastu sempat aku cerita kat mama.
aku tak tau yang mama tak tau pasal kisah ni.
tolonglah aku sedih sangat.
kenapa ada manusia macam ni?
gila ke apa.
dah la rogol ramai-ramai.
pastu siap masukkan tangan kat vagina perempuan tu.
masuk dalam sangat sampai boleh tarik usus orang tu sekali sampai terkeluar. uwaaaaaaaaa.
Ya Allah Ya Tuhanku tak dapat bayangkan la.

tapi perempuan ni kuat. dorang campak dia keluar tu dia rupanya hidup lagi.
tapi kritikal.
doktor pun heran macam mana dia still hidup.
almost 10 days jugak dia hidup.
last 3 days dorang hantar ke hospital singapore. tapi still tak dapat selamatkan.

aku takleh terimanya mentality dorang.
orang india ni mentality still macam jahiliah.
perempuan ni tak boleh kerja, tarap bawah kaki je, takleh pakai moden, takleh keluar.

jyothi ni medical student. dah habis belajar pun.
dia nak start housementship la.
so last day tu kawan lelaki dia ajak keluar tengok wayang.
dia kata lepas ni akan busy, so nak la keluar.
so ok la keluar.
balik tu naik la bas.
rupanya bas tu tak on duty pun.
just bebudak yang tengah berpoya-poya bersuka ria dalam bas tu.

so dalam tu dia pukul kawan lelaki perempuan tu n rogol perempuan tu.
dorang kata perempuan takleh keluar malam macam tu n dengan lelaki tak dikenali.
kalau nak keluar pun ngan family takpa la jugak.
tapi seeloknya tak keluar langsung.
so dengan itu, perempuan tu memang kena ajar la.
tu dorang rogol tu. eeeee kejinya.

pastu boleh tak masa dalam mahkamah tu, dorang siap cakap perempuan tu tak sepatutnya melawan.
kalau tak melawan dorang rogol je. takkan sampai macam tu dorang buat.
kepala hotak kau.
abis tu dah kena rogol takkan dia nak cakap oh yeahh babyyyy. don't stop. mesti la melawan.

yang merogol tu semua dah tentu la jenis semua duduk setinggan macam tu.
tak sekolah, buruh kasar semua tu.
takda educated.
aku paling rasa discusted tengok lawyer yang bela perogol2 ni.
seorang lawyer belajar tinggi-tinggi tapi pemikiran tetap kolot gila.
siap cakap siapa suruh keluar malam, jadi memang biasa la kalau kena macam tu.
kalau anak dia pun keluar malam ngan lelaki tak kenal macam tu, jadi benda yang memalukan family, dia sendiri akan bawak anak dia pergi farmhouse dia n bakar anak dia hidup2. what the hell.

ada lagi macam ni?
seram pulak baca.
tau tak kat sana setiap 20 minit akan ada satu kes rogol berlaku.
tapi semua selalu takkan di laporkan. sebab takut.
siap perogol2 kes India's Daughter ni persoalkan, kenapa dorang je kena? padahal kes macam ni biasa la berlaku.
ada kes perempuan lepas kena rogol kena bunuh.
kena simbah asid la. semua dia.
why like that.
kau boleh tengok macam takda tanda penyesalan pun n dorang tetap rasa apa dorang buat tu salah.

so scary.
walaupun selama ni orang dok mainkan ayat, "Alhamdulillah Malaysia masih selamat."
n aku rasa saje nak main-main je.
kali ni ada la sedikit terasa ayat tu boleh pakai.
ok walaupun aku takda la rasa selamat sangat, ye la ngan segala samun ke apa.
tapi atleast kita takda la tahap kuno lagi sampai kalau kau perempuan keluar lebih daripada 7 malam, kau adalah layak untuk di rogol.

aaaaa sedihnya aku tengok video kat atas tu.
tengok mak bapak jyothi tu.
kesemua pesalah tu di hukum gantung. 4 orang.
sorang tu bunuh diri masa dalam penjara.
sorang lagi pulak dibicara under kes juvana.
bayangkan dah rogol n bunuh orang. sebab juvana, hukuman 3 tahun je.
by end of this year budak tu dah keluar ye.

tapi macam dorang kata la.
benda ni memang akan terus terjadi.
selagi mentality rakyat dorang tu macam tu, selagi tu dorang tetap akan anggap rogol perempuan ni semua tak salah.

we live in a scary world.
kenapa la wujudnya manusia2 macam ni kan.
kat Malaysia pun dah start ada kes-kes menakutkan macam ni.
semoga kita dilindungi dah dijauhkan dengan manusia-manusia macam ni olehNya.


9 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

xtgk lg video sejam tu.. nnti free nk tgk. cuma sblum ni pernah baca psl interview bbc dgn perogol tu yg mmg xde rs bersalah rogol org. eh ehh salah mangsa pulak keluar rumah kena rape. kalau punya ramai rakyat diorg still fikir mcm tu, sampai bila pun negara susah nak maju.

tu yg sy risau tgk if kt social media malaysia ni, byk post2 org yg degrade wanita.. mcm buat joke la, if gambar perempuan tu pakai baju ketat contoh pergi cycling dgn baju sukan tu kan, tu pun diorang komen lucah2. mentaliti macam ni tak la seramai kat india, tapi nampaknya wujud kat sini dalam social media. biasanya apa yg diorang taip, itu sebenarnya yg diorang fikir kan. how sick some ppl's minds were. semoga semorang terhindar drp benda2 yg x elok mcm ni.

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

betul tu Peej.. Malaysia memang aman.. bersyukur kita. Tapi ada juga yg menggunakan tu sbgi sindiran.. mereka tak buka mata tengok negara luar tu macammana. Baru2 ni akk ada tengok satu documentary psl kes rape di India juga.. lepas rape dia gantung.. sedih sgt!

Azwin Nalisa said... [Reply to Comments]

good entry kak peej. there is one case yg sy rasa ramai dah lupa. perempuan india yang dirogol 13 lelaki sebab keputusan mahkamah kampung(timbang tara). reason adik dia dikatakan bercinta dgn perempuan kg lain. so, sbgi hukuman, kakak die kena rogol. kena rogol depan ayah dia yg tua. ayah yg tua ni meraung, kena pukul, mntk jgn rogol anak dia. lepas kena rogol, dia dicampak keluar ke tanah dlm keadaan bogel. ayah dia yg tua ni smbl nangis, bwk kain utk tutup bdn anak dia. ppuan ni kuat. dia bawak kes ni ke mahkamah. tak tau la apa jadik lepas tu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, TQ for sharing citer ni. Tp i tak nak tengok la video tu. Takut ada rasa tak best dalam diri ni and terbayang-bayang pulak. Tak tau la kenapa manusia boleh jadi kejam sampai macam tu sekali. mentaliti tahap apa tak tahu la. Mintak dijauhkan kita semua dari kejadian macam ni.

suezen said... [Reply to Comments]

stress bila fikir masuk tgn tarik usus tu....gilaa!

Pari-Pari Malaya said... [Reply to Comments]

yup memang takut sangat sekarang ni nak keluar rumah without suami.
Seram yang amat.Saya Follower terbaru awak Peej Burhan.Hope boleh follow saya kembali.
Terima kasih
http://pariparimalaya.blogspot.com/

Nur_cahayamataku said... [Reply to Comments]

hai peej. saya da tengok video tuh.. memang geram sangat, at the same time simpati sangat dekat perempuan negara tuh..harap2 lepas kes ini, nasib dorang terbela la.
memang tak boleh tahan, bila dengar mentaliti dorang like, if perempuan keluar malam, selain dengan family member, patut di rogol.. kuno sangat pemikiran.. dan betul.. malaysia masih selamat... syukur kita tak hidup dikelilingi budaya yang macam tuh..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Mmg scary...minta kita semua dijauhkan..kalau kat Malaysia paling takut kes2 culik budak rogol n bunuh..budak2 kecik pulak tu..sedih sgt. Yg kes suzaily yg kene rogol bunuh dalam bas tu pun menakutkan. Mmg byk dah kes mcm ni. Kalau google dlm archive news lagi buat kita takut.

A.I said... [Reply to Comments]

Sumpah wei, aku rasa mcm nk demam lps tengok video tu. giler la. negara india mmg giler. kat sana perempuan takde apa2 hak langsung. damn!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...