Instagram : @peejburhan

family night

hihihi. baru reti-reti nak update event hari tu kan.
ok la kan, janji aku update n abadi kan dalam blog ni.

Wah meriah gila malam tu.
hampir pitam tengok ramai betul orang.
tau la laki iolls kan peramah orangnya.
bertambah ramai je aku tengok tetamu datang.

aku masih busy kat dapur then mandi n bersiap.
dorang kata dah ramai datang kat depan. oh ye ke.
tak sedar.
then aku keluar. tetiba mama suruh tukar baju.
sebab baju aku tu dah banyak dalam gambar. e eh boleh macam tu.
ye la. so kena tukar.
aku tau akan busy malam tu, pakai la yang selesa.
no no no, mak aku tu takleh comot2. mesti nak over-over. layankan.

masa keluar tu aku tengok yang kerja bakar membakar ni apesal tak kenal.
aku tak pakai spec. rabun.
aku pergi tanya elly, eh siapa tu?
hahahha elly lagi la tak kenal.
bila tengok balik pic, haaaa kawan laki aku.
ni geng-geng lepak malam hari kita orang. boleh aku tak perasan.



ngeri rupanya tembok umah aku.
aku memang jarang ke area tu.
laki aku yang rajin membela pokok-pokok semua.
dia yang suka siram la apa semua.
aku ni kan pemalas.
ada la hari tu mama sound, "rumah kau ni memang konsep bali, berlumut tembok. taknak cat ke?"
aku macam, eh biar je la. ok pija suka je.
hahahhaha pastu bila tengok dalam gambar ni macam terkejut. memang ngeri pun.
ok raya tahun ni kita cat la ye. kasi berseri-seri. :D
sedar tak sedar pun nak masuk 3 tahun duduk. patut la macam tu ghupe dia. haahhaa.

:: e eh sempat pulak dia nak pose orang dok candid sana sini ::







luar dalam penuh rumah aku.
ke depan ke belakang aku dok buat itu ini.
biasalah kalau rumah kita buat makan-makan.
kita sendiri tak makan.
sebab letih pun ye.
malam tu aku makan spaghetti aku tu je semangkuk.
tu pun around 10ish baru makan.
bbq seketul pun iolls tak sempat makan.
patut la rasa kurus sikit malam tu. hahhaa.
malam tu je la. :P

kat ruang tengah penuh budak-budak.
menjerit berlari sana sini. pening kak jah.
menyorok semua kucing aku di buatnya.
memula semua santai, agaknya ketakutan, by end of the night sekor pun takda.









ahahha sian, sorry rumah ni takda budak.
takda mainan ye.
so korang main la ngan mainan kucing-kucing. hahha


tuan tanah.
yang banyak menghabiskan masa di dapur.
pastu tengah aku kat dapur bebudak tu datang.
aku ni kan ngan bebudak kurang sikit. memang garang.
terus sound, "jangan main kat sini ye. nak main kat depan. ni dapur."
bengang je bebudak semua.
pastu boleh dorang nak selak aku kat belakang tu.
"jangan nak selak ye. aunty dengar."
pastu aku dengar, "eh bukak-bukak jangan selak, aunty tu marah."
noy time tu rupanya terdengar. geleng kepala je dia.
sebab aku selalu je garang-garang.
ye la, dapur kot.
ngan pisau segala, tengah merebus spaghetti bagai. takkan nak bagi bebudak main ke apa kan.

:: filla n noy. ::




:: adik-adik ipar ku, hafiz n farid ::

rajin dorang berdua ni.
adik beradik MrB ni semua rajin-rajin.
dorang la yang duduk mengemas sampai bersih umah aku malam tu lepas majlis.


eh telan air liur pulak nampak ni.
tak merasa malam tu.
aku beli tempat bbq ni kat chow kit.
puas hati sebab ada stand siap n besar pun ye.
lepas tawar menawar dapat la rm140 je. ok la kan?
ke boleh dapat lagi murah?
ok la kot. harga asal rm250 macam tu. kedai lain paling murah bagi rm200 je.


haaaa penuh kan.
ramai weyh. sebab MrB ni family besar.
aku dok kira-kira hari tu pun minus anak-anak kecik dekat 20 orang.
meriah sangat.

masa majlis tu aku dah cuak.
sebab baru kul 9ish aku tengok makanan macam tak cukup je.
padahal ada tak datang lagi.
ye la sebab main dish bbq ayam n kambing je.
sebab yang bawak hari tu abang zul je 3 ekor ayam.
nasib aku pun sediakan 3 ekor ayam n kambing dalam 20 keping.
aku expect ada orang lain bawak benda lain.
last-last takdo kau.
spaghetti pun kuah tinggal suku periuk time tu.
tak cuak kau.
aku dah terpikir ada aku lari pergi JJ beli ayam marinate tu.
nasib tetiba kak shida datang bawak nasi n lauk 2-3 jenis. fuiyooooo.
lega. urut dada terus.



kan aku ada cerita hari tu.
selain bbq, sekalikan dengan doa selamat.
rumahnya kecik, so orang-orang penting biar kat dalam.
yang luar tolong Aminkan sekali. :)






Semoga perniagaan kami di berkati.
Semoga di lindungi Allah SWT.
semoga dijauhkan dengna hasad dan dengki.
semoga persahabatan terus kekal.
Insyallah, Amin.

:: elly yang takleh tengok orang nangis. tetiba dia nak nangis sama. ::


:: mama n mak filla. selalu dorang bertegur thru fb je. so ni baru jumpa ::



mama n papa yang selalu mendoakan terbaik untuk aku.
banyak nak kena baiki aku ni, Insyallah slow-slow. :)
Ya Allah, aku ni kerja keras pun bukan untuk diri sendiri.
tapi untuk orang sekeliling aku.
nak bagi dorang happy ikut kemampuan aku.
kadang-kadang perasan jugak, aku ni ada duit bukan nak beli barang ikut apa aku nak.
aku mesti sibuk nak belikan laki aku ke, bagi family aku, bagi family mertua semua la.
sama je la kita orang laki bini.
selagi ada hayat dan kudrat di badan ni, kita usaha la lebih sikit untuk dorang kan.
kita tak tau berapa lama Allah pinjamkan mereka kat dunia ni.
or even aku sendiri, so setakat mampu, mari kita usahakan. :)

:: kau tengok lambakan selipar tu. dah macam kat masjid banyaknya. hahha ::



then upacara tiup lilin kek birthday untuk leecha n elly.
sebab birthday dorang selang sehari je.
selalu kek ni bebudak la excited kan. seronok aku tengok.













berkali-kali aku nyalakan lilin tu n berebut nak tiup semua.
lepas tiup semua tepuk tangan yeayyyyyyy...
paling geram leecha la. tak padan kecik dia paling semangat. comel sangat.




:: jangan cuba merampas pisau daripada dia ye. bersilat dia nak mempertahankan keris taming sari tu ::

:: abang ipar aku, abang zul n wife, kak ani ::

:: anak-anak buah. seronok i masa memula dulu dorang panggil aku kakak. woooww rasa muda. hahahha. tapi sekarang dah panggil aunty la. hahhaha ::


orang terpaling peramah.
semakin lama semakin bertambah jemputan.
kau tengok sampai ke luar-luar orang melepak. hahha.



:: abang-abang aku with farid. eh pak aji pakai ketayap. hihihi ::


:: anak-anak buah ku jugak ::


:: mak mertua aku segan pulak bila nak snap pic. ::

sayang aku ngan mak mertua aku ni.
sangat la baik.
macam aku, Alhamdulillah ada rezeki sikit ni, tiap bulan aku akan bagi dia duit sikit.
ye la dia bukan bekerja ke apa. aku pun pesan kat laki aku jangan bagi mak kerja.
mak dah tua, sian dia.
mana mampu, kita laki bini bagi dia duit belanja.

so memang jadi rutin tiap awal bulan akan bagi mak duit.
then esoknya bila MrB call, tau-tau mak berjalan la sana sini.
yang laki aku marah-marah mak, kata duduk la rumah. ada duit sikit berjalannn je. menghabiskan duit nak shopping.
laki aku ni kalau boleh dia nak mak dia duduk rumahhhh je.
lepas laki aku letak phone aku marah laki aku balik.
aku kata biarlah, boring kot duduk rumah je. biarlah la dia berjalan.
n aku cakap la, "masa muda mak tak merasa semua tu. dorang susah, anak ramai. so ni dia ada duit biarlah dia nak beli yang. betul tak?"
"a ah betul. biarkan la kan?"
"haaa biar. i perempuan i tau, mesti ada benda dia nak. so biar dia beli yang. kita dah bagi dah. dia nak buat apa biarkan."
"ye lah."

tolonglah aku takleh sikit benda-benda sedih ni.
aku cepat sedih.
aku pun lately busy.
jarang dapat nak lepak ngan mak.
aku sendiri kurang lepak apa bagai.
so jarang dapat lepak n sembang ngan mak.
takpa la, lepas ni harap relax sikit. so boleh la jumpa selalu.



tak kenal maka tak cinta.
aku ni lambat sikit warm up ngan orang.
so if tak biasa selalu aku diammm je.
dah ok, baru tak reti stop cakap.
dulu aku jarang spend masa ngan family belah MrB.
ada pun takat mak n adik-adik dia yang bawah-bawah la.
kakak-kakak dia n abang jarang aku jumpa.
laki aku pun jenis tak berapa rajin ke rumah dorang kan.
aku ikut je.

tapi since kak shida (pic atas, yang tengah tu) bukak gerai.
dah la sedaaaapppp gila masakan dia.
almost every night lepak sana.
lepas tu adik-beradik MrB pun ramai suka makan sana.
so selalu la jumpa dorang.
wah meriah pulak. happy je rasa.
family besar kan. pastu dorang pulak semua jenis kelakar je.
aku ni di besarkan dalam family yang lawak n fun.
so aku memang takleh if orang jenis strict n stiff jeee.
nasib family belah MrB pun sama je semua ting tong. so ok la.
tapi terpaling ting tong laki aku la.
ada je dia merepek. yang aku pelik dorang ni macam tak paham-paham perangai laki aku.
tetaplah nak percaya.
tapi sekarang kalau laki aku cerita poyo je, mesti semua dok pandang aku n tanya, "betul ke pija?"
memang aku cakap je,"korang ni percayo?"
yang laki aku, "sayanggggg, sampai hati u buat i macam ni?"
e eh. drama sangat.

ok la.
cukup la tu.
panjang nau dah entry ni.
nanti rajin i update la apa-apa lagi yea.
ni nak mengadap kerja.

xoxo

7 Comments:

MariahRohaini said... [Reply to Comments]

Peej... jiran sebelah tak intai-intai ke??? Hehehehe

Afidah Azmi said... [Reply to Comments]

panjang bebenor citer dia..Anyway best la kan ...
Macam umah iolls tak boleh nak BBQ bagai...Umah iolls tingkat atas sekali,,Lagipun umah memang tak muat..hehehe..Tapi insyaallah raya tahun ni iolls buat...

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

Betul la..kita perempuan kita tau la..teringin beli itu ini,nak jalan sana sini..biar je dia berjalan mana2 ..bosan jugak asyik dok rumah je..

syira yaya said... [Reply to Comments]

Wahh,bestnye! :)

tenku butang said... [Reply to Comments]

waww.. ada barbeque tuuu.. x ajak pun.. eh.. tetiba.. heee

Fiza Darwish said... [Reply to Comments]

semoga terus dimurahkan rezeki berlipat ganda..sbb rajin bantu orang keliling.respekk

Anonymous said... [Reply to Comments]

bestt entry niii...=)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...