Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : UIA PJ.

Salam kak Peej. Saya dok layan FB feed saya pastu ada la ternampak satu gambar ni CLICK HERE



and terus teringat memory kat UIA PJ. Zaman saya kat sana nama dia MCIIUM - Matriculation Centre International Islamic University Malaysia but dengar cite sekarang dah tukar jadi Centre of Foundation Studies. Tak kisah la. Saja nak share.

Anyways masa kejadian tu dalam sepuluh tahun lepas. Saya duduk kat Khadijah College (KC). Zaman belajar dulu ada la dengar KC ni bekas tinggalan hospital. Pernah juga ada kawan saya yang gatal mulut tanya kat lecturer betul ke cite tu. Tak tau la lecturers memang dah lali dengan soalan ni ke or madam ni just jawab ikut logic akal that takkan la pihak universiti nak ambik bekas bangunan macam tu. So kitorang anggukkan je la bila madam tu cakap khabar angin tu mengarut je. Saya just happy coz KC antara hostel yang ok kat MCIIUM tu. Dengar cite kawan yang duduk kat Asiah College(AC), toilet diorang boleh tahan hebatnya. Kawan saya pernah jirus Clorox satu botol kat dinding dengan lantai pastu biarkan dalam 10-20 minit then habis keluar ulat. Memang dasyhat. Time tu takde cleaner kot. Eh sorry, terlebih pulak mukadimah nya.

Dulu saya ambik laws but tukar ke political science. Masa ambik laws tu ada la satu subject introduction to information technology. Nak jadikan cerita saya sorang je yang tinggal kat bilik tu untuk final paper subject ni sebab semua roommates saya yang lain dah habis awal balik rumah masing-masing. Saya ada dua orang roommates je masa tu coz satu kuota bilik kitorang tu memang kosong.

Macam biasa la saya ni jenis stay up bila nak study untuk finals. Study awal-awal pun buat penat je coz nanti habis lupa balik kan. So hari tu saya rasa dekat pukul 3, 4 pagi la saya dok belek buku. Saya ni jenis kalau study tak reti duduk setempat kat meja je. Saya golek-golek atas katil, bergelumang je atas lantai tu. Selamat masa tu duduk kat tingkat satu je. Kalau kat tingkat sembilan maunya saya panjat naik ke bumbung hostel.

So bila dah lenguh dari meja ke katil, saya pun landing la atas lantai just meniarap atas cadar. Ni gambar saya cebok dari Google untuk senang imagine layout bilik tu 




Bila dah letih dok menghafal tah pa pe bahasa komputer tu, saya pun mula la menggeliat la menggeletis nak tegangkan balik urat yang lenguh. Dalam dok feel stretching tu, saya terperasan ada satu sticker yang usang sangat dah kertas dia kat salah satu kaki katil tu. Warna dia macam kertas usang berpuluh-puluh tahun macam tu. Saya ni pun boleh tahan lorat nya. Jadi bodoh jap macam perempuan bimbo dalam cite-cite horror tu. Saya pegi rapat dekat ke sticker tu saja nak belek.

Berderau darah saya kak Peej bila saya tengok ada tulis "nama pesakit, nombor bilik". Sumpah selama ni saya tak pernah nampak sticker tu kat situ. Tak tau la kalau selama ni ada je but saya yang tak perasan coz jarang bergolek lama sangat kat lantai tu and tak pernah pulak bosan macam masa study tu sampai nak belek habis apa yang ada kat kaki katil. Lepas dah baca sticker tu saya buat-buat macam takde apa pun yang berlaku sebab takut sangat sampai rasa macam nak bangun pun tak larat. Pastu terlintas berapa ramai je la lagi yang ada kat tingkat saya tu kalau saya lari bertempiaran keluar bilik. Masa tu memang sunyi sangat sampai saya rasa makcik guard ngan fellow pun macam akan ambik masa at least setengah jam untuk sampai ke lobby.

Takde la saya nak terjun ikut tangga ke naik lift ke awal-awal pagi camtu kan. Bila fikir-fikirkan balik bagus juga saya kena kacau takat sticker tu 'je'. Buatnya dia kacau jual karipap kat tingkap bilik tak ke haru namanya walaupun tingkat satu 'je'. Sampai sekarang saya tak ingat apa jadi kat sticker tu. Saya ingat saya mandi, bersiap semua nak pegi exam tu tapi saya tak ingat langsung apa yang jadi lepas exam tu. Rasa macam saya dah tak balik ke bilik tu padahal subjek tu saya ambik masa first sem so saya duduk kat bilik yang sama for at least another sem. Tapi bila saya cuba ingatkan balik betul-betul, rasa macam saya kopek sticker tu. Tak ke keje gila namanya tu.


Sorry kalau ada mana-mana yang kurang dalam cerita saya ye. Salam, bye - Fazlia

10 Comments:

Dila al-Basri said... [Reply to Comments]

Hihihi ade seram sikit tp ape kaitan dgn gambo pertama? Pastu kan... Kot ye pon bks hospital, xkn la perabot pon guna hospital lama tu punya... Xkan la x tukar katil baru. Katil spital xde yg double decker mcm katil asrama kot.
Btw still ade elemen seram. Dan kat gambo kedua, dia jemur spentot kat tingkap wakakaka
Kbye

Anonymous said... [Reply to Comments]

So..hantu sticker ke apa ni?

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

Apa gangguan yang dialami nya..kurang jelas pulak saya...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Lol itu shj yg mampu ku taipkan hehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Saya pun x-student UIA PJ, duduk juga di Khadijah Collage (KC) ni. Beria la baca td, kot mistik sgt exposenya....hekhekhek..
BTW, kisah pasal KC bekas sepital tu mmg heboh dikalangan penghuni. Kata lif terbuka nampak nurse tolak pesakit la. Tapi dgr cite org je la, tak pernah jumpa sendiri.

Anonymous said... [Reply to Comments]

dua kali baca pon xpaham..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Xphm...mana keseramannye??hnye sbb nmpk sticker lama je trus seram sgt ke??

R.R.Z said... [Reply to Comments]

dah fefeeling pasang earphone supaya tak cemas. fine, nampak sependa.

ok..dia nak bgtau perasaan dia seram bila nampak sticker tu

Anonymous said... [Reply to Comments]

ni citer seram ker citer kelakar?

Anonymous said... [Reply to Comments]

which mean khadijah college betul2 bekas hospital ka, sbb dia nmpk sticker tu? betul ka kesimpulan ku ini? sy pun penah stay kat situ 1 sem. tgkat 9 kot. Lupa, tp atas la.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...