Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : pokok besar

Aku dah lama folo blog peej salah satu sebabnya suka baca pengalaman misteri/seram orang.
Dan aku nk share jugak pengalaman aku.
Kisah ni terjadi dalam tahun 2005/2006 semasa aku menjalani latihan praktikal di Pusat Sumber Pendidikan Negeri  (PSPN) di Utara Tanahair

Pihak PSPN mengizinkan aku dan 2 org kawan lain untuk menginap di asrama PSPN sepanjang kami menjalani latihan praktikal selama 3 bulan.
Untuk makluman, asrama PSPN ini hanya berpenghuni sekiranya terdapat latihan/kursus yang PSPN anjurkan kepada guru-guru seluruh negeri.

Sepanjang 3 bulan aku menginap di sana, sangat jarang asrama itu berpenghuni kerana ketika itu tidak terdapat kursus yang panjang. Jika adapun, hanya sehari dua dan hari2 selebihnya tinggallah aku bersama 2 org lagi kawan menghuni asrama itu. 

Asrama itu 3 atau 4 tingkat, aku sudah lupa dan kami ditempatkan di aras 2 dihujung sekali. Duduk 1 bilik. Bangunan kerajaan lama dan usang. Dalam bilik dilengkapi 2 buah katil bertingkat dan gerobok kayu. Mcm asrama sekolah dulu2.Usang. Memang usang. Gila sunyi kami bertiga je yg ada dlm bangunan asrama 4 tingkat tu!

Duduk sebulan 2 ok lagi xda apa2..tp bila kawan aku sorang ni mengada2 xmo duk asrama n nak berulang dari rumah. Maka, tinggallah aku dengan sorg lagi kawan. Tapi kawan yg sorg ni pun nk berulang jugak, apa boleh aku buat. Dalam minggu2 terakhir praktikal, aku mmg duduk sorang2 dlm bangunan asrama tuh. Aku mmg pasrah n redha jela. Nak berulang jugak mmg x dptla, jarak rumah aku paling jauh.Takut mmg takut tp apa boleh buat, TERpaksa berani wey. Bilik asrama pulak xda tv. Setiap malam aku memang paksa mata aku ni pejam n tido awal tp selalu terjaga sbb bilik aku dekat dengan rel keretapi.

Keadaan TERpaksa berani tu aku gagahkan jugak sampai la pada satu hari..
Aku yg dah siap pakai telekung, duduk bersila sambil tunggu azan. Pastu aku sedar yang aku x tutup tingkap. So, aku bangun nk tutup tingkap bilik, sambil tarik tingkap, mata aku ni melilau tgk keadaan kt luar. Senja. Gelap. Sunyi. Sepi.Terpandang pokok besar.. dan tiba2 aku rasa seram sampai berdiri bulu roma.
Laju2 aku tutup tingkap n terlupa nak tarik langsir. Dan masa tu jugak aku dengar bunyi azan n terus aku pasang niat solat maghrib.

Rakaat pertama selesai. Sampai rakaat ke 2 dah huru hara sbb aku xtau napa jantung aku bdegup laju n berdebar2 sangat. Aku rasa seram ya amat. Tegak bulu roma satu badan. Terketar ketar bibir aku baca AlFatihah yang akhirnya tunggang langgang sebabnya aku dapat rasa ada benda terawang2/ tergantung2 di luar tingkap sedang perati tajam gerak geri aku. Untuk makluman, aku solat sebelah tingkap ye. Tingkap kaca transparent yg aku x sempat nk tarik langsir tadi.
Aku lirik sikit mata aku kearah tingkap.. ya mmg ada benda tergantung/terawang2 warna putih macam kabus tebal di luar tingkap..

Rakaat ke 3 aku nekad. Sambil air mata berjurai2 sbb takut punya pasal. Aku kuatkan bacaan AlFatihah n Ayat Qursi; bergema 1 bilik yg tengah sunyi sepi tu. Eh tak sunyi sgtla sbb ada bunyi kipas syiling buruk teseret2 bunyi..menambahkan seram lagi adala….
Selesai solat n doa..mmg aku nangis minta Allah lindungi aku. Aku sorang2 kut dlm bangunan asrama yg usang tu.  Aku tak bangun2 n x berani pun nk pandang tingkap sampai la azan isyak , sambung solat. Aku tidur pun dlm kain telekung n atas sejadah tu smpai pagi.

Esok tu, pegi tempat latihan macam biasa, ada sorang kerani tegur aku bila dia tau yg aku duk sorang kt asrama. Dia kata aku ni berani sbb sebelum ni ada jugak peserta kursus yg bermalam di asrama mengadu macam2 hal. Lepas tu dia sempat pesan, elok2 lalu tepi pokok besar tu, kalo boleh elak sebab kononnya ada penunggu.
Aku diam x ckp apa2. Hal semalam pun aku malas nak cerita sbb aku panas hati jugak, dah tau pokok tu kononnya berpenghuni apasal bagi bilik aku dekat pokok tuh. 
Alhamdulillah jugak sebab minggu terakhir aku kat sana, ada sekumpulan guru-guru berkursus n menginap di asrama.










10 Comments:

Afidah Azmi said... [Reply to Comments]

tabik spring la..
berani kerana Allah S.W.T kan..
kita tak ganggu dia makanya dia pun tak berani ganggu kita

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Gila seram!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Memang sangat berani.terbaik.cekal kerana Allah.

kesh said... [Reply to Comments]

ex hausmate pun penah mcm ni tp duk berdua la. Siap ada adegan takde letrik lagi. Mmg seram gills

Anonymous said... [Reply to Comments]

Giler.kalau aku..tumpang kan budak ni kat rumah aku.

Anonymous said... [Reply to Comments]

salute to u! berani nye. kalau aku...erghhhh mmg tak lah..kalau aku jadi kawan dia...aku bawak balik dia sekali kat rumah aku. kesian kot nak tinggalkan.

sweet_saya said... [Reply to Comments]

kesiannya.. kawan2 yg sama praktikal tu tak ade yang nak tumpangkan rumah ke.. sedih pulak bace.. bukan seram

Anonymous said... [Reply to Comments]

a'aa la member dia pun hati kering gile...bleh2 tgal member sorg2 ajak la tggal skali, sorag2 kot kat tmpt mcm tu

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kesian...Alhamdulillah tak kena rompak ke rogol ke...tak baik kawan2 dia...

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

aih...kalau saya memang tak khuyuk la solat...hahha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...