Instagram : @peejburhan

Drama. Drama. Drama...on wedding preps

aku baru kejap transfer pic ke dalam laptop.
muntah weyh ada dekat 400 pics.
nak edit la bagi terang ke apa.
baru sikit aku dah tak sanggup.
laki aku ni kalau di bagi camera macam tu la.
semua pic orang tak kenal pun dia amik.
kalau tengok kat malam wedding tu lagi nak pitam.
kemain dia sebelah official photographers macam kan dia pun team tu.
siap jemput orang ikut turn siapa nak amik ngan pengantin.
terlebih semangat dia tu.

ingat nak la edit mana patut.
then update entry nikah pun jadi la.
tak sanggup lak tengok pics berlambak tu.
so mari update pasal wedding preps.
hoih banyak gak drama swasta nak menyiapkan benda-benda ni.

noy tu memang princess all the way.
dia settlekan yang berkaitan dia je.
macam baju, make up ke apa la.
yang lain-lain ni memang aku la.
so tugas banyak kat aku.
sebab mama n papa tak sihat kan.
abang-abang aku mana la reti, lelaki kan.
so memang aku buat.

aku lak tau la. hari-hari biasa aku akan busy ngan urusan business.
so if off day baru la boleh buat segala urusan.
penat toksah cakap la. takda rest.
keluar pergi berjalan pun lama gila dah tak pergi.

so jar untuk goodies mama dah beli masa keluar ngan noy.
so dalam dia mama nak letak dodol.
ada tengok kat chowkit. harga ok la.
so aku ke sana la ngan MrB berdua.
time ni 3 weeks kot before wedding.

gila kau time tu jam bagai nak gila.


area setapak.
patut area umah aku ke chow kit 10 minutes boleh sampai.
tapi hari tu dekat sejam lebih la. aaa stresssssss.
tu takpa. sampai je kedai tu, pompuan tu kata barang takda. otw tengah hantar.
dalam pukul 4 baru ada.
so pergi la memana dulu baru amik.
whatttt???!!!!aku nak sampai situ pun seksa gila.
dia nak suruh pergi memana datang balik.
rasa nak nangis.
then ke kedai sebelah. memula takda gi situ.
sebab lelaki tu kedekut. nak beli banyak taknak kurangkan harga.
tapi laki aku paksa gak pergi. hebat gila dia menawar.
last-last dapat lagi murah daripada harga kedai 1st tu.
n dia ada stock. yeayyyyy.

then beli kerepek 5kg.
hari tu dah beli. boleh pulak orang kat rumah tu lapar tak tau nak makan apa, dorang bedal kerepek tu. hahhaha sabar je la dorang ni.
so kena la beli lagi.
dah la parking kat chowkit tu ngeri. jauh park.
yang aku tersenget2 badan angkut kerepek.
yang laki aku angkat 2 kotak dodol berat dalam 30kg. mampuih.
yang MrB dok jerit, "panassss..panassss...bagi laluan".
elok lak semua mengelak. hahahha. bijak.
tapi memang panas pun, bukan barang la panas. cuaca la panas mencucuk time tu. heheh.

then sampai rumah mama, terus mengadap buat goodies.



nasib abang-abang aku tolong jugak.
so cepat jugak la kerja.
tapi tu la. buat kerja sambil bukak aircond.
buatnya baru sikit.
memasing dah kuyu je.
abang haji lagi la, langsung begini. hahahha



dapat siapkan dalam 100+ je.
pastu aku pengsan.
sambung lain kali.
sebab malam tu pun dah janji ngan mak mertua aku pergi makan.
so kena gerak la.

then ingat next week tu nak sambung.
sekali dalam diam, mama dah siapkan balance tu. baguih ni. :)

then drama lain pulak.
pasal baju.
biasa la wedding ni kan bertema sana sini.
hari tu masa beli kain baju melayu. semua aku dah belikan.
except mama la, dia nak beli siap.
papa memang kita orang buatkan jubah je.
biasa jubah if tempaj 3 meter cukup katanyer.
sekali masa nak tempah, tailor kata kena 4 meter. grrrr.
so takleh la nak buat. nak beli balik kain memang tak la.
sebab dah beli sebulan sebelum tu. so harapan nak dapat kain sama memang tak la kan.
so takleh la tempahkan papa.

so mama n papa takda baju la.
padahal lagi seminggu nak wedding ni kan.
last mama decide dia n papa pakai white je masa nikah.
tu dedua dorang dah ada. so ok. tinggal baju untuk majlis bertandang je.

oh lupa cakap, kita orang tak buat majlis.
buat majlis nikah je. sebab ye la mama n papa both tak sihat.
family arif ajak gabung wedding. mama kata bukan tak mau.
if gabung kira macam mama pun menjemput orang. nanti mama n papa kena sampai awal n balik lambat sambut tetamu ke apa. dorang tak larat kan.
so if tak, kira mama n papa datang, makan, amik pic sikit n balik.
dah la nikah n majlis hari sama. dapat rasakan penat kan.
tapi mak arif ni baik, dalam kad kawin tetap letak nama papa n mama. baik gila la fam dorang tu.
siap cakap, ajak je ramai-ramai pun takpa.
tapi agak2 la. takkan nak ajak team 3 bas pulak kan.
so majlis tandang tu pun mostly kawan-kawan kerja noy ke apa la.
kita orang few je la pun. :D

ok sambung.
so baju mama takda n papa jugak.
aku pulak memang dah ada jubah tu lama.
noy beli untuk raya last year.
aku tak pakai lagi. so memang aku nak pakai la untuk malam tu.
dah semua nak ikut tema aku.
dah la warna tu susaaahhhh gila nak carik.
aku tau sebab nak carik kain baju melayu hari tu gila seksa.
satu jakel tu 5 tingkat ada 1 je kain color tu ye. beli gak la walaupun bau lipas. hahahha

yang aku suruh la noy bawak mama cari baju.
dia memang tak la. kata princess.
kemain dia atur dia punya spa la, buat kuku ke apa semua la.
stress je aku.
akuuuu jugak kena.
aku kan kerja. sebab tu masa nak kawin tu. aku last post rabu.
so that khamis la aku akan bawak mama carik baju.

memang dah plan nak bawak ke dataran wangsa melawati tu je.
situ banyak boutique.
so lepas zohor keluar. pergi makan dulu.
then mission mencari baju mama.
sekali mostly mama tak berapa berkenan.
aku tau sangat mama ni, cerewet boleh tahan. nak pengsan aku melayan.
satu lagi mama nak exactly macam color baju aku.
aku cakap la, exactly tak boleh sebab memang susah color tu.
plus ni nak beli siap kan.
dah dia suruh aku ingatkan color macam mana.
kau tau la kalau kau dah tengok lambakan baju bergantungan memacam shades of green yang membuatkan kita muntah.
tetiba kau confuse, eh mana satu color baju aku ni.
aku lak pandai tak bawak contoh kan.
end up tak beli pun. pfftttt.

mama kata nak potong rambut.
so bawak ke saloon biasa kita orang tu.
mama suka potong situ.
tapi ni dorang dah pindah. so naik tingkat 1.
takda la bawak mama ke situ lagi.
sebab sian mama nak naik tangga.
bawak ke saloon lain mama tak suka cara orang tu potong.
anak nak kawin punya pasal, gigih mama panjat tangga pergi saloon kita orang tu. :)

then lepas settle potong rambut aku bawak ke taman melawati carik fresh flower pulak.
sebab mama ada beli bekas untuk letak kat meja makan nanti.
so nak tengok la bunga apa ok. beli few untuk try.
then kita orang amik no. tel boleh booking so that sabtu pick up je.
malas nak ke petaling street ke apa. beli je mana dekat.
sebab aku tau kalau petaling street bagai. memang aku la tu nanti kena pergi.
tak kosser ok.

since mission cari baju tak dapat.
so aku kata jom ke ampang park.
time tu dah kul 6pm.
jom redah je.
tapi gila kau dpd simpang jalan yap kwan seng tu straight nak u turn tepi ampang park tu jam stuck sejam. hahaha nangis pitam.
sampai sana pun takda baju. uwaaaaa. aku nak pengsan dah.
mama still gigih nak baju macam color aku.
aku kata la takyah. janji hijau ok kot.
pastu aku call noy, noy lagi la kata takyah ikut tema la.
lagi 2 hari je. pakai la grey ke apa ke la. janji mama n papa sana ok la.
e eh.

so takda baju balik la.
yang mama dah nangis pulak dalam kereta.
dia sedih la semua ada tema dia n papa takda.
dah la kata dia nikah pun dia takda tema.
aku kata la mama n papa pakai la hijau tp hijau lain sikit ke.
tapi mama tengah merajuk tu. biarkan lah.
nasib malam tu kawan aku azlin tu datang.
dia hantar sekotak mineral n air kotak kecik2 tu berdozen.
dia kata senang nanti, orang ramai2 tolong tu takyah nak bancuh2 air.
bagus la dia ni. very thoughtful.
haaaa, so dia la kata kat mama, takpa la..hijau lain sikit. janji mama n papa sama ok la. still hijau.
baru la mama ok. :D

so mission aku la esoknya nak mencari tu.
mama ada la suka satu baju kat salah satu butik hari tu.
cuma sebab tak sure hijau dia tu la maka tak amik.
so mama kata beli je tu.
orait.

balik tu testing bunga.
tengok mana yang ok.






malam tu aku balik lewat gak la.
dekat pukul 2 pagi gak la.
penat toksah cakap la kan.
sebelum tidur buat reminders dulu.
terlalu banyak nak ingat, kang aku lupa tak pasal kan.
tengok la kul 3 pagi tak tidur lagi.


banyak kan. nak pitam uolls.
aku kan busy, barang diri sendiri pun takda. tu semua last minute tu.
aku dah beli inner, beli kemain size XXL konon. tapi balut nangka pun cantik dpd tu.
kalau aku pakai memang permandangan ngeri la untuk semua orang. so kena beli.
siap nak beli bulu mata uolls.
elly over siap suruh aku amik make up artis bagai. kakak pengantin katanya.
arghhh taknak. bazir. takyah over. aku pun reti make up sendiri.
so untuk effect lebih meletop, harus beli bulu mata pelesu. hua hua.
n time-time ni la kucing aku nak kehabisan makanan bagai kan.
amik kau berderet kena buat.

esoknya kul 10am bangun
mandi siap terus aku cabut beli makanan kucing.
balik bagi kucing-kucing makan.
then terus keluar tengok baju melayu kat BAK ukay boulevard ke apa nama dia.
aaaaa yang ada 2 hijau je. emerald n turquoise sikit. helpppppp....
rupanya bukan musim raya dorang tak banyak ready made baju.
so tak beli.
aku ke kedai jubah mama.

ada jubah warna macam baju melayu tu.
tapi macam tak lawa.
tapi sama warna.
aaaa macam mana ni?
terus whatsapp noy tanya.


:: jubah yang sama dengan warna baju melayu earlier ::



:: jubah yang mama pesan suruh beli ::

stress aku kat situ.
stress lagi salesgirl tu melayan kerenah aku agaknya.hahhaha.
end up aku beli yang bawah tu.
kang aku pepandai beli yang satu lagi tu, mama tak suka satu hal lak.

then aku rush ke BAK kat gombak pulak.
dengan harapan ada la color yang aku nak.
aaaaaa color yang ada emerald green jugak.
n satu lagi hijau gelak jugak tapi dia linen, so takda la serata warna.
again tanya noy kat whatsapp.



hahah tak masuk sangat la dalam gambar.
tapi tengok live aku rasa ok la jugak.
btw. yang baju tengah tu mama punya. :D
boleh la kan. janji ada baju.
takda masa ye. wedding lagi satu hari kot.

settle tu terus ke pasar keramat pulak.
amik baju melayu laki aku.
sampai sana pakcik tu kata boleh tak datang lagi sejam.
dia belum gosok lagi.
aku kata takyah gosok. aku amik je.
sebab memang yang satu tu nak basuh malam tu. bau lipas kan.
tapi pakcik tu tetap nak gosok.
tapi aku cakap aku tunggu situ je, aku taknak pergi memana. sebab aku sorang kan.
hahah terus pantas pakcik tu gosok. bagus jugak aku duduk situ. :D

then terus ke wangsa walk pulak.
mission cari shawl untuk mama.
mama dah pesan nak brown macam corak tu.
berpusing jugak la carik. nasib ada satu kedai ni ada pashmina warna tu. Alhamdulillah.
then beli jubah inner untuk aku. phewwww.
beli air then terus gerak.

then balik rumah mama. petang tu MrB datang ngan adik-adik dia.
datang tolong alih-alihkan barang ke rumah sebelah.
oh nikah buat kat rumah.
sebab papa sakit, so if kat masjid nanti susah nak kena bergerak sana sini.
so kat rumah je la.
tapi tau la kat rumah ni kerja jadi banyak la kan.
nak mengemas, nak alih barang la apa semua. pitam.
nasib la ada laki aku n adik2 ipar aku ni.
rajin dorang ni.
memang tip top la dorang buat.


 takda dorang memang pitam la weyh.
malam tu pun gerak lewat jugak.
balik terus terbongkang.
esoknya bangun awal. ingat nak keluar terus.
laki aku suruh tunggu kejap. dia ada kerja siang tu ngan boss dia.
so dia balik terus kita orang ke KLCC.
aku nak beli barang tu kan. heheh.



by the time sampai rumah mama tengok khemah n pelamin dah pasang sikit.
tolonglah pelamin adalah terpaling drama.
drama yang rasa benciiiii gila ngan orang pelamin ni.

asalnya noy nak aku buatkan hantaran dia.
tapi noy nak fresh flower bagai.
aku dah macam, penat la kan. nanti kena carik fresh flower last minute.
gubah last minute. aku tak sanggup la.
so since aku taknak buat, aku kata tempah je la. so noy suruh aku carik mana nak tempah.
so aku dok la mencari sana ni.
tak susah pun. aku buat je hashtag hantaran la apa. jumpa la aku berkenan.
tunjuk noy, dia pun suka.
then aku tengok pakej pelamin mini dia macam murah.
sebab nampak pic memang lawa, aku suka la berkenan.
tunjuk noy, noy suka. dia kata ok.
so aku la deal tempah semua la.

so dorang datang la rumah 2 minggu sebelum wedding.
kita orang dah ada la plan nak buat mana semua.
dia kata tak boleh sebab ruang kecik la apa. so dia cadangkan buat begitu begini.
idea memang bagus.
so dia kata dia akan bagi free itu ini, hiaskan itu ini. ok la bagus.
time bincang tu aku takda. katanya akak kan hari-hari biasa, akan busy ngan kerja.


masa sampai tu dorang dah pasang rangka semua.
tinggal nak buat pelamin ngan bunga-bunga.





mengamati keindahan fountain.
kemain dia basuh semua ngan batu-batu tu.
pastu cakap, "mama, depan dah siap seperti yang mama nak. ben dah buatkan konsep bora-bora kat depan tu."
over sangat dia ni.

ok sambung kisah pelamin.
so orang tu buat aku tengok la.
yang noy dia kat atas sebab sibuk nak pakai inai bagai.





yang aku tau noy memang nak konsep putih, hijau n dusty pink untuk bunga2 tu.
tapi masa pasang ni aku tengok takda lak pink.
tapi aku pikir maybe masa bincang hari tu dia tukar ke apa.
plus aku tak nampak pun dia bawak bunga pink.
untuk hantaran ok dia ikut konsep la color. tapi pelamin tak.
aku takda la tanya.


:: color bunga hantaran tu yang noy nak ::

dalam gambar memang meletop.
tengok live macam sakit mata gak la.
sebab barang dia agak berkerak la some. siap yang cermin tu banyak pecah sana sini.
siap tiang2 tu ada yang rompong. aku lupa lak snap.
aku ngan mak aku ni plak mata jenis cepat sakit.
so memang sakit mata la tengok. tapi aku diam la tak kata apa.
lawa memang lawa, tapi if perati bebetul tu ada sikit rasa berbirat la hati ni.
if perati pun tengok untuk hantaran ni tetiba ada bantal. ada tak ada. kenapa ni tak sama.

tapi terpaling stress tengok ada satu part tu.
dorang kan pasang langsir banyak2.
so ada la tiang ada tiang tu tinggi terkeluar.
so dia balut ngan kain putih then ikat-ikat. sumpah sekali pandang memang macam pocong ok.
memang cacat sangat tengok.
so aku n mama tanya la nak biar macam tu je ke. cover la dengan bunga ke apa.
dia kata takyah. orang tak nampak.
seriously? aku nampak ok!!!! so orang semua mesti nampak jugak.

then siap dia kata.
bayar la balance duit.
then kita orang tanya la, meja nikah mana?
tempat kaki untuk duduk ni takda ke? sebab kerusi ni tinggi. tergantung kaki nanti.
dia kata nanti malam selalu, boss dia akan datang balik n buat last check.
oh ok la.

then settle berinai malam tu noy turun la.
turun terus bridezilla cakap kenapa pelamin dia takda warna pink?
saya nak warna pink, kalau tak tak masuk la tema dulang girls dia. bla bla.
mana itu? mana ini?
so dah contact. ok la. dorang datang malam tu around 10pm macam tu bawak barang n tambah bunga pink tu.

so datang la 2 budak lain pulak.
sorang buat wiring, sorang lagi letak bunga pink tu.
dah kata mak aku kan mata tajam.
so mak aku mintak la tolong sumbat bunga 2-3 tempat. sebab nampak span hijau tu.
elok2 kot mama cakap, "tolong letak sini bunga, nampak pulak span. nanti orang duduk nampak. terima kasih ye nak."
then tau la sebelum majlis, ada la jiran ke apa datang, makcik2.
majlis kawin, dah ramai tu ramai la nak bagi pendapat kan.
itu ini la. biasa la.

anyway masa dia datang tu aku nampak dia bawak 2 ketul tempat letak kaki.
tapi masa dia balik tinggal satu je. eh mana satu lagi.
punya la carik tak jumpa.
so noy call la tanya pasal mana satu lagi. takkan satu je.
kau tau...si pembuat pelamin ni boleh call n maki-maki. kau kenapa?
dan aku rasa dia sangat jahat mulut. 
eeee eleh, nama je jantan tapi hati tisu kuat sentap cam hape.
tetiba time tu aku rindu kat bella n hairi, bella n hairi lembut je n sangat sweet.
yang ni jenis apa tak tau.
dah la biadap gila.

siap cakap...
rumah dah la kecik, nak demand memacam..
i dah bagi banyak free tau, dah la bayar murah je.
masa i pasang u takda, ada mak u je..dah la mak u tu tak dengar. 
i banyak client lagi hebat-hebat tak cerewet macam u.
nampak span pun nak bising, orang dah ramai takda siapa nak tengok span tu.
budak-budak i semua cakap banyak komplen orang rumah tu, semua nak bagi pendapat.
then ada la tanya pasal hantaran ni kata nak letak atas dulang, ni atas bantal..macam mana nak angkat?
dia kata ah lantakkkk la. angkat la bantal2 tu. 
bila tanya pasal tempat letak kaki pun dia kata taknak hantar. pepandai lah.
noy cakap la i ur customer, u tak boleh cakap macam ni...dia leh kata..tapi i yang decor...so kena ikut cakap i. e eh boleh ke macam tu?
kita yang keluar duit kot.
then dia kata kalau tak suka sangat, dia akan datang n bukak semua..n pulangkan duit.

babi sangat kan perangai.
dah la orang tu nak kawin esok. tetiba kau nak memaki apesal.
yang sentap lebih kenapa?
biasa la meniaga ni ada client cerewet sikit. layankan je la.
plus yang kau nak sentap ngan semua orang kenapa.
kau dengar cakap sorang je la. yang lain2 tu buat pekak dah la.

macam babi kutuk rumah orang n siap kutuk mama tak dengar la apa.
nak kata amik pakej murah.
bangang, dia kot yang letak harga pakej tu macam tu. orang bayar la tu aje.
kalau kau letak 4 ribu. orang bayar la 4 ribu.
pastu orang tak mintak ye itu ini. kau yang nak bagi free. tu kau punya pasal la.
tapi apa yang orang tu bebetul nak maksudnya pelamin tu tema color semua, kena la ikut.
macam bagus je.
mementang dia biasa buat client senang sikit or artis ke apa. kira best la.
please la. baru-baru ni je la glams sebab agaknya sponsor artis.
artis pun setakat artis gred C je la pun.

aku pilih pun sebab dalam pic macam lawa.
tapi kalau takat indah khabar daripada rupa baik takyah.
yang noy memang stress n emo la.
ye la orang tu nak kawin esok nak happy. jadi macam ni.
noy ni bab  bergaduh memang hebat.
tapi malam tu kita orang sabarkan. biarkan je dulu.
sebab majlis esok. kang tak pasal dorang sentap bebetul bukak pelamin satu hal pulak.

dapat kat laki aku memang tak la senyap je kan.
terus dia call balik orang tu.
tanya ni tempat kaki ni memang satu je ke apa? 
dia kata nanti dorang datang balik hantar.
laki aku sound la jugak. reti lak cakap elok2. tau takut.

kau boleh, agaknya dia sentap banyak komplain tu.
dia bawak dua tempat kaki tu, dia saya bawak balik satu lagi tu. e eh gila.
lepas tu dia datang bawak semua benda kurang.
siap betulkan hantaran, so that semua sama.
then siap bawak cat putih kau cat tiang2. ahhahahahhahaha. 


hasil last.
tu pun bunga pink yang dia pakai tu tah apa2 rupa tah.
tengok dalam pic yang kita orang bagi n ikut perjanjian bukan jenis tu tau.
tapi takpa la. ok je. jangan cerewet katanya.

eee macam ni punya orang pun ada.
takdo la kau nak berjaya mana kalau budi bahasa macam tu.
ni hari tu bukak pelamin ada benda dia tertinggal.
banyak gak la. pastu suruh kita orang hantar nanti.
ni dia whatsapp aku kata dia nak barang tu. bila nak hantar. dia nak guna.
eh pergi mati la kau.
aku cakap, nak pergi amik sendiri. semua ada tu.

so, kalau korang bercita-cita nak amik dorang, lupakanlah.
unless kau kaya meletop-letop atau artis baru la dia suka kot.
setakat kau 'rumah kecik' tak payah ok. 
kalau amik pakej paling murah walaupun harga tu dia yang letak pun jangan ok. 
poyo sangat. aku tengok pakej paling mahal dia pun idok la mahal mana pun.
aku ada je kawan yang pelamin sahaja rm60k ok. 
setakat dia punya ni silap2 orang tak heran.
kelakar bila orang ingat dia hebat sangat, dia lupa banyak lagi yang hebat.
sebab tu pepatah kata ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
selalu pandang orang yang kurang daripada kita baru kita ni tau erti bersyukur dan tak sombong/riak. Nauzubillah.

oh aku takkan bagi tau nama ig dia.
tapi hint...nama dorang sama macam nama artis lelaki ni yang berlakon bercakap kepit rokok kat bibir.
n dia ada buat pelamin wedding artis berambut blond terlampau.
teeeeetttttttttt.

eeee benci bila terkenang tu.
hanj sangat perangai.
so far tu la bad experience untuk wed noy ni.
lain takda. semua ok.
eh lupa satu. pakej dia dapat free hand bouquet tau.
kau boleh dia balut ngan ribbon warna biru turquoise?
gila ke apa. so tanya la. takda ke ribbon putih? dia kata habis ok!
gila tak pro. memang nampak kot. 
nasib mak aku ni tauke ribbon, so ada la ribbon putih. sendiri korek n balut balik.


decide buat 2 tema untuk bunga center table ni.
eh ok la.
penat aku menaip panjang lebar.
sila baca puas-puas ye.
jangan dok asyik cakap kat aku suruh update la apa.
ni update terus panjang aku bagi. hua hua.



malam tu balik rumah around 3am.
kena gosok baju apa semua.
by the time tidur kul 5ish am.
pahlawan aku lak tertewas.
sian dia. siap meracau-racau la tidur.


demam panas sangat.
penat kot. ye la dah berumur tapi jiwa muda.
semua kerja nak buat.

ok tu je.
bye.

[note : pasal pelamin. owner dia layan mak aku ok, owner dia yang nak bagi free semua pelbagai. yang peragai macam harom tu adalah business partner dia. partner dia yang call n maki-maki tu. mulut macam mintak di cili sangat. ]

18 Comments:

suezen said... [Reply to Comments]

selamat pengntin br noy. panas lak hati ngn pelamin tu.....iskk

~~kamek bziee~~ said... [Reply to Comments]

Assalamuallaikum peej...sy ni silent reader awk...eeee...mluat pulak bc ttg pbuat palamin tu....over sgt2....tlampau tu...btw...Alhamdulillah smuanya selesai baik....takper...smua tu akn jadi kenangn nanti...hehehe...ok...buat suami peej...get well soon...ksian...sampai sakit2...n buat noy smoga bahagia till jannah...aamiin....

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Memang panas hati lah cerita bab pelamin tu. Nasib ada Mr. Ben, terus takut dia tu.

Photographer pun ada jenis gitu juga. Post kat IG FB kebabom cerita itu ini, tapi service kat kita yang mentang-mentang bukan artis ni, main ambil dapat je. Tolonglah kalau nak berbusiness jangan pilih bulu nau-nau.

Maaf peej teremo lak. Sebab pernah ada pengalaman yang sama, tapi kita bab photographer la ;)

Anonymous said... [Reply to Comments]

weiii...sakit lak hati baca...saya pun pernah alami perkara yg sama..geram je...

Mummy Ayu said... [Reply to Comments]

kuanghajo beno la org tu.. x bersyukur ke dpt rezki even dr 'rumah kecik'.. esok2 allah tarik balik segala macam rezki, baru dia tau

sweet_saya said... [Reply to Comments]

sakit hati kalau kena mcm ni.. by e way kalau sape2 kat sini nak pakej murah blh la tanya2 saya... sy bukan amek murah tp kena cantik.. utk dua wedding biasa buat ngan org sama.. pelamin rm1800 je... by the way sy buat wedding kat hotel.. pelamin tu murah sgt.. simple tp yg penting murah

BeLLa de ViE said... [Reply to Comments]

Kak peej kasi tau la nama owner pelamin tu.. Nak tahuuuuu *gelak jahat*

Anonymous said... [Reply to Comments]

Tepek je 400 gambar tu kat blog ni...without caption pun takpe...

CikFa said... [Reply to Comments]

Tq peej sudi update blog. Seronok bace. Ishhh bace pasal pelamin tu mmg sakit hati la.. tapi nasib ben ade. Apela agaknye die basuh bebudak tu sampai bawak cat. Hahahhha congrats peej dapat adik ipar. Penat sungguh jadik awak. Vvip sgttt

Anonymous said... [Reply to Comments]

Nak tauuuuuu sapekahhh yg hanj sgt tuuuuuu

b3nz said... [Reply to Comments]

Omaigaddd.. Aku dah taip pjg tetiba hilang. Ahaha! Aku baru like ig deco pelamin tu weehhhh.. Terus unlike dah.. Hangsuang sgt perangai, org byr igt guna air liur ke? Clue hero kepit rokok tu mmg terus popp atas kepala.. Takkan sofi jikan kan? Ahaha!

Tahniah utk noy, selamat pengantin baru semoga berkekalan hingga akhir hayat.. Cantik semuanye.. Soft warna tema, sejuk mata tenguk. Lawa!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

lahh meniaga kerja kahwin macam tu pun ada. kena la ikut spec customer.. kan customer dah bayar. kalau ada yang tak complete buat dekk pulak tu. tak professional langsung. sabarkan aje la. yang penting urusan wedding noy dah selesai dengan jayanya.. jyeah! congrats to noy & arif!! semoga bahagia for eternity.

btw ko pernah try tak software 'photoscape'? boleh cari and download kat download.com. software ni ko boleh edit batch photos (banyak2 gambar boleh edit sekaligus). nak terangkan gambar ke apa boleh buat sekali, tak yah satu-satu. ok get a good rest, peej setelah berpenatan dengan wedding! :)

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

wei gila rude orang mcm tu. suka2 sound org tak dgr. bangang azali
dalam gambar memang nampak cantik tu tapi kalau live tuan badan pon tengok sakit mata apa kes kan

siapakan retis blonde ituuu

Anonymous said... [Reply to Comments]

pelakon lelaki suke kepit rokok: Hint filem KL Gangster. so uols dah tau jawapan :)

hOtMaMa said... [Reply to Comments]

Huhu..mmg penuh dramaku baca peej! Tp mmg biadap giler org pelamin tuh..siap ugut nak bukak & pulangkan duhet bagai.. giler la..

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

memang drama sangt nih...Tapi tu la..setiap majlis memang ada cerita disebalik nya..hahahah

massie hafiz said... [Reply to Comments]

geram lah saye bace orang pelamin tu... eeee tak baik keje tak ikhlas!

kawan jonet said... [Reply to Comments]

Gigih gile ahkak meng google mencari identiti sang pelamin..hahahahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...