Instagram : @peejburhan

bukan selimut tetangga

wah tajuk dramatik sangat.
aku nak cerita hal jiran tetangga.
aku pernah cakap kan sebelum ni.
aku memang jenis berat mulut.
aku tak reti nak beramah mesra ngan jiran ke apa.
aku tak reti dan segan.

aku memang jenis terperap je kat rumah.
if keluar, memang bukak gate, terus masuk kereta, jalan.
tak kisah la, rumah mak aku dulu ke, rumah aku sendiri ke.
jalan pun pandang bawah je.
apa jenis orang tah. hahah.

unlike laki aku, dia memang ramah.
kau jangan la. orang hujung lorong semua dia kenal.
semua orang dia tegur tak kira bangsa la.
so memang orang pun kenal dia.
dia tak kenal orang.
yang aku tau semua jiran dia panggil abang man.
sukaaaa diaaaaaa je.

macam korang tau. jiran aku kan wilcha tu.
aku memang tak bertegur la.
aku malas nak layan kerenah dia.
tapi laki aku rajin layan, terkono la banyak kali pun.
tetap ok. nanti dia bengang dia kata la, memang i tak layan lagi la dia.
tetiba nanti aku tengok laki aku belikan roti la, telur la apa.
dia kata kesian..niat sedekah la.

tapi dalam aku tak rapat ngan jiran pun.
wilcha tu memang selalu la kena hadap dia.
sebab dia memang akan sentiasa ada kat depan ok.
paling takleh blah, setiap kali kawan-kawan aku datang or customer ke beli barang.
cepat-cepat dia ngan wheelchair dia tu ke depan.
macam terkejut e ehhh, apesal kau dah ada sini? magic sangat. hahah.
nanti dia buat-buat la sapu lantai ke, buat-buat alihkan baju-baju ke apa.
macam takda motif sangat la tetiba.
tujuan nak kepochi la kan.
aku memang rimas. tapi ignore je la.

tapi minggu lepas masa arif n noy datang rumah aku.
ada la arif cakap, "bang, orang sebelah ni tak betul ke bang? saya tengok dia duduk depan pintu bogel atas wheelchair dia. dia tutup pakai tuala kecik je atas peha dia tu."
e eh dah kenapa kan? tak betul la kot.
kita orang pun buat tak tau je la.

then esoknya tu. aku keluar tengahari tu.
masa aku keluar, aku ada la dengar dia macam melolong-lolong ke apa.
padahal kalau tak takda.
kira dia nampak kelibat aku dia macam tetiba macam tu la.
tapi macam aku cakap la.
aku jenis jalan pandang bawah, tutup gate terus masuk kereta.

then masa aku balik pun sama.
biarkan la.

then petang tu aku nak keluar.
aku ada 2-3 tempat nak pergi.
time tu laki aku dah balik.
aku tengok dia tengah sembang ngan wilcha ni.
then aku dengar laki aku call ambulans.
aku tak cakap apa la, just bagi tau aku nak keluar amik barang.
then aku gerak.

so petang tu ambulans amik la wilcha tu kot bawak ke hospital.
selasa lepas.
then aku tanya la laki aku kenapa ngan dia?
laki aku kata tah dia dah berapa hari terbogel macam tu.
rupanya dah few days macam tu, so laki aku tolong la selalu.
tapi ni dah naik berapa hari laki aku tak larat dah la.
sebab dia agak besar gak la.
then tengok pun muka dia lain macam. tu laki aku kata call ambulans je la.
sebab petang tu tetiba dia panggil adik ipar aku kata dia nak air cincau 9, soya 6, gula 3 bungkus.. e eh dah kenapa kan.
tu laki aku kata semacam je.

tapi tu la.
masuk today dah dekat 10 hari la dia takda.
tetiba rasa lain macam lak.
eh lama sangat dia kat hospital. kenapa ek?
ada lagi ke? takda ke? ke adik beradik dia amik dia?
amboi boleh tahan kepochi kau kak jah. hahahha

tapi rasa la lain.
walaupun tak pernah bercakap.
tapi tau la, sentiasa ada cctv memerhati gerak geri kau. ni sepi je.
hahah biadap gila kata cctv. tapi serious, aku rasa takyah pasang cctv kat rumah.
dia ada je cukup. segala la secara terperinci akan diperhatikan.

ni aku tengok dah 10 hari berkunci je rumah.
surat pun dah menimbun terselit kat pagar.
pastu aku nak keluar siang-siang rasa seram dia lebih.
tau la sekarang kan banyak case rompak la apa.
dah la aku trauma dulu tak hilang2 lagi.
dah berdebar satu macam, n berlari-lari aku keluar masuk rumah.
keluar pun bawak kunci kereta n rm10 je buat beli makan ke apa.
tak berani la.
sebab cctv/wilcha dah takda.
ok not that dia boleh tolong pun la kalau apa-apa.
tapi if rumah macam ada orang memerhati n riuh kadang sebab orang suka lepak2 umah dia.
takda la orang berani sangat ke apa kan.

eh keji sangat perangai aku ni.
itu yang aku pikir. heheh.
walau apa-apa pun, i hope all is well.

tetiba terpikir, if ever one day, umur aku panjang n aku sebatang kara, aku akan memaksa noy n arip jaga aku. muaahahahahahaha.
mesti anak2 buah aku akan menyampah kat aku sebab cik jah gemuk ni cerewet la.
awasssss....

[edited: panjang umur si wilcha. elok publish entry ni. after 2 hours dengar depan bising2.  dah discharge dia daripada hospital. ok my cctv is back pipollll :D ]

4 Comments:

Afidah Azmi said... [Reply to Comments]

Tu la kan..bila ada kita tak suka.Bila tak ada kita rasa pelik pulak..kan

Marziah Zakaria said... [Reply to Comments]

Ok.. part last tu mmg lawak.

ruziyatul mona Adzibi said... [Reply to Comments]

Cik jahhh,, kikiki.. comel ja perangai!

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

macam pelik je dia tu..
apasal yang sampai bogel..tak de siapa ke yang uruskan dia??

hahah..ayat last ..
sabar je la...:)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...