Instagram : @peejburhan

11 years

semalam dinner kat gerai kakak ipar aku ngan laki aku n mak mertua aku.
tolonglah sedap sangat. ketagihan weyh.
hari tu cuti sekolah dia tutup kedai lama. hilang arah aku laki bini, terkenang kan makanan situ.
ramai kat ig dok tanya kat mana.
aku nak terangkan payah sebab dia ke dalam sikit. dia meniaga depan rumah je.
tapi ada reader aku yang berjaya pergi sendiri. syabas.

gerai dia dekat batu caves. meniaga kecil2an depan rumah je. so ke dalam sikit.
kira kalau highway mrr2 tu. kau kena himpit kiri masuk batu caves. tak silap ada sign board tulis ulu yam kot.
eh jap. aku hari tu ada suruh laki aku amikkan pic. meh aku share.

:: fly over melepasi segala giant, petrol station semua. sbb hari tu ada orang komen katanya berpusing2 dia area giant tapi tak jumpa. dia bukan kat situ ye. ::


haaa betul la.
kira turun fly over betul2 sebelah batu caves tu. terus himpit ke kiri.
kau kena lalu bawah fly over depan tu untuk ke batu caves.
jangan naik atas tu. if naik kau akan terus ke area bulatan/kepong. dapat bayangkan tak?
bawah tu ada traffic light. so kau ikut traffic light n straight.
ok dia tak straight sangat la. dia macam ke kanan sebab nanti macam naik pusingan kat situ.
tak paham aku apesal berpusing jalan dia. hahaha.
nway, time kat sini tu kau duduk lane kanan.
straightttt je bila dah turun tu.
akan nampak kedai2 belah kanan ni nanti.




then akan nampak ada padang bola belah kanan lepas kedai-kedai tu.
elok lepas padang tu ada simpang masuk kanan.
masuk simpang tu.




then terusssss je.
kedalam sikit. nanti nampak jalan bunga raya 2.
nampak surau atas ni.
masuk kat jalan tu.
then straight je.
nampak la gerai kakak ipar aku. :D


nampak macam ni dah betul la tu.

Nasi Lemak Taipan

business hour : 6pm - 11pm
business close on sunday & monday
address : jalan bunga raya 2, kg baru batu caves.

semua la sedap.
ada nasi lemak lauk-lauk n nasi putih.
menu favourite aku nasi lemak lauk rendang limpa n sotong.
ataupun nasi putih dengan talapia goreng berlado panas-panas.
tolong lah sedap sangat rangup krup krap makan ekor dia.

selain talapia, keli pun ada.
tapi aku tak pernah order la. keli banyak kedai jual.
talapia special. matiklah terliur tengok pic ni.
walaupun semalam baru makan. hahah

:: menu semalam. talapia berlado n sambal joriang ::




ni kalau makan lagi melampau.
siap tambah dua kali.
pastu banyak complain, "kedai ni memang bagus, makanannya sedap..tapi daging sangkut kat gigi. tak payah datang lagi la sini. "

e eh gila. daging sangkut memana kedai pun boleh jadi. tu salah gigi ye.
pastu kerja dia asyik menyakat kakak dia je.

"ni sambal mana ni? tak letak sambal..asyikkk nak untung je kedai ni."
" aku suka ngan gerai ni, makanan sedap..so rasa-rasa berapa nak jual perniagaan ni? aku nak beli la."

yang dorang melayan je.
aku la pitam. hari-hari melayan laki aku ni.
kaki ngarut dia ni.
suara dia je dengar kat situ.
sampai kena tegur ada sekali tu, "slow sikit suara tu kandar, halim pasar borong pun boleh dengar suara kau."
hahaha bongok.

aku sebenarnya nak cerita lain.
dah jadi lain.
korang la ni asal aku tanya pic tanya kat mana.
aku dah la pemalas reply hahahha.

ingat nak gerak awal semalam.
tetiba elly call kata nak datang.
tak tahan tengok pic aku.
elly ngan win pun dah ketagihan talapia tu.
tu yang berdesup je sampai semalam.
lepas makan around 9ish gerak.
hantar mak mertua aku then kita orang ke rumah mama.
aku belikan dia sambal jering.
boleh dia simpan n panas2 kan bila malas2 nak masak ke apa.

tak lama pun kat sana.
around 11pm gerak.
banyak kerja nak buat.
masa balik tu kat traffic light berhenti sebelah kereta ni.
dia bukak tingkap.
nampak la kat rear mirror dia ada dadu.

siapa ingat dadu kusyen tu?
time tahun 2004 macam tu popular la.
out of 10 cars, rasanya 8 kereta akan ada dadu tu. hahaha
memacam color ada.

me : eh tengok tu. u ingat tak?
him : hmmm.
me : tak ingat la tu.
him : tau la...dulu ada.
me : kat mana?
him : kete poncil (kancil) tu.
me : hahah ye ah. ingat tak color apa.
him : color hitam n putih.
me : ye ah. hitam tu apa?
him : hitam tu ite (kita) tu. mutih tu moling tu.

hahaha dia ingat la.
ingat dulu if gaduh ngan dia.
aku dulu jenis malas jawab.
so if bengang ngan dia aku akan tumbuk2 dadu warna hitam tu.
pernah sekali tu dia bengang ngan aku dia renyuk2 kan dadu putih sampai out of shape.
saikosis sangat dedua.

me : dah sebelas tahun kita kenal yang. lama kan.
him : ye ke. kejap je.
me : a ah. dulu umur i 21 je. sekarang dah tua.
him : i pun dah tua.

hahah tetiba mengenang diri dah tua.
memang pun.
dulu memasing cergas. sekarang nak berdiri daripada duduk pun berbunyi2 tulang keletak keletuk. hahah.

cepat je rasa masa berlalu kan.
dah naik masak dengan perangai masing-masing.
semoga kekal ke akhir hayat.
menipu la kalau dalam relationship n marriage ni tak bergaduh.
ada gaduh dia.
kadang dia carik pasal, kadang aku.
tapi dia jenis cepat panas, pastu cepat sejuk.
dah di remuk2 kan hati kita, buat macam takda apa.
dulu masa bercinta aku takleh terima, sekarang ni dah tak kisah. lantak la.
nak merajuk pun nak bawak ke mana.
plus dia bukan reti pujuk ke apa.

laki aku ni lurus bendul sebenarnya.
nampak je garang la, gangster la apa. tapi lurus.
contoh macam aku cakap la, kang aku merajuk dia nak pujuk.
nanti tah apa-apa cara pujuk tu. elok ok, jadi baran lagi ada.
tetiba dia beli lampu pelita kat tepi jalan tu, kata i beli untuk u, mesti u suka.
kalau umah takda letrik, u boleh guna...
eeee menaikkan darah je....nak buat apa ngan pelita??!!
tapi hari tu kan. memang tetiba takda elektrik.
nak tukar baju la apa dalam bilik gelap gila.
teringat pelita dia tu. hahahha...memang berguna uolls.

kalau korang dah baca blog ni lama, ingat tak aku biasa cerita pasal hadiah dia bagi untuk birthday aku.
memang pelik-pelik je.
dia bukan beli apa aku suka.
dia beli apa dia suka, n niat nak majukan peniagaan orang agaknya.
paling aku takleh lupa dia belikan aku frame dalam tu ada keris n sarung keris!
motifffff? nak suruh aku buat apa? suruh tikam diri ke apa?
nanti tetiba dia bagi hadiah birthday lighter sebesar tapak tangan.
tu aku kata, dia nak aku bakar rokok ke. bakar diri sendiri ni?
eh macam-macam la benda pelik dia beli.

so sebab dah 11 tahun, aku pun takda nak harapkan apa-apa dah.
kadang dia tanya la aku nak apa.
usually aku kata taknak apa.
aku taknak bebankan dia.
dia gaji bukan besar.
tapi last year tetiba dia bagi aku jam tangan. heheh.
dia beli daripada kakak dia. kakak dia nak let go. jam baru tak pernah pakai.

tetiba dia bagi,

him : surpliseeee...terkejut ke?
me : apa benda ni?
him : ite tu beli kat kak shidah. ite tu bayar tikit-tikit (sikit-sikit)
me : buat apa? tak payah la. u biar betul.
him : betul la. ite tu buat 2 kali bayar. dah 3 tahun kita kawin, i tak pernah bagi u apa-apa. asyik u je bagi i.
me : ye lah. thank u.
him : ite tu tau mesti oling tu tuke (suka) sebab harimau bintang.

jam tu corak leopard. hahahha.
suka la. comel.
sedih lak rasa.
sebab tu aku ni in life tak suka ada high expectation ke apa.
sebab nanti tak dapat kecewa ke apa.
baik takda expectation ke apa, so if dapat..rasa bersyukur gitu. eheh.

tu la laki aku ni.
takpa la orang nak kata itu ini.
janji dia appreciate aku, n aku appreciate dia dah la.
lain orang lain bentuk kebahagian dia kan.

oh lupa. satu kisah terbaru dia punya lurus tu yang buat mama gelak sampai sakit perut.
aku tak gelak, sebab aku stress n bengang.
ada satu hari tu, mama kata lapar. dia nak kebab.
aku malassss gila nak keluar...tolong.
tetiba laki aku offer diri nak beli.
dia dok kira berapa orang ada.

him : ben beli 6 ye mama.
mama : ye lah. terima kasih ye nak.

pastu dia pergi.
tak lama lepas tu aku dapat call daripada dia.

him : yang. kebab takda la. memang dah lama takda. orang ni kata kebab bulan puasa je jual. roti john ada la. nak?
me : haaa boleh la....
him : ok

belum sempat aku habis cakap dia dah letak phone.
then aku tunggu la kemain lama.
aku dah macam pelik. apa yang lama sangat dia ni beli.
ada dekat 20 minit macam tu la.
tetiba dia balik.

dan dia bawak balik 6 ROTI JOHN!!!!!!!
ENAMMMMM!!!!

kau tak rasa nak baran ke.
aku memang dah bengang gila dah.
dia kata sorang satu. tadi kebab kata nak 6.
itu kebabbbb! ni roti john!!
panjang kot. gila apa nak makan sorang sebatang benda tu.
selalu orang beli 2 je kot.

mama dah tau aku macam nak marah.
mama kata takpa..meh kita makan. takpaaaaaa.
memang betul malam tu makan 2 batang je.
kau tau mama simpan sampai esoknya makan.

lepas tu esok-esoknya ke rumah mama lagi.
tergelak-gelak la mama.
aku bila teringat je jadi bengang, macam kau kenapa? tak pernah di buat orang beli roti john 6 batang ok. agaknya orang yang buat tu pun pelik, budak ni nak makan ke melantak ni?
yang mama kata, "tak baik nak. takpa la. dia tak tau tu."
"tapiiii...dia tu lembab sikit ye nak."
ahhahahahahahaha. matiklah ayat mak aku lembut je bercakap tapi relax je cakap lembab. hahahha.
mama kata nak muntah dia mengadap roti john berapa hari.
macam hari tu noy nak kawin tu, orang ramai2 datang tu abang aku beli roti john, mama sentuh pun tak, mama kata takleh masuk dah. hahahah.
itulah penangan 6 batang roti john laki aku beli.

tapi dalam pada tu.
kesayangan mak bapak aku tu.
tolong la tahap rajin laki aku tu takleh terima akal la.
dia kan rajin mengemas. n dia ni buat mesti macam rutin.
so pergi rumah mama first dia akan kat depan tu berjam, dok siram pokok, siram lantai, bersihkan cage kucing.
masuk dalam terus pergi tempat papa, dia bersihkan tempat kencing papa, kosongkan plastik sampah, buatkan papa air. then baru la dia duduk.
mana tak kesayangan kan.
dia memang lurus sikit. tapi hati baik. so takpa la :D

semoga berkekalan la kita orang n masing-masing tahan ngan perangai memasing ke akhir hayat.
Insyallah.

ok la tu je.
aku type entry ni tengahari tadi.
halfway aku stop, sebab tetiba cuak sebab order menderu masuk kerja banyak.
dah siap kerja baru boleh sambung.
ok sat lagi nak makan malam.
mungkin ke kedai kak shidah lagi.
nasi lemak pulak la malam ni.
patut la semakin peti ais badan aku ni. hahah.
ok ta-ta





39 Comments:

Bunga Rampai said... [Reply to Comments]

Amiin, Moga sampai ke syurga Peej & Ben.
Tersedak2 gelak dalam bus bila sampai part roti john tu

SaraGurL said... [Reply to Comments]

Haha terbahak2 aku bc dalam keto
Kiki

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hahahaha...bab roti john mmg klaka...lg klaka bila mama kuar statement..hahhaha...tu la dlm kekurangan ada kelebihan.mnantu kesayangan lg..mana nk dpt zaman skang mnantu ringan tulang

Pink Mama said... [Reply to Comments]

Adoi Peej....Akak gelak sampai keluar air mata baca entry ni. Semoga Peej dan Ben kekal hingga ke Jannah. Untung dapat menantu ringan tulang ni.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Semoga peej dan suami kekal bahagia selamanya. Untung dapat suami dan menantu mcm en.ben

Anonymous said... [Reply to Comments]

comel giler korang berdua...tergelak2 baca...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahahaa kelakar la baca. sakit rahang ni gelak depan komputer ha!!
insyaAllah you guys are meant for each other. tu la namanya saling melengkapkan.
6 roti john pun 6 lahh :PP

Anonymous said... [Reply to Comments]

kelakar gila... beberapa kali baca bab beli 6 biji roti john tu dan kata2 mama peej pasal lembap tu, terbayang-bayang situasi tu. semoga korang berdua bahagia ke akhir hayat. korang memang couple yang sempoi la..

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi peej..i am a 50 year old woman..a wife n a mother to 3 kids..you can call me mak kot..but i just love all your jottings. .very straightforward n withoud embellishments just to make it good or stylish ..love your honesty non pretentious wit n most of all the humour in your postings..keep writing babe..bravo..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kak peej dgn abg ben bertuah dpt masing2...smoga kekal smpi akhir hayat :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hihihi..sy plak rase part merajuk bg pelita tu pling kelakar ..sakit perut ketawa.may allah bless both of u n family.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hihihi..sy plak rase part merajuk bg pelita tu pling kelakar ..sakit perut ketawa.may allah bless both of u n family.

Wifezamzuri said... [Reply to Comments]

Sumpah tgh2 malam cmni iols gelak gile bila sampai part roti john tu. Adoyai!!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sweetnya Peej & Ben. Akak suka sangat baca cerita2 Peej kat blog. pagi2 ni baca siap nak keluar air mata...tulus sangat dari hati Peej tulisan ni. Akak doakan you all berdua kekal ke akhir hayat dan bahagia selalu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, U really made my day! Tergelak macam apa depan pc ni :)

mspugly said... [Reply to Comments]

Peej, akak rasa biar laki tu sengal ke, tak kaya ke, lembab ke, tak hensem ke, tu semua tak penting. Janji dia boleh jaga kita, boleh jaga mak bapak kita macam mana dia jaga mak bapak dia, hormat mak bapak kita macam mana kita hormat mak bapak kita. Budi bahasa tu yang penting. Akak doakan jodoh korang berkekalan hingga ke syurga. Amiiinn!

Nirwana A. said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum kak peej, mula2 baca entry ni sy ketawa berabis. nmpk bhs sbh kat situ. klu x fhm mksd sy gelak gila2. then hujung entry sy nangis sbb suami k.peej tlg urus uncle. baik btl suami kak peej. yg lurus bendul ni yg bgs kak. dia x pndi belok2 or corner2. hehe. smoga jodoh kak peej ngn abg ben bpanjangan.

ease elias said... [Reply to Comments]

semoga kekal ke akhir hayat peej..lain orang lain cara kebahagiaan..suka cara hidup peej yang santai dan x show off..syukur dapat suami yang kontra dari kita tapi dapat mengimbangi kita..

akish ali said... [Reply to Comments]

hahahahah...peej..ben suwit amat....
x bole blahhh..
dgn mama punye ayat...
pehhhhh....
apepon...muge koram bahagia hingga hujung nyawa...
korang mmg suwit

=)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum

Hehe kelakar cerita kakak pasal roti john. Tak pe lembab asalkan hati baik. Tu yang penting. Suka baca and tgk pictures kakak. Interesting. :) take good care. Hope u and ur hubby stay happy always. In sha Allah.

Nura :)

Eta said... [Reply to Comments]

mula2 baca bergenang air mata bab hadiah tuh.. serius.. terharu n pilu..
pastu tiba bab roti john gelak terbahak2.. kawan kata.. gila ke apa ko nih.. hahahahahaha

alhamdulilah peej.. susah nak cari lelaki yg sayang mak ayah kita mcm tuh... semoga bahagia hingga ke jannah.. amin...

Laalaa said... [Reply to Comments]

Part roti john 6 batang. mmg lawak. Sian kat tuan rumah nk habiskan 6 batang roti john..

aida aidanisme said... [Reply to Comments]

ehhh peej... dekat je ngan umah mak saya ni. nati nak terjah la.

linda said... [Reply to Comments]

Ni lawak roti john smpai 6 hahahah..apepun moga peej,husband n family happy slalu..rajin2 update ya heeee..

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej..matila dok gelak sorang2 baca kisah u hari ni..hahahah

anna hashim said... [Reply to Comments]

kah kah kah... kantoi ana kt opis baca belog. sebab gelak terbahak depan PC time org lain busy buat keje..hahhaahhahaaaa

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bergenang air mata baca part hadiah jam tu.. Sampai part uruskan tempat papa peej tu plak rasa kagum sgt. Susah nak cari lelaki cm tu skarang. U are so lucky peeja :)

Azlina asyirin said... [Reply to Comments]

Amin..untuk semua doa yg baik2 buat Peej n family. Entry ni mmg lawak (^_^)

Cikja said... [Reply to Comments]

lawak giler laki ko peej...sakit perut hoiittt gelak

Semoga bahagia hingga akhir hayat peej & Ben !!..

iduraz said... [Reply to Comments]

hehhee...hadoiila...touching baca cerita peej ni.semoga kalian berdua berbahagia dan dirahmati hingga akhir hayat..pape pon, roti john 6 tu buat saya tergelak sorang sorang dpn pc!

soulsearcher said... [Reply to Comments]

Berubtung sgt kau peej.smg kekal sehingga ke akhir hayat. Tapi kan mmg mana2 laki pon mesti ada kebendulan dia sikit.

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi k.peej. selama ni sy silent reader je. k.peej and abg ben buktikan duit bukan menjamin kebahagiaan. sy suka baca cerita k.peej dgn abg ben. byk yg saya boleh belajar. sy doakan k.peej and abg ben akan sentiasa bahagia.

-aisya-

rohayaroy said... [Reply to Comments]

lawak peeej.. hahaha gelak2 baca.. baik laaa ur husband ni.. rajiiin sangat2.. ada banyak kebaikan nyeee... bertuah peej.. sungguh.. tak tahan gelak bila ur mom ckp nak muntah dah tengok roti john.. hehehe moga berbahagia ye peej hingga ke akhir hayat dan sentiasa didlm lindungan Allah SWT .. InnShaaAllah

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahahah...puass nk cover gelak kt opis ni kak peej oiii

Farzen Fasihah said... [Reply to Comments]

hahah..lawa lar entry kak peej...pasal abg ben tu.tergelak2 sya.ur mum pun kelakar...btw, apa yg saya lihat, both of u mmg pasangan yg serasi..saling melengkapi gitu..Semoga kekal berpanjangan ke akhir hayat ye kak peej..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi peej...sy silent reader...sy rasa kedai kakak ipar peej tu adalah kedai yg sama anak murid sy cerita..berkali2 dia ajak g kedai mak dia sy yg x pegi2...ade ke anak sedara ben nama mimi??


..nOWa.. said... [Reply to Comments]

kelakar la peej..sampai nangis-nangis baca...apapun, aku doakan pej dan suami kekal bahagia dunia akhirat..aamiin

syalinda johari said... [Reply to Comments]

Ya Allah..comel sangat perangai husband peej... baca cerita dia beli roti john 6 batang tu, saya gelak sampai terkeluar air mata..

semoga jodoh korang berpanjangan sehingga ke jannah..dan sentiasa dimurahkan rezeki ..amin..
bukan senang nak dapat suami yang baik, kelakar, rajin tolong parent kita dan very sweet macam tu...

suka sangat baca blog peej...

izzatul.azma said... [Reply to Comments]

HAHAHA

Oh my god, this entry really made my day !!! Aku datang ofis baru nak start kerja nak amik mood, sakit perut gelak terkenangkan 6 batang roti john !! Hahahaaaa ya ampunnnn

Tapi sweetnya korang. Dan bagusnya entry ni buat aku terfikir duit bukan menjamin kebahagiaan.. Thanks for that reminder :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...