Instagram : @peejburhan

tersampuk dengan apa ni?

Fuiyoooo busynya kak jah.
serious punya busy tak pernah rasa busy macam ni.
ok tipu, memang lately ni memang busy je.
masa untuk diri sendiri pun tak ada.

ni aku baru terjaga ni.
sebab laki aku kejut. grrrrrr.
aku memang tak cukup rehat la lately.
ye la macam-macam kan.
daripada hujung tahun orang membeli belah.
bawak ke tahun baru orang dapat bonus, business laju. Alhamdulillah.
then sibuk ngan persiapan wedding si noy tu.
pastu dia tetiba lak kena operate bagai, nak kena jaga dia lagi.
terkejar-kejar ngan menguruskan business lagi.
now masuk pulak ellfie. terkangkang iolls di buatnya.

berderet jadual woih.
konon cuti panjang baru-baru ni nak rehat la.
takdo ye. ada je plan.
aku rasa isnin tu je dapat rehat sikit sebab laki bini tidur sepuas hati sampai kul 4 petang. hahaha
aaaa lamanya tak merasa tidur terkangkang macam starfish. indahhhhhh. 

dah la filla n elly ni kalau bab kerja semangat lebih.
aku ni la jenis lemau semacam.
semua pun slow n steady je.
agaknya stress dorang ngan aku. hahahha. 
lantak ah.
dorang tak pikir stress aku ngan jadual menggila dorang tu.

gila kau.
dorang ni asal nak bergerak semua pagi je.
ada sekali tu elly kemain kata kul 10.30 aku akan amik kau bla bla.
sekali dia call dah ada depan rumah aku.
aku? aku tidur lagi ye. hahahahhahaa.
harus berdesup siap. i is scared. elly so garang. hahaha.

tapi filla paling lagend.
takleh lawan dia tu.
let say ada kerja kena buat.
biasa la selalu kedai bukak pukul 10am kan?
filla jenis, ok 7 am aku gerak daripada rumah.
kau jangan tidur tau. nanti aku sampai kita gerak.
aku rasa nak pitam.
elly pun tak paham..yang filla tu pagi2 sangat kenapa?
kedai pun tak bukak lagi.
kannnn. hahahhaa.
tahap semangat memang melampau sangat.

tapi nasib la sapa suruh datang pagi.
memang aku bukak gate mamai ngan baju tidur.
tunggu la kau. aku buat sembang n relax.
lemau je. mandi pun malas.
filla tak garang sangat macam elly. so ok la. heheh.

tapi memang la pitam.
tau la aku ni spesis burung hantu.
tidur memang lewat kot. yang dorang pulak early birds. clash sungguh timing.
macam sabtu lepas ada urusan pasal produk.
elly ada urusan kerja kat penang, so mintak aku n filla uruskan kerja.
kemain elly call brief aku, sempat dia cakap, "esok kau bagi tau filla plan. then korang gerak. kau jangan bagi tau sekarang. nanti filla datang rumah kau pagi. dia tu gila."
"ok noted."

the past few days malam je aku ke rumah mama.
tau la nak buat wedding ni kan.
ada je benda kena uruskan.
nampak tak busy ahkak tu?
memang terkejar je sana sini.
ngan customer sibuk nak COD bagai.
ada yang beriya nak amik, dalam keletihan ku gagahi jua. end up semua cancel.
i is stress. seriously no more COD la lepas ni. aku takda kesabaran dah la part tu.

jumaat lepas aku buat postage. selalu isnin sampai khamis je.
tapi since next week cuti panjang sikit.
order pulak banyak, aku tak sanggup nak post menggila rabu.
baik mana dah bayar tu aku post terus.
ada bagus la. sebab jumaat tu je 2 bag barang post.

habis urusan tu. terus ke rumah mama.
sebab mama dah facetime daripada tengahari suruh datang makan nasi tomato n ayam masak merah dia buat.
tapi busy kan. so aku kata malam baru boleh.
gila kau busy plus nak makan nasi tomato mama.
siang tu aku hanya makan keropok ikan sedap tu. ala selalu jual kat petronas tu.
then air sebotol.
padan muka anginnnn je badan. tak sedap rasa.
tapi dalam tak sedap rasa tu, tetap sepinggan terak nasi tomato tu aku bedal. haaaa sedap.

stay layan maharaja lawak.
gerak daripada rumah mama lepas habis tengok rancangan tu.
tetiba kul 12ish am aku dapat call daripada filla.

"tadi elly call aku, dia cakap pasal plan esok (sabtu). so esok kul 7am aku gerak daripada rumah aku. dalam 7 lebih sampai rumah kau. bangun tau. jangan tidur lak. "

aikkk. ellyyyyy ni.
hahahha. mesti elly tak percaya aku akan bangun pagi n bagi tau filla.
baik dia je bagi tau.
speechless aku nak jawab filla tu.

"pagi gilaaa."
"yeee.. aku sampai kita buat ni..ni..ni..ni. bla bla bla.."
" kau otw tu kejut la aku. so aku standby la."
"aaaa aku call nanti kau tak angkat. silent la apa."
"call je la. tak silent."

hahhaha aku pernah tersilent kan phone.
sekali filla sampai amik kau kena tunggu sejam lebih kat luar. hihihi.
padan muka datang lagi pepagi.
tapi nampaknya dia tak insap. hahahahha

"dah pergi tidur. esok nak kena bangun awal peej."

memang tak leeee.
aku time tu tengah drive nak lepak makan ngan laki aku, noy, n tunang dia kat papparich. ;p
lepak until 2am then balik.
tapi tau la aku. memang aku takleh la tidur weyhhh.
ada je benda aku buat.
online la usually.
satu perangai aku. aku bukan jenis on the phone 24/7 melayan internet ke apa.
if kerja aku buat kerja. jenguk pun seminit gitu je.
if lepak pun aku takda melekattt je ngan phone.
so usually sebelum tidur la baru ada masa sikit nak tengok apa patut.
harus la leka kan.

pulak khamis lepas season break tv series dah start balik untuk scandal n how to get away with murder tu.
memang akak download n layan la.
by the time after subuh baru aku tidur. erkkkk.

n seperti yang di janjikan kak pilla sampai sebelum pukul 8am ok. eh ke 8ish.
entah la. yang pasti aku kelat la.
gila kau 2 jam je tidur.

dia sampai sembang sikit.
kul 9am buat kerja.
kul 11am keluar rumah.
gi sarapan. terpaksa aku minum kopi tau.

aku lemau semacam.
filla tanya aku tidur kul berapa. aku jawab.
haaaa kena la bebel.
dia kata tidur awal. internet tak penting la apa.
ewahhh. penting la!
tapi aku dah try masa janji ngan elly tu.
sebab elly garang i takut. hahha
aku try tidur kul 2ish macam tu.
takda main hp ke apa.
tapi takleh ok. otak aku ligat. dah la terkebil-kebil, terkulat-kulat memikirkan masalah dunia.
end up aku tidur lepas subuh jugak ok. helppppp.
so daripada aku poyo2 nak tidur konon. baik aku online je la.

gila sengal aku time tu.
nasib kak pilla baik hati drive.
walaupun bengang je kena buli sebab aku pemalas drive. hahha.
aku memang malas pun. tapi ok je boleh if nak.
tapi tadi tak berani. gila kau aku dah la tak cukup tidur kan. :D 

:: haaa jelas terpancar filla jenis semangat lebih. aku lemau di situ. ::

time ni memang dah lemau gila weyh.
oh aku tengah stress gak ni.
sebab muka aku tengah breakout ni.
banyak jerawat besar gak la ada 3-4 spot keluar.
taknak kering n kecut lak tu.
aku bab-bab ni cepat stress.
ye la aku memang muka takda la prob sangat bab jerawat ni.
selalu keluar pun setahun sekali seketul.
ni serentak n ngeri lak tu.
sampai stress n rendah diri pulak. tak suka nak jumpa orang.

filla bebel la kata aku kena ubat waktu tidur la apa.
takyah ye. takda kena mengena. aku timing european aku ni memang since aku 18 ye.
takda sebab tu.
tapi betul la, filla kata selama ni macam ni tapi aku cover tidur siang.
lately aku busy sangat tidur n rehat pun tak cukup kan.
mungkin la.
aku jenis la pikir. kenapa ni?
sebab tua ke aku ni? 
hormon kot? 
sebab laki aku suka cium-cium pipi aku n cubit-cubit ke? mesti mulut n tangan dia tak bersih tu.
eh banyak la kau. dah berapa tahun takda nya tetiba.
abis kenapa?
aaaaa tak sukaaaaaaa.

mungkin la kot kan sebab tak cukup rehat?
ada logik ke?
ok sambung.
settle kerja, sampai rumah aku kul 4.30pm.
sambung buat kerja lagi.
settle. around 6pm filla balik.

masuk bilik tengok laki aku tidur.
aaa bestnya dapat baringggg.
set jam maghrib, dapat nap ok ni.
sementara tu kita layan game 1-2 round kat ipad.

sekali laki aku terjaga.
"filla dah balik? jom makan. i lapar."

aaaaaaa penatttt. nak nangissssss.
nak rehattttttt.

siang tu dia ada call.
aku cakap aku kerja bla bla.
aku cakap gi la makan.
dia kat tak pa la. dia tunggu aku balik.
then gi makan sesama.
aku kata la. lewat nanti. pergi la dulu.
dia kata taknak. i takleh tak bersama u.
amboi dia punya drama.
tapi aku tak sangka memang bebetul dia buat macam tu.

dah la aku sampai rumah ngan filla tu.
dalam panas terik tu dia mencantas pokok, berkebun bagai.
eeeiii gila betul.
so gi makan, aku kata makan kedai atas je la.
takmo jauh-jauh.

so makan kat atas tu.
kedai utara.
amik kau dah dia tersampuk utara pulak.
dah la dok bercakap utara non stop.

pastu dia kata bungkus untuk mama n papa.
kita gi rumah mama n papa.
aku tak larat sebenarnya.
nak rehat kat rumah. customer ada nak cod lagi.
dia kata pergi la. sian mama n papa.
suruh customer amik sana.
okayyyyyy.

so ke sana la.
sampai sana duduk kejap ada reader mama datang.
eh rupanya reader aku jugak.
aku biasa la memula mana sembang. eksyen kemain.
haha takda la eksyen. tapi segan. tak biasa kan.
tapi laki aku peramah. tak pasal lama2 aku pun ok.
dpd sembang sampai layan cerita hantu.
rasanya dekat kul 1am macam tu baru gerak balik rumah.

berapa kali aku minum kopi.
amik kau. ngan 2 jam tidur. elok santak sampai dekat 20 jam berjaga.



iklan sat.
haaaa ni ada sempat amik pic nyunyu.
selalu aku amik pic dia berdiri kan. hahah.
seee kaki dia kontot je.
if tengok dia ni macam hush puppies tu.
kaki kontot. badan dia macam panjang.
aku nak amik video tapi nyunyu ni bukan jenis manja.
so susah sikit.
tapi seronok tengok dia.
terkedek2 je bila berjalan tu.
pastu dia ni macam slow sikit. aku rasa ada cacat sikit la.
lidah asyik tersentil.
if main ngan dia ke apa mesti slow je dia.
nak marah pun tak sampai hati. sebab dia macam tak paham.
kau marah dia pun dia macam muka pelik ngan lidah tersentil dia tu.
ala shiannn ia tu.

then ahad lak plan untuk meneman noy ke jalan tar.
aku memang kena pergi sebab nak kena beli kain baju melayu tu kan.
boleh je pergi sendiri.
tapi noy nak carik barang.
aku tau, dia tu mana reti. so jom la sesama.



nampak tu jerawats di hidung. aaa stress.
kat pipi ada la 2-3 ketul. i don't like ok.
tapi tahap stress tu tak se-stress tunggu dia ni la.


everytime ok.
aaaaaaa.
tak kisah la ribut taufan atau terik sekali pun.
sebelum keluar rumah kena sapu ok.
kadang stress, kadang rasa nak tergelak. sian pun ada.
aku rasa dia ada la ocd sikit.
rutin dia sama je everytime keluar rumah. aku pasrah.
dia penat tau. n kadang aku tau dia stress. tapi dia tetap buat.
macam semalam aku nak rush. dia tetap nak sapu.
sebab angin kuat time tu.
padahal sejam sebelum tu dia dah menyapu bagai tau.
tetap dia nak bersihkan. siap cakap kat aku, "jap ye. sikit je ni."
aku diam je la.
then dia keluar tutup gate tengok ada sehelai daun kering.
dia tolak2 ngan kaki ke tepi janji daun tu jangan ada depan rumah T_____T

kelakar laki aku ni.
tapi paling best.
iklan lagi.


kat rumah kawan aku last month.
pergi kenduri dia nak gi umrah.
kita orang datang lewat sebab ada hal.
siap laki aku kemas khemas lipat meja n susun kerusi apa semua.
boleh lak ada penyapu tepi tu. dia start menyapu weyh!!!!
yanggggg...rumah orang ni yang!!
tapi dia memang macam tu la.
kawan aku pun dah masak sangat perangai dia.
laki aku menyapu sampai ke tengah jalan tu ye.
yang aku takleh terima sebab tau la jalan kan.
ngan angin, ngan kereta kejap2 lalu.
bertebangan balik daun2 tu.
dah la daun jenis halus2 tu.
gigih dia sapu ok.
tu pun mama dah, "cepat ja, jom pergi kat kereta. tak gerak kang ada laki kau sampai rumah2 jiran semua dia sapu."
hahahahhaa. masalahnya memang time tu dia dah menyapu sampai ke rumah depan tu weyh!

betul punya ringan tulang dia ni.
berbeza sungguh ngan bini dia ni. kui kui kui.

ok sambung kisah.
ahad tu ke jalan tar.
mencari al-quran, rehal, sejadah, songkok segala la.
then aku beli kain ela untuk lelaki.
ingat nak cari kain aku sekali
tolong la by the end of the day aku dah penat rasa nak sepak orang.
so takyah la. tak kuasa aku.






nasib i pakar n tau selok belok jalan tar tu.
laju je tunjuk arah ke sana sini *kembang-kembang hidung*
aku masa nak kawin gigih naik lrt datang.
pastu menapak je. tu yang tau je mana nak tuju nak beli itu ini.

kemain hari tu tetiba terasa macam tourist pulak amik pic sana sini. hahah







 :: gigih laki aku nak amik pic. walaupun camera phone dia menyedihkan. hahaha ::


tapi gigih lagi kak jah sebab berani upload pic begini.
seram sangat tengok perut tu.
tak sure perut ke tayar trelar tu.
takpa la janji hati manyak sinang.
penat berjalan kami ke suzi's pekena steak. nyum.
plan nak makan nasi bubur kat kak mah, kg baru tu.
dah dekat kan. tapi takda parking uolls.
so pergi suzi's je la.
aku pun nak basuh kereta sekali.


mmm dapnyewwww.
then ke rumah mama.
lepak tah sampai berapa pagi.
tu yang esoknya amik kau bangun kul 4 ptg. hahaha.
malam tu plan karaoke pulak ngan elly, filla n suami memasing.
kak elly kita belanja karaoke. yeay.
Alhamdulillah semoga dimurahkan rejeki lagi. Amin.






 :: kerusi gergasi kelihatan tak berapa ngan gergasi bila MrB amik pic kat situ ::

balik around 2am. terus ke rumah mama.
melayan mama. around 4 am baru gerak balik.
tidur terbongkang.
esok ke rumah mama lagi.
tapi after maghrib gerak.
aku kena buat laundry ada 2 bakul.
basuh kat rumah then keringkan kat kedai.
kul 12ish am settle.
balik sambung buat kerja.
tidur around 6am jugak la. uwaaaaaaa.

then tadi bangun kul 10ish macam tu terus mengadap kerja.
gila seram tengok order masuk.
nasib bukan aku uruskan order.
so siapa nak order ellfie whatsapp 013-2755197
ramai jugak customer aku nak direct terus. senang kan.
tapi aku tak menang tangan nanti.
tau la kadang reply whatsapp if banyak boleh makan 1-2 jam tau.
so better terus contact ellfie tu yea.
sebab aku pun kena layan customer aku yang beli barang lain.

Alhamdulillah banyak sangat order hari ni.
dok menulis borang pun 3 jam lebih.
nanti la aku kena beli gak la printer tu. T____T
tak larat weyh.
nasib la jumaat tu tergerak hati n rajin post. 
kalau tak memang tak larat nak hadap.
nasib today ephyra kurang order.
selalu ephyra yang amik banyak space untuk post tu.
ephyra ada few boxes gak la.

tadi seratus lebih gak la hadap.
ellfie je 50+
shawl si filla dalam 30 macam tu.
aku punya pun dalam 40 parcel.
penat memang penat. tuhan je tau.
tapi rezeki Allah nak pinjamkan.
selagi ada kudrat kita hayun. 
doa moga di beri kesihatan yang baik olehNya.




gila kau tak cemas. 
dah pukul 4 time tu baru berapa siap.
time ni baru ni siap. 


nasib sempat gak la post.
nasib la Mrb banyak bantu aku.
n memahami sangat. kadang pikir sebak je.
so dia la post. aku tunggu dalam kereta je.
tengah berangan tetiba orang ketuk tingkap. terkejut i.
ingat ada orang marah aku parking tepi.
rupanya si tina. bongok. terkejut tau.
dia nampak laki aku tengah post.
tu yang sementara tunggu najib lepak kejap dalam kereta.
sempat kita orang sembang gossip pasal ragam manusia. hahha.

later malam tu pergi makan.
lapar baq ang.
aku ni lamaaaaanya tak masak.
last aku masak masa raya ye.
ye. sila kira ye.
tak kuasa pun ye. takda masa pun ye. penat sangat pun ye.
tapi nanti la kita start balik.
rindu weyh nak makan masakan sendiri.


tu la kadang tu bersyukur dapat MrB ni.
biarlah memang dia tak senang mana ke apa.
tapi hati dia baik.
takda bising apa.
rajin uruskan rumah, aku tak masak n ajak makan luar pun dia ok je.
takda complain ke apa.
Allah lebih mengetahui jodoh terbaik untuk kita.
sama-sama la.
kawin ngan dia Allah bagi aku rezeki lebih sikit bab meniaga ni.
share la sama-sama. suami isteri kan.
gaji dia tak besar. so bila dia tolong aku tu, aku bagi la dia duit.
tiap kali bagi kemain angkat tangan doa.
panjang doa dia. kadang bergenang air mata aku.

cerita ni teringat kisah masa elly balik daripada london tu.
pergi rumah elly, elly bagi kita orang sorang satu perfume.
dapat je tu terus laki aku angkat tangan doa kuat-kuat.
semua la kita orang pun sama dok angkat tangan n amin, termasuk anak elly.
then jumpa elly few days lepas tu elly cerita.

"anak aku hari tu tanya. kenapa uncle tu doa kuat2 mama?"
"ooo uncle tu doa sebab dapat perfume mama bagi tu."
"tapi semua orang mama bagi perfume tapi kenapa uncle tu je doa."
"uncle tu memang suka doa."

hahahhaa. pening elly nak melayan soalan anak dia.
lawak je aku rasa. tapi laki aku ni memang suka tau macam tu.

ok sambung.
ni muka kak jah di tempat makan tadi.
penat sampai termenung je.

masak ranum jerawat. geram rasa nak kutil muahahhaa.
yang pasti balik rumah. duduk kejap.
buat kerja sikit by 9ish tadi aku dah tidur weyh.
siap aku pesan kat laki aku jangan kacau tau if aku tidur.
takda makna ok.
kul 1am dia kejut kata lapar.
siap beli makan letak tepi aku suruh makan sekali T____T

now takleh tidur balik.
tu tetiba tersampuk angin rajin mana tah ni.
haaaaa amikkkkk panjang lebar aku update.
muntah la korang baca.
semua aku sibuk cerita.

ye la sibuk kata rindu la.
suruh update la apa.
ni aku dah update panjang2 ni.
korang tak komen awas ye.
i jumpa, i sebat sorang-sorang.
wow sebat? 50 shades of grey sangat perangai.
eh tetiba.



40 Comments:

Filla said... [Reply to Comments]

ok bestnye baca bila update panjang-panjang.. i love u peej.. terharu Allah temukan korang dengan aku, walaupun perangai lain-lain tapi selesa dan happy bersama.. semoga persahabatan kita berterusan hingga ke akhirnya.. tapi satu je lagi ko tak dengar cakap aku.. beli barang dapur and start masak! beli yang basic dulu macam telur.. ikan bilis... beli ayam sumbat dalam fridge.. nak masak senang.. tak pun ko kirim dengan elly kat pasar tmn tun tu semua dah siap blend.. ok kak pilla dah start membebel macam makcik2.. sila dengar ye..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Yeayyy..puas baca entry ni! anyways, please take care of urself..you look really tired, peej :(

-ida-

zella y said... [Reply to Comments]

gigih baca dr awal smpai habis nih...
hihi

yayang laling said... [Reply to Comments]

macam ni baru la i puas baca. kehkehkeh

Anonymous said... [Reply to Comments]

yeay! windu terubat

from the lappy of a tectonic person said... [Reply to Comments]

panjangggggggggggggggggggggggggggggnye!

me suya said... [Reply to Comments]

panjang giler..tapi suke.

IbuKhayra said... [Reply to Comments]

begenang sama baca isah Mr. Ben.. Alhamdulillah Peej Allah beri kita pasangan yg sesuai dgn diri kita.. melengkapi kekurangan masing2.. semoga bahagia kekal hingga ke jannah.

mashelas said... [Reply to Comments]

Lame tak bace citer peej. Dulu slalu bace before buat keje kt opis. sekarang dah dok umah tak sempat nk bace pulak. hehehe. alasan! Semoga berjaya dlm perniagaan yg sedang diusahakan peej. Take good care.

amirah said... [Reply to Comments]

Haaa panjang macam gini baru puas bacaaaaa... paling tak tahan bab Mr B mengemas rumah kenduri orang.. hahaha lawak. anyway all the best in everything okay! semoga sentiasa murah rezeki.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej...I'm ur SR. Nah ai dah komen. Betul kan....Allah SWT bagi kite pasangan utk saling melengkapi. Moga Allah bless u both till Jannah.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Stress & tak cukup tido memang menyumbang jerawat

Wow. I kalau ada orang messing with my bedtime,I bertukar jadi incredible hulk okay. lagipun kalau mengantuk I jadi cranky nanti. 8 hour sleep is bliss

Kalau everyday tido pukul 2 am then today nak tido pukul 9 pm memang tak boleh la der. Body clock dah set pukul 2 am. Kena adjust balik

Puteri

ieda iedana said... [Reply to Comments]

alololo takuitnya kena sebat. hahaha....

suka baca pasal family akak esp pasal Mr B yang rajin melampau.
rasa macam alangkah bestnya kalau ada pari2 yang tolong sapu sampah kemas rumah hari2. haha

walaupun ida ni single lagi, tapi balik keje dah malam terus rasa alahaiiii sangat nak kemas.

btw, semoga bisnes akak terus maju and sukses!

Sharifah Syahirah said... [Reply to Comments]

saya baca habis hokeyyy. miehehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi Peej,

Habis baca hehehe seronok ada update. Paling lawak pasal Mr.B awatlah rajin bebenor... camni buat kenduri leh jemput dia ada tukang kemas.. hehehe

zaza said... [Reply to Comments]

ok, saya komen, taknak kena sebat. hahaha.. seronok la baca panjang-panjang macam ni.

Cik Siti Hajar said... [Reply to Comments]

setuju sangat.. jodoh tu Allah tau yang terbaik untuk kita..
rezeki kak peej tgh murah... alhamdulillah.. (:

mamabeauty said... [Reply to Comments]

part yang suka menyapu tu sngtla beruntung you..

tapi sebak pulak baca yang MR. B doa tu..

betul tu Allah lebih mengetahui yang terbaik utk kita..

Zarina Dan said... [Reply to Comments]

Kak peej..first time komen...3 jam sy nk abiskan entry nih..smbil buat keja..best ceta..keep it up okeh!! (^___^)

Anonymous said... [Reply to Comments]

I love you kak peej ! muahhh

linda said... [Reply to Comments]

nasib baik ade entry baru hehe..

Che kem said... [Reply to Comments]

peej.....................

puashati baca,,,,

part nk akhir tu..bergenang ayaq mata cheq..untung peej ..mr b. rupa n harta bukan ukuran..janji hati tu bsikk..bkn senang nk carik..dah dpt ni..bonus tu

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ye kot jerawat tu sebab stress. or kulit berminyak. or produk muka xsesuai. or allergic. ewah byk sebab musabab pulak kan :'D ya Allah Maha Mengetahui, jodoh mana yang terbaik untuk kita. ko and Mr.B memang perfect for each other gitu. pulak tu mr.B rajin mengemas kan. haa bonus tu. hihi

CikAlong said... [Reply to Comments]

ehh..aku xsure komen td masuk x jadi aku tinggalkan jejak sekali lagi..hahaha..tq for writing..syukurkan dapat laki rajin..cuma pastikan penyapu dan mop tu batang besi k..hahahah

susumanis said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah peej..may u n mr B happy together till jannah n kaya cepat cepat asbab biz ellfie, jutawan kosmetik korang ber3 insyaAllah..n then dpt baby da kaya da bole der 3 maid jg baby, masak, kemas..kekeke..aamiin ya Ranbal alamin

ciknadrahismail said... [Reply to Comments]

gigih baca smpai abis.. ;p

Vicky Virginia said... [Reply to Comments]

First time komen..sebelum ni silent reader je..tp entry super panjang ni menghiburkan n mengharukan sgt kak peej..untung kak peej dikelilingi family n kwn2 yg lovely n husband yg super duper rajin n lovely..u are so lucky kak peej..))

Aidah said... [Reply to Comments]

Tahniah... Semoga ELLFIE semakin mendapat tempat di pasaran. Saya doakan dari jauh semoga busines awak dan kawan2 terus maju. Eh...blog elly, filla, diana pon sy baca jugak... hihihi...

shedevil said... [Reply to Comments]

LOVE U KAK PEEJ! NO MATTER WHAT!

ana isahak said... [Reply to Comments]

semoga murah rezeki 3 sekawan ni....

Anonymous said... [Reply to Comments]

sebak baca yg mrB tu...u're a lucky wife..semoga Allah murahkan rezeki mrB utk kak peej. btw puas bc klo entry panjang2 gini...we want more..hehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam Peej

Suka sangat baca cite family Peej.....n MrB memang sangat baik. Kakak doakan Peej n family happy sampai bila2 dan rezeki yg tak terhingga.......Kucing2 yg Peej n hubby jaga tu pun selalu mendoakan Peej. Teruskan membuat baik sesama makhluk, ok! Jaga diri,,,n rehat yg cukup.

Anonymous said... [Reply to Comments]

bace xhabis habis pun eh xhabis lagi lagi....
Panjanggg tp i enjoyed bery much! (><)

Tny said... [Reply to Comments]

Peej!!!!

Memang terkena sampokkk..hambikkau n3 padat =) hahahaha..tp serious kelakar..bc smpi abih jugak..

Dr kesah kak pilla awal gile..cian ko..sibbaiklah xde msalah panda eyes.. Smpi lah nyunyu..smpai lah citer jln tar.. Kesah menyapu etc..paling x boleh tahan.. Nape uncle tu doa kuat2 ;)

Apapun smoga biz smakin suksess n sentiasa d murahkan rezeki..

Anonymous said... [Reply to Comments]

haha.. sebat jangan tak sebat.. tapi 50 shades of grey kena banned lat msia.. download je la kita ye.. tapi kalau tayang sini pun after tapis2 mau 5 minit je kut daapt tgok.. haha

Anonymous said... [Reply to Comments]

sayang peeejjjj! thanks for updating.....muahs from Norway!

kawan jonet said... [Reply to Comments]

Dh lama xbaca update panjang smpi berpinar mata nih hehehe semoga sukses selalu and dirahmati.. take good care of ur health, nmpk penat sgt tu..

Lavender violet said... [Reply to Comments]

yeay kak peej kembali..
rinduuu
nak try beli ellfie laa
tunggu gaji hekhekk

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

tetiba mata masuk sampah bila part ben bc doa bila dpt duit & parfume tu...huhu

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hai peej. Best entry dan hari hari la saya tunggu nak baca. Dan kerana peej saya beli Ellfie Essence. Tak sabarnye nak tunggu parcel sampai.

Yg benar,
Balqis (tak tau mana nak click jadi click anonymous agar boleh komen)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...