Instagram : @peejburhan

peejjj, mana lagi best?

hello.
lega sikit hari ni off day kita. :)
dapat tidur puas sikit.

pitam semalam.
banyak gila parcel ellfie tu nak pack.
plan aku malam nak suruh abang aku datang rumah.
pack kan siap-siap. nanti aku upah la dia kan.
tapi kan malam kelmarin tu aku elok tidur kul 9ish macam tu.
so takda la aku suruh dia datang.
sian semalam dok facetime ngan mama, dia cakap abang tanya takda pun pija call untuk tolong.
abg aku teruja la. sebab dapat la duit extra kan aku upah nanti. :)
takpa weekend ni aku suruh dia datang n buat banyak2 siap-siap.
nanti tinggal aku tampal je borang if ada orang beli.

so semalam kelam kabut gak la.
bangun around 11ish terus dok reply customer.
check order dpd elly dok masuk je.
pastu aku cemas. setiap kali masuk aku cemas.
sebab membayangkan aaaa sempat ke aku nak pack n post ni.
terus tinggalkan phone n start pack


hebat gak la.
dah rasa diri macam mesin kilang. hahha.
aku tengok dalam sejam aku boleh pack 30 parcel.
susah sikit ellfie ni sebab dia macam just nice.
so nak masuk tu perlu tekun la.
nasib i hebat. *goyang buntuit*

aku siapkan 60 parcel semenanjung.
sabah sarawak few la.
Alhamdulillah semua guna kecuali sabah sarawak 2 tak guna. macam tu la.
memula ingat tak cukup. tapi just nice sebab yang balance tu pack lain sebab ada yang beli 2, 3 n 4 box terus.

then aku mandi. terus start tulis borang.
pun cemas kejap2 jeling jam. aaa lama sangat ni.
tengah tulis tu dah petang tu elly call kata dia singgah datang.
dia pun tau order banyak.
tolong sambung tulis borang sesama.
then tolong pack. aaaa suka.

 apa yang penting? kerjasama.
so sempat la siap segala kerja semalam.
terus pecut pergi post.
orang kuat post aku?

sian.
siap kena marah sebab aku amik pic dia. hahah.
aku tak perasan memula sampai ada komen kat fb elly kata sian pakai selipar pun sampai tak betul.
ehhh. a ah la. hahahhaa.
berat tu woih.
tapi pikir balik, dulu semua aku buat sendiri. post pun sendiri.
aku pernah post sendiri. tapi bag ada 4 yea. aku angkat dua letak tepi post off.
then angkat dua lagi letak tepi.
cari parking. then angkut masuk post lak. gigih gila.
nasib tak kena curi parcels ku main tinggal je. ;p

sorry ramai whatsapp tanya macam-macam aku tak dapat nak reply.
sebab serious busy.
aku guna phone pun utk salin alamat customer.
tak sempat nak kebek n melayan sana sini.
since soalan semua nak sama je.
so aku jawab sini je senang.

1. peej u still jual ke tabita?

antara soalan yang banyak aku dapat sepajang seminggu ni.
heyyyyy of coz aku jual lagi la.
memang sebelum start ellfie ngan elly n filla aku dah cakap.
walaupun ada skincare sendiri nanti aku tetap jual tabita.
so dorang faham.

jangan ok. tabita tetap di hati.
tabita la benda pertama aku meniaga online ok.
dengan tabita la aku dapat beli sikit2 barang utk persiapan kawin aku.
dengan tabita la aku boleh hidup laki bini buat belanja2.
mana boleh lupakan begitu.

maybe ada certain orang or orang dok kata, eh ada produk sendiri jangan la jual produk lain.
tu orang, ni aku. mana nak sama. hati orang lain-lain.
selagi rezeki tabita ni ada. aku akan terus jual. Insyallah.

plus tabita dah macam sebati ngan diri.
kang takda mesti rasa pelik nanti.
plus aku selesa ngan supplier aku tu.
dia banyak bantu aku, takkan aku lupa tu.
ibu desi pun sangat baik n humble. aku suka.
sumber inspirasi sangat.
walaupun kayo rayo ada produk terkenal takda eksyen ke apa.
itu yang kita nak kan. bak kata pepatah ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
macam tu la kan. :D

so if nak beli boleh je.
whatsapp/sms aku macam biasa.


2. peej, rasa nak try la ellfie. ellfie ngan tabita mana lagi best?

masa memula try ellfie aku teragak-agak la jugak.
sebab muka aku ni memang sensatif.
sebelum pakai tabita. aku memang takda pakai apa.
so bayangkan la 2011 baru aku ngan tabita.
so sepanjang aku di alam remaja, zaman awal 20 an aku memang tak pakai apa.

aku rasa muka aku ok je.
tapi sebenarnya tengok balik pic lama boleh tahan ngeri. hahaha.
ngeri sebab kusam la. bab pimples aku takda sangat.
kecuali aku jenis ada macam pasir2 tu kadang2 kat muka.
so aku pakai tabita.

memang suka n sesuai.
then suruh fam aku semua pakai.
tapi aku ni on n off.
memang lately aku pakai selalu cleanser je la.
lain ikut kerajinan. haaa macam tu la.

so aku try ellfie. so meh aku bezakan ikut pendapat aku la.
masa pakai tu aku takda gap. so aku memang terus pakai.
so far ngan aku ok la, takda masalah.
kulit orang berbeza ok. tak semestinya sama.
so aku rasa untuk tukar-tukar tu ok je takda masalah.

ok memula pakai ellfie.
aku selesa sebab dia takda rasa pedih macam tabita.
tabita dulu pakai melompat2 aku tahan pedih ngan noy.
tapi nak lawa punya pasal bertabah.

ok ellfie takda. untuk aku la takda.
tapi ada peeling haluss je kat hidung.
tu pun tak perasan memula.
cuma rasa macam eh apesal rasa keras hidung.
alaaa aku ada amik pic. tapi ni check takda lak.
aku dah delete la tu. ngeri sangat kot hidung jambu air. hahaha
macam elly pakai dia takda peeling pun.

ok dari segi cleanser aku suka tabita sebab dia lebih berbuih.
tapi ellfie pulak aku suka bau dia sedap.
macam bau teh bunga pun ada. perasaan aku la. hahaha
tabita lepas basuh muka rasa tegang n kering.
ellfie lepas pakai rasa licin n lembut.
so dua rasa berbeza.

toner pulak ellfie lembut. macam tak pakai apa pun ada. dia bg rasa moist.
macam tabita ada time-time dia macam kuat kan tak tahan.
tapi bila sapu tu puas hati tengok daki tanggal. so bg perasaan rasa mcm bersihnya muka.

day cream aku suka ellfie sebab texture macam two way cake.
so lepas pakai day cream boleh terus make up, aku skip foundation.
macam tabita pulak cream dia jenis oily.
ngan kulit aku takleh if nak make up.
make up aku akan jadi capuk tak boleh nak blend kan.
tapi tu kulit aku, aku tengok adik aku elok je ok boleh make up.

night cream dedua aku suka.
sama je kot fungsi.
bangun pagi tetiba feeling macam eh lawanya kulit aku....
haaaa gituh. hahahhaha
tabita cream jenis cream kan.
ellfie dia macam balm.
so kurang rasa lekit tu.

pemerhatian pulak.
laki aku ni jenis suka nak cium2 pipi selalu.
boleh tahan rimas la. tapi dah dia suka bagi je la.
kang dia cium orang lain lg naya kan. hahha.
tapi yang aku perasan, if aku pakai tabita, dia akan notice. dia akan cakap, "macam bau bitaaa je."
tapi if pakai ellfie, dia cium pipi takda pulak dia cakap apa.

sebab kadang laki ni kita tau la kan.
lain-lain jugak.
ada laki suka bini wangi-wangi bau memacam.
ada laki pulak suka bau au natural bini dia.
so depends.

tapi tabita aku rasa result cepat sikit nampak.
cuma kau kena tabah ngan healing proses tu.
ellfie, kena pakai berterusan baru tetiba kulit nampak best sangat. macam tu la.

so memasing ada best memasing.
so terpulang kat diri sendiri nak yang mana.


3. selamat ke?

tabita actually dah dpt bpom n dep kes ke apa tah daripada indonesia.
tapi aku tak sempat nak update tang tu.
n boleh check yang tabita ni memang under desi damayanti.
tu cara yg ibu desi buat untuk banteras fake.
tapi tak silap sekarang yang fake pun ada dah keluarkan desi damayanti punya packaging.
now if nak tau korang beli ori ke tak.
desi damayanti ori ada hologram sticker cv tabita tu.
yang fake belum ada tu.

n kadang korang nampak orang jual harga murah melampau tabita.
tu sebab dia jual tak ori. dia nak abiskan stock tabita dia yang lama tu.
dorang kadang guna pic desi damayanti. nanti korang dapat set packaging still tulis tabita.
takda yea. ibu desi dah tak pakai packaging tu since july last year.

ellfie pulak dalam proses dapatkan kkm.
dah register lama gak la. katanya by 1-2 weeks time ni dapat.
kang dapat akan update yea.

ok tu je dulu update pasal skincare aku boleh cerita.
nanti ada lagi i update lagi.

oh btw, teruja tau ramai komen smlm.
i love u all la.
Alhamdulillah i'm surrounded with lovely peeps. <3 p="">
xoxo




6 Comments:

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri said... [Reply to Comments]

cool

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

Dua2 ada kelebihan nya..kan??tapi kalau saya baik saya support kengkawan..sebab produk pun lebih kurang sama je bagus nya..

Yana said... [Reply to Comments]

hahaha... tak tahan bila sampai bab "sian pakai selipar pun sampai tak betul".. Anyway i'am your silent reader, tiap hari akak akan bukak blog u dan ini adalah first time akak coment kat sini.. Akak doakan semoga bisness korang akan sukses n akak suke ngan perwatakan korang bertiga.. Perangai lain2 tapi tetap sekepala..

shedevil said... [Reply to Comments]

love u too! keep updating okay! with lotsa pics n silly n funny stories! of ur kitties hubby bff n family!

~Inni Osman~ said... [Reply to Comments]

bila enlarged gambar baru nampak hubby peej pakai selipar tak betui....hehe...sian dia...
tak pa... susah susah dahulu senang senang kemudian...all the best to you all...

mamabeauty said... [Reply to Comments]

bagus kans.. tahniah you ols bertiga..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...