Instagram : @peejburhan

masa mencemburui ku

eiii geram.
hari tu aku dah type woih panjang lebar.
rasanya rabu ke selasa lepas la.
tengahari. entry ni la.
tapi biasa la halfway, tetiba banyak lak kerja kena hadap.
so stop.
so ni konon-konon nak sambung balik la.
tajuk harus dramatik.
nak cakap la, halfway sambung..sebab masa mencemburui ku.

sekali ni aku bukak. cisssss.
boleh tak hari tu yang aku type dah separuh entry tak save. grrrrr.
merasa la aku start all over again.
dah la semakin tahun, semakin tua.
otak pun dah tak berapa cerdas.
aku pun dah lupa apa aku bebel hari tu kat entry ni. hahaha.
hampeh sangat perangai kau sekarang kak jah. menyedihkan betul.

sorry la aku ni dah tak segigih dulu.
kemain kan korang mengutuk ahkak. dah la pakai anon.
suruh ahkak rajin seperti zaman muda-muda dulu.
bukan taknak rajin n jadi blogger gigih.
entah la. faktor usia mungkin.
dulu muda lain, kau nak cerita apa pun kau cerita je...mana pandang kiri kanan.
sekarang ni lain, kena pikir macam-macam. bak kata pepatah, older and wiser gitu. hahahha cea cea.
n dulu rajin sangat kemain snap sana sini semata nak update blog.
sekarang tak kuasa la haih. dah tuoooo. kosser hah.
kalau tetiba rajin amik pic, tak berapa rajin nak update pulak. hahaha.
ni pun mama bising. kata bila aku nak update cerita bbq hari tu? dah basi dia kata.
sabarrrrrr. sibuk. duduk rumah bukan bergoyang kaki aje.
menimbun kerja ni.
malam pulak aku rasa nak relax. nak spend masa ngan laki n fam.
life is to short. baik aku spend masa dengan manusia..daripada mengadappp je laptop ni.

so biarlah bila betul-betul free.
n ada benda aku nak bebelkan, so aku akan cari blog ni.
blog tempat paling best nak bebel kan.
plus, apa sangat aku nak cerita pun.
pusing2 cerita aku, laki aku, kucing aku. tu je pun.
kang korang muntah lak. haha.

ok cukup-cukup bebel tu.
mari update berdasar gambar.
ni pic yang aku amik sepanjang minggu lepas.

tolonglah aku sayang sangat ngan dia ni.
ok semua kucing aku sayang. masing-masing ada perangai masing-masing.
tapi dia ni special.
aku pernah cerita kan.
dia ni dah la comel suka berdiri.
tapi boleh nampak dia ni slow.
dia tak macam lain. dia lambat sikit pick up.
so memang tak sampai hati if nak marah dia ni ke apa.


sekarang favourite dia bertenggeh belakang sofa macam tu.
ngan mata terbeliak dia. kepala kejap kiri kejap kanan dok dengar orang bercerita.
gaya tu kepochi sangat. geram.
tapi gaya je la kepochi..tapi tau dia ni tahap slow boleh tahan.
sebab tetap maintain lidah tersentil. hahhaha



haih la nyunyu.
geram tengok gelagat dia.
tapi kau takleh pegang. menggelupur dia.
dia tak berapa mesra sangat.
so kau hanya boleh perati je la perangai dia.
yang ni aku amik few days back.
tolonglah dah kenapa tidur pun macam ni?


hahaha rasa nak tumbuk je tengok muka dia.
hari tu bbq Alhamdulillah ok.
cuma agak penat la. sebab busy ngan terlari sana sini beli belah.
majlis jumaat, siang tu tetap membeli barang lagi.
sebab noy la confident kata takyah beli, rumah mama ada la apa.
last-last pergi rumah mama malam khamis tu, mama kata takda.
grrrrrr. terpaksa la aku pergi lagi beli few barang.

sampai je terus aku memasak kat dapur.
ala takda apa pun.
aku buat spaghetti bolognese, then rebus potato utk noy buat potato salad.


laki aku mengemas apa patut.
aku memasak kat dapur.
tetiba arif tunang si noy call, tanya MrB ada rumah tak? dia nak datang betulkan jamban aku.
baik budak ni. sopan santun.

serba salah aku di buatnya.
kan hari tu aku nak call plumber.
dia kata takyah. dia pun boleh buat.
aku tengok dia kerjakan hari khamis tak berjaya.
tetiba kena tutup lak paip jamban.
sebab masa dia bukak tu boleh dia kata terflush kot salah satu pin.
so air akan overflow. so kena isi sendiri air tangki, baru boleh flush.
aku diam je la. walaupun dalam hati rasa macam, e eh macam makin parah je jamban aku ni.
nak call orang time tu cuti.

tu yang jumaat tu dia datang lepas solat jumaat.
sian aku tengok sampai biru-biru dia nak jadi smurf dah. hahaha.
sebab aku kan pakai air biru untuk flush tu.
kejap kang dia keluar beli itu ini
aku tanya beli apa taknak bagi tau.
lama weyh dia kerjakan.

yang noy call aku kata mama marah-marah.
sebab aku suruh arif betulkan jamban...mama dok bising kata yang si pija tu kenapa? dia tu bukan tukang jamban, dia tu pilot. panggil la plumber.
mana la aku tau....dia yang kata nak buat.
tapi Alhamdulillah, walaupun berjam dia kerjakan. menjadi woihhhh.
terus terasa macam ada jamban baru. hahahahhaha.
pastu aku asyik tersilap2.
sebab biasa seluk tangan tarik flush tu.
tetiba ni terhantuk2 tangan i tau..takleh seluk. sebab dah ada penutup tu. hahahahha
dah la aku tanya berapa barang dia dok tambah beli?
dia taknak cakap. eiii budak ni.

pastu kita orang terkagum2 la sebab hebat kot.
walaupun korang akan rasa...eleh setakat tukar flush system tu.
no ye. ni bukan jamban lama flush tepi tu.
jamban flush atas system lain tau. kau kena tukar semua dalam tu.
memacam benda aku tengok dia beli alatan.
tapi dia kata dah biasa, masa kat australia dulu..dia selalu tolong jiran2 dia.
nanti orang tu bagi la dia few hundred dollars.
yang aku, " eleh sajew lettew nak bagi tau kitew charge dia." hahahha
yang pasti, setiap kali aku flush sekarang aku teringat si arip ni.
pastu kagum..woowwww. bongok sangat.



oh ini kojo laki aku hari tu.
amik kau sampai ke luar dia bawak vacuum n mop lantai.
padahal simen je tu. apa di tenyeh tah.
pastu tak puas hati. kata kenapa mama buat dulu i tengok berkilatttt je.
i buat tak berkilat. e eh dia ni.

yang aku.
dah siap masak tetiba cemas.
aku dah rebus 3 kotak spaghetti.
apesal banyak ni aje.


snap pic hantar kat whatsapp group.
yang elly n filla kata tak cukup la apa.
aaaa akut.
aku takda masa nak keluar apa bagai.
so kirim je kat elly lagi 2 kotak. n suruh elly bawak hotdog sekali.



eh aku main masukkan je ni video.
keluar ke tak ni?
kalau tak keluar nasib je la ye.
aku malas nak upload kat youtube n share sini.
so pakai blogspot punya je ni.
geram tengok gelagat si leecha ni. kemain dia bertepuk tangan.

nway, nasib la minggu lepas cuti panjang kan.
indahnya rasaaaaa. aku bebetul la feeling cuti.
sebab memang orang whatsapp ke apa aku tak reply.
isnin baru aku reply. mihahahhaa.
faham-faham la yea. iolls ni manusia biasa yang memerlukan rehat dan cuti jugak.
sebab korang pun tak suka kan hari cuti tetiba boss korang kacau n cakap pasal kerja.
so lebih kurang la tu.

tapi Alhamdulillah lepas majlis adik-adik ipar aku tolong kemas sampai bersih rumah.
tinggal few la periuk belanga aku kena basuh.
tu pun halfway aku buat. tinggal 1-2 aku biarkan dulu.
penat sangat.
tapi tau-tau laki aku dah clearkan.
agaknya dia tau bini dia terlebih pemalas. hahaha.
tapi over sangat dia tu. berjam kelentung kelentang kat dapur.
pastu tetiba, "cuma u tengok kat belakang tu. semua i dah kemas n pack elok-elok.
aku pun pergi. tapi malas nak pergi dapur belakang. aku nak masuk bilik dah.
sempat dia jerit, "special tak?"
aku just jawab, "specialnyaaaa. wowwwww. amazing."
padahal aku tak tengok pun. hahahhaah derhaka sangat perangai.

tapi agaknya dia tau kot aku tak tengok
tetiba aku tengah buat kerja kat depan beria dia panggil aku.
aku dah macam...apa lagi dia niiii.
so layankan la. dia bawak ke belakang.
rupanya bila aku tengok. semua barang peralatan bbq ke segala tu dia wrap kemas2 kau.
aku dah macam, nak guna nanti leceh la nak bukak kan.
dia kata takpa, jarang guna. atleast takda la kotor terus ke berabuk.
a ah yea. betul gak.
suka dia la janji bahagia.

ingat nak rehat je sepanjang minggu tu.
tapi ice call kata ahad ada wedding kawan kita orang.
aku memang tak kuasa la wedding2 ni.
tapi nasib belakang umah aku je. muahahha. ok fine
plus dorang tak naik lagi kereta aku kan.
n ibu mengandung tu ngidam nasi minyak katanya.
so marilah kita.









ramai pulak ada.
yang pasti. laki aku paling semangat kan. hahahha.
ngan ramah dia tu.
memang sesuai sangat jadi wakil rakyat.
korang jangan lupa undi tau. hahaha.
i pun nak gak feeling jadi bini yb.
walaupun hanya berseluar katok dan tshirt f.o.s. je. pitammmm.

eh ok la.
rajin kalau iolls transfer pic bbq n buat entry lain yea.

busy ni. few weeks to go before noy kawin.
banyak korjo ni hah kena buat.
inner jubah aku tak carik lagi ni. bilanya tah nak pergi.
kalau-kalau aku pakai je jubah chiffon takda inner kena penampor tak ngan mak aji?
sebelum mak aji tampor laki aku tampor dulu.
eh sebelum laki aku tampor, agaknya aku tampor diri sendiri dulu.
tampor lemak2 la, ni apesal ni? bila nak kurus ni?
ok dah. sibuk pulak bermonolog ngan diri sendiri.

bye pipolllss.

6 Comments:

Zarina Dan said... [Reply to Comments]

Hai kak peej..thanks update..sy pun selalu bertanya kat diri sendiri.."bila nk kurus nih?"..huhu

Norhayati Shamsudin said... [Reply to Comments]

He he terkekeh2 kta gelak baca entry ni.. Esp. part Bini YB pakai suar katok n T-shirt f.o.s tuh.. Comey jek..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tengok nyunyu ni teringat kat late kucing sy, biskot. rupa lebih kurang. kadang suka sentil lidah macam tu jugak. hahah. sekarang ni susah betul nak komen sebab kat ofis sy block blogger. even break time pun dia block.. deng. jadi dapat baca je, komen tak boleh. ni kalau rajin, balik rumah baru dapat komen. :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Older n wiser...i like hehe
Lawak la tampor2 tu..
Waa tahniah kak huda pregnant =)

kehidupan sihat said... [Reply to Comments]

seronok baca ... :)

salam perkenalan k..

Sofiah Shahuddin said... [Reply to Comments]

hehehe comel la kak peej. suka baca!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...