Instagram : @peejburhan

majlis menyambut tetamu

ingat tak dalam post aku sebelum-sebelum ni aku ada kata yang fam MrB ada plan nak buat bbq kat rumah aku.
so akhirnya plan tu menjadi.
so dorang nak buat sempena cuti panjang ni la.
ok set. no problemo.

tak ramai pun jemputan. fam MrB n fam aku je.
then terpikir ajak la filla n elly sekali.
sebab dorang last raya buat makan-makan kan.
aku tak buat-buat pun lagi.
so alang-alang ada ni ajak la sekali.

then aku jemput sekali ice n huda. sejak dorang balik malaysia.
tak jumpa lagi.
then tetiba elly n filla kata alang-alang kita buat la doa selamat sikit.
sebab kita orang memang plan nak buat doa selamat sebelum launch produk lagi.
tapi memang takda time.
sebab weekend tetiba orang ni ada hal. orang ni ada event. tetiba filla pergi jepun.
eh bila nya ni. takpa. kita buat lepas launch la.
tapi sampai ke sekarang tak buat.
so ok la. combine la sekali ngan majlis bbq aku.
tunang noy, arif tu boleh bacakan doa :D

so bila buat doa selamat memang dah plan nak parents ada.
bila parents ada ni i jadi debar-debar uolls.
tau la orang tua-tua kan. seram dia lain macam.
contoh mak aku la, if dia kata nak datang rumah aku. aku jadi stress.
ada je dia perati n complain.

ye la umah aku bukan semenggah.
serba kekurangan.
ngan toilet problem.
toilet aku jenis picit belah atas tu.
so dah berbulan woih patah.
so aku bukak tudung tu, nak flush kau kena tarik pam tu ke atas. hahahahha.
aku adalah kedekut nak panggil plumber.
selama ni yang datang kawan-kawan je kot.
ada aku kesah? pepandai la korang.
tapi ni bila dah ramai nak datang. agak-agak la weyhhhh.
buat-buat la betulkan toilet tu.

so semalam nak call plumber.
tetiba kawan laki aku kata, kawan kita orang boleh buatkan.
ok so semalam dok check la.
sekali arif kata. dia pun reti buat.
cea dan-dan semua reti kan. padahal berbulan macam tu.

tu yang konon tadi nak bangun pagi n membeli belah.
pagi la sangat kul 1 baru keluar rumah.
dah la semua kedai dah tutup. ye la orang nak raya cina kot.
nasib ada satu hardware tu india ke bangla punya. fhewwww. so ada la.
tapi tak pasang lagi ni.

settle beli tu. beli barang untuk majlis lak.
plan macam buat pot luck.
abang ipar aku kata dia bawak ayam, orang ni bawak tu, orang tu bawak ni.
sekali semalam sembang ngan tina, dia kata nak bawak dessert ke apa.
aku dah macam, eh abang zul kata korang bawak lamb.
takda ok!
aku dah macam. e eh. orang nak datang ni.
kang aku mengharapkan orang bawak itu ini.
orang tak bawak kang tak pasal.
makan arang je la kau.

aku memang plan nak buat spaghetti bolognese, potato salad, n air je.
filla nak bawak buah-buahan.
elly nak bawak cupcakes.
then since alang-alang buat doa selamat, elly masukkan duit untuk food.
sebab memang ada allocation untuk majlis yang kita orang plan tu.
dah la melampau, nak masuk sampai seribu.
aku kata, jangan merepek elly, kalau seribu tu boleh bbq 3 hari 3 malam ok.

so elly masukkan duit, n alang-alang aku nak beli barang tu.
aku beli sekali ayam n lamb.
takpa. biar berlebih. jangan takda.
kata bbq, kang takda apa nak di bbq kan kang tak pasal.
dah la aku dok kira -kira.
aku rasa macam kecik2 je majlis kan.
tapi aku hilang ingatan, dah kata fam MrB besar kot.
aku kira-kira fam dia pundekat 20 orang. 20 orang tak termasuk anak-anak ye. hahahhaha *gelak nervous*

so tadi beli la ayam 3 ekor, lamb few packs.
ingat nanti aku pergi beli sotong n udang ke. best gak tu. nyam-nyam.
so tadi membeli-belah la.
elok aku kat situ ngan noy n arif, MrB call kata dia dah balik kerja.
kesepian la dia aku takda rumah. eeeeiii mengadanya.
aku kata datang je la sini.
pastu dia sampai ngan adik-adik dia.

nak pitam aku melayan.
yang adik dia tolak trolley. sorang jadi bodyguard.
dia supervisor la kot.
mana aku pergi dia suruh adik dia ikut, "fariddd, apisss ni boss (sambil tunjuk aku) mana dia pergi kau kena ikut. Jangan lambat."
Yg adik2 dia pun yo-yo la gaya. X menahan aku.
Asal aku pegang barang cecepat dorg sambut letak dalam trolley. Hahaha bongok sangat.
Semua la dorg buat. Aku xyah buat apa.

Pastu lepas beli brg kita org lepak smoke kejap kat luar.
Tetiba ada vellfire berhenti. 
Kereta belakang dok hon2. 
Driver tu hulur tangan suruh sabar.
Bukak pintu tengok ada makcik tua ngan handbag lv bertongkat keluar.

MrB: yed, nanti kak pija kaya kau jadi driver dia tau.
Farid : *angguk*
MrB: nak shopping kau kena bawak mcm ni.
Farid: tak cukup bagus driver tu. Kalau aku, aku akan turun siap bukakkan pintu x kisah la auto ke apa. Pastu dia pengang tongkat tu aku tolong sambut n pimpin. Wayang kena kuat.
Me : hahaha over gila.
MrB : yes farid. Very good.

Nak pitam aku layan dorg.
Tp dalam pada tu nak ke kereta sempat la aku tersengih2.
Terberangan la pulak. Hahahahahaha.

Malam semalam lepak kedai makan kakak ipar aku.
Lama gak la. Dpd kul 9 sampai 12ish.
Dah la balik tu jam tak bergerak lama gila.
Pelik aku. Nak ke tol gombak aku paham la jam. Ni nak ke arah kl jam dah kenapa?

Sampai umah ingat nak kemas rumah.
Tp mcm penat je. So online jap. Pastu tidur.
Tadi bangun siap terus keluar makan.
Wah seronok. Jalan lengang uolls.
Kedai makan pun x sesak.
Cina beraya, lain banyak amik kesempatan bercuti kot kan.
Area rumah aku lagi la, dah mcm cerita i am lagend. Lengang je.
Semua ramai student cina cuti. Seronok iolls.
Kalau tak mmg darah tinggi bawak kereta kt sini.
Student bawak kereta macam jilake.
Yg org lepak nak makan kt malis tu sesuka hati double park mcm bugima.

Balik tadi singgah hardware lg. Beli tempat bersih sawang tu. Beli arang.
Then balik terus projek kemas rumah.
Bersin non stop aku, aku ni alergic abuk.
Ngan dah rasa gatal2 ni. Later nak mandi.

Laki aku buat kerja bersih sawang n vacuum. Dia kan obses bab tu.
Aku cabut kain cushion, jemur cushion Lap glass, lap pintu, lap segala la. 
Ni sat lg nak keluarkan ayam. Kasi lembut then basuh. Ptg or malam boleh marinate. Arif yg marinate.
Hari tu new year bbg kt rumah mama sedappp gila dia marinate. I like.

Ni nak tukar langsir.
Pastu nak basuh segala bekas2 nak guna esok.
Gila la, gigih sangat mcm esok hari raya. Haha. 

Ok la. Nak sambung buat kerja.
Kang laki ku sentap sambil bg jelingan maut lak.

P/s: entry ni di buat semalam, stop, ni br sambung balik. 



3 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Harap harap nnt kan bila peej dah ada anak nnt...blog diupdate tetap dgn cara gaya peej update skrg...hihi..peace

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

amboih..dia punya persiapan tu memang dah macam nak raya..heheheh

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sokong anonymous di atas...update mcm zaman sblm kawin laa..laju sikit...jgn mcm sepet instagram pun private...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...