Instagram : @peejburhan

hari-hari ku yang sama

hello lovely readers.
rasa macam lama je tak update.
takda la lama sangat kan.
cuma sekarang ni tak sekerap dulu la. huhu.
takda apa menarik sangat pun nak cerita.
hari-hari ku sama je selalu.
dengan busy tahap tertinggi sekarang ni.
memang takda ke mana la.
kalau ada keluar pun pusing-pusing tempat yang sama je la.
pergi makan, pergi rumah mak aku, pergi makan kedai kakak ipar aku, pergi post barang.
ye tu je ye. takda lain. tsk.
mak mertua aku pun aku tak jumpa few weeks dah. rindu pulak.

hari-hari aku sama je.
bangun tidur, terus mengadap kerja.
reply whatsapp ke apa semua. terus hadap tulis borang poslaju.
terus pack barang. siap mandi semua.
terus pergi post.
lepas post pergi makan.
kadang ke rumah mak aku.
kadang balik.
if balik tu, kadang terlalu penat sebab busy, tau-tau aku tertidur je.

weekend pun dah dua weekend takda kemana sangat la.
last 2 weeks sabtu parents aku datang rumah ngan ayol.
sebab ayol tolong aku balutkan parcel siap-siap.
dah la mak aku nak datang tu suspense je weyh. hahahha
dia tak datang lagi since balik dpd haji tu kan.
tau la if datang ada je la tak kena tu.
memang pun. dpd depan dia kebek sampai ke belakang.
pastu mulut dok bebel.

tu pun sebelum dia datang amik kau malam sebelum tu sampai kul 4 pagi laki aku dok mengemas rumah. hahaha.
ye laki aku je gigih. aku dah pitam. sebab keletihan.
pastu esoknya pun dia gigih kemas lagi. hahaha.
siap kata, tuan rumah nak datang. hahah kong ajo.
pastu dia kata biar wangi. nanti mama sampai terus cium langsir kata wahhh wanginya...macam iklan febreeze. eh semangat.

tapi laki mengemas tau la. mata kasar dia je la bersih.
yang lain-lain tak. so sempat la mak aku dok tarik aku sana sini tunjuk suruh aku bersihkan.
hahhaha. teeeetttt.
ahad tu aku dah start nak mengadap tulis borang.
if order terlaluuuu banyak memang malam tu aku dah start tulis.
sebab kadang tulis borang pun makan masa berjam.


weekend pun dah macam ni.
so memang kena tulis.
sebab isnin selalu akan menderu masuk.
so siapkan. so isnin buat order isnin pulak.






kau tengok la orders hari-hari macam mana.
ni baru ellfie ye.
ellfie aku asing bilik lain.
sebab aku taknak bercampur ngan barang lain yang aku jual.
so first hadap ellfie.
then baru aku ke office buat parcel aku pulak.
so kalau korang whatsapp ala-ala lembab je aku reply harap maklum la.
time tu ngan panas berpeluh. ngan penat. penat rasa nak sepak orang.
so telefon if bunyi ke apa pun aku rasa nak muntah n campak phone.

ellfie aku letak kat guest room.
so kadang sepah. sebab tu aku amik pic elok je cukup2. hahhaa.
kang buruk sangat perangai amik pic tetiba nampak katil la, ironing board la. ;p
selalu aku buat kerja dalam bilik aku. sebab ada a/c.
dasar pompuan gemuk takleh nak panas.
tapi ada time penat gak buat kerja meniarap. sakit tengkok aku.
so buat kerja depan la.
buat depan ni malas sikit sebab gangguan kekucings.
kadang gangguan. tapi kadang tu suka tengok gelagat sesekor.
memang ada perangai memasing.



dua beradik yang perangai suka tengok TV.
if bukak tv mesti nak beli ticket front seat.
kusyuk sangat.
paling suka layan tv si penyu tu la.
siap kadang muka terkejut2 la apa. tumbuk kang.


eee sayang sangat dia ni.
si minah yang slow ni.
geram je ngan dia. terkedek2. tapi dia tak suka la orang pegang ke apa.
so gerak pun boleh tengok je la pun.
if pegang menggelupur sangat perangai tu.
pastu perangai busy body sangat.
terjengguk2 je kerja...





ni pulak queen of the house.
menyampah. laki aku anak emaskan dia ni.
dia je boleh lepak masuk bilik.
so ada je la menyibuk.
tapi bila ajak selfie eksyen pulak dia.

this was last weekend.
yang aku update pendek tu.
teman noy pergi second fitting.




designer dia takda pun.
tapi ada makcik ni amik alih.
agak kelam kabuit acik ni.
time sampai tu dia tengah dengan orang lain.
tah apa dia excited siap kepala terhantuk kat lampu tu.
pastu dok cakap, eh terlanggar lampu. bergegar weyh.
aku memang takleh tahan. memang tergelak aku di buatnya.
noy marah sbb dia tahan gelak, tapi tengok muka aku terus sesama join gelak.

sementara tu tunggu tu arif datang join.
dia baru balik dpd fly.
gigih pecut nak join.






dah la time baju dapat tu.
orang tu tanya, ni ke baju dia.
aku n noy dok. ehhh ye ke? hahaha ye la kot.
mana nak tau. dah letak segala beadings la apa, jadi lain pulak.
plua ikutkan mana ada nak veil ke apa.
baju sahaja. tapi dia bagi veil sekali.
dia bagi kita amik.


tapi noy taknak pakai veil. suka kau la.
so sementara dia dok melaram tu aku letak atas kepala aku.
feeling lebih. elok lak tu terletak. hahaha.
sampai terlupa lak ada atas kepala.
sempat kena sound ngan acik tu.
"veil mana? eh kakakkkkkk...bagi veil adik tu. jangan gila kuasa kakak."
eh terlupa lak. hahaha. tapi acik pun, bagi chance la iolls nak feeling puteri diraja. saje dengki tau.

balik tu kat rumah mama je la sampai malam.
mama tu terjaga tidur terus dok bising kat aku laparrr...laparrrr.
haiyoh. anak ramai, aku jugak di carinya.
memang tak la aku berdesup ke dapur menyediakan juadah ke apa kan.
aku amik phone. order makanan kat dapur penyet from food panda.
tang tu memang kepakaran aku. hahaha.

dah la ingat lepas tu boleh terus balik.
tapi laki ajak lepak.
haaaaa rasa nak nangis.
tapi temankan jugak la.
nasib dia memahami n tak balik lewat sangat.
tapi lewat tak lewat pun almost 2am jugak la. tsk.

by the time itu ini kul 3ish am jugak la baru dapat tidur.
esoknya kul 8ish am filla tu dah sampai rumah aku.
gila kan minah tu. semangat melampau.
padahal janji ngan elly nak breakfast kul 10am.

so pergi breakfast kat coffee bean ngan elly, filla, MrB, noy n arif.
tak sempat amik pic.
abis dah semua sibuk nak sembang je.
lupa pulak nak snap.
then balik rumah nak meeting.
kena tunggu kejap. laki aku nak vacuum pulak.
lama gak la. dah elly dok, peej dah boleh ke belum ni?
hhahaha bertabah je la. dia kata ok baru boleh pergi situ.

dah la meeting lawak je.
semua nak tunjuk pandai last-last tah apa-apa jadi.
elly gelak sampai menangis la.
nasib last-last ok.

settle meeting.
dorang tolong aku pack barang.
sebab biasa la over the weekend order banyak. pengsan if hadap sorang.
so pack siap senang. tinggal aku nak tampal je nanti borang poslaju.
memula terkial-kial jugak elly.
lepas tu pantas. aku lak lembab.
sebab aku tak berapa sihat last weekend.
rasa nak demam tapi tak demam la.
rasa tak sedap tu. penat sangat kot. entah la.





semangat dorang ni.
suruh aku masuk pic.
ahhhh malassss. nak tukar baju elok la apa.
aku buat kerja pakai singlet ngan boxer je.
ngan sememeh berpeluh apa bagai.
tak payah.
dorang teruja la. sekali sekala buat kerja macam ni.
aku ni dah bertahun ngadap. kosser nak muka ceria sangat balut parcel. hahaha.

oh nak bagi tau.
tabita takda stock ye.
aku memang tak larat nak pergi restock.
hari-hari penat la. so by malam dah tak kuasa nak berjalan jauh.
supplier aku pun sama, pun kepenatan.
tau la, non stop kot sales menggila daripada hujung november sampai ke sekarang. fuhhhh.
bagus la tu. aku harapkan dia hantar, dia pulak harapkan aku amik sendiri stock.
jawabnya memang takda la stock.
ni pulak dia dah takda. pergi luar negara.
so tunggu weekend ni je la aku restock ye.
bagus gak. bagi aku cuti bebetul CNY ni.
kalau tak tak rehat aku.
sebab aku dah kata buat masa ni taknak COD dah pun tetap ramai nak COD.
so ni barang pun takda. takda la benda nak COD kan. heheh.
tapi tabita je la takda. lain ada. :)

ok la tu je. tugas harian dah memanggil.
ta-ta peeps.





4 Comments:

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

wow..banyak order...cepat la kaya nampak nya..heheh

Anonymous said... [Reply to Comments]

kelakar lah part veil tu. hahaha
cantik nyaaa noy fitting baju

Anonymous said... [Reply to Comments]

ah ha i ingat tgn yg runcing tu tgn peej

Suriya Majid said... [Reply to Comments]

suka tengok gambar order banyak-banyak macam tu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...