Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : mengikut

Assalammuailaikum kak peej,

Saya seorang silent reader. Selalu baca blog kak peej ni best dan tak berat santai2 gitu.

Saya nak kongsi 1 cerita mistik tapi tak la seram cuma geram je.

Semalam saya pergi genting (06/10/2014) dengan anak (umur 1 tahun) dan suami saya cuma sekadar nak bawa anak pergi jalan2 naik cable car. Sampai dekat cable car dalam pukul 4 ptg macam tu. Tak sampai 2jam pun dekat sana dah turun. 

Anak saya ok masa dekat genting. Masa balik tengah beratur nak naik cable car si anak tidur sampai turun cable car pun still tidur.

Nak dijadikan cerita lepas gerak balik saya singgah rumah mertua dkt setiawangsa dan gerak balik rumah di kota damansara dalam pukul 9 malam.

Tengah malam tu si anak meragam menagis dalam pukul 2.30 pagi..smpai la subuh. Dan asyik pandang 1 tempat je..si suami pulak tertido dekat ruang tamu saya malas nak kejut biakan dia tidur je kt situ..tp dalam pukul 4.30pagi dia bangun masuk tidur dalam bilik..pelik gak biasa kemain susah dia nak bangun. Rupa2nya dia kena kacau masa tidur. Benda tu mengilai dekat tepi telinga dan muncul depan laki saya. Kata laki saya muka tak berapa jelas tapi hitam.

Saya pulak lepas turun je dari genting sebelah tangan sakit bahu terasa berat sangat sebelah kiri macam ada benda bertengek atas bahu. Serius sangat sakit..

Si anak pulak menagis tak henti2..smpai la nk subuh sambil mata tertumpu dekat 1 tempat. Saya hilang sabar saya menjerit tengking benda tu cakap jangan kacau anak aku..berambus kau dari sini..serius memang hilang sabar dengan sakit sebelah tangan, dengan anak menagis meronta2 lagi. 

Malam ni tak tau la apa yang akan jadi. Hope benda tu dah balik. Dan skrg si anak demam panas tiba2..duduk kt ofis pun hati tak tenteram.

So lepas ni taubat tak nak pergi genting lagi. Cukup2 la pengalaman yang saya sekeluarga dapat.

Sekian.

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...