Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: hostel dan rumah sewa

Assalamualaikum Peej..

Rasanya dah bertahun jadi silent reader blog Peej tapi hari ni baru tergerak hati nak share cerita-cerita mistik.. huhu..
tak tahu la kalau tak seram mana pun..

1st of all, sorry kalau terpanjang pulak email ni..
Yang saya nak cerita ni beberapa kejadian kt hostel dan rumah sewa..

Sekolah dan Hostel

Kes 1

Saya masuk sekolah teknik sejak form 4.. tapi lewat sikit, dapat panggilan kedua baru pergi..
tu pun lepas kena pujuk dengan mama n abah. Tapi time form 4, saya tak duk hostel sebab tak minat..
so, memang mama kena hantar saya ke sekolah sebelum subuh..

Pukul 5.30 pagi, dah keluar rumah.. T___T.. Pas tu pandai pandai sendiri la nak solat subuh kat mana..
Sekolah dengan rumah, memang agak jauh jugak. Rasanya dalam 30,40 km jugak la..
sebab mama nak patah balik dan hantar adik adik lain ke sekolah, so memang kena keluar awal pagi.
Lepas mama dah hantar tu, keadaan kat sekolah masih gelap.
Sekolah saya ni dalam sikit, kawasan sekeliling banyak hutan..

Waktu mula mula masuk sekolah tu, bila mama hantar saya ke sekolah, terus saya naik ke bangunan teknik..
atas bukit, kena naik tangga tinggi.. bangunan bawah, untuk vokasional.
Selalunya, saya duduk kat tangga tu sebab dalam pukul 7 pagi baru pak guard buka grill kat tangga nak naik kelas tu.
Sepanjang seminggu duduk kat tangga tu, saya asyik terdengar bunyi besi..
bunyi macam tukul besi ketuk kat besi.. kuat sangat.. saya dengar kat belakang sekolah, tapi buat tak tahu je la..
bunyi tu akan berhenti sebelum pak guard smpai, sebelum hari cerah.. setiap hari bunyi yang sama saya dengar..

bila tanya kawan kawan, dorang cakap belakang sekolah ada jerat cina..
tapi, tak tahu la kalau ada orang menukang kat jerat cina tu setiap subuh..
lepas tahu ada jerat cina kat belakang sekolah, lepas mama hantar saya ke sekolah
saya mesti duduk kat guard sampai hari cerah.. takut punya pasal.

Kes 2

Form 5, mama pujuk duk hostel sebab tak larat punya pasal. hehe.. So, duduk la saya kt hostel..
Awal tahun, kawan saya ajak pegi bilik ICT, kat bilik tu boleh main internet..
saya ni dulu2 tak reti sangat internet.. lepas kawan saya ajar main YM, saya pun dapat la bf dalam tu..
so, rajin la jugak saya menapak kat public fon kt sekitar hostel semata mata nak bertanya khabar ngan bf..

awal awal tahun, tak bawak hp lg.. 
Ok, bangunan hostel puteri form 5 kat area bawah, hostel form 4 atas bukit.. sekolah saya ni kan berbukit bukit sikit..

Ada 1 hari tu, lepas solat maghrib berjemaah kat surau hostel, saya cakap kat kawan saya, Wani..
saya mintak dia teman kan saya ke hostel form 4, sebab saya nak call bf saya..
lagipun, kat hostel form 5, memang takda public fon dan sepatutnya lepas solat isyak, waktu prep..
so kalau bergayut kat hostel form 4, warden tak nampak la saya ponteng prep..
time tu budak2 form 4 belum masuk lagi.. selalunya masuk dalam bulan 4 ke atas..
lepas solat isyak berjemaah tu, semua pakat keluar dari surau.. saya dan Wani terpisah..
sebab terlalu sesak time nak keluar surau.. 

Saya pikir wani ingat janji dia yang dia nak teman saya pergi ke hostel atas bukit tu..
so, saya pergi dulu sorang2.. kawasan tu memang tak ada siapa..

kat kawasan hostel tu hanya lampu bilik air di setiap tingkat je terpasang.. yang lain gelap gelita..
kat sebelah public fon, dalam jarak 7,8 meter ada satu pokok yang sangat besar dan tinggi..
masa naik hostel form 4 tu melalui tangga, sbb gate utama tu berkunci.
tak ada student lagi.. so hanya pintu kat tangga tu je terbuka.
tangga tu agak tinggi, sbb hostel tu agak tinggi dari hostel form 5..

bila saya dah sampai kat kawasan hostel form 4 tu, saya rasa lain macam.. meremang..
tiba tiba angin pun jadi sepoi sepoi bahasa... memang lain macam la rasa..
saya cuma kuat kan hati dan tunggu Wani.. tapi Wani tak sampai sampai..
So, saya pun keluar kan syiling dan nak telefon bf saya tu..
tapi bila masuk syiling, syiling keluar balik.. tiba tiba, pokok yg besar tu bergoncang goncang..
dan saya terdengar suara lelaki, cakap "Hi"..

saya pikir ada budak budak lelaki yang ponteng solat kat surau dan panjat nak sembunyi kat pokok tu.
kemudian, saya still cuba lagi masuk kan syiling tapi still syiling tu keluar..
Lepas tu, saya rasa tak sedap hati sebab rasa macam tak logik ada orang sanggup panjat pokok besar tu malam malam..

Lepas tu, saya terus lari turun bawah.. dan pergi ke hostel Form 5..
saya cari Wani dan tanya kenapa tak temankan saya kat hostel Form 4..
Wani cakap dia ingat saya tak jadi nak call bf saya sebab time tu kami terpisah bila keluar dari surau..

Kemudian, saya pun cerita kat Wani,
"Sapa ntah yang sanggup panjat pokok malam malam..nak ponteng sembahyang la tu.. dok kacau aku time aku nak call bf aku... siap hi2 lagi.."
Wani cakap, kawasan hostel form 4 memang keras..

time form 4 dulu ramai yang kena histeria... sebab tu dia tak berani naik sorang sorang..
T____T, terdiam saya dengar cerita Wani.. sbb saya tak duduk hostel time form 4. So, x tak tahu cerita2 histeria tu..

Kes 3

hari tu malam jumaat.. kat kedah ni jumaat kan hari cuti..
so, kiteorang, [saya, Wani, Moon, As] borak borak sampai tengah malam.
tak ingat benda apa yang kiteorang borakkan..
padahal masa tu kat dalam dorm, yang lain dah tido..
bilik gelap sebab pukul 11 malam dah kena tutup lampu..

lokasi kteorang time tu belah kiri dorm...
masa tu punya excited nak berborak, saya ngan Wani, bawa turun tilam dari katil atas..
kteorang letak kat atas lantai.. konon nak tidur ramai2 lepas penat berborak..
tengah seronok berborak, tiba tiba kteorang dengar bunyi besi.

'dia' pukul besi tu kat atas lantai kat belah kanan dorm... mula mula slow, makin lama makin kuat..
mula mula pukulan tu perlahan.. makin lama makin laju.. kiteorang terdiam...

masing masing berbisik.. tu benda apa... tapi kteorang memang tak tahu tu benda apa..
last last, kteorang terus berpelukan, tido berpelukan empat empat orang sampai ke pagi..
bila dah pagi, saya tanya kawan saya yang katil dia kat side kanan dorm.. 

"dengar tak bunyi besi semalam.. ada 'seseorang' pukul besi kat lantai"..
tapi ramai cakap tak dengar apa apa.. dasar tidur mati...

Rumah Sewa

Kes 1

Lepas habis SPM, saya sambung diploma kat KL.
Semester kedua, keluar hostel.. duduk rumah sewa.. kami bertiga [saya, hajar dan kak nurul]
kteorang balik awal dr kampung, 2,3 hari sebelum kolej buka..
sebab nak angkut barang-barang dekat hostel..

kat rumah sewa tu, dah ada 6 orang kakak kakak yang memang sudah menyewa kat rumah tu..
campur kteorang, 9 la jadi nya penghuni rumah tu..
hari pertama tidur rumah tu...

Kakak yang balik awal dari kampung ialah kak yana..
so, kak yana mintak kteorang tidur dengan dia dalam bilik master..
dalam bilik master tu, roomate kak yana ialah kak mas, kak j dan kak watie..
dorang belum balik dari kampung lg...

pintu bilik kak yana ni tak bole tutup rapat sebab tombol pintu dia dah tercabut.
so, nak bagi pintu tu tutup rapat terpaksalah sandarkan apa2 kat pintu tu..
Malam tu kak yana sandarkan beg kat pintu tu..
tengah syok syok tidur, tiba tiba saya tersedar..

time buka mata tu, saya ternampak 1 lembaga hitam besar sangat, tengah pandang kami semua..
siap cekak pinggang lagi..

tapi, sebab kan takut.. saya tutup balik mata.. dan tak bergerak sampai la dah tertido..
bila bangun pagi, saya orang pertama yang bangun.. dorang still membuta lg..
time nak keluar dari bilik, saya terkejut.. sebab beg yang sepatutnya kami letak kat pintu tu
tiba tiba ada kat tempat asal dia balik...

bila kak yana dah bangun, saya ada tanya.. kak yana ada keluar bilik ke semalam..
dia cakap tak.. dia tak sedar langsung..
kak nurul dan hajar pun cakap dorang tak sedar langsung malam semalam..

Kes 2

Time ni kak nurul dan hajar berhenti belajar..
so, saya berpindah ke bilik master sbb kak j dah habis belajar..
bilik lama saya dah kosong..

So, ada 3 orang kakak kakak ni datang menyewa bilik kosong tu..
kakak2 tu, kak nurul (yang ni nurul lain), kak zura dan kak yon..
dorang bertiga ni memang rapat.. ke mana je mesti bertiga..
1 hari tu, kak nurul, kak zura dan kak yon baru balik kelas..

dorang terus naik ke bilik..
saya ngn kak yana ni tengah tengok tv.. lepas tu kak yana ajak masak megi sama sama..
tengah dok masak, sambil potong bahan bahan apa yang patut..
saya dan kak yana terdengar kak nurul, kak zura dan kak yon tergelak gelak dari atas..
sebab bilik dorang betul betul atas ruang dapur..

kak yana cakap, "amboi sakannya dorang gelak.. mesti ada cerita best.. jom naik atas, jenguk dorang"..
so, saya pun ikut kak yana.. sambil nak bagi kuah megi mendidih kejap.. saya follow kak yana kejap..
mungkin dorang bertiga ada cerita hot..
sampai kat bilik dorang, kak yana bukak pintu..

tapi yang buat kiteorang terkejut dan hairan... dorang tengah tido..
sorang pun tak perasan kak yana dan saya kat depan pintu..
tak kan dalam masa seminit, dah hanyut di buai mimpi..
saya dan kak yana, masing2 cakap yang kami dengar dorang ketawa..
cara kak nurul ketawa tu unik sikit..

so, kami tahu yang gelak paling kuat tu kak nurul..
bila dorang dah bangun, kak yana dan saya tanya la dorang bertiga..
apa yang dorang gelakkan, sampai dengar kat dapur..
dorang cakap, "sejak balik kelas, masuk bilik.. masing2 terus tidur..
takde borak borak.. ni pun baru bangun..."

kak yana ngn saya berkerut muka.. sebab masing2 dengar suara mereka bertiga tu ketawa..

Kes 3

time ni semua dah keluar dari rumah sewa.. dah angkut barang-barang..
penyewa baru tak ada, sebab owner rumah nak jual rumah tu lepas kiteorang habis study..
so, saya orang terakhir kat rumah tu.. sebab kak yana dah abis awal, sejak semester yang lepas..
kak nurul orang ampang.. so, kejap je family dia datang angkut barang..
kak yon dan kak zura orang pahang.. pun sama juga..

saya ni je.. kena tunggu lusa sebab time tu baru mama dan abah cuti..
baru boleh gerak datang KL ambik saya dan angkut barang barang..
so, saya redha...

malam pertama tido sorang tu, tak ada apa pun.. sebab saya tido kat ruang tamu..
tengok tv sampai tertido.. so, tak ada apa la yang jadi..
malam kedua.. mama dan abah dah bertolak dari kedah.. nak ambik saya..
so, saya tak leh tidur.. jadi, saya tunggu je la sampai mama dan abah sampai..
mama abah sampai lebih kurang pukul 1 pagi.. abah sampai2 je kat rumah saya,
baring kat ruang tamu n tertido terus.. penat agaknya..

pastu saya ajak la mama tido dekat tingkat atas.. kat bilik master.. sebab ada tilam sume..
mama cakap, tak payah la.. ko je pegi tido atas.. mama teman abah kat bawah ni..
saya pun naik atas.. masuk bilik tapi tak tutup pintu..

sambil baring baring.. saya berpikir dan kenangkan kenangan kenangan yang ada..
sebab esok nak balik kedah dah.. tiba tiba kepala saya jadi berat.. mengantuk yang tersangat sangat..
dalam pada nak tido tu, saya terdengar orang berjalan kt tingkat bawah.. 

macam jalan sambil seret kaki, jalan malas nak angkat kaki.. saya ingatkan mama nak pegi toilet..
ye la, orang letih perjalanan jauh. mungkin jalan pun tak larat angkat kaki dah..
sebelum tu,lampu toilet tingkat bawah rumah sy ni dah terbakar.. lampu dapur pun dah terbakar..
so, kalau nak pergi toilet bawah, kena pasang lilin dulu.. api plak, kena buka api dapur gas tempat masak tu...

So, lepas dengar yang ada orang berjalan kt tingkat bawah..
saya agak mama la yang jalan nak ke toilet..
lepas tu dengar bunyi "keting.. keting".. bunyi orang buka dapur gas.. *dapur gas yang murah punya tu..
Saya pikir mesti mama nak pasang lilin..

tapi, bijaknya mama.. macamana mama tahu toilet rumah saya kena pasang lilin dulu?
Tapi waktu tu, serius saya tak boleh bangun.. kepala berat sangat.. last sekali saya tertido..
Esok pagi, lepas kemas2 barang.. kteorang pegi breakfast..
saya cakap, "bijaknya mama.. macamana mama tahu nak gi toilet umah akak, kena pasang lilin dulu?"
Mama cakap, "sapa pegi toilet? Ko naik atas je, mama dah tido.. umah dah la menakutkan.. mama siap mimpi hantu.."
Saya balas balik.. "eh, akak dengar orang berjalan.. siap dengar mama buka dapur gas.."

Mama pun cerita la pasal cerita mimpi hantu tu...
Lepas je tido, mama tak tahu mama betul2 tido atau mamai..
sebab mama cakap mama nampak hantu keluar dari bilik stor ke dapur..
Lepas tu.. mama pusing badan menghadap abah..
tiba tiba hantu tu duduk mencangkung dekat kepala abah.. 

Hantu tu tengok mama.. mama cakap time tu mama tak takut sebab muka dia tak la menakutkan..
Cuma pucat tapi bersih..
cuma mama pelik, kenapa dia sibuk tengok mama.. mama tanya, "kenapa?" 'Dia'jwb.. "lepas ni jangan gaduh2.. jaga keluarga".. kebetulan otw ambik saya mama dan abah bergaduh sikit.. huhu..
Mungkin perasaan mama yang penat kot time tu..


Ok, sorry kalau terlalu panjang dan membosankan.. hehe..

-Tashya-


8 Comments:

Dila al-Basri said... [Reply to Comments]

Gile cite cenggitu katenye tak menakutkan? Huuuuiiii kalau ahkak la, menjejes dah peluh ketiak. Huhu

Afidah Azmi said... [Reply to Comments]

seram jugak..macam penah fida alami je waktu sekolah dulu..
http://binimazlan.blogspot.com/

Anonymous said... [Reply to Comments]

Humang aih mcm ni tak seram? Ko dah kena 'Hi' lagi boleh nak call bf.. kental2..

cikpuanfairul said... [Reply to Comments]

meremang weh cita yg last tuh...seremmm

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

seram nya..mintak2 saya dijauhkan dari kejadian2 seram dan menakutkan macam ni..

Norhayati Shamsudin said... [Reply to Comments]

Hoih gile menyesal plak baca kisah ni memalam.. Dh laa En. Somi xbalik keje lagik.. Aduyaaii..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Suka crita ni.best dan padat.

Ayu Rashid said... [Reply to Comments]

Bagus gak hantu ni.. bagi nasihat berguna utk mama tasha... hehehe.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...