Instagram : @peejburhan

Ellfie Essence

[STICKY POST - scroll down for new entry]

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah akhirnya produk Elly, Filla n aku dah siap.
mostly yang follow aku kat other social networks tau la kan.
cuma aku belum berkesempatan je nak update kat blog.
setelah berbulan tunggu akhirnya siap dan ready untuk di pasarkan.



Di beri nama Ellfie Essence.
hihihi. tetiba rasa nak kembang hidung yang dah tersedia kembang ni.
macam tak sangka pun ada. macam mimpi pun ada. :D

semua bermula dengan Elly la ni.
Elly memang ada satu perangai suka suruh kita orang try macam-macam.
if benda tu best mesti dia nak aku n filla buat jugak or try jugak.
filla selalu rajin la layan, aku ni ikut mood.
tapi selalunya malas. hahah. queen of malas kan.

Rupanya dalam diam Elly memang dah pakai few months.
dia tengok berkesan dia suruh aku n filla pakai.
aku memula seram la jugak. ye la, sebab aku ni dah la memang jual produk kan.
kang buatnya muka aku jadi ngeri, nak kena jumpa customer semua..seram la kan.

n aku tau kulit aku memang super sensatif, tak kena gaya memang pelik-pelik la nanti.
tapi elly tu bukan kira. suruh jugak.
so aku n filla pakai la.
memula try tak berapa ok sebab agaknya tak kena ngan kulit kita orang.
so tukar formula lain n kita orang tiga-tiga try sample baru tu, Alhamdulillah ok.

seksa weyh. hari-hari kena report kat elly muka masing2
kang muka kejap sedih, kejap ceria. 
belum lagi bila jumpa kemain elly belek2 muka aku siap sentuh2.
rasa nak tumbuk je dia. amboi macam pakar dia punya check tu. hahaha.
tapi memang kulit Elly lawa meletop sangat sekarang.


memang la first time aku jumpa Elly memang kagum ngan kulit dia.
sebab dia ni putih merah. dah rasa lawa dah pun.
tapi bila tengok now, n ada hari tu aku terbukak entry lama kita orang keluar.
baru sedar, a ah la ada perubahan banyak gila.
dulu kulit dia memang putih tapi nampak kusam tu. *hahah sempat kutuk*
nanti aku rajin kat entry lain aku carik pic tu n share. muahhahaa.

ni pulak hasil i try beberapa bulan lepas.


muka aku pun kurang la problem.
tapi tau la sekarang pemalas boleh tahan.
selalu aku cuci muka je pakai cleanser.
set lain malas pakai.
muka bersih tapi kulit kusam.
jawapan selalu aku bagi if orang tanya, kalau stop pakai skincare muka akan kembali ke asal ke?
of coz la. kereta pun kalau kau tak basuh daripada berkilat jadi berkerak kan.
so lebih kurang la.

so masa try tu memang sesuai sangat la sebab muka aku tengah tak berapa nak ok sangat la time tu.
so memang teruja jugak la tengok hasilnya.




kelas kak jah lepas bangun tidur terus selfie uolls. hahaha.
teruja sebab tah la perasaan aku ke apa.
tapi night cream kan bertindak untuk repair muka.
so bila bangun rasa macam nampak bersih, rasa tegang n berseri je.
terus capai phone selfie satu kali, hantar report kat elly. hahaha.

day cream pun i like.
memula aku macam tak biasa.
tapi aku teruja sebab dengan day cream ni tak perlu dah pakai segala foundation, concealer ke apa.
dah cukup pakai day cream je.


aku memang daripada dulu tak suka pakai bedak ke apa.
sebab aku tak suka muka nampak gomak ke apa.
so pic atas ni lepas pakai day cream terus apply make up.

sorry la semua gambar seboleh2 sebesar pasu muka.
ye la kata nak hantar report kan.
Elly selaku pakar kulit sibuk nak kaji la apa. hahahhaha

Elok aku gembira ngan produk tu.
tetiba kan aku cuti kat pulau.
haaa bagus gak, boleh try tengok macam mana kan.
some produk kalau pakai, takleh kena matahari la apa.
well...aku dah try pakai Ellfie kat sana.
Alhamdulillah ok. takda pulak tetiba pedih muka ke, merah menyala ke.
ok je.
cuma balik je terus bajau laut.


stress elly tengok aku time tu. hahaha.
elehhh, takpa la exotic sikit kan.
so terus dia bagi lagi suruh pakai.
sambil tu bagi jugak kat few close friends suruh try.
ye la tengok pulak orang lain macam mana.
sebab kulit orang ni lain-lain kan. ngan hormon masing-masing.

again Alhamdulillah feedback ok.
n kulit aku pun recover.
saki baki bajau laut ada lagi. tapi ok la. ;p



now nak sambung lagi pakai.
hari tu terputus sebab tunggu siap n sampai Ellfie ni.
muka aku ni pun tengah problem ni.
mungkin tak cukup rehat n stress sebab busy gila nowadays.
macam-macam benda nak uruskan.
nanti i bagi testimonial lagi.



Ellfie Essence
  • cleanser 30ml
  • toner 30ml
  • day cream 10g
  • night cream 15g

Produk ini sesuai untuk :-
  • semua jenis kulit
  • semua jenis masalah kulit
  • berkesan dalam 3-4 minggu (bergantung kepada jenis kulit dan hormon). penggunaan yang berterusan memberikan kesan yang lebih baik
  • sesuai untuk semua peringkat usia

Produk ini sesuai untuk masalah :-
  • masalah kulit tona tidak sekata
  • mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
  • memudarkan pigmentasi/jeragat
  • mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
  • membantu mencerahkan kulit
  • memperbaiki kulit kusam
  • mengatasi masalah kulit berminyak






Kebaikan Produk

  • Cleanser - Membersihkan segala kekotoran dimuka. Kulit muka akan menjadi lembab. Sesuai untuk membaiki masalah kulit muka yang berminyak, lesu dan stress.

  • Toner - Membantu kulit menjadi lebih tegang dan anjal. Meransang otot muka untuk membantu  mengembalikan keremajaan kulit anda.

  • Day Cream - formulasi khas untuk memutihkan kulit dan juga sebagai pelindung matahari. Di masa yang sama cream ini memberi kesan yang menyegarkan dan melembabkan kulit.

  • Night Cream - Membaiki masalah kulit dan bertindak sebagai cream anti-jerawat, membaiki tona kulit tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan kesan rekahan dari pori terbuka


Cara-cara penggunaan :-

  • Day - Cleanser > Toner > Day Cream
Cuci muka dengan cleanser menggunakan air yang bersih. Selepas muka kering, titiskan toner ke facial cotton, ratakan keseluruh wajah. Semasa kulit masih lembab boleh sapukan day cream. 

* boleh terus menggunakan loose powder seperti biasa. tidak perlu menggunakan foundation.

  • Night - Cleanser > Toner > Night Cream
Cuci muka dengan cleanser menggunakan air yang bersih. Selepas muka kering, titiskan toner ke facial cotton, ratakan keseluruh wajah. Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan Night Cream.




Harga

Promo harga pengenalan daripada 4 Feb - 18 Feb 2015

RM110 (Semenanjung Malaysia) - NP RM120
RM120 (Sabah & Sarawak) - NP RM130

*free postage


If berminat boleh whatsapp/sms : 013-2755197 (9am - 4pm)


Instagram : @ellfieessence
Facebook : Ellfie Beauty


More Info
- Elly
- Filla




4 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Hahahaha.. suka perumpamaan antara muka dan kereta ituuuu

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

tahniah dah ada produk sendiri..semoga terus berjaya..:)

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Bestnya dah ada produk sendiri..tahniah peej.inshaAllah mmg ada planning nk try sbb teruja tgk kulit kak engku elly..hehehehe

Aida Noordin said... [Reply to Comments]

Salam Peej...7 months pregnant selamat tak nak pakai?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...