Instagram : @peejburhan

Pulau Mabul Day 3 & 4 #MabulIsland

ok since tahap kemalasan aku ni takleh di bendung.
alang-alang aku update ni, aku update terus day 3 & 4 ye.
sila tatap gambar sampai rasa nak muntah ok. haha
aku pun tak sure samada aku still ingat ke tak jalan cerita. hahha.
pepandai la nanti ;p

ok hari ahad tu plan nak snorkeling ke pulau kapalai pulak.
untuk ke sana kena ready by 7.30am.
so breakfast laju-laju terus ke chalet sebelah.
sebab pagi agaknya. so takda siapa nak snorkeling.
aku n laki aku je pergi.
so join n tumpang boat orang yang nak diving.





dah la laki aku taknak snorkeling tetiba.
agaknya trauma semalam tu belum berlalu.
so dia kata takpa la. dia duduk atas boat je. iyolah.




tapi seperti biasa dia duduk atas boat pun bukan reti amik pic kak jah.
tapi lawak la sebab aku berdua je ngan budak tu snorkeling. hahha.
tapi sumpah lepas snorkeling ni terus aku jadi cuak n trauma.
sebab ombak n current sangat kuat la time snorkeling ni.

pulak tu berenang melawan arus.
penat gila sampai tahap aku rasa aku dah takleh nak bernapas.
terus aku kata kat budak tu aku takleh dah.
serious stock bernapas berbunyi sampai aku rasa eh aku ni ada lelah ke apa.
rasa macam nak tamat riwayat dah time tu.
so budak tu hulur tangan dia. so dia tarik la aku.
nasib dalam air dik, kalau di daratan belum tentu kau larat nak tarik akak dik. hahha

dia bawak aku duduk kat ada jeti resort tu.
bagi aku rehat.
bila dah ok aku ajak dia snorkeling again.
dia kata takyah la. snorkeling area sini je.
sebab ombak kuat sangat.
so aku dok snorkeling area jetty tu je.
Ya Allah Ya Tuhan ku. sumpah lawaaaaa sangat la.
padahal kat situ je aku tak bergerak.
situ je ada dekat 20 spesis ikan kot.
siap nampak ikan kerapu dalam 10 ekor besar gila tengah bersantai kat situ.
then bebetul tepi muka aku ada satu family ikan apa tah belang2 biru putih.
paling besar, besar tapak tangan..macam-macam size sampai paling kecik tu besar kuku jari kelingking tu. omeeelll.
dorang tak berenang tau. macam dorang stay je kat tempat tu satu family.
position dorang macam bukan sebelah menyebelah. tapi bertingkat2 atas bawah macam few barisan macam tu. lawa sangat.
tapi kita hulur tangan  dia lari la.
aku tarik balik tangan, dorang maintain ke position asal tu. lawa sangat.
eh macam-macam la ada. tapak sulaiman macam2 color, sea urchin. ikan panjang2 berenang betul2 kat permukaan air. coral jangan cakap la. memang semua pun lawa. me love it.

tunggu dalam 15-20 minutes baru gerak ke boat.
sebab tunggu budak diving settle.
sebab boleh tahan panas jugak la. kat sini la terus menjadi tan lite-lite kak jah.



dia ni la yang menjaga iolls di saat seperti rasa hampir pitam kepenatan tu.
takda dia dah hanyut kot aku.
settle terus balik bilik dan terbongkang kepenatan.
bangun untuk lunch.



ingat nak berjalan ke sebelah. tapi laki aku nak tidur.
apa yang dia penat sangat tah. macam kan dia lak yang snorkeling melawan ombak.
sekali sedap tidur electric takda. aaaa seksaan.
terus bangun n mandi.
takleh betul aku tidur peluh2 ni. i cannot.
so duduk melepak je la sorang-sorang mengenang nasib diri.




around 3ish baru MrB bangun.
dia mandi siap then kita orang ke chalet sebelah.
sebab kawan aku kata nak round pulau.
tapi ke sana tengok dorang takda pun.
rupanya dorang pergi last dive.
so kita orang berpeleseran la kat situ tanpa hala tujuan.
nak jalan sendiri tak biasa kan. berdua je pulak tu. takmo la.






















then ke kedai runcit beli minuman.
nampak budak-budak kampung situ.
aku tak suka betul berjalan sini. seramm je rasa.
gayat je rasa.






lepas tu some of kayu-kayu tu jarang macam ni. huhuhu.



:: bajau laut yang mencari rezeki nak jual hasil tangkapan ::




:: tawar menawar nak beli ikan ::



:: satu group lagi datang. kali ni bawak kerapu hidup. tapi pulak. so tak mo ::

:: kerapu hidup ::

:: anak bajau laut. sian kan tengok. dalam terik panas tu. ikut bapak dia jual ikan. ::


kita orang beli ikan daripada family ni.
hari sebelum tu dorang ada datang.
sama je baju yang dorang pakai. so sad.
banyak jugak la dalam belas2 ikan rm40.
tapi kita orang bagi je rm50. sian sangat.
anak lelaki tu tak pakai apa tu. bogel je tu.

then duduk kejap tengok geng diving dah balik.







last dive so dorang celebrate terjun depan tu.
macam best je.
tapi takda la gila aku nak join terjun lak tetiba. hahah.



:: mula la dia sibuk tu. orang sibuk dia sibuk. sibuk nak bergaya snap pic. melayan lak dorang ni semua. ::



:: konon2 dia pun baru balik diving. ihhhh. mengada sangat. dah la equipment basah tapi dia kering T_____T  ::

:: setting untuk group photo ::

:: tukang amik pic. amboi asian sangat cara amik pic tu. hahahah ::



:: aku as usual malas nak sakan bergambar. so duduk diam2 je. tapi sempat lak laki aku amik pic ::





:: sunset. yeay sempat jugak amik. aaaa lawa sangat ::







then balik bilik for maghrib.
mandi apa bagai.
then ke chalet dorang lagi untuk makan besar malam tu.
sedap dap dap.

:: ikan kerapu n bermacam jenis masak stim, ikan pari masak sambal, mantis shrimp masak stim, ketam masak apa tah. sweet sour kot.me loff it ::

hari tu ada orang tanya.
tak sure aku dah cerita ke, ke belum reply. tapi takpa cakap je.
bila beli hasil tangkapan ni kat bajau laut tu.
korang bagi la orang chalet korang. nanti dorang masakkan.
dorang tau masakan apa sesuai untuk benda tu.
macam hari tu kan makan besar untuk 2 malam dia masakkan.
dia charge rm200 macam tu.
tapi since kira orang ramai. so satu kepala jadi rm14 je. :)




:: ni orang pulau. dive master kat sana. nama ben jugak. manis orangnya. eh. hahaha ::

kita orang tak stay lama pun malam tu.
walaupun last night kat sana.
tapi elok pun balik awal.
elok sampai bilik je terus hujan lebat non stop.

[ok yang atas ni aku dah buat lama. memula malas kan. lepas tu amik kau tak sempat n takda masa pun nak update. tsk. busyyy. ni pun curi masa try siapkan yea. ]

last day kat sana dah set nak round pulau.
tak besar pun. kalau berjalan tu dalam 20-30 minit habis pusing.
dah janji ngan dorang lepas breakfast ke sana.
aku memang kena pergi pun sebab nak cari tshirt.
matiklah baju aku kehabisan ok nak pakai.
bedal tshirt laki aku.
dah bedal, tak pasal dia pun takda apa nak pakai balik nanti. heheh.
so lets.

belah2 tepi n belakang pulau ni resort yang mahal2.
so situ ada sourvenir shop. so dapat la membeli tshirt.
lantak la tak lawa la. takpa janji ada tshirt nak balik.
tapi bapak mahal rm48 tshirt. cissss.







dah beli apa patut terus ikut dorang bergerak.
boleh tahan ramai la.
almost satu chalet dorang berjalan.
cuma dah jauh-jauh tu nanti terpisah2 la.
memula gerak tu ada dalam 30 orang kot.


:: ngeri sangat. baru jalan sikit peluh macam berlari keliling padang. hua hua ::


:: eh sian. apa pun tak nampak ni. hahah ::


then masuk ke area kampung.
wah ada jual shells.
mama memang ada pesan kata nak.
nasib ada. dah la murah. tapi aku beli utk mama je untuk aku tak.
sebab diver la ni menakutkan kata tak tau la lepas ke tak kat airport.
eh tak boleh ke? tak boleh jual buat apa.
so takpa la amik 1 je. plus kang jadi kerja nak angkut pulak.





serious lawa sangat.
sekali masa cerita ngan mama, dia kata asal tak beli banyak.
a ah yea. aku pun pelik asal aku tak beli yang kecik2 tu. lawa-lawa.
aku beli 1 je yang besar. lurus bendul betul.

then sambil tu tengok anak-anak kampung kat sana.
ada sorang geng diver tu photographer.
so rajin dia amik pic budak2 sana.


mula-mula eksyen n malu-malu je taknak layan.
bagi rm1 terus kemain nak posing.
muka mula-mula masam je.
nanti dengar la mak dia daripada jauh cakap, "ketawa kamu. ketawa kamu."
terus sengih meleret bebudak tu.
ohhhh ketawa kamu tu suruh senyum kot. heheh.




:: comel kan kedai ni. jual shells jugak tapi tutup. ::




then teruskan berjalan masuk kampung.
masuk tu rasa sian sangat.
aaa daif sangat kehidupan kat situ.
orang kampung situ pun budak-budak ramai yang bogel aje.
kita orang datang tu ramai je yang kerumun.


si kecik ni happy je.
kemain laju dia hayun main buai bawah rumah tu.
buat tu pun buat daripada jala aku tengok. tsk.


boleh tahan ngeri muka pasu ni amik pic macam ni.
tujuan asal nak amik pic sebab pokok ni lawa.
biasa la snap je. nak tengok balik takleh sebab terik kan.
bukan nampak pun screen.
rupanya pokok tak nampak. muka je nampak. cissss.



:: anak-anak pulau dah start kerumun ::



kawan kita orang tu masih gigih amik pic bebudak.
tapi lama-lama duit rm1 dah habis.
sebab dorang if dapat tu eksyen kat kawan-kawan lain.
so makin lama makin ramai la.

nasib kawan aku dapat idea. so beli keropok kat kedai runcit.
beli terus satu plastik. so bagi kat bebudak tu.


eh elok lak tangan situ.
budak yang tak pakai baju tu sebenarnya pakej tak pakai apa terus.
masa kawan aku hulur keropok tu. hoi ramai datang.
jadi seram aku sebab mengganas berebut.
tak sampai seminit agaknya dalam 40 keropok licin.
berlari yang daripada hujung kampung semua datang.
aaa sedih. padahal keropok biasa je kot.

laki aku takleh sikit.
dia kan suka budak-budak.
terus dia beli satu plastik lagi n bagi.
dia kata kesian sangat.
aku dah ala-ala seram sebab ramai.
aku gi jauh n jalan dulu.
aku dengar la kawan aku dok cakap, "ok sorang satu je. ramai lagi nak bagi depan tu."
time tu nampak ada sorang ni berlari pecut tunggu kat rumah dia kat depan, keropok yang dia dah amik tu dia sorok. hahaha kelakar.


jauh jugak la dorang dok ikut.
penat kata habis, dah takda. tetap ikut.
sampai la sorang tu orang sabah, cakap "tiada sudah. tiada sudah".
baru dorang stop ikut.

then berjalan ke pantai. eh ada group lain.
pun ikut je kita orang.
dok mintak duit.
tak bagi pun. sebab memang takda.



tapi ada sorang tu bagi. duit syiling je pun.
hoi berebut.
tapi tu la. once kau bagi. memang dia ikut je la.
kata la takda ke apa. dia ikut jugak.
jauh kot.
rasanya berlana dalam 10-15 minit pun still ikut.
then kita orang singgah ada kedai ni.
dorang nak makan ice cream.

dok la dia kata nak duit nak duit.
aku cakap la tiada sudah. amboi cakap sabah bah. hahahha
pandai lak tu cakap, "nak ice cream kak."
sian pulak aku tengok.
ok la aku belikan.
ala icecream bekas kecik2 tu.
tapi agaknya sebab kedai resort. gila kau 6 ketul kecik tu aku kena dekat rm30.
kimek apa kau baskin robin ke mahal bebenor?
ke memang mahal? aku memang tak makan lama dah ice cream gitu.
zaman aku dulu tu paling murah kot. 50sen je. hahaha.
ok tu zaman aku kecik. dah berapa lama pulak berlalu kan?

tapi seronok lak tengok bebudak tu menikmati ice cream tu.


then terus balik ke bilik memasing.
packing, mandi.
n terus ke chalet sebelah nak gerak balik.

:: semangat orang pulau cakap bye suruh datang lagi. diver la pergi lagi kot. ahkak jah selagi tak diver idok le datang lagi. nak buat apa je pun kat situ sangap nanti ::




:: chalet yang aku duduk. billabong nama dia ::



hahhaha comot ya amats.
pakai tshirt baru beli.
padan muka siapa suruh tak packing bebetul.
dah la ada orang komen kot kat ig. kata nampak aku kat klia2.
nasib dia tak tegur. kak jah dah la rupa horror.
ngan tshirt sendu, ngan muka ala-ala bajau laut. serammm.




:: makan kat airport tawau. mahal tapi sedap lagi nasi goreng kantin sekolah ::




dah itu aje.
phewwww. settle gak entry.
matiklah dah masuk tahun baru baru settle.
akhir entry aku share kat korang gambar dorang diving yang dorang ada share kat whatsapp group.
macam best je kan.










ok ta-ta.
nak sambung buat kerja.
aaaa banyaknya kerja ni.
terlari sana sini.


9 Comments:

safwanah said... [Reply to Comments]

bru je blik from seahorse. mkhluk ben arep joe tu semua sengal nk mamp. si sidi yg bwk peej snorkel tu orgnye pendiam kn... nk menyengal ng die pun mcm x berani haha. kalau g sane lg sile berckp ng salim.. lawak die another level yg pecah perot berckp

rohayaroy said... [Reply to Comments]

instructor yang belah kanan mr B tu akak nye opismate.. mabul memang cantek peej... dasar laut ngan coral ikan2 tu memang kerrlasss... :)

amirah said... [Reply to Comments]

Gamba yang kat atas laut pun dah lawa, yang dalam laut tu sampai tak terkata dia punya lawa gilaaa. Tapi kalau tak pandai dive nak buat apa je pon kalo pegi sana kan. huhu. Thank you for sharing!

NURUL ALI'IM -ZAINAL ABIDIN said... [Reply to Comments]

kak, pakai camera/filter apa ehh? gambar lawal sgt kot. sukaaa

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

tak tau nak komen ape. cuma nak sebut. CANTIK!

Lepastu terharu tengok budak2 tu. Makan aiskrim. :(

Nak gi Mabulll......

Zaqyah Razak said... [Reply to Comments]

Gambar cantik gilaaaaaaa kak peej! Kita suka betul vacation yang relax2 lepak gajah gini, thanks berkongsi kak, boleh masuk list lokasi vacay!

mamabeauty said... [Reply to Comments]

subhanaAllah cantiknya gambar2 tu

aima shahidah said... [Reply to Comments]

hoih gambar cantik-cantik gila... :)

Wira Nordin said... [Reply to Comments]

http://youtu.be/2FqFUhBM-kM

Ben Seahorse...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...