Instagram : @peejburhan

pukul 1 pagi

holaaa. mesti ramai dah beradu.
banyak gila parcel semalam.
lepas post tu balik rumah terus terbongkang.
terjaga pukul 12ish tadi.
pastu terkebil-kebil.

eh tolonglah lapar sangat ni.
tapi boleh tahan la dah pukul 1 pagi tak kuasa nak gigih sangat keluar la kan.
dah la konon tengah nak diet.
ok takda la diet tapi try kawal makan n tak makan malam konon.

sebab last weekend aku pergi naik penimbang lalu terkejut sebab naik almost 10kg ye.
ye sila pitam sekarang.
ok terasa la badan macam makin naik n letih je memanjang.
tapi ahkak tidak menyangka la naik banyak begitu.
pening lalat iolls tengok angka kat penimbang tu. helpppp.

so ni dah 2-3 hari la malam tak makan nasi konon.
siang pun is makan portion sikit.
tapi masalahnya baru 3 hari aku hampir pitam n rasa nak muntah ni.
lapaaaarrrr. lapar sampai pening kepala rasa.

tadi dinner. makan 2 keping capati.
wah capati kau. kemain.
padan muka sekarang ni menggelupur lapar.
persoalannya sekarang.
apa nak makan ni? takkan nak tunggu sarapan je karang?
oit gila lama lagi tu.
ok aku patut penuhkan fridge aku ngan makanan.
at least ada benda aku boleh ngap.

ok la tu je.
rintihan perempuan gemuk kelaparan di pagi hari.

7 Comments:

zulhilmitempoyak said... [Reply to Comments]

Sama La. Tiba tiba terjaga dekat sini.

nuui said... [Reply to Comments]

peej.

Lepas ni standby ayam . potong kecil2 dan rebus ayam dengan air sikit (dlm kuali la senang) Nampak dah masak masukkan black paper sos dan sos cili.

celur brokoli. carrot

and buat dalam 4 bekas/potion.

simpan dalam fridge . Bila malam lapar. makanlah. :)


-anneikma-

Arena said... [Reply to Comments]

Eating habis makan odd hours kot sis yg menyumbang kepada naik badan. Bukan sebab makan banyak pon kekadang. sebab tak ikut schedule kan.

Anonymous said... [Reply to Comments]

@nuuiyes that is a very sensible advice as it has no carbs and oil or fat on it.
yet is is filling with less calories, fibre and vitamin.

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

Buah je la yang sesuai untuk ngap2 di waktu malam..kalau saya ,pilih epal..lebih cepat kenyang...

honey bedazzled said... [Reply to Comments]

Ko buat la atkins diet mkn lauk je.. ok tu

Anonymous said... [Reply to Comments]

Makan ayam jer peej... Makan banyak ayam, jgn amik carbo...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...