Instagram : @peejburhan

majlis hujung tahun

ok ada masa untuk di curi sikit.
mari update blog.
curi masa la sangat. padahal banyak gila parcel nak kena post today.
apa tak buat lagi.
ok la, ayat betul...tengah ada mood sikit nak update ni.
mari la update. haaa baru sesuai. :P

untuk yang follow instagram aku, or friend ngan aku kat fb mostly dah tau la.
penutup hujung tahun lepas ada majlis sikit untuk noy.
aku share flipagram je.
tapi ramai komplen kata laju sangat la.
juling mata la apa. hahaha. padan muka.
siapa suruh nak fokus sangat. tengok sekali imbas je sudah.



A video posted by Peej Burhan (@peejburhan) on
haaaa juling ke uolls?
ok dah alang-alang aku update ni.
aku menceceh n bebel panjang lebar kan.
aku ni kalau dah start memang tak reti nak pendek2.
so siapkan diri. semoga tak muntah sebab baca panjang-panjang n tengok gambar overdose.

ok mana nak start.
oh semua jadi time mama pergi haji tu.
eh macam panjang je nak cerita. ok aku pendekkan la.
sebelum mama pergi haji noy kenal ngan orang baru ni.
hasil bff noy ustazah kenalkan.
so berkawan thru phone, facetime bla bla.
then jumpa sekali dua mama pun pergi haji.
dalam pada tu dorang kawan lagi.
sekali laki tu suarakan nak kawin.
tak elok kawan lama-lama katanya. gitu la.
dia dah bagi tau family dia apa semua.
so semua dok tunggu mama balik je ni n nak atur untuk jumpa n set tarikh.
haaa apa ni terkejut-terkejut je tau.

aku apa lagi. 
selaku kak nam terunggul, facetime ngan mama n bagi tau.
time tu ingat lagi mama lagi 2 hari nak balik daripada haji.
mama dekat madinah.
terkejut jugak mama, sambil nangis happy.
sebab mama kata elok la, jodoh ni kita tak tau.

so balik la.
since baru sangat balik bawak bertenang ye. takyah nak gopoh sangat.
bagi mama rehat.
then jumpakan parents 2-3 kali.
then set date yang hujung tahun dorang akan datang merisik.
memang takda buat tunang sebab since tarikh nak kawin tu tak jauh dah.
so risik je senang.
plus since kerja dorang ni tak masa n hari, susah nak cuti. 
so keep it simple.

small occasion between families je.
mama sejak balik haji memang tak berapa sihat.
so dia suruh aku orderkan catering apa-apa.
oit takut tau, i mana biasa semua ni.
ok memang boleh pun. tapi terasa macam eh perlu ke uolls?
masak sendiri sudah.

sehari ke sehari aku tak buat kerja tu.
dah la hujung bulan, aku memang busy kan.
nak pergi rumah mama pun takda masa untuk bincang.
siang sibuk hal post semua.
malam pulak bersusun orang nak COD.
aaaa busy sangat ni. penat.

takleh jadi. majlis sabtu. khamis aku tak buat apa ni.
terus block tak bagi orang COD.
khamis tu aku ke sana jugak.
so bincang dengan mama pasal masak.
aku cakap la takyah la order berapa kerat je. kita masak la. pija boleh masak.
amboiiii...dia punya cerita tu. nak gempak je.
dah la sendiri pun dah setahun tak masak. hahaha

aku bagi cadangan. kata takyah la masak lauk.
lauk memang leceh n susah.
buat senang-senang macam buat mee ke, beli satay je.
then mama kata nak buat laksa johor. aku cakap la leceh tu.
nak kena gi pasar. hahahha nak masak tapi gi pasar malas. acaner tu?
aku cakap mee kari or mihun kari tak boleh?
mama kata lagi senang tu.
oraittttt. setttt. 

jumaat tu busy aku post barang gak.
usually aku tak post jumaat.
tapi order sangat la banyak.
aku takut takleh handle post isnin semua.
so jumaat tu post jugak.
nasib post. sebab jumaat pun dua bag parcel.
lepas je post terus aku ke chow kit ngan MrB.
Alhamdulillah walaupun dah lewat petang tak jam pulak kat sana.
smooth all the way. yee hawwww.
kalau tak menangis selalu nak menempuh jam ni.

aku belikan mama ni.


aku dah janji nak belikan lama dah.
asyik tertangguh.
pergi masa raya tutup seminggu apa chow kit ni.
pastu tak pergi. so baru pergi beli hari tu. hua hua.
mak aku ni cerewet ye.
bekas air telap tupperware tu taknak. nak begini begitu.
tu yang gigih i belikan.
alang-alang tu beli sekali beli untuk air panas tu.
fuiyooo i like. air buat petang tu sampai pagi esoknya tu panas je air. heheh eh jakun.
few ada tanya pasal harga sebab nampak aku letak kat ig tu.
aku pun tak sure aku reply ke tak. al maklum tua uolls.
so if nak beli sila ke chow kit area pokok besar tengah tu.
sebelum sampai area pasar tu.
harga pulak yang kiri tu rm200...rajin sikit carik. sebab ada kedai jual rm190.
yang panas tu tetiba aku hilang ingatan pulak harga dia.
tak silap tak mahal sangat la.

then terus ke rumah mama.
ingat esok je nak ke sana.
tapi laki aku kata jom ke sana. ok lets.
so pergi sana tolong basuh n buat itu ini.

then balik balik ke rumah.
ingat nak tidur sana je senang.
tapi tetiba letih pulak rasa nak ulang alik.
takpa la esok2 je la.
dah la bangun lambat. muahhaha.
then ada customer nak cod barang. so lambat sikit.
angkut segala pyrex ke apa ke sana.
sebab last time kan raya aku pinjam mama punya. hua hua.
so angkut ke sana balik la. angkut sekali yang aku ada beli hari tu tapi tak guna lagi.

sampai sana pukul 2ish pm kot.
harap maklum bahan apa tak beli lagi.
kemain bertenang aku ni.
then amik list daripada mama, so ke JJ beli bahan.
aku pergi ngan noy je. laki aku stay tolong mengemas.

memula relax. sekali terkejut. hahhhhh dah pukul 4.30pm?
cecepat bayar apa semua.
by the time balik rumah pukul 5ish ok. gilaaaa.
apa lagi bergabung tenaga meletop la menyiapkan hidangan.


pastu aku n mama terkejut tengok jam.
kelam kabutttt.
paling last aku la bersiap. biasa la tu.
ye la kau yang kemain kata kau boleh masak apa bagai kan.
haaaaa duduk dapur.
tapi mama la masak kan. i tolong je.
tapi sebab aku yang gatal kata masak je. harus ke saat akhir membantu.
dapat info kata rombongan dah otw baru la berdesup aku ke atas bersiap.


uncle bor sebagai tukang cakap for the event.
selalu merisik tak perlu kan.
tapi keadaan papa n mama yang tak sihat kena la ada wakil.
papa dah kena stroke, percakapan pun dah tak lancar.
mama lagi la, tak dengar. so biar la ada perantara.
last minute sangat. sehari sebelum je papa contact uncle bor mintak tolong.
mama nak suruh ayol je cakap, suspen ayol...kata mana la dia tau nak cakap apa...ni urusan orang tua.
takleh harap la kau ni cheetah. hahahhaha.

aku turun lambat sikit. kata last bersiap kan.
turun tengok dah sampai.
ye la tak jauh pun. territory yang sama.
selain sebagai ajk bahagian makanan, aku jugak bertindak sebagai ajk gambar.
so ke hulur ke hilir ngan badan almari ni snap sana sini.

:: dorang duduk luar. bising je gelak sana sini. berapa kali aku suruh senyap sebab orang tengah bincang ok. tak abis-abis berdialog cerita p.ramlee je dorang ni ::

ni pulak suasana dalam rumah.



small occasion. family belah kita orang n family belah arif, uncle bor n aunty badar.
then ada la kawan MrB, si Mi tu sibuk buat muka seposen kat mama.
mama ajak dia datang. eee sibuk je. asal ada makan2 je dia ada tau.


:: orang dulu dengan balik pintu. ni dengar tak coverline namanya. ::


mummy n daddy.
nanti kejap-kejap papa explain kat mama.
if tak faham mama toleh ke aku untuk pahamkan.

:: ni je la kerja dorang kat depan tu ::



perbincangan pun mudah je.
so time sarung cincin.
ececeh.
kemain noy, kata dia nak pakai elok sikit la.
sebab since tak tunang kan. janji ok la amik pic kenangan.
amboi...ahkak time risik dulu relax je pakai blouse ngan skinny jeans yang sebenarnya tak skinny pun kaki tu. hahaha.







:: hahaha muka kemek ni wajib ada. aku pun tak silap time dulu ada satu pic muka kemek ni. tapi demi menjaga personality sebagai wanita cantik. takleh la upload. hahahahha ::




:: Alhamdulillah selamat ::

:: kakak pengantin selaku AJK kena la over sikit. boleh tahan sakai jugak rupa aku. ::

:: jemput makan ::

:: papa yang sebak. papa nowadays memang mudah sebak. ::


:: ayol pulak tetiba macam nak bukak langkah nak bersilat ::

:: eh Mi..sabar laaaa. nak makan je tau. amik gambar la! ::

:: haaa baru ok. ::



:: mak arif bawak pulut kuning n rendang daging. aaa sedap sangat tu pulut tu. ratah begitu je pun sedap gila ::



jonet tetiba muncul.
aku pun lupa dia ada cakap nak jumpa sabtu.
tolong la i is very busy memang lupa sesaja.
sebab tu kat customer pun selalu aku pesan ingatkan aku balik.
aku ni kadang lupa.

tetiba jonet call nak ajak keluar makan.
aku kata aku kat umah mama. pantas je dia.
aku cakap la ada majlis noy, datang je sini makan.
yang dia segan kata dia pakai biasa je.
alaa lantak, aku pun pakai biasa je.

:: adik arif bawak pavlova ::

:: ajk bertugas cecepat amik cake stand. boleh tahan tepung gomak n macam belacan kau make up ye. halalkan je la yea. kata last minute bersiap ::

:: ok jangan tunjuk sangat happy tu ::


eh dah penat lak nak type.
tengok gambar je la yea.
tu yang korang nak pun kan.
supaya tak juling mata.







ni kening ke apa ni.
sakit hati noy tengok kening aku.
aku pun sakit hati gak. tapi gila busy nak kasi ok pun tak sempat.
so terus sedapkan hati kata la ni konsep kening nora danish. hahhaa.
aku nak cakap khaleesi dalam game of thrones bukan dia tau pun.
sebut je mana dia tau, janji dia sakit hati dah mencapai target la tu. hahahaha


:: settle kerja baru boleh makan. ok ni makan ke melantak? ::















:: baru nak feeling berdua...ada je gangguan kan. takleh bagi kita nak feeling sikit ::

:: ok la. tapi apa boleh buat. tak cukup lighting. hehehehe. *isteri derhaka* ::





eh dah la.
terlebih curi masa.
i nak buat kerja.
ta-ta pipol.



9 Comments:

Najib Ariyan said... [Reply to Comments]

Salam... oh majlis pertunangan rupanya... selamat bertunang... masa masa manis tu... semoga berakhir di jinjang pelamin dan selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri nanti... (ucapkan untuk yg bertunang tu yer...)... daaaa

rohayaroy said... [Reply to Comments]

Tahniah noy!.. Tahniah aunty nani.. moga dipermudahkan segalanya nanti InnShaaAllah.. :)

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Tahniah Sis Noy. Cute je die. Hehe muke kemek pon comel hehehehe

Che kem said... [Reply to Comments]

tahniah noy dan pasangan...

amboi ajk...bussy kemain..kim kardishan sgt kanhehehee

Anonymous said... [Reply to Comments]

Tahniah Noy.. & aunty Hjh Nanie sekeluarga. Sy doakan sgalanya dipermudahkan nt shingga majlisnya dan selamat hingga ke akhirnya..
Thanx Peej ats entry ini.

Sktj

linda said... [Reply to Comments]

hapy for noy :) Moga cpt kahwin hehe..

ieda iedana said... [Reply to Comments]

Tahniah Noy, K.Peej and family....Semoga urusan kahwin lepas ni dipermudahkan.... =)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

congrats, noy! wahh sibuklah peej&family tahun ni dgn wedding planning. semoga semuanya berjalan lancar and dipermudahkan.

emi mohamad said... [Reply to Comments]

chanteknya noy...sweet sangatt

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...