Instagram : @peejburhan

goyang kepala goyang.

banyak benda kena uruskan.
aku mula pening-pening pitam kepala goyang.

since mama tak sihat.
papa pun tak sihat.
noy pulak last week emergency operation.
so untuk urusan wedding noy ni banyak kak jah kena uruskan.
rasa nak pitam.

hari tu dah tolong noy uruskan hal pelamin n hantaran.
memula dia nak aku buat
dah la nak fresh flowers.
aku kata memang tak boleh la.
jadi kerja aku nak terlari last minute n buat last minute kan.
if artificial takda boleh buat siap2 ke apa kan.
so aku kata sila carik orang lain buat.
i surrender.
sebab aku tau nanti aku mesti busy. aaa penat. tak sanggup.

so sebab aku takleh buat. gigih aku mencari orang buat.
menarik. sebab lawa nak mampuih tapi harga murah macam harga beberapa tahun lepas.
takda la harga meletop.
alang-alang tengok hantaran tertengok pelamin jugak.
pun lawa me loike.
tunjuk noy suka. ok lets book.
then book kan henna pulak.
ada 2-3 benda lagi aku nak kena book tak buat lagi.
ok kita cuba settlekan by this week.

then pasal tema baju.
ok noy dah kata nak tema apa. ok i like.
so hari tu keluar ngan elly n filla sempat la aku sambar satu jubah dekat jovian.
senang. takyah pening kepala aku. senang beli siap.
bukan baru sibuk nak tempah ke apa.

then last weekend aku ajak MrB naik motor kita orang ke jalan TAR.
aku belikan kain baju melayu untuk MrB, abang-abang aku n kain buat jubah for papa.
settle.
tempah je belum pergi lagi. tu takpa selalu 2 weeks siap.
bukan musim raya kan.
tapi tu la. aku jugak tu kena kerah nanti.
abang-abang aku ni bukan nak gi sendiri. grrrr.

dulu time aku kawin papa yang uruskan.
ni papa dah sakit kan.
memang iolls je diharapkan nanti ni.

then tadi nonoy facetime.
dia tebar baju aku, letak ngan kain baju melayu, ngan baju mama semua.
baju aku tak masuk temaaaa!!!
aku tau masa beli kain baju melayu tu.
tapi sedapkan hati sebab salesman tu kata sebab kain aku chiffon sbb tu takleh cari exact color >_<
tapi ni noy n mama bebels. kata tak masuk. sila carik baju lain.
kekejian apakah ini?
pitam la weyh nak memikir nak pakai apa. $$$ lagi. cry now.

then hari tu sembang ngan mama sembang pasal untuk bertandang nak pakai color apa.
sekali mama kata takyah la. kita pakai bebas.
ok set. aku dah ada baju nak pakai. dah terbayang laki aku pakai baju melayu hitam. wow meletopppp.
tetiba tadi dah jadi lain.
dia kata hitam takleh. macam nak pergi kematian pulakkkkk.
aaaaaa mak sapa la tuuuu.
belum masuk pakej noy sentaps sebab tak pakai satu family ikut tema.
everything about weddings adalah memeningkan kepala.

nasib untuk kali ni. dorang akan ikut color baju yang aku dah ada tu.
which is nice. hahaha.
tapi tapi tapi!! maknanya kena beli lagi la kain baju melayu.
tu i is geram. sebab siapa yang nak kena pergi beli lagi tu?
tak ke aku? grrrr. grrrrrr. grrrrrr.

mak aku ni dalam tak sihat ngan tak larat dia tapi semangat lebih.
ni tengah sibuk suruh aku bawak dia ke sana sini nak beli itu ini.
dah la cerewet. apa i cadang semua di bangkangnya. *urut dada*

eh tetiba cemas sebab banyaknya nak kena buat ni.
so many things to do, so little time.
uiks tak lama lagi ni.

sebab tu korang nak COD lately ni memang aku memanjang takda rumah.
aku sentiasa ke sana sini.
dah la produk tak lama lagi nak keluar ni.
bertangan sotong la iolls.

oh n ni fam MrB kata nak buat bbq kat rumah kita orang.
aku rasa dalam 1-2 minggu ni.
pun membusy ngak nanti nak bagi rumah rupa semenggah sikit.
sebab tu nak mengadap blog pun ala-ala takda masa je.
masa yang terluang ku habiskan melayan movie or tv series je. ;p

ok peeps.
rajin i transfer pic n update meriah sikit.
tak rajin kalau, terpaksa la korang tunggu ibarat pungguk rindukan bulan ye.
wahhh rindew kew?
hew hew hew.

7 Comments:

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

wah..nak keluar produk sendiri ke??boleh la nanti cara saya untuk iklan produk ye..hahahahah...

ieda iedana said... [Reply to Comments]

Heyyaa....

Semoga dipermudahkan urusan k.peej sekeluarga....

nanti update la entry persiapan yang bergambar....excited plak nak baca pasal persiapan and majlis Noy =)

Nazlina Mad Nazin said... [Reply to Comments]

Rinduuuuu....

zella y said... [Reply to Comments]

semoga dipermudah kan urusan smua..

gila xrindu? hahahha

kalau stress bc blog peej..rs hilang skit stress hahahah
tp first time komen sni..hahah

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

kerja kahwin memang memenatkan. Tapi bila dah setel, fuhh lega dia sampai demam dibuatnya hahaha.

Semoga semua urusan dipermudahkan Allah swt. AMin..

sweet_saya said... [Reply to Comments]

hahaha.. memang bengang uruskan kahwen org lain.. tapi best sgt.. nnt nak cerita kat blog pasal kahwen kakak i

Suriya Majid said... [Reply to Comments]

lama tak singgah sini, noy nak kawen dah rupanya....bestnya jadi pengantin:D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...