Instagram : @peejburhan

All About December

memandangkan december lepas aku capai satu tahap malas melampau.
dan jugak busy tak tentu hala.
aku tak update sangat blog.
padahal banyak je amik pic n banyak je benda berlaku.
so alang-alang ada mood sikit ni.
ambil semua aku hempuk dalam entry ni.
so boleh korang baca n tengok gambar sampai pening lalat ok.

bawah ni time lepak ke rasta, ttdi.



bf noy ni jenis rajin drive.
n jenis ingat sikit kat kita orang.
so dia rajin ajak aku n MrB ke sana sini.
tau-tau nanti noy call suruh siap n ajak ke sana sini.
so berjalan jauh sikit la kami.
ikut aku n laki aku dah tak kuasa nak berlepakan sangat dah.
if lepak pun area umah sudah.
so dorang ada ni selalu la dorang mereka ke sana sini.

:: nampak menarik. tapi tak sebenarnya . tak abis pun makan. sebab waffle dia tu tak sedap. tebal n rasa tak best la. ::



eh terselit muka si M ni.
terpaling manja. rimas kadang layan dia.
asyik nak meleseh je.
tengok la tu. tenung n saje nak datang la tu.
nanti tengah duduk tetiba dia tonjol2 kepala kat siku kita la apa.
nak suruh layan dia.
filla if datang rumah aku pun dah pasrah.
asyik kena kacau ngan dia ni. heheh.

ok bawah ni kami ke publika pulak.
noy suruh aku siapkan parcel cepat-cepat.
dia nak bawak lepak.
bagus. itu i like. heheh.


makan kat boat noodle.
eh ye ke nama tu. entah.
selalu tengok orang makan. aku baru nak try.
verdict? tah aku rasa biasa aje. takda la sedap buatkan teringat nak lagi ke apa.
biasa aje. nothing to shout about.



portion dia sikit je. satu mangkuk tu 1-2 kali suap habis.
sebab tu la order terus banyak2.
nak puas makan la sorang 4 mangkuk ke atas.
since aku dah makan sebelum keluar tu.
so aku makan 4 mangkuk sahaja.




tapi dia punya ice tea aku suka.
sedapppp. macam teh orang kampung. tau kan yang macam dia brew teh tu.
aku siap order 2.
harap maklum dia bagi dalam bekas air besar ok.
so aku minum 2. hahaha. dasyat kak jah ni tau.

:: eh kantoi. tgh tunggu kawan2 noy beli barang. baru akak nak feeling tau. dia snap lak i tengah feeling ::




gambar kantoi tadi. hahaha.
saje nak feeling sebab baru lepas threading kening n misai datuk K aku.
aku memang alergic ngan benang tu. so untuk satu jangka masa memang akan merah2 sikit.
hoi lama tak buat, masa dia buat tu sakit gila rasa nak tendang orang tu.


pergi makan n lepak concorde ngan elly n win.
filla n radie tak dapat join sebab dorang ada aqiqah anak buah esoknya tu.
so ada rewang malam tu.

pergi sempena birthday win n ben.
oh ben n win birthday jarak 7 hari je.
tahun semua sama.
patut la perangai sama je dorang. boleh masuk.
kata sezaman kan. takleh tahan bila win, ben, radie n elly cerita zaman dorang memuda.
apa yang in, apa yang happening semua.
aku n filla tak faham. sebab tak sezaman. kami time tu masih di alam persekolahan. heheh.

ye la aku ngan MrB jarak 8 tahun.
kadang pikir tak masuk akal je pikir.
kira aku darjah satu, Mr B dah tingkatan 3 macam tu. hahah.
tapi bila kau dah besar ni takda la rasa sangat kan.





suka betul dorang ni.
macam walking juke box. kau petik la lagu apa pun, ok je dorang.
dah la sedap lak tu.



agak stress.
ye la aku kan baru balik pantai time ni.
memang bajau laut weyh kulit aku.
semua make up aku tak kena ngan muka aku.
laki aku siap sound, yang asal bercapuk2 make up u.
aaaaaaa stresssss.
aku terus try amik pic pakai flash. aaa memang horror.
terus alter kasi ok.
still scary la, tapi ok kot kan.




ye inilah laki aku.
kau tengok meter kereta tu.
pukul 3 pagi ye.
aku nak masukkan kereta.
tapi dia boleh pulak nak mop dulu simen porch tu. eeee sabar je la.

ok yang atas tu pergi sambut 4hb sekali win n ben in advance.
tapi exactly birthday dia keluar lagi.
again noy ajak. n arif suruh MrB datang.
dia kata kalau tak dia sorang lelaki.
kawan noy datang fly malaysia. so entertain dia la.
alang2 celebrate sekali la.


dulu kenal dia. dia baru nak masuk 28 tahun.
sedar tak sedar dah berapa tahun dah. so hari tu sambut birthday yang ke 39.
hoih tua dah kami.
dah sakit sana sini. hahaha.
dia suka rasa dia muda, tetap nak buat kerja macam dulu.
nanti mengadu, eh kenapa sakit2 badan. abis tuuu...kita ni dah tua yang oiii.

dah masak perangai masing2.
masing2 urut dada ngan perangai masing2.
dia bukanlah seorang yang perfect. sama macam aku.
tapi aku happy dengan dia.
dia seorang yang considerate, baik hati, peramah, tukang urut n etc.
semoga jodoh berkekalan. Insyallah.



A video posted by Peej Burhan (@peejburhan) on



:: kelamnya kulit kau kak jah ::


:: birthday dia kita lepak rumah mama je bermalasan ::

bawah ni rajin dibawak keluar makan ke bangsar pulak.
me loike :D









jarang ada pic bersama yang senonoh.
dah elok sikit rupa tu. jadi mari la.
semangat sebab first time keluar pakai kasut. hahaha.
selalu selipar je. ;p


kelam kabut akak jah tak tau nak pose.
kejap macam ni, kejap macam tu.
laki aku tu jangan di suruh. dia memang kuat berangan.
aku ni kayu. so peningkatan la tu kaki tu bergerak sana sini. hahahahha
kemain kan.
hakikatnya.




haaa kau mak gajah menggelupur.
segan bergambar orang dok lalu lalang.
tapi ada orang tu pun nak. so bagi chance la.
ambil.


:: eh nak jugak tu. tapi sorry uolls. gelap gulita ye. hahahha ::

:: edit lebih sikit baru upload. cea cea ::





then ke dip n dip pulak.
hoi sedap. i die now.
tengok pic ni rasa nak lagi je.

A video posted by Peej Burhan (@peejburhan) on

:: me n ibu desi damayanti, owner tabita ::

dia datang last year.
so supplier aku tu organize makan-makan untuk agent2 dia jumpa ibu desi.
walaupun aku dah pernah jumpa, tapi takpa la pergi lagi. dia datang kan.
tapi tu la. buat tu hari biasa kan.
tau la hari biasa aku ada buat post kan.
janji jumpa 3ish. tapi aku memang tak sempat sebab order banyak woih.
aku siapkan pun 4ish baru siap.
kelam kabut mandi siap ala kadar, pergi post.
pecut ke tempat event. pitam.
semua orang meletop, aku macam ke hapa rupa.
rupanya orang lain semua untuk that day tak buat pun postage. cisss aku je gigih.
sampai mama bebel2 bila jumpa dia sebab kata aku comot. tsk.
siap cakap,  "tengok elly n filla tu sentiasa bergaya, memang la dorang kurus..tapi kau pun kena bergaya pakai bla bla bla...."
e eh mak aku ni nak bagi nasihat sampai kutuk size kitew lettew. herghhhh.
tapi tengok balik memang rasa nak tikam diri pun.
ngeri sangat rupa. singa dalam zoo pun lagi cantik. hahah


some of agent2 under supplier aku tu amik pic ngan ibu desi n ibu tini.
aku suka ibu desi ni, dia ni sweet n very inspiring.
dah la very humble. jumpa aku pun tunjuk excited. ye la sebab last time kan masa pergi tu aku tidur rumah dia kan. so dia kenal.
belum part dia bersembang tu mata aku juling2 perati.
kagum tengok cincin dia berkeliauan melampau.
aku peratiii je ikut pergerakan tangan dia. hahahhaha buruk perangai.

apa-apa pun apa cerita pic aku kat atas ni?
macam tunggul kayu.
kau jangan la. aku memang bab amik pic fail.
kau tengok bawah ni.
orang suruh buat free style pun aku tak mampu. hahaha

:: batu belah batu bertangkup sangat perangai ::



:: balik daripada jalan-jalan tengok pokok iolls togel. laki aku cantas. hahaha penat menyapu lettew. dia kata dia dah kita memang ada 23 helai daun je atas tu. eeeeiii boleh macam tu. orang macam ni pun ada ke? ::


keluar ngan akak-akak boss.
boss thekasihsshawl belanja kami makan.
siap dapat bonus hari tu. terus iolls beli ipad mini 3. yeeehawwwwww. tq boss. me loff u lah.
tahun ni dapat sorang lagi boss baru. elly pulak. pitam aku ada 2 boss sekarang.
dah la dedua ni jenis semua nak pantas n ikut timing.
aku lak malas macam siput sedut. stress agaknya dorang. memanjang aku suruh dorang bertenang. hahahha
semoga semua di permudahkan untuk tahun 2015.
n doakan semua ok, n persahabatan kita kekal.

macam some of u guys dah tau.
kita orang tahun ni nak keluarkan produk skincare keluaran sendiri.
macam-macam rasa ada. suka ada. seram pun ada.
tau la perniagaan ni bukan senang kan. adik-beradik pun boleh problem kalau tak kena gaya.
so asyik ingatkan masing-masing supaya apa-apa tak puas hati cakap terus.
jangan simpan ke apa.
masa mama kat mekah tunaikan haji, siap aku message mama.
suruh doakan business ni, n doakan persahabatan kita orang berkekalan. Insyallah.

korang tunggu la yea. nanti dah keluar akan di war-warkan.
buat masa ni nak start follow ig or fb dah boleh.
tapi kosong je pun takda apa. hahahaha.

igshop @ellfiebeauty
fb Ellfie Beauty

gituhhhh. nanti sejarah nama..once keluar produk akan ku cerita.
lawak sangat woih.

mana la mak aku tak bising.
kau tengok la aku keluar rumah macam mana.
mandi. sarung baju. terus keluar. haha rambut pun basah.
tak sikit semua.
aku memang dah bertahun tak sikat rambut.
sebab if sikat nanti freezy rambut aku ni.
n aku selalu baca tips katanya nak rambut curl elok xyah sikit.
ok i terima nasihat tu. hahahaha.

eh ok la.
aku nak muntah dah panjang nau update.
nanti aku ada masa aku update lain.
ta-ta pipol.









4 Comments:

Che kem said... [Reply to Comments]

pija..hari tu aku merempan kat ig pilla pasal skin care dia,pasl lama sgt aku tunggu, aku kata aku pakai sabun fab buku je,sbb tgu skincare korang lambat sgt..ewah..sekarang aku nak merempan kat blog ko plak..hahahaha..tak sabar..semoga korang berjaya yer..inshaAllah aku akan beli produk korang..sbb aku follow korang..korang jujur..waalupun nama xde pun jujuriah kan..hahaahhaaa..

btw, bf noy tu, macam mix je kan..mula2 dulu aku igt mix oversea..maksud aku omputih la..yng mix vege..hahaha. aku doakan noy dan boifren dia cpt2 kawen.dn bahagia.ko pun..

tata ..peej comel..patom..hahaha

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hoih sedap sangat yg nyanyi ko ckp jukebox bergerak tu. best2, mmg talented! xD

and mmg kelakar pkul 3pagi ben dok mop lagi lantai porch. alahai rajinnya.

semoga sukses in business. yu ken du it!

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

peej typo birthday ke 29 or 39 ehheeh,,,,ke aku salah

Anonymous said... [Reply to Comments]

PANTANG mak aku makan ihidang dengan pinggan mangkuk sumbing...adehhhh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...