Instagram : @peejburhan

teruk sangat ni.

Ya Allah tolonglah apa ke malas sangat nak update sekarang ni?
busy tu memang dah tentu la.
tapi if curi-curi masa boleh je sebenarnya.
tapi tah la kenapa. makin lama makin tak rasa nak share apa sangat dalam blog ni.

tapi lately ni dapat banyak komen daripada readers ke, kawan-kawan la apa.
semua nak mention pasal pembaca setia la, kenapa dah lama tak update la. :/
rasa bersalah pulak rasa.
tambah pulak bila bukak stats tengok even tak update pun tetap 3000++ sehari orang masuk.
korang baca apa weyh? tak update pun.

pastu last week duduk lepak ngan mama.
mama pun dah lamaaa sangat tak dapat spend masa sama-sama.
baru aku tersedar mama dah balik berapa lama daripada haji, aku still tak berkesempatan makan masakan mama. until la last weekend. sobs.
tu memang busy sungguh la. hmphhh. so sad.

nway, lepak ngan mama tu banyak lak kata nasihat dia sana sini.
hampir pitam kak jah nak melayan.
salah satu pasal blog la.
dia kata don't ever forget yours roots.
which is blogging la.
dia kata tak kisah la kau sekarang dah business woman ke, apa ke.
tapi blogging tetap teruskan. situ la bermula semuanya.
dapat update seminggu 3 kali pun jadi la.
orang kecewa tau bila bukak blog tengok tak update.
orang ternanti-nanti.

aaaaaa stresssss. masalahnya ye ke? ada ke orang ternanti lagi.
aku kadang dah tak tau nak cerita apa.
kalau ada cerita pun tahap malas n tak kuasa je.
tapi hari tu ada facetime ngan huda n ice, huda pun marah..dia kata apa ni. bila bukak blog asyik entry sama je. bila nak ada entry baru ni. -____-

tu la kan. apa nak jadi la ngan kak jah ni.
kak jah serious busy uolls.
Alhamdulillah order pun banyak masuk, so aku memang akan busy uruskan orders n parcel dpd kul 12pm-7ish pm usually baru settle.
then balik. then susun pulak orang yang nak COD.
ni pun aku rasa start next year sama ada aku tak buat COD dah or aku akan atur certain day je boleh.
tak larat la. kadang tunggu tak tiba, tak pun nanti aku takleh bergerak nanti.

time tu la aku nak rehat ke apa.
then lewat malam teman laki aku lepak.
if aku tak kuasa teman tu dia punya muka masam tu. tak larat nak layan.
kang terus dia bad mood. aaa penat.
balik lepak baru nak online.
tu pun selalu aku suka layan game la. hahha.
ye la. happykan diri. kang nak blog kena transfer pics apa bagai. ;p

tapi tengok la. semoga akan rajin di tahun hadapan. :D
ok la nak sambung buat kerja.
busy woih hujung bulan ni.
tambah pulak ephyra tengah promo ni.


atas kebenaran pihak Oceanlife.
so promo sekotak Ephyra RM180 (NP: RM197)

Ephyra

Promo akhir tahun

Setiap pembelian Premium Box (30sachet)


FREE :
- Ephyra Skinbar (worth RM40)
- shaker
- woven bag
- calendar (while stock last)
- postage

1 box RM180
2 box RM350
3 box RM500

* harga valid untuk semenanjung dan juga sabah sarawak
* return customer dpd semenanjung yang xnak shaker n bag ada lg discount
* yang nak beli lagi banyak box, akan bagi lagi banyak discount
* trial pack pun available

ok The Kasihs Shawl pulak.
meh sini aku update stock apa yang ada ye.

 :: Dusty Peach, StormGray, Avocado - SOLD OUT! ::

material : satin silk
size : 170cm x 58cm

price :
1 RM85

Postage
Semenanjung - FREE
Sabah Sarawak - Add RM5


:: all available + Iceberg :;



material : chiffon
size : 180cm x 80cm

price :
1 RM35
3 RM100
all 4 colours RM130

Postage
Semenanjung - FREE
Sabah Sarawak - Add RM5


banyak yang dah tinggal sikit je ye.
nak sila cepat bayar, terus i post.
aku tengok korang ni bila dah tinggal sehelai dua baru nak berebut kan.
saje bagi kak jah pening nak melayan rayuan semua.

eh ok la. i is lapar.
memikirkan nak makan apa ni. :D
eh lupa cakap nak order sila whatsapp or sms aku 012-2758575
nak tengok apa barang ada. sila ke ig shop aku @peachhub




Fukubukuro at HiDY

2 weeks back tak silap ada plan keluar ngan filla n elly.
tapi sebelum tu filla ajak ke HiDY.
aku macam apa tu? dia kata kat melawati ke apa. ni butik online dia kata.
tapi ada butik jugak.
aku dah macam melawati ke dataran wangsa melawati?
sebab setahu aku area tu banyak online butik bukak kedai.

ok lets ke sana.
memang confirm la situ.
aku tau butik ni. tapi tak pernah jejak kaki masuk.
so bila masuk je teruja.
sebab aaa lawanya baju-baju n kasut semua.
tapi aku just pusing-pusing sambil jeling-jeling je la.
sambil dorang borak la apa.







ok fine. ada la yang macam besar.
tapi aku kan ada perangai rasa macam semua baju kecik.
nanti aku nak masuk tak muat. tsk.
so takpa tengok kasut pulak.
oh hidy ni baju-baju.
selain hidy ada jugak cipela shoes.
eh macam suka je.
macam nampak selesa je.
tengok harga. wah murah. takpa nanti dulu.





tengok baju tergantung semua kecik je. fineee.
aku buat hal aku. aku kan ngan orang tak biasa aku memang banyak diam je.
so aku duduk je la diam-diam.
ok tipu. tak diam. aku selfie selekeh satu kali.




then aku tengok seronok elly n filla pilih baju.
aku hanya meratapi nasib diri.
sekali owner dia kata size dorang paling besar adalah XXL.
terus dorang keluarkan baju-baju size ahkak jah.
wahhh teruja ni. menari goyang buntuit.
takda la menari depan orang. menari dalam fitting room je.
nasib filla n elly tak selak. kang trauma pulak. hahah


alangkah gumbira bila sarung al muattsss uolls. *mata kelip2*
tapi cutting dia agak pelik untuk orang ketot macam aku.
n macam tak biasa je i pakai baju colorful ni. hmmm.
so mari tengok color gelap sikit.
baru nak try, sekali dia keluarkan design lain. eh macam lagi lawa.
tapi dia kata ada XL je. ala confirm tak muat. tsk.

eh sekali muat laaa. *eleh saje nak cakap muat XL. kecoh. orang lain makan S tak kecoh. haha*
sebab gembira terus akak posing kayu ala penguin.

:: dah la gemuk berkepak pulak kau pija oiii ::

eh takleh jadi ni.
apesal kak pilla n kak engku posing nak lawo-lawo ni?
i pun nak lah.
hahhhh amik....


i pun boleh cekak pinggang ok...walaupun pinggang tak nampak. hahahha.
tapi pelik apesal cekak pinggang pun masih kayu aku ni?
fail betul la. hahha.

:: elly tolong jangan nak gelakkan aku ye ::

:: ok penat cekak pinggang time ni aku pegang rail pulak. hahhaha bongok sangat ::

:: ok pic ni ngeri. tapi takpa share je la. sebab satu2 pic ngan owner HiDY ni. sangat sweet n peramah orangnya. :D  ::

:: very the happy dapat baju n kasut. oh ye aku beli kasut selesa tu. ok nanti aku cerita later ::


HiDY boutique dpd depan.
ala daripada tepi jalan dah nampak terpampang.
area situ memang banyak butik2 ni.
yang ada kwsp, rhb bank, ada kedai baby manjaku ke apa situ tu.



serious aku suka sangat kedai tu.
dah la baju semua lawaaaa. i like. harga pun affordable aku rasa.
confirm jadi kedai favourite lepas ni.
dah la dekat ngan rumah.

serious rasa nak repeat pergi lepas2 tu.
esp nak beli cipela shoes tu.
tapi ku tahan jebattt.
sebab apa?
aku tunggu HiDY ni buat Fukubukuro Day on 25th ni.




apa tu Fukubukuro?
Fukubukuro ni asal daripada Jepun yang bermaksud "lucky bag", "the bag that brings luck" atau "mystery bag".
haaa macam tu la maksud dia.
apa yang best sangat ngan Fukubukuro ni?


haaa nampak tu?
nanti akan ada bag tau berharga macam dalam pic atas ni.
tu harga2 dia.
tapi korang takkan tau apa ada dalam bag tu.
dia just tulis size baju or size kasut je dan juga nilai sebenar barang yang ada dalam bag tu.
let say korang beli bag tu harga Rm50...tapi dalam tu maybe korang dapat 2 baju n 1 kasut worth RM300 let say. haaaa kau. tak kau suka macam tu?
hampir terkentut-kentut kak jah kegembiraan ok.

Fukubukuro ni hanya dibuat untuk 1 hari ni je, 25th December 2014.
akan ada 110 bag bernilai macam kat pic atas tu.
dorang akan start release bag tu starting 11 pagi dan setiap 2 jam.
kira let sat kul 11 pagi release 20 bag, nanti pukul 1 pm release lagi 30 bag...dan seterusnya.
setiap orang boleh beli 1 bag je ye.

andai la kata dah beli tetiba tak berkenan ke apa.
katalah korang datang ngan kawan ke family ke. ha pepandai la tukar sesama sendiri.
pihak HiDY tak masuk campur la. gituh.
tak boleh tukar, refund ke apa lepas beli tu.
tapi aku rasa berbaloi kot. kalau patut harga rm300 kau beli RM50 je kot.
daripada tak suka jadi suka la weyh.

tapi let say korang pergi tu dapat pulak Fukubukuro bag tu.
jangan kau bimbang sayanggggg....
sebab semua item kat kedai akan ada sale up to 80%

so HiDY collection akan range from RM30++
Cipela Shoes pulak akan range from RM30++

haaaaaaaaa sebab tu aku sanggup bertenang n tunggu 25th ni mau beli macam-macam.
so kalau korang takda plan cuti khamis ni sila la ke sana.
tapi if kalau dah ada plan pun takpa.
kalau tak dapat join Fukubukuro tu pun.
tapi sale up to 80% tu akan berlanjutan sampai 11 jan 2015. :D

for more info boleh check out ig dorang

http://instagram.com/hidycollection

http://instagram.com/cipelashoes/


gigih iolls follow sebab teruja tengok pic.
serious lawa i loike.
baju2 dia mostly from cotton linen. so memang exclusive sangat.





haha aku amik ini. comel angat.
untuk orang macam aku yang memang selipar jepun 24/7 aku sangat suka kasut ni.
sebab selesa bangat ni.
rasa dia macam pakai stokin je ok. tapi ada tapak.
nak hitam. tapi takda size lak hari tu.
so aku harap on 25th nanti dapat color lain pulak.
n ada jugak aim few ni. nampak selesa n lawa jugak.

dah plan ni nak gi ngan filla 25th ni.
tapi katanya tak berapa pagi bangun kan.
so if pergi pun 2pm onwards kot.
harap ada la saki baki untuk kita orang.
jangan korang datang sekampung abiskan Fukubukuro tu nanti.
sentaps iolls.



Expose Mistik : pahang resort

tempat : resort kt pahang (name tk bleh la bgtaw hehe)
masa : 2 hari 1 mlm

cmni kak cite die...

mase sy form 5 sy g pahang sbb nk anta makcik sy kawen...
kteorg g 2 family..family sy n family maksu sy..sy ad bwk member sorg...
mase dah smpai pahang tu, ayah sy tros cari resort nk stay...
pastu smpai la kt resort ni...mase masok resort ni sy da rse lain mcm sbb keadaan die da mcm lame tk gune...
smpai je kt receptionist resort ni ad la yg jage...org yg jage tu pon mcm scary je sy tgk...
haa...lupe nk ckp..kt setiap pntu msok resort tu ad signboard tulis "jgn lupe kirimsalam kt mak dan ayah, sila dtg lg"..
masalah nye tulisan tu warne merah kak...cat tu mcm meleleh ala2 tulis ngan darah...gile scary tulisan tu..
dah la bilik die ad 3 je...pelik kan..resort tp bilik ad 3 je...tp time tu tk pk ape pon sbb da lapa kn...so msok jela...
lpas mkn ape sume msing2 rehat pastu nk mndi2 kt belah bwh..belah bwk tu mcm ad sungai la tp air die jernih bleh la mndi2...
ptg dlm pkol 6 tu parents sy n family maksu klua g cri maggie n jajan2 la skit nk buat knyah2 kt dlm bilik...
mase ni sy, adik sy no 2 ngan member tk ikot sbb jage ank maksu sy yg kecik sbb die tido mase tu...bdk ni dlm stahun lebih time tu...
bile bgon je kiteorg main2 la ngan die..tp time tu die suke sgt asyik gelak2 je...mase tu nk maghrib dah tp yg klua tu tk blik2 lg..
tibe2 kiteorg dga ad suare bdk menangis...pehhh time tu sume pndang sesame sndiri..mase ad suare bdk mnangis tu...ank maksu sy ni still suke gelak2...
time tu mmng dah rase line dah...sume doa mintk2 dorg yg klua tu balik cpat..ad la dlm 15mnit lpas tu bru dorg blik...tros la sy cite kt dorg..dorg diam je ckp tkde pape..
so lpas maghrib tu kiteorg klua g mkn kt kdai..mase smpai kdai mkn tu kn...kteorg pelik knape sume org pndang kteorg je..kteorg buat tk taw jela sbb time tu mmng lapar kn...
abis mkn tros balik resort tu balik..mcm biase la stiap pntu masok ad signboard ngan tulisan merah tu...mlm tu sy ajk ayah sy g karok kt resort tu sbb org kt receptionist tu ckp ad bilik karaoke...yg pegi tu sy,member, ayah sy , adik sy n sepupu sy sorg..bilik karok tu kt bwh tanah kot...msok bilik tu scary gile sbb mcm ad org tgh perati kite dlm tu...
time tu nyanyi je mcm biase last2 tinggal sy n member je kt dlm bilik tu..yg lain da gerak..mase berdua je dlm tu mmng scary kak tp buat2 berani sbb dua2 tkot nk lari klua dri bilik tu..
last2 kteorg nekad je lari tros klua..kt lua ad ayah sy tgu kteorg smbil tu die borak2 ngan org kt receptionist tu..pastu tros gerak balik bilik... bilik karok tu dkt dgn receptionist..
so mase balik bilik tu naik krete sbb receptionist ngan bilik kteorg tu jaoh so mmng scary kalo nk jln kaki..mase msok je jln balik bilik tu sy nampak org kt receptionist tu kt situ..
padahal mase balik tu die still kt receptionist tp msing2 buat tk taw je...mlm mase sume dah tido..adik sy no 2 tu tgh on call ngan kwn die..die dengar ad org jln seret2 kaki kt lua bilik..time tu die tros end call pastu tido..esok pagi kiteorg tros siap2 pastu check out awal sbb nk g anta pengantin...
2 3 bulan lpas tu family sy g rumah maksu..saje nk tido rumah die...mcm biase la borak2..ntah mcm mane mase borak2 tu dorg bukak cite psal resort tu...
maksu sy ckp resort tu dah lame tutup kak...ad la dlm 2 3 tahun die tutup..parents sy tnye la mane die taw...maksu ckp kwn die bgtaw...huihhhhh..time dga dah lame tutup tu tros meremang bulu roma sy...no wonder la brg2 dlm resort tu mcm berhabuk...ishhh..nasib baik la kteorg tk mkn pape dlm tu...tu la pengalaman paling family sy n family maksu tk boleh lupe...

*maybe org ingt sy reka2 cite ni tp sumpah la mmng kene kt diri sendiri
p/s : nnti sy cite lg sbb sy byk2 kne kacau mcm ni + mate sy ni tk brape nk tutup sgt or bende tu sngaje nk tunjuk diri kt sy..hehe

.......................................................................

(kisah kedua)
Tempat: rumah sewa kat cheras 2012
Masa: tengah malam (tak ingt pkol brape)
Mangsa: aku dan budak2 bilik aku( tp aku sorg je yg nampak)
Hantu: jelmaan perempuan

cite die camni kak

mase tu kiteorg mcm biase la lepak dalam bilik sambil main laptop..
semua sibuk hal sendiri je...tak lame tu sorg member sy on call ngan bf..
sorg lg still main lappy...sy lak da mengantok..so off lappy pastu tido...
pastu tk taw pkol brape sy ad terjage..time tu bilik dah gelap sbb member da off lampu...
yg on call ngan bf tu da tido..yg lg sorg mnghadap lappy lg tp dlm proses off la tu..
die nampak sy terjage tp tk tegur la cume die pandang sy je..
pastu sy pon tgk lah kt almari kiteorg dlm bilik tu..pastu sy perasan mcm ad org berdiri kt tepi almari tu...
sy perhati je 'org' tu...tk la tinggi mane pon...tp tk nmpk muke la..sy cume nmpak side blakang die je...
time tu sy tk takot pon cume sy pelik sape lak pompuan nih...budak baru rumah ni ke ape...
lame2 sy malas nk lyn pastu sy tido balik..esok nye sy cite la kt member2 bilik sy tu..pastu dorg tros terdiam sambil muke masing2 takot..yg member mlm td main lappy tu ckp die prasan knape sy pandang je almari tu tk die tk tegur la...
tu sy ckp kt dieorg..sy pandang sbb nmpk cm ad pompuan kt situ..tak lame sy cite tu..
ad budak lame rumah tu ckp yg bilik kiteorg tu mmng ad tp die tak kaco pon kiteorg..fuhhh...dengar mcm tu je..
memang berderau la darah masing2..kes kedua lak..mase member sy yg on call ngan bf die tu plak yg cite...
ad satu malam tu..mase die tgh on call dgn bf die, mase ni sy ngan lg sorg tu dah tido...tibe2 die ckp sy yg tgh tido tu bleh berdiri lepas tu pandang je die..die kate time tu sy just berdiri lepas tu pandang mcm nk marah die...
die kate die da cuak giler time tu..tp nasib baik la tk lame tu die ckp sy tros baring balik...yg sy pelik..sy tak sedar pon mase tu..die ckp die panggil2 sy tp sy tk nyahut pon...hishhhh..meremang bulu roma kak bile die ckp cmtu...nasib baik tkde pape jd...rumah tu ad mase ad jgak bunyi2..tp masing2 buat tk taw je sbb dah biase...sekian..hehe

*sori kak kalo tak seram :))

Pulau Mabul - day 2 #mabulisland

amik kau lepas seminggu baru sambung.
tu pun sebab tadi dok tengok sidebar ternampak blog entries.
gilalah untuk december ada 4 entry je.
padahal today dah 16hb kan.
patut la ramai kawan-kawan bising kata aku pemalas update blog sekarang.
bukan malas, tapi dah takda hati la.
ada pun ssiiiiiikkkiiiittt je.
ramai customer pun cakap dorang silent reader n sentap kak jah tak update blog.
cerita je apa pun dorang baca.
masalahnya dah tak tau nak cerita apa.
tak kuasa nak share dah pun ada.

tapi entry mabul aku nak kena habiskan.
sebab aku ada target nak kena settlekan by hujung tahun :)
kejap je dah nak masuk 2015.
diharap tahun depan dengan azam baru.
lebih berjaya, lebih bersemangat meneruskan blogging ni.

ok lets sambung entry.
stop bebels.
since day 1 aku tidur awal.
day 2 aku bangun pun awal.
bangun subuh kul 5am. termenung sana sini.
then sambung tidur, then bangun untuk sarapan pulak.
takda la awal mana. kul 8pm baru aku bangun n sarapan.
hari yang best tidur sebab hujan pagi tu.


ni chalet billabong yang aku duduk tu.
temanya purple ye.
yang depan gray tu arung hayat. baru buat tu.
boleh tahan semak tau tutup pemandangan orang.
bawah ni pulak tempat makan dia.


semangat bangun sarapan.
tapi sarapan hanyalah mihun kosong, sausage n baked bean yang aku rasa dia bukak tin n curahkan saje je dalam tray.
roti pun sejuk. pelik aku. simpan roti di dalam fridge ke?
tapi makan je la. kang kebuluran pulak.


bilik aku yang kanan paling hujung tu.
ok la. biasa la macam chalet biasa.
sebelum check in kau boleh tengok bilik2 yang available n pilih.
aku pilih yang tu sebab ke belakang so that takda la orang nak lalu lalang ke apa.

bawah bilik tu pun boleh nampak tapak sulaiman n ikan2.
rajin kalau ahkak bagi makan roti.
tapi memilih gak la ikan2 ni.
bagi roti chalet tu buat dunno je, aku pakai roti gardenia reti lak makan.
demanding kau ikan.






excuse my kuku kaki.
aku ada masalah kuku kaki dalam la.
eh macam mana nak cakap?
ala kalau aku potong elok kemas. aku akan seksa sebab bila tumbuh dia akan mencucuk kaki.
sakittttttt n stresss.
elly cakap sakit-sakit sedap. hek la. tang mana sedap?
sakit-sakit..sakittttttt adalah.
bukan ibu jari je. tapi jari telunjuk n jari hantu pun sama. aaa sakit.
lama akak seksa. the only solution ialah takleh ketip kuku sampai abis.
kena biarkan panjang n potong straight.
so dah few months la aku buat macam tu. tapi tak suka!
rasa pengotor lak kuku panjang. tsk tsk.
kang kalau kotor ke apa seksa nak kasi ok. me not loike.
nanti aku rimas. aku potong senget. maksudnya belah dalam aku potong pendek.
yang luar tempat senang cekam tu aku potong straight. hahah saikosis.
motip tetiba cerita kuku kaki?
supaya andai kata korang tak sesuka hati kutuk ok. awassssss.

since sangap apa aje boleh buat kat sana.
aku ajak laki aku snorkeling.
seperti yang korang sedia maklum.. laki aku adalah penakut air.
so sebarang aktiviti air dia tak berapa takut.
paling takleh blah if orang gelakkan dia akan cakap, "mak aku pesan jangan mandi laut. mak aku tau aku takleh berenang. nanti lemas."
yangggggg tolonglah. u tu dah nak 40 tahun. jangan nak cakap mak tak bagi ok. kelakar sangat.
tapi masalahnya memang pun, kat sana dia call mak, nanti dengar la mak dok pesan jangan mandi laut..ngan aku2 sekali mak tak bagi. hahha.

tapi tu la laki aku taknak.
benci tau.
tapi dia kata takpa dia teman je.
so aku suruh dia tanya orang chalet aku.
dia kata dorang tak buat. suruh aku pergi chalet sebelah.
maybe time tu takda orang nak pergi. so dorang tak buat trip snorkeling.
ye tak berbaloi tetiba bawak kita orang je. haha.

so ke chalet sebelah. chalet geng2 kami yang lain.


untuk pengayat macam aku. gila tertekan everytime berjalan atas titi ni.
dah la goyang.
yang laki aku nak jalan dekat2.
mesti aku marah suruh dia jauh dpd aku. sebab lagi jalan sama2 lagi dia gegar.
aaaa takut la.
dia tang ni berani lak. amboiiii.
dia atas darat kemain warrior, kau tolak dia dalam laut confirm kau menang.
menggelupur mamat ni nanti. hahha.

sampai sana cakap kat orang sana.
dorang kata trip pukul 2.30pm.
oh ok.
elok kat sana geng dorang semua ada.
baru balik 1st dive.
ready nak second dive kul 11am gitu.
so lepak sana dulu.

pastu ni shrimp mantis beli daripada bajau laut.


eee hidup lagi. akutttt.
eh gambar berulang lak.
malas nak alihkan.
merasa layan mamat ni feeling.



ni la kerja laki aku.
suka berangan.
yang bebudak tu melayan lak tu.
aku memang kosser melayan.

dorang gerak untuk second dive.
kita orang gerak balik bilik balik.
hoi sangap.
so tidur balik. hahha hampeh.



lunch.
tenggiri goreng, kurma daging, terung cili n sayur apa tah.
ok-ok la.
memula merungut gak la.
tapi then kau tengok orang-orang situ.
tengok dorang tunggu semua makan baru dorang makan.
n tengok muka-muka happy dorang makan.
terus kau terasa macam, ni la yang dorang makan everyday.
pun dorang dah happy kan. kita ni sekali makan kemain.
sebab tu aku kata pergi sana banyak benda bagi kau insaf la.

settle makan.
bersiap terus ke chalet sebelah.
sampai sana nampak ada 3 orang budak bajau laut.
tengok dorang mengadap macam boat mainan.
ok bukan mainan la. tapi macam buat sendiri.



ye budak yang hujung tu aku tengok macam dah darjah 6 macam tu.
tak pakai seluar.
aku rasa baju tu pun mesti orang yang bagi.
budak depan ni pun tak pakai aku rasa.
tapi sebab baju dia besar so takda la nampak telanjang ke apa.

tengok la mainan dia.
n muka kemain bangga. macam nak tunjuk tu mainan dorang.
dalam bekas depan budak tengah tu dia simpan kita orang bagi gula-gula, chocolate semua.




:: percubaan yang tengah tu ikut buat peace ::


laki aku suruh semua buat, semua ikut. hihi.
tapi dalam pic ni sekali pandang kau akan nampak macam sekeluarga bajau laut. hahahha.
then tunggu trip gerak.
sementara lepak sembang.




elok gerak geng bajau laut sampai bawak ikan.
memang sepanjang kat sana ramai datang bawak hasil tanggakapan memasing.
tengok2 kalau ada yang beli.





then pergi snorkeling.
satu trip rm50/person.
dalam sejam la jugak.
so time ni ke pulau mabul je, tak silap paradise 1. eh ke paradise 2.
lupa aku.

tak jauh pun. macam pusing pulau tu je.
seperti biasa sampai je tetiba laki aku taknak turun.
memula dia kata ok.
ye la tengah laut kan.
mimpi sangat la kalau dia nak turun.

beria bebudak tu kata takpa dorang ada.
laki aku kata takpa la. saya duduk dalam boat je.
sekali dia tengok bebudak kecik pun elok terjun.
dia terjun jugak uolss. wahhh improvement tu.
budak tu dah kata takpa bang, saya bawah ni..abang terjun je datang kat pelampung ni.
laki aku terjun terus dia paut tepi boat uolls. hahahha.
taknak lepas. cakap saya nak naik boat. saya nak naik. hahah.
pastu aku n budak tu pujuk baru dia lepas boat n pegang pelampung tu.
dah la kat pelambung ada ke dia nak sarung kat badan.
agak la. pegang sudah.

budak tu pujuk suruh pandang bawah n dia bawak.
laki aku taknak. beberapa kali baru ok.
tapi tetap kat mulut kata saya nak naik boat.
budak tu pun cakap ok kita naik boat.
abang pandang bawah..saya bawak ke boat.
padahal budak tu bawak dia pusing. hahah.

arus kuat hari tu.
ombak takda.
tapi kira kau snorkeling. kau angkat kepala tengok kau macam dah bergerak beratus meter.
tau-tau aku tengok eh jauhnya laki aku.
so laki aku pun sama la.
dia kata dia rasa lama je. dia angkat kepala tengok hoii jauh boat.
cuak la dia. dia ingat dia tepi2 boat je.
budak tu kata ok kita ke boat.
again dia pandang bawah. angkat kepala tengok boat takda terus.
menggelupur dia. rupanya boat pergi amik tangga.
rasanya ada la 1/2 jam jugak dia snorkeling.
ok la kan. tapi tetap penakut dia tu tak hilang.
takpa, slow2. nanti dia ok la tu.
dulu takut naik boat, sekarang tak takut.
dulu taknak snorkeling langsung, pergi redang radie ajar dia dah boleh sikit2.
trip kali ni dia berani terjun dpd boat pulak. ok la kan. :D

jauh gila snorkeling sebab arus kuat.
tau-tau dah nak sampai hujung area chalet kita orang tu.
gila la. bebudak tu pun kata tak pernah jauh macam tu.
bahaya if terus lagi sebab laluan boat.

Ya Allah tak tau nak describe macam mana lawanya kehidupan laut kat situ.
if only aku ada gopro. akan ku share pic n video kat korang.
tu la menyesal, hari tu ada kawan dah offer nak pinjam ke gopro dia. aku kata takyah.
aku ada rasa nak beli, tapi pikir macam la aku selalu travel.
elakkan pembaziran uolls.

bagi aku sepanjang pernah snorkeling.
thailand memang takdo apo la. coral semua mati. takda apa.
redang pun biasa-biasa je hari tu.
perhentian lawaaaa sangat.
tapi tak sangka mabul ni jauhhhhh lagi lawa.
macam contoh perhentian ada few corals n few ikan ikan.
ok kat sana bermacam coral. bermacam jenis  tapak sulaiman, bermacam jenis ikan. ikan kerapu besar budak berapa tahun pun aku nampak, sea urchin la..memacam la. aaa lawa.
padahal snorkeling je kot.
kalau dive tak tau la macam mana.

laki aku duduk atas boat dengan harapan dia mengambik la gambar aku sekeping dua.
siap aku bagi sign amik la pic aku.
kau tau dia amik apa?
ni je ye!


gambar tak semenggah macam ni dia amik.
pasrah iolls tau.
elok kita orang sampai tengok group dive ada.
dorang nak pergi untuk dorang punya 3rd dive for the day.




so mari ucapkan selamat tinggal.
elok dorang gerak datang sekeluarga bajau laut nak jual ikan.
aaaa sedihnya tengok.
tengah panas terik nampak si kecik tu tidur ngan telanjang bulat.



tapi since aku dah beli ikan earlier.
aku tak beli daripada dorang.
earlier tu sebelum gerak snorkeling aku ada beli daripada bebudak bajau laut 3 orang.
bayangkan sebesen ada la dalam 20++ ikan besar n kecik harga rm30 je.
actually rm25 dah boleh dapat. tp sian pulak.
ada memacam la, kerapu, kerapu merah, ikan merah, ikan apa tah lagi. aku fail nama ikan2 ni.
lupa lak nak amik pic.


chalet kita orang belakang aje.
tapi sebab takda titi connect. so kena la jalan masuk kampung untuk ke sana. 
balik bilik, lepas mandi laki ku tidur. ceh.
penat sangat snorkeling kot. hahha.
bertambah sangap iolls.


bangun untuk dinner.
ikut plan ke chalet sebelah.
sebab makan besar sana. dah beli memacam kan.
tapi laki aku segan pulak.
dia kata makan kat tempat kita dulu.
baiklah. ikutkan.
takpa sana kita ratah2 je.


:: lauk ayam kicap, bayam and kacang panjang goreng ::

around 7.15pm dah bertalu kawan aku call suruh ke sana.
ok ke sana.
then sana settle dorang makan baru aku ratah.
sebab sana table jenis table macam kantin sekolah tu.
so muat dalam 8 orang gitu je.
so tunggu giliran la ye.
ada few yang tetiba gerak n makan bawah.
serba salah la aku. dah la kita orang sibuk je kat situ kan.
so biar dorang settle baru makan.
aku ratah je.
laki aku tak makan. sebab dia kata dia nampak benda tu kan hidup masa beli tu.
dia rasa kesian n tak sampai hati. so dia tak makan.
rugiiii. sedap hoiiii.


:: sedap nak menangis. terkenang2 lagi ::

tak duduk lama pun as usual.
around 9pm gitu balik.
bagus jugak balik sebab hujan malam tu.
kalau tak balik kang satu hal tersangkut kan.
dah balik takleh tidur pulak.
so pukul 11pm layan makan mamee chef.
eh sedap pulak kan mamee chef ni. i like.



tu je.
ada kerajinan i sambung lg.
bila tu tak tau haha.