Instagram : @peejburhan

Ephyra Skin Bar, produk terbaru keluaran Oceanlife



ohoiii busynya. maklumlah orang tengah dapat gaji kan.
terkengkang-kengkang iolls menyiapkan kerja.
dengan jadual yang padat.
ni menaip ni pukul 1 pagi ok.
bag pun belum pack ni, pukul 4 pagi nak keluar rumah kang.
petang semalam baru teringat aku terhutang nak up kan entry ni untuk customers.
elok lepas pack barang n post bergegas pulak ke kenduri arwah abah yang ke 100 hari.
then ada kerja sikit. jumpa mama kejap.
pukul 12.40am tadi baru sampai rumah. phewww.
dalam kapal terbang je la kak jah tidur.

minggu ni ramai nak beli Ephyra aku mintak hold sampai minggu depan.
sebab sempena akhir tahun, beli ephyra dapat free ephyra skinbar.
baik tunggu sikit kan :D
lepas tu customer tanya apa benda ephyra skinbar tu.
amik kau sesak napas i nak reply, sebab sendiri tak tau n tak berkesempatan nak try.
so ni sambil aku update. sambil aku pun baru nak tau apa Ephyra skinbar ni.
sebab dah banyak testimonial menarik jugak pasal produk ni.
sebab since few months back memang setiap kali Ephyra sertai segala expo, karnival ke apa.
memang ephyra skinbar ni dah di beri ke customer yang datang.



Ephyra Skin Bar ni adalah satu lagi produk keluaran Oceanlife Marketing selepas kejayaan Ephyra Premium di pasaran.
Ia berfungsi dengan sangat pantas hanya dalam masa satu malam, korang boleh mula dapat lihat kulit jadi lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah.
Hasilnya terserlah jika penggunaan berterusan dan konsisten.


Ephyra Skin Bar mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.
Kulit yang kusam, menggerutu dan kulit kendur akan lebih licin, segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari sahaja selepas menggunakan Ephyra Skin Bar.
Ephyra Skinbar adalah rahsia kecantikkan semulajadi.

Ephyra Skin Bar boleh

- Menggebukan dan mencerahkan kulit
-menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
-menghilangkan parut dan kedutan
-membantu menghilangkan bintik-bintik hitam
-melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah

Kesan Penggunaan (hasil berdasarkan testimoni lebih dari 500 pengguna selama 7 hari )

- Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
- Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
- Jerawat cepat kecut dan terus hilang
- Menghilangkan parut jerawat & jeragat
- Menghilangkan 'blackheads' di muka
- Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
- Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
- Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
- Boleh menghilangkan bau badan
- memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan (ketiak)

berikut antara testimonial pengguna yang sudahpun mencuba Ephyra Skin Bar







Kandungan Ephyra Skin Bar

Bearberry Alpha Arbutin A Extract - paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit.
Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam.

Glutathione - kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut.
Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit.
Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembetukan parut tebal.

Kolagen - Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.


Soalan yang kerap ditanya/ FAQ

Ephyra Skin Bar ni berkesan ke?
Insyallah sangat berkesan kerana sepanjang tempoh percubaan 4 bulan lepas, sample free diberi kepada lebih dari 500 orang yang telah mencuba dan kesemuanya memberikan feedback/ respons yang sangat bagus dan positif

Skin Bar ni boleh tahan berapa lama?
Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.

Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni?
Glutathione, Kolagen Ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatheraphy fragrance.

Berapa lama nak lihat kesannya?
bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.

Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil?
Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit dan memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.

Macam mana nak guna?
Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka.
Urut seketika dalam 2-3 minit.
Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit.
Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa (boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain).

Setakat ini, produk Ephyra Skin Bar sahaja?
Ephyra juga ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack).
Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita.
Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan memberikan kesan lebih sempurna.
Jika guna kedua-duanya (minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin Bar), kesan yang menakjubkan akan diperolehi.

Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks?
Boleh. Sangat digalakkan.

Kalau ada resdung, boleh pakai?
Boleh. Ia mampu mengurangkan simpton resdung. Insyallah.

Boleh pakai kat badan sekali?
Boleh, ia sangat lembu untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
Boleh juga bantu cerahkan kawasan/ celah2 gelap di seluruh tubuh.

Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai?
Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.

Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran?
Insyallah akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti.
Saiz untuk jualan adalah 50gm dengan harga RM40.



So dah faham kan?
sementara nak tunggu Ephyra Skinbar masuk pasaran untuk dibeli.
korang boleh dapatkan secara free.
untuk bulan december ni, setiap pembelian Ephyra Premium Box (30 sachet) akan dapat free Ephyra Skin Bar. wahhh nice kan.
haaaa sebab tu korang nak beli minggu ni aku tak bagi.
aku suruh tunggu.

Seperti biasa harga Ephyra Premium Box dpd iolls.

1 box RM197
2 box RM350
3 box RM500

setiap box dapat free - Ephyra Skinbar, Shaker n Woven Bag.
dan jugak free postage.
kalau nak harga lebih meletop, untuk customer daripada Semenanjung, boleh contact iolls.
iolls bagi tau caranya.

Trial Box (10 sachet) pun ada ye. tapi takda free gift untuk trial box.

1 box RM68
2-3 box RM65/box
4 box n above RM5/box

nak order as usual whatsapp/sms at 0122758575
however aku takda jumaat-isnin sebab holiday. tak sure line macam mana.
ada aku reply. takda sila tabah tunggu iolls sampai ke tanah tumpah darahku :D

untuk more info mengenai Ephyra.

Official Facebook : https//www.facebook.com/oceanlife2u

Official Instagram : @ephyra2u / @ephyraskin



Amboi lepas geram ke.

ok mari curi masa sikit sementara tunggu customer nak COD barang ni.
seperti biasa cerita sedikit basi.
sebab adalah kisah 2-3 minggu lepas. hua hua.

malam tu birthday kawan noy, hida.
since weekdays.
so mari la kita keluar lepak-lepak makan area berdekatan je.
tempat di tuju adalah kafe lapis.

aku order ni


laksa nyonya melaka n ice lemon tea.
first time makan. pelik gak.
dia macam kuah asam pedas pun ada. huhu.
tapii best sebab pedas meletop top top.
aku dah lama tak minum coffee.
rindu. tapi i cannot la. maybe sebab jarang minum.
so if minum confirm takleh tidur sampai ke esok pagi.
so kau bawak la lepak konon nak coffee coffee. idoknya aku order coffee.
jarang la. ;p



tak lepak lama pun.
sebab esoknya memasing kerja.
janji lepak n nyanyikan hida lagu birthday cukup.

weekend tu. MrB memang dah amik cuti on Friday.
ye lah kan patut plan nak bercuti tak jadi tu.
takda kemana. aku ajak gi ikea.
sebab aku nak beli candle. haha gigih kan.
aku suka la candles vanilla tu. wanggiiii.
so bila stock aku nak habis mula la tak keruan.

ajak MrB pergi ikea.
weekdays so ok la. tak la sesak sangat kan.
pergi harus tuju ini dulu. lamaaa tak makan.
nyam nyam.


dah nama ikea kan.
harus daripada nak beli "candles" tetiba terbeli carpet la apa bagai.
tapi ok apa. good bargain.
1 carpet tu rm49 je. satu lagi tak sampai rm100. i likeee.
buat letak kat bilik aku n satu lagi bilik tetamu.
sebab if orang datang rumah, tumpang solat aku suruh ke bilik tu.
selama ni pakai tikar. mesti tak comfort. naaahhh i bentangkan carpet.
semoga kak pilla, nonoy dan lain2 gumbira.
tapiiiiii kak pilla melampau, dah tengok carpet lawa dia paksa kita tukar langsir pulak.
bawak bertenang ye.

siap nak belikan langsir kat sales 30nov ni.
eh alang-alang tu aku bagi tau la.

blog moon as usual ada sales beli kain langsir dengan harga rendah dekat sarah hughes, globe.
teruja i tengok pic selalu. sebab memang murah. pernah aku tengok rm1 je semeter kau kain dia.
sampai togel la railing tak tinggal apa orang serbu.
tapi biasa la aku ni pelupa orangnya. memanjang lupa nak pergi.
so kali ni special sikit. moon tawarkan filla bukak booth the kasihs shawl kat situ.
patut aku join filla ahad ni. tapi biasa la kan i pelupa macam ke apa.
dengan selamba aku booking percutian jumaat-isnin. kemain happy.
pastu tgh malam baru sedar, aaaaaaa patut hujung bulan ada booth.
hahah bengang je pilla. kena carik assistant lain. ;p

more details pasal hari tu CLICK HERE.

ok sambung.
langsir nanti2 la yea.
memang tengok hazab langsir bilik tu.
stretch macam ke hapa sebab tingkap tu besar. kah kah.
aku pasang gak sebab mak aku sepuluh kali tanya dah pasang langsir ke belum? T____T
belum part dia lak mereka-reka itu ini suruh lawakan bilik tu.
eh kosser sangat.

nampak tak kak jah tak fokus di situ?
daripada cerita ikea. ke cerita bilik n deko bersama eric tetiba.
yang pasti aku borong candles tu banyak gila.
laki aku kata aku gila ke beli banyak2.
eh biar la. atleast takda la sepuluh kali aku kena pergi ikea.
yes i'm lazy like that.

lepas ikea, terus ke rumah mama.
lepak itu ini.
sekali noy kata malam ni jadi tau.
aku dah macam, jadi apa?
birthday hida, kita pergi lust. jonet pun ada.
a ahhh la. hari tu dorang tanya. aku kata ok.
pastu aku lupa. seee dah tua sangat.
aku tau macam aku ada plan weekend tu. tapi aku macam takleh ingat. 
banyak sangat benda dalam otak kena pikir. haha

terus ajak MrB. dia ok.
memula dia taknak. dia kata takyah la.
pastu aku ajak, aku kata jom la. hari tu u ada cakap lama tak pergi club kan.
tah macam mana sekarang.
memang lama kot.
aku last agaknya 2 tahun lepas.
i memang dah tak kuasa. tapi suka je if dengar lagu kan. :D
so lets.

sembang ngan mama. dalam 10.15 gerak balik rumah.
sampai pun dah 10.30pm. janji nak jumpa sana kul 11pm. riggghhhhttttt.
janji melayu. harus la dicapati. ahahha.
kul 11pm baru gerak daripada rumah aku.
pergi umah mama, park kereta situ gerak ngan noy.
ahkak dah lama tak keluar, baju pun takdok.
dah la sekarang boleh tahan gemuk tak menahan. lantokkk.
zaman memuda dah berlalu. hahha. takyah nak meletop2 sangat.
pakai sandal lagi. dulu gigih high heels pastu rasa kat sepak orang sebab kaki sakit. 

sementara tunggu semua sampai duduk kejap kat nagabar.



:: as usual. pic dia sorang kena ada. senang dia nak edit pic nanti T____T ::

:: noy paksa amik pic berdua. gigih akak jengkit. hihi. ::

:: mementang nak ke club hip hop, thug life konon noy. macam rupa jenny from the block pulak dia malam tu. tapi gigih kata like beyonce. obsessi beyonce dia tu ::

:: siapa paling tua dalam semua? aku n MrB angkat tangan slow2. tinggi gila kawan noy si nisa ni. tengok la tu amik pic sebelah jonet. dah la tinggi pakai lak kasut tinggi. aku sembang ngan dia kena mendongak ::



jawapan kepada persoalan macam mana la club sekarang?
sama je dulu kini dan selamanya.
tah la. aku memang confirm dah tak kosser la.
takyah la. nak dengar lagu duduk je la depan laptop. kosser dah la.

tu takpa. tu takpa.
pergi kan sempena birthday hida.
tapi aku confuse ni birthday hida ke birthday dia ni.


serious weyh. speechless aku.
semua orang pun terkejut tengok.
bersungguh weyh dia menari. non stop. siap kat dance floor lagi. hahaha.
pulak masa sampai dorang main lagu zaman dia agaknya.
kemain dia menari sambil nyanyi. hafal woihhh. pitam aku.
amboiii lepas geram nampak.
dah la macam hebat ok dia menari. 
sekali pandang dah macam p.diddy pulak. ngan kaki2 dia.
macam video i need a girl part 2. weowww.

percaya tak 10 tahun aku kenal dia.
baru aku tau dia rupanya boleh menari. 
sebab ye la walaupun kenal kat club.
tp time tu dia kerja kot. so mana ada menari.
n aku pun if pergi mana ada ngan dia.
if pergi sama pun, dia buat perangai macam dia kerja.
kerja tengok kiri kanan memerhati orang.
if dia menari pun dia suka macam main2 la. 
so aku anggap dia ni tak reti menari macam mana dia tak reti menyanyi. tak ikut tempo gitu.
hahahhahahaha. tapi jangkaan kak jah meleset. hebak uolls.
pastu aku yang malu2 bila dia ajak menari. 
kalau orang perati dah rupa saves the last dance. 
lelaki beria menari, aku macam terbangang2 situ.


bila orang kata wahhh abang bennn.
dia gelak n cakap abang exercise.
memang hampir kuyup belakang dia.
tapi katanya ahkak dah tua.
by 2.15am aku ajak keluar. nak duduk.
dasar gemuk kaki cepat penat.
tetiba mrB kata. jom makan. i lapar.
depan tu lak ada mamak. terus ke sana.
chewahhh exercise la sangat laki aku ni.
elok lepas tu bedal nasi kandar.


dah tua takyah la nak ke club.
dulu tengok jam nak check wah dah nak tutup ke. tak puas lagi ni.
sekarang check jam tengok, hoihhh lama lagi ke? nak balikkkk. ;p

alang2 update.
letak semua la yea.
ni time ke bangsar pulak.
lama tak makan nasi daun pisang nirwana.
so lets.




:: hoih sedap sangat ni. pakej sedap lengkap. ikan bawal tu garing sedap sangat plisss ::

:: bawak cuci. baru la hitam manis. kalau tak menyampah aku tengok. hitam berkeladak. haha ::

then ke rumah mama.
oh hari tu kan aku tunjuk cincin mama beli kat mekah.
mama beli untuk Mr.B gak. sedondon :D


tengok aku pakai cincin hijau je. dia pun sibuk pakai gak.
pastu sengih2 cakap, "tuami iteri ke oling?"
eeiiiii mengada sangat.

oh lepas makan nasi daun pisang iolls ke bv2.
lalu membeli.
lama tak shopping lite-lite.
ok sambar la.
tengah sale so murah-murah sajo.


yang pasti masa lepak di paksa amik pic dia 2-3 kali.
tau-tau dia send aku pic bawah ni.
sabar je la.



pencuri masa

hola lovelies.
lama kan i menghilang.
takda hilang pun. ada je.
cuma takda masa nak mengadap blog je.
kat instagram ada je hidup ku yang warna- warni.
wah warna-warni katanya.
ye la mananya tak warna-warni kan.
sebab mengadap hal business je.
shawl kak pilla kita kan colourful.
campur colour ephyra yang turquoise tu, tabita yang gold tu.
plastik poslaju yang warna oren2 tu. hihi.
seperti biasa kalau shawl the kasihs release color baru, merasa la iolls busy.
goreng pisang cheese panas-panas tu pun tak panas macam shawl kak pilla tu.
terus ahkak bertangan sotong menyiapkan kerja.

ada masa curi-curi la keluar sana sini.
kalau tak nak keluar pun takleh sebab ada nak COD barang ke apa kan.
tapi takpa. hari ni n esok je nak ngadap ni.
lepas tu iolls tenangkan fikiran bercuti. mmmm tak sabar.
so harap maklum siapa nak barang cepat sila beli today n esok ye.
sebab lepas tu aku takda.
kerja bersambung kembali on tuesday.
aku pun tak sure tempat aku pergi tu line ada ke takda.
kalau ada dapat la kita bercommunicate.
kalau takda, tunggu i balik lah ye :)

aku takda as usual mak mertua n adik ipar akan duduk sini. tengok-tengokkan rumah n kucing :D
ingat nak beli barang dapur sikit. if mak nak masak ke apa.
tapi rasanya macam tak sempat je i nak curi masa. haha.
takpa, i tinggalkan duit buat beli makan.

serious banyaknya nak cerita.
tapi takda masa nak update.
gambar berderet je dah transfer. tengok la. ada masa update.
takda kalau, rasakan nanti tunggu je la entry2 basi i. huhu.

eh aku ni takleh nak lama-lama mengadap blog ni.
kata i kan pencuri masa.
oh sekarang aku n filla dah semakin systematic. hahah nak jugak.
ye la kan daripada hari tu sibuk konon boleh order kat dia n aku.
tapi mesti tak menjadi sebab kelam kabut semacam.
asyik kena tanya available lagi tak shawl la apa benda la.
aaa stressss. ye la barang laju. kang memandai kata ada, tetiba takda.
tak pasal kang customer marah kita kang.
so memang tak boleh la dedua handle.

tapi sekarang ok.
sebab hasil perbincangan, filla now restock satu color tu banyakkkk. :D
then siap-siap aku dah bahagikan.
contoh ok filla setiap color tu dalam buku tu kau tulis 150 helai. balance 50 helai aku punya.
memula filla tak faham. nasib lepas explain few times dia ok.
senang macam tu. masing2 ada buku n stock masing2. andai kata salah satu habis quota, baru tanya stock salah sorang. haaa macam tu la. :D
wahhh so brilliant kak jah. tepuk tangan utk diri sendiri.
haha matiklah benda simple macam ni pun nak teruja lebih kan.
haruslah. sebab rasa wow systematic nya.
sebab aku nak meniaga few years. aku tau some customer memang prefer pakai whatsapp je kan.
senang segala transaction. sebab tu bila customer dah boleh order the kasihs shawl thru whatsapp aku rasa teruja. :D

oh btw ni color baru the kasihs shawl.


the kasihs shawl.

material : chiffon
size : 180cm x 80cm

price :
1 RM35
3 RM100
all 4 colours RM130

Postage
Semenanjung - FREE
Sabah Sarawak - Add RM5

boleh whatsapp 01227585

ada jugak customer yang contact aku tanya material apa.
aku jawab chiffon, tapi dorang nak specific chiffon apa.
aaa tak tau. kami dedua ni bukan la tailor ke, fashion designer ke. mana nak tau specific.
aku pun tak tau nak bezakan.
memang shawl ni lembut n sejuk.
so ada sehari tu keluar ngan filla nampak gerai2 shawl dalam shopping complex.
so dan-dan la dok pegang shawl.
ooo baru la faham. rupanya chiffon ada banyak n mostly jenis keras n kasar.
harga sama or murah sikit. tapi tak sama la.

aku suka sebab dia memang jenis sejuk n lebar.
tapi aku belum pernah pakai properly la.
sebab iolls takda brooch n segala pin tu la.
hahha n aku tak tau nak beli mana dua benda tu. ;p
so buat masa ni jadi selendang je la yea.
aku kan kerja post.
so memang selalu menulis segala details kat borang poslaju tu.
tersenyum aku bila tiap kali tulis tu nama-nama yang familiar.
keep on repeat order daripada batch pertama sampai la sekarang latest ni.
maybe sebab puas hati n suka kot.
ada yang aku tengok kumpul setiap colour. wahhh.
takleh jadi. rasa macam nak kumpul jugak.
simpan la dulu kan. mana tau tetiba iolls jadi hijabista dan mengidolakan kak pilla. hahahahhaha

nak beli tabita, ephyra, kacip fatimah, ibu putih, dr glow pun semua ada ready stock.
whatsapp je.

eh bukan tadi aku kata takleh lama ke?
macam dah terlajak pulak iolls mencuri masa ni.
ok la. later rajin ahkak buat entry lain lagi.



Makan-makan.

Makan la. apa lagi kan. itu je la yang gembirakan hati kak jah.
memang dah plan lama nak gi makan-makan sempena birthday filla.
lama tak beraktiviti makan-makan ni.
selalu keluar n lepak mesti rushing je rasa tak puas je.
so harus kena ada aktiviti boleh lepak lama sikit. sambil bawak suami masing-masing.

tapi buat belated sebab the exact date filla spend ngan family dia.
ok set.
semangat iolls nak keluar. lama tak keluar. haha sedih gila ayat.
ala takda semangat apa pun.
semangat make up je la pun.
lama tak berjasa make up iolls. :)


sempat facetime ngan noy.
noy kata asal baju tak lawa. baju lama tu.
aaah lantak.
i busy ok, nak shopping baju pun tak sempat.
ada la shopping online.
nampak lawa. beli je tak menepati citarasa la piuler.
terus pass semua ke ibu mertuaku :D
lantak la baju lama ke apa.
bukan nak market pun. dah kawin pun.
janji laki kata ok, dah la kan.

tunggu rumah je. sebab elly kata pergi sekali.
so dia datang jemput.
weoww merasa naik kereta baru elly. :D
bagus jugak la naik ngan dia.
sebab kalau aku pergi sendiri confirm sesat n tak sampai la ke majestic hotel tu.
macam berbelit je jalan nya.

sampai terus serbu makan.
aaa sedap2nya makanan dia.
macam-macam ada. japanese food, italian, western, malay.
tapi aku terjah sushi je. tolong lah fresh sangat.



:: sedap sangat sampai kegembiraan filla tak dapat di cover. haha. elly lagi gone case, dah tak kisah sekeliling dah ::


:: kau bawak la dia makan kat atas langit sekalipun. dia tetap mengadap phone ::

:: birthday wahman. tengok tu macam hamster perangai simpan makanan kat pipi ::


:: vain pot. sambil menunjuk cincin mak dats katanyer. heheh. mama belikan from mekah :D  ::



:: sedapnyaaaaaaaa. telan-telan air liur lak tengok balik pic ni ::

orang sibuk makan.
laki aku?
well dia memang hantu nasi.
so memang dia bedal nasi ngan lauk2 menggunung.
pastu dia suruhnya orang snap pic dia.
kuat berangan betul dia ni.
yang pelik radie n win rajin lak melayan dia tu.
bukan satu je.
memacam pose la.
siap pinjam spec radie n bag win. T______T
sabar je la.
laki sapa la ni.





tak menahan aku tengok.
takleh bawak majlis tau perangai macam ni. hahha.
ok tipu. kalau bawak majlis di kampung2 mungkin pujaan makcik2 dan pakcik2.
sebab dia ringan tulang.
tapi tu la. maybe sambil rajin sambil suruh orang amik pic dia memacam aksi.
sebab tu aku kata berbeza aku ngan dia.
dia ni gila bergambar.
aku on the other hand tak berapa suka bergambar.
esp if orang amikkan. mesti keras je aku.



:: suka sangat kak pilla kita ni. suka lak tengok pic ni. lawa berseri je ::

sebelum gerak as usual dorang ni kan kaki bergambar.
layankan je la.
camera dorang banyak la gambar.
aku tak kuasa.
ni je few aku sempat snap.


:: macam2 hal ::



:: mamat kuat berangan ::


:: jengkit untuk kelihatan tinggi. masih kemetot. ::

benci. time ni pun sama.
elok pegang pinggang nak amik pic.
boleh dia turunkan tangan aku pastu kentut kat tangan aku.
eeeiii tak sukanya dia ni!


lepas tu ingat nak session kopi2 pulak.
gerak naik satu kereta je.
pastu mula la berangan, road trip ngan kereta elly ni best jugak ni.
gituh. berangan sangat kan.

memula nak kopi2.
pastu tak tau nak pergi mana.
elly n win kata jom karaoke.
ok jommmm.
radie memula bising.
dia kata nak balik jauh la.
nanti lewat la apa.
elly n win kata jangan bawak bunyi. kau dalam kereta kita orang. ikut je.
esok bukan kerja pun.

so aku kata jom low yatt. situ murah n boleh karok lama.
memang lama. sampai kul 4am boleh nyanyi.
tapi dorang kata kul 2am kita gerak la.
ok jom.

sekali aku terkejut.
sebab radie yang kemain banyak komen tu yang tak henti2 menyanyi ok
balik-balik dia. balik2 dia. hahahhaa.
aku n elly tak tahan ok.
sebab nyanyi lagu jamal suara dia macam jamal.
nyanyi m.nasir suara macam m.nasir.
paling epic, lagu beribu sesalan kot.
dia suruh aku, elly n filla nyanyi.
aku kata aku tak tau lagu tu. dia tak percaya.
aku nyanyi merepek2 la.
dia tak puas hati dia nyanyi.
amik kau tetiba suara dia macam ning baizura.
pitam ok. hahaha.

sebagai penutup....

hahahah sakan sangat bergelek ni.
tak sangka aku radie macam tu.
selalu dia jenis garang2. aku n elly selalu seram je ngan radie.
filla pun seram tapi dia seram2 degil2.
tapi malam tu kira nampak the other side of radie la kiranya.
yang laki aku kerja dia suka jadi juri.
dia memang kurang karaoke ni. dia pergi sebab nak makan je T____T
sebab dia nyanyi memang tempo ke laut.
so bila orang nyanyi dia sibuk kata ok awak layak ke peringkat seterusnya.
boleh bg i/c. pergi ke lane sana ye.
bila tang filla nyanyi je dia kata, ok boleh cuba lagi lain kali. awak tak berjaya ye.
kong jaq sangat. tak sedor dia pun sama je. haha
seronok la.
e eh rindu lak.
berapa minggu dah tak jumpa ni.
hari tu filla cuti.
then ni elly pulak.
lagi 2 weeks la kot baru jumpa.
kena plan next trip ni.
bila ni weyh? memasing bersusun je aktiviti.
dorang la. aku tak. i'm free like a bird. :D