Instagram : @peejburhan

Kak Jah dan kuih rayanya muncul kembali.

sorry kalau terlambat mempromosi.
ye la busy kan daripada last week.
kau jangan la ni berderet lagi 5 benda nak kena settle kan.
so satu-satu kasi settle dulu.
so mari cerita pasal kuih raya.

buatkan aku lambat update sebab aku nak confirmkan harga.
sebab tau-tau la sekarang ni semua harga naik kan.
kang buatnya harga naik aku maintain harga lama, haru namanya.
so dah confirm harga macam mana baru boleh update kan.

takda tambahan apa-apa.
masih kuih yang sama aku jual macam tahun lepas.
siapa dah rasa tahun lepas semua puas hati.
yeszaaa, tekak i ni boleh dipercayai.
sedap kat tekak iolls, selalu sedap la kat tekak orang lain.
ada yang dah order, amik cepat. sekali boleh nak raya abis dah kuih2 dia.
gigih malam raya repeat lagi amik.
nasib tahun lepas memang aku order lebih.
so boleh la jual. gituh.

so mari check out kuih apa ada.

sama jugak.

  • suji brunei
  • chocolate chips
  • almond square.
dijamin sedap meletop-letop ok.
esp chocolate chips tu.
sampai aku terpaksa sorok.
kau bayangkan orang datang tak sampai 10 minit licin balang.
aku top up licin lagi. *lapairmata*
belum tang anak tina makan sekejapan setengah balang habis.
aku bawak ke rumah mak. bebudak suka la.
maqil makan siap, setiap kali gigit dia dok, "mmmmmmm". wah sedap sangat tu. hahaha.

almond square tu pun sedap.
esp bila makan ngan air panas, coffee ke teh ke. 
antara paling laku jugak cookies ni.

so anyway. harga bagi sebalang adalah RM20
chocolate chips n almond square tu kandungan 330g
suji brunei tu 30pcs.

satu lagi pulak aku tolong jual untuk pihak mama :)
ye uolls tolong menolong.
apa lagi. tart nenas kesukaan ramai.
kemain mama kata belum apa2 dah ada orang msg dia kat fb tanya jual tak tahun ni.
sebab katanya last year boss dia makan, boss dia suka sangat.
since mama kata aku yang tolong jual.
so suruh orang tu contact aku je.



harga RM29 - 50pcs

melt in your mouth sangat.
sedap tak terkata.
sebab dia pakai butter, bukan planta ke apa.
so memang terbaik.
sekali rasa, teringat2 punya.
confirm raya belum 1-2 balang dah habis korang sental.

sorry la tahun ni naik sikit harga.
aku naik pun ikut harga supplier, dorang naik rm2 aku naik la rm2.
dorang naik seringgit, maka seringgit la aku naik.
takda amik lebih.
kalau ikutkan boleh je aku genapkan tart tu rm30 ke kan.
tapi kak jah tak begitu ye.
as usual niat aku meniaga selalunya sebab aku nak share benda best.

sebab serious semua cookies ni best.
kira kalau korang nak bawak buah tangan untuk mak mertua/bakal mak mertua/boss/kawan/mak ke apa takda la kau segan or malu.
sebab confirm sedap dan mendapat puji-pujian. gituh.

ni pic bawah ni hasil jualan last year.
Alhamdulillah last year aku jual almost 500 balang. :)
penuh dining area aku.
sampai 3 hari sebelum raya baru aku free la untuk diri sendiri.
sebab hari2 ku takleh kemana tunggu customer amik cookies.



Alhamdulillah jugak takda back out buyer. semua amik.

so sini kisahnya.

siapa nak beli sila buat tempahan.
boleh whatsapp/sms aku kat 012-2758575

tarikh tutup untuk buat tempahan adalah by 13 julai 2014.

cookies aku akan dapat seminggu sebelum raya.
once dapat aku akan inform kat blog n personally bagi tau korang.
pick up seperti biasa dekat rumah aku.
aku akan bagi date n time frame.
jangan risau sangat. aku ni tak beraya kampung so ada je sini.

so marilah meriah raya bersama cookies kak jah.
matiklah mengaku cookies sendiri kan.
ok tukar ayat, marilah meriah raya bersama cookies jualan kak jah.
la la la.



ramadhan pertama

hola people.
macam mana ramadhan pertama? ok ke?
me? as usual aku ok je.
ok bab minum n makan. tak terasa sangat la.
sebab aku memang dah biasa makan lewat kan. so ok je.
tapi seperti biasa rasa nak amukan n bad mood sebab tak boleh hisap rokok. hahaha.
tu je pun.

dah la kemain dah keluarkan ayam untuk sahur.
takda makna sebab terlajak tidur.
elok terjaga tengah azan subuh. nice bebeh.
tapi aku ok je la. sebab malam sebelum tu aku keluar supper.
so rasanya ok aje ni.
cuma kesian kat laki aku la, dia kan jenis nasi punya orang.
tak makan nasi sekali je tapi macamkan tak makan sebulan gitu.
tapi tengok ok pulak dia tadi.

plan ramadhan kali ni taknak ke bazaar ramadhan.
sebab pembaziran tahap tertinggi every year kan.
esp laki aku jenis gelabah lebih if puasa.
nafsu mengalahkan budak kecik, semua dia nak nanti.
so aku kata taknak pergi. aku nak masak.
if let say pergi pun kita bawak sorang sepuluh ringgit je.
so sila beli within rm10 je. pandai2 la.
haha tak cuba lagi pun. mampu ke?
tapi rasanya if macam tu mesti akan beli ikut apa yang betul2 nak n takda terbazir ke apa nanti kan.

so anyway since nak masak konon.
n dapur aku memang banyak dah abis.
nak ke beli la kan barang basah.
semalam gila kau jam sana sini.
pergi JJ. kat parking pun jam ok.
so memang tak la aku nak beli.
decide takpa kita ke pasar tani pagi.
rigghttttt morning person nya aku ni kan nak pasar tani bagai.
pasar tani dah bungkus pun belum tentu aku bangun. hahha.

so anyway, selesai kan kerja apa patut.
n berazam taknak ke pasar ramadhan. ok nak taknak kena beli benda nak masak ni.
so nak ke JJ la.
around 3pm time tu tak silap.
laki aku nak ikut. haaa suka hati la.
aku sebenarnya tak suka dia ikut.
sebab satu dia ni kalau puasa nanti bad mood macam hapa.
satu lagi aku pun sama. if lapar/tak dapat rokok semua benda bikin aku annoyed.
nanti laki aku banyak cakap pun aku annoyed. eeeiii rimassssss.
tapi nasib tadi ok.
tapi ada time memang aku diammm je, sebab i is rimas.

sebab dah la ramai manusia.
cisss aku ingat dorang dah shopping semalam.
motip nak shopping sama hari ngan aku?
ngan cina, india apa pun semua penuh.
ye la hujung bulan n orang dapat gaji.
dorang pun nak restock barang rumah kot. hmphhhh.

yang pasti aku pergi sana satu apa tak dapat beli.
ikan tinggal 3-4 ekor, udang tinggal seketul, daging tinggal daging pejal me not loike, ayam semua habis..tinggal ayam fillet je. aku amik tu je buat nasi goreng ke apa nanti.
ye semua habissss!!!!!!
sayur pun banyak takda. tinggal semua sayur yang aku dah ada. tsk.
kicap kipas udang pun lemak manis pun takda.
telur asin pun takda.
semua takda la yang aku nak.
apa la nasibbbbbbbbb….

so tadi just beli barang kering la macam tisu, ridsect, bawang, cili kering, cili sos.
sedih bebenor.
basically macam by esok aku dah takda apa nak masak pun. hahaha nice.
tengok la, rajin esok aku check out giant kot2 ada apa2.

oh kan aku taknak pergi pasar ramadhan kan.
sempat weyh masa kat JJ tu laki aku tetiba stop beli cake la, beli rendang la -___-
ini nak bawak pergi pasar ramadhan? memang tak la derrr.
pastu balik tu lalu kedai burger pun dia dok kata, lama tak makan burger.
tetiba sangat. teruk bebenor. semua dia nak.
nasib dapat bini garang semua tak bagi beli. hahaha.

balik aku just buat ikan bilis kentang.
dah takda apa kan.
n memang semalam tu aku tanya laki aku dia nak apa berbuka?
dia nak tu. so layangkan.
aku buat banyak sambal tadi. rasanya 2-3 kali masak lagi boleh.
bagus. senang. kata laki aku ni kalau boleh nak sambal hari2.
senang sambal dah ada. nanti goreng telur mata campak sambal, ikan goreng ke, ayam goreng ke, semua jadi berlada sebab sambal dah ada. mih mih mih.

so berbuka tadi gila takda apa.
nasi makan ngan rendang daging, ikan bilis kentang sambal n telur dadar je.
pastu sendiri emo. sebab rasa tak meriah. if rumah my mommy mesti meriah sangat.
ok fine. maybe lepas ni pergi bazaar untuk beli kuih 2-3 jenis ke, air meriah sikit ke.
tapi tu la. if pergi aku suka datuk keramat or keramat au2 punya. situ punya selalu mostly sedap n dah kenal muka2 orang yang meniaga tu.
aku benci nanti beli, tapi bila makan tah apa rasa. kekecewaan sangat.

tapi sebelum berbuka je sedih.
dah berbuka tu Alhamdulillah kenyang gak walau simple kan.
then takda kemana pun malam semalam.
sebab 3-4 orang COD barang. so kena melekat je la kat rumah kan.
sambil tu aku dah tulis semua borang poslaju for tomorrow.
sebab musim dapat gaji ni kau tangguh kerja rasakan menangis la.
sebab mesti banyak masuk nanti.
sambil buat kerja sambil tengok cerita Karak.
saje nak tengok sebab dah lupa kan.
yang laki aku suruh tukar cerita.
aku kata biarlah aku nak tengok.
dia tengah main game kat hp tapi menyibuk dengki dah kenapa.

tetiba sakit perut lak aku.
so pergi toilet jap.
keluar part yang perempuan pakai kebaya tu kan.
sebab aku dengar la perempuan tu dok kata, "incikkkkk…nampak anak saya incikkkk??"
tetiba keluar suara orang gelak2. komedi ke apa.
aku dah macam, eh iklan ke? gila potong.
aku keluar tengok laki aku tengah ngadap tv.
tanya la u tukar channel ke? dia kata a ah, ite tu takut.
cehhh. hampeh gila.
lawak lak aku rasa. sebab dia ni badan besar mana or gangster la macam mana pun.
tapi cerita hantu tetap takut daripada dulu sampai la ke sekarang.
takleh harap betul.

settle orang amik barang, aku start pack barang untuk post.
lega dah siap.
masuk bilik santai nak tidur.
tetiba teringat aku basih baju tadi.
so ada satu load baju nak kena jemur jap lagi.
oh life.



Expose Mistik: asrama Uni

Assalamualaikum hi peej.

Tetiba je tangan gatal nak baca kisah hantu n terus direct ke blog awak
then dah macam seronok plak baca kisah kisah mistik kat blog awak tu.
(walau sy penakut ta ingat.heh)

Jadi, saya pun nak share la kisah saya jugak.

Saya ada 2 kisah yang rasa sangat anker pada saya yang saya alami sendiri.


kisah satu : Malam terakhir di Asrama ( Un**el)


     Saya ni duduk 6 orang satu hostel. Hostel kitorang macam apartment, 2 orang satu bilik. Budak budak rumah ramai dah balik tinggal saya dengan room-mate je belom, kitorang konon nak sampai betul betul last la kat situ.  

    Hari sabtu tu, tetiba family room-mate datang, pastu bole pulak dia decide nak ikut balik, so tinggallah saya sensorang nak mengharungi satu malam tu. Fikir dalam hati, ala satu malam je kot, apalah sangat kan.


    Petang tu saya lepak lepak umah member, berbual bual ( yela nak cuti lama kan, pastu dah tak jumpa lagi), pastu tetiba saya nampak budak umah saya yang selama ni suka benar duduk menumpang umah kawan dia. Saya pun jumpa la dia, masa tu nak maghrib dah, pujuk dia tido umah malam nih..tetiba plak dia setuju tapi bersyarat iaitu nak tido bilik dia. saya pun okay la kan. Seronok ada teman tido. hehehe.


    Pastu, malam tu dia kata nak kuar kejap, sy pun ikut la sebab takut tetiba dia tinggalkan saya ke, dah saya kene tido sensorang kat umah, lama jugak kitorang kuar smpi kol 12 camtuh (jumpa kawan kawan dia , kawan kawan dia kawan saya jugak sebb satu course kan, cuma malam tu saya tak paham sangat diorg bualkan apa ). Saya bgtau dia, jomlah balik, ngantuk dah ni. Dia diam je. Pastu dia bangun.

   Sampai umah, saya terus angkat tilam bawak ke bilik dia, sebab tilam bilik dia macam kotor sikit. FYI, dia jarang tido bilik tu, room mate dia pun jarang ada kat bilik tu, macam bilik tu terbiar tak de orang duduk. 


   Siap siap nak tido tu, saya sempat la jeling tingkap semua, kawan saya tu, then saya tido lah..


   Pukul 3 pagi, Allah, tetiba dengar bunyi orang mengerang betol betol sebelah telinga, kuat betol lah. Terjaga terus saya. Saya tengok kawan saya lek ja tido, siap selubung sampai kepala. Masa tu mmg tak fikir apa, Tertengok plak cermin tingkap, terbukak luas, dahlah belakang tu hutan rimbun. Blur sngat masa tu sebab rasa mcm dah tutup, makin lama makin kuat bunyi mengerang tu. Saya buat tak tau ja, sebab saya fikir pukol 6 memang nak blah dari bilik tu pun.


   Terlelap sekejap, pukul 4.30 pagi, bunyi lagi, serius saya buat buat mengigau bunyik suara tetiba suara mengerang tu senyap. Tetiba katil kawan saya bergerak gerak, cuak jugak saya masa tuh. Segala macam surah saya baca, alhamdulillah, tertido ngam ngam 530 pagi. Terus saya blah tido bilik saya.

   
   Pagi tu, saya siap siap packing barang, sambil tunggu kawan saya kuar bilik, yela sebab nak balik dah kan pastu tak jumpa lagi, niat nak cakap terima kasih sebab teman semalam, tunggu punya tunggu punya tunggu tak kuar kuar bilik, akak saya dah sampai plak masa tuh, terus saya balik, 3 bulan pastu saya tetiba saya terfikir, saya tido dengan siapa sebenarnya. Sebab ada member ckp dia dah balik awai dah. Question Mark.


Kisah Dua : Berlawan dengan dia ( K*M*)


Kejadian ni berlaku masa saya tengah sambung degree di IPTS di kuala lumpur. Biasalah Asrama. Asrama kitorang ni macam apartment gak. Tapi yang ni saya dok bertiga dalam satu bilik.


      Bole dikatakan hari hari saya kene tindih, memang tak cukup tido betol saya masa tuh. Lesu je muka saya sampai kene tegur ngan member mcm penat sangat saya katanye. Padahal setiap malam saya "bertarung" heh.


      Sebab tak tahan sangat saya tanya ngan akak saya, nak doa pelindung sebab hari hari kene tindih, mana tahan kan. So dia kata baca surah al-falaq lepas tu sapu seluruh badan. Malam tu jugak saya buat apa yang dia suruh.

  
     Masa nak lelap tu, saya mmg dapat rasa ada tenaga yang datang ke arah saya, Kuat sangat sangat smpi saya asyik sebut ya allah banyak kali. Sakit dada saya sebab tenaga luarbiasa. Semakin hampir tenaga tu dengan saya, tubuh saya menolak tenaga tuh. ( macam magnet yang sama kutub ) saya dengar bunyi sore mcm marah tapi saya buat tak tau je sebab saya cuma nak tido dengan nyenyak sahaja. Alhamdulillah, 3 hari kejadian tu saya terus keluar asrama, dok umah je, ulang alik p kelas naik bus sahaja.


Sebenarnya banyak lagi kisah kisah yang saya alami, tapi nati saya share ye.


Assalamualaikum.

Away

sorry last minit plan.
aku takda ni. tak lama pun aku.
pergi 2 hari 1 malam sahaja.

so untuk yang buat payment ke, order ke, sorry if aku tak dapat reply.
once balik aku akan attend to it.
siapa yang bayar malam semalam, aku sempat siapkan pack barang.
so barang akan di post. aku dah bagi pun tracking num kan.
ni pepagi aku dah gerak. so memang tak dapat melayan ye.
ni aku buat auto publish entry je.

kawan aku la ni buat last minute plan.
kata peluang tak datang selalu la apa.
ikut malas aku memang la tak kuasa weyh.
tau la aku ni bab malas memang aku la Queen kan.

boleh dia call aku pukul 4 petang semalam.
kata jom pergi, flight khamis pagi.
gila betul.
dengan pasport aku mati.
ok tak mati lagi. tapi less than 6 month la kan.
mana boleh. sia-sia kena tahan.
dia kata sempat buat. aaaaaa. stressssss.

dah la time dia call tu aku baru start balut parcel.
semalam pulak banyak gila order masuk. Alhamdulillah.
tapi if banyak tu kau tau la penangan peluh n tangan sotong tu macam mana kan.
boleh dia kata tinggalkan semua tu dulu tak penting. uruskan passport dulu.
eh suka hati sangat kat tak penting kan.
kang customer hantam aku tak pasal.

takpa. siapkan parcel.
then banyak gila barang. macam mana ni.
call noy mintak tolong. dia tak jawab2 phone dia.
cissss. aku usahakan jugak susun elok2. gigih kau naik motor ngan laki gi pos barang. ahahahhaa.
sumpah hebat sangat rasa.
dalam bakul depan penuh parcel. dalam bakul belakang penuh.
laki aku sandang bagpack ke depan.
antara dia n aku aku peluk parcel. survivor sangat.
sipi2 je aku dapat pegang laki aku.
abis dah penuh parcel antara dia n aku.

settle pos terus pecut ke utc sentul. nak buat passport.
boleh lak laki aku salah masuk jalan.
dia pergi ikut jalan dalam konon.
jalan dalam la sangat.
ikut jalan biasa boleh sampai 10 minit.
dia ikut jalan jauh tak pasal amik masa 30 minit kot baru sampai.
tu takpa la.
boleh kau sampai sana rasa nak pitam.
sebab gegaran motor dia pecut tu, kesemut kaki aku.
tak rasa apa je pijak lantai.
tu takpa. ngan bontot n cikpek semua kesemut. bongok sangat ok.
me not loike.

tapi adalah happy sebab UTC sentul tu bukak until 10pm.
pastu kan. aku sampai petang tu. takda orang sangat weyh.
ada la dalam 5 orang gitu je.
amik nombor bagi ic n passport lama, tak lama lepas tu terus kena panggil.
fuiyohhh dah takyah kena isi borang apa bagai.
then dalam 5-10 minit gitu panggil lagi untuk amik pic.
wah canggih setiap kaunter tu dah ada screen n camera.
siap sempat la kau adjust2 muka.
dah budget lawa ni.
sekali orang tu kata rambut selak ye, kena nampak telinga.
oh man. bongok tau. terus tak lawa muka kak jah.
matiklah nak gakkkkk kan. walaupun hakikatnya memang tak lawa pun.

but aku terfikir. motip kau suruh selak nampak telinga?
perlu ke kan?
orang pakai tudung tu? mana ada nampak telinga!
apesal tak suruh dorang selak bagi nampak telinga gak.
merepek sangat tau.
but what evs.

then gap 10 mins lagi panggil buat bayaran.
then 10 minutes lagi panggil n dapat passport.
kagum sangat kak jah uolls.
kerana tak sampai satu jam settle weyh.
patut la kawan aku begitu yakin kata boleh buat kejap je siap la apa.
hebat sangat.

then balik rumah.
mission booking flight pulak.
pun give up aku. sebab dah elok nak buat payment error. kims sangat.
aku memang dah malas dah, ah takyah la pergi.
tetiba kawan call paksa kata cuba la lagi. jangan la malas.
haaaa ye lah.
nasib try kali ni berjaya.
kalau tak memang tak kuasa la aku kan.

so begitu la betapa kelam kabuitnya hari ku ini.
suka hati tau buat tekejut2 macam ni.
harap selamat pergi selamat balik la.

yang laki aku kemain drama sedih.
siap mintak no account aku, kata nanti dia dapat gaji nak masukkan duit kt aku.
eeeiii mengada kan. aku pergi 2 hari je la. esok balik dah.
tak yah mengada sangat la.
pastu dia sibuk dok lap2 bag. lap habuk sikit2 sudah.
di tak kemain dok kebek2 lama2.
aku nak kemas ni. dia kata mana boleh. kena perfect.
sebab u artis. nanti orang perhatikan u, so kena la presentable.
eeeiii menaikkan darah je. *kecikkan mata bagi pandangan maut*
dia sambung, betul la..mama yang kata moling tu artis semua orang kenal.
ok malas layan. suka kau la nak lap macam mana pun.

ni dah siap kemas.
tapi rasa debar2 je. hahahah.
sebab tak pernah aku buat plan menggila macam ni.
pastu rasa macam eh nak kemas apa ni. tak tauuuuu.
eh ok la. aku kena tidur la. ada kang tak bangun.

aku nak keluar rumah pagi elak jam.
naik teksi uolls.
kawan aku bengang tu aku kata nak sampai rumah dia selepas subuh. hahahha.
dia kata lewat sikit takpa. taknakkk. aku tau hazab macam mana mrr2 tu.
so merasa la aku gerak awal n sampai awal rumah dia.
katanya. jangan terlajak tidur sudah.

oh btw ni auto publish entry.
by the time publish ni aku dah otw ke airport pun.
ok ta-ta.



choco top

few weeks back filla ada datang rumah aku.
nak keluar makan masing-masing malas sebab tau la cuaca nowadays.
memang panas bahang tak boleh tahan.
baik duduk rumah aku je, pasang aircond, baring-baring. nyaman je.

tapi lepas tu perut lapar.
nak masak rumah aku barang banyak habis.
so lets order makanan.
aku kata order mcD nak?
dia ok je.

omg filla ni kalau nak order makanan punya la lama.
nasib la aku ni penyabar orangnya. urut dada.
nak tunggu dia decide nak makan apa pun lama.
kejap nak ni, kejap nak tu.
last-last dia tanya, aku makan apa?
aku cakap la aku makan sekian2.
pastu dia kata, eh nak makan sama macam aku la.
hishhhh *pandang dia sambil kecikkan mata*

ok nak call.
sekali dia kata eh nak choco top jugak.
aku dah macam, apa choco top tu?
dia kata ala yang sundae kon tu. yang ada chocolate tu.
aku dah macam eh boleh ke delivery order ice cream? cair la nanti.
dia kata boleh.
aku kata tak tau la aku tak pernah order.
if la boleh pun takkan la nak order sundae cone. macam mana nak bawak kan?

tak puas hati gak tu. dia suruh gak aku tanya.
dia nak ice creammmmmm.
cuaca panas2 ni sedap makan ice cream. eeeii sabar je la.

ok la aku call la mcd.
so order la itu ini.
muka filla tepi aku dah sibuk2 nak ice cream. *kecikkan mata pandang dia lagi*
so aku tanya.

me : nak order ice cream boleh tak?
cs : yes boleh.
me : hmmmm kalau nak order sundae cone yang choco top tu boleh? *rasa nak tikam diri sendiri*
cs : hhahaha *gelak sinis* eh yang tu tak boleh la miss.
me : a ah kan. *maluuuu*
cs : tapi if nak sundae or mc flurry boleh.
me : hmmm kejap yea. (tanya filla) eh kalau nak mc flurry or sundae boleh. kau nak apa?
fillaaa : hmmmm. jappp…alaaa nak choco topppp.
me : tak boleh la. cepat la.
filla : hmmm taknak la ice cream.
me : *jeling filla* eh takpa la taknak ice cream
cs :  haahhaha *gelak sinis lagi* ok miss. thats all……

eeiii rasa nak tumbuk je filla tu kan.
dah la memalukan iolls tetiba nak order choco top.
pastu tetiba taknak ice cream pulak.
saje je suruh aku tanya kan.

tapi lepas kes tu.
aku asyik la terbayang je choco top tu.
aku tak pernah makan ok. hahaha.
entah tak terasa nak try sebab terbayang macam eh mesti manis chocolate banyak sakit kepala ah.

dah la aku berapa malam asyik la teringat je.
pastu keluar ngan noy pergi drive thru.
aku kata la nak choco top tu.
noy pun buat muka pelik. kata sedap ke?
aku kata tak tau la. filla kata sedap.
sampai dia suruh aku order kat delivery.
dah dedua beli.
pastu sanggup kau berhenti tepi jalan layan ice cream baru balik rumah.


aaaaa sedapppp.
dah rasa macam magnum lak sedap tu.
kalau ada almond memang sebijik la. oh im in love.
patut la filla gila suruh aku sampai order delivery.
hahhaa gila jakun kan. orang dah bertahun makan benda ni. aku je baru try. hua hua.

yang noy pulak.

noy : omg sedappp. tak boleh yea order delivery kau kata?
me : memang tak boleh la. kau gila ke? tengok la macam mana. macam mana dia nak bawak motor pegang benda ni. cair la semua.
noy : mana tau dia ada bekas or alat untuk hold n sejukkan ice cream ni.
me : kau ngan filla sama je.
noy : serious ok dia kena cipta alat tu.
me : *kecikkan mata pandang noy*

Ya Allah Ya Tuhanku, kau beri aku adik yang begini, sekarang kawan pulak sorang macam ni jugak…aku pasrah.
serious dedua tu sama je.
sama blur. sama bimbo.
aku n elly sentiasa mengurut dada melayan kerenah dorang.

paling tak tahan bila dalam whatsapp group filla berbunyi, "aku cuti so aku free esok. siapa freeeee?????"
dia tau dah tentu elly kerja. aku memang kerja kat rumah je kot.
haih la filla *pandang hp sambil kecikkan mata*

:: tadi noy saje je whatsapp pic dia beli lagi. kong jaq ::


p/s: aku terbayang org mcd delivery gigih kena pegang ice cream ni. hahhahahaa.

ku pikirin

macam ke hapa je tajuk.
sumpah pening pikir tajuk.
but nway mood rasa nak update blog.
lately ni tak tau nak cerita apa.
cerita banyak tapi tak rasa nak cerita.
boleh macam tu? boleh laaaaa…

aku dah la pening ni.
aku selalu beli bubble wrap envelope untuk post tabita.
senang kerja, masuk n seal je.
kerja senang, barang selamat.
so ni tinggal few je sampul tu. nak order la.
boleh lak dia kata dah tak jual.
sebab kilang dah tak produce.
e eh kau. suka hati je tauuuuu…
aku suka la sampul tu.

solution patut aku beli la sampul macam tu jugak tapi warna kuning tu.
aku dulu pakai tu. tapi tak suka sangat sebab dia kecik sikit n jenis kertas.
so dia macam cepat jahanam. me not loike.
yang aku guna now warna putih, besar sikit n jenis plastik.
macam best. dah takda pulak. benci tau.

so semalam jenuh la google.
jumpa la sampul kuning tu. tsk.
tapi rasa tak best ok.
so godek2 nampak ada jual bubble pocket. menarik gak.
pakai tu then masuk la kat courier bag kan.
tapi tu la aku dah beli semalam. settle urusan. tapi status pending lagi.
tumbuk kang.

aku malas pakai bubble wrap jenis bergulung tu.
dah la makan space nak simpan.
pastu nak balut nanti kena gunting2.
pastu kena selotape sana sini.
memakan masa nak pack.
kalau post sikit ok la.
kalau tengah barang banyak nak post tu. amik kau menangis nanti.

dah la nak puasa ni.
aku pun tak sure kenapa tapi bulan puasa je mesti banyak order masuk.
semua nak lawa time raya kot. heheheh

nway. siapa ada suggestion mana boleh beli bubble wrap envelope tu?
yang macam jenis aku selalu pakai tu.
sharing is caring.

eh ok la. nak mandi siap.
sat lagi noy sampai.
kang dia sampai aku duduk macam ni lagi bising dia.

siapa nak beli barang semua ada stock ye.
just whatsapp je 0122758575

eh aku ada produk baru nak kenalkan.
nanti senang aku update dalam this week.
kita cuba. kita cuba. :)

Mis Claire - Plussize Clothes Online Shopping

Siapa sini suka online shopping?
mesti ramai suka kan.
aku antaranya. ada time aku menggila sampai tahap hari-hari ada parcel sampai.
pastu sendiri takut. hahaha.
nasib sekarang dah sedar diri sikit. ;p



so kali ni aku nak kenalkan satu lagi online shop untuk plussize.
ye kita ni plussize size susah nak carik baju best kan.
tambah pulak online. so bila ada yang menarik tu marilah share.
plus selama ni ada je yang tanya aku beli baju n seluar kat mana.
so jawapan adalah Mis Claire. 

aku suka sebab memang plussize yang menepati citarasa.
lepas tu paling best harga pun sangat berpatutan.
n quality pun sangat best.
ada some tu nampak macam best, harga macam mahal…so rasa macam ok kot sebab barang best kan.
tapi bila dapat je barang rasa kecewa sangat sebab quality baju tu macam kau beli kat FOS pulak.
tak pun ada yang harga ok la tak mahal, tapi setanding quality.
tapi peliknya kat dalam pic macam lawa sangat. tipu sangat kan.

so Mis Claire barang so far berpuas hati la.
siap if pakai tu ramai je akan cakap lawa n tanya beli mana. :)

lagi best tadi jenguk la http://www.misclaire.com
wah banyaknya discount. lagi rasa berbaloi-baloi je.




here are some of yang aku personally suka.
so pretty eyy.














tengok la harga dia. murah n berbaloi-baloi sangat.
dah la lawa. super love.

cara nak beli pun tak susah.
semua main click-click je.
tak payah susah payah.

yang paling utama kena register as a member.
tujuan bukan apa. sebab situ nanti letak segala details untuk postage nanti.
so untuk kemudahan di kemudian hari time nak beli nanti. :)
so lepas dah register, everytime nak purchase just log in je.

cara beli
1. pilih baju mana suka. if baju tu ada 'Attribute' tu pilih la korang nak size yang mana.
2. lepas tu tekan 'Add To Cart'
3. if masih nak beli few lagi. boleh teruskan shopping n ulang step 1 & step 2.
4. dah selesai shopping boleh tekan butang 'Checkout Now'
5. akan keluar list apa yang ada dalam shopping cart


if nak teruskan tambah barang boleh continue shopping. if tiba-tiba rasa macam taknak pulak barang yang korang pilih tu, boleh je remove item tu dengan tekan butang pangkah tu.

6. Tekan butang 'Proceed to Checkout'
7. akan keluar info korang macam nama, alamat, no tel. if betul boleh confirmkan.
8. keluar online order, confirmkan semua betul, lepas tu boleh terus tekan 'Confirm Order'
9. Proceed with payment. boleh buat payment situ jugak


or if prefer nak bank in sendiri pun boleh. tapi lepas buat payment kau kena inform manually thru email.
if nak guna paypal pun boleh.
senang sangat la.
if nak guide cara nak order online bergambar boleh click link ni CLICK HERE.

oh lupa, postage untuk seluruh malaysia dan jugak singapore ye.
if beli banyak dengan certain amount akan dapat free postage.

raya pun tak lama lagi.
dapat gaji ni dah boleh beli siap-siap ni.
n sementara tengah ada banyak discount n sale tu kan.

so boleh checkout Mis Claire kat sini:


Website : http://www.misclaire.com

Facebook : https://www.facebook.com/plussize.misclaire

Twitter: https://twitter.com/MisClaireMY

Instagram : http://instagram.com/plussize_misclaire

robek hati ku

few days ni macam tak sanggup je nak ber-facebook.
especially bila keluar kisah remaja OKU tu.
aaaaa sedih sangat.

aku pun tak tau nak komen apa.
memang rasa nak hentam mak dia tu cukup-cukup.
tapi macam mak dia kata orang tak tau macam mana kesempitan hidup dia.
ok fine la. ada betul.
sebab kita takleh cakap, kita tak tau kan sebab kita takda dalam situasi tu.

tapi. cara tu cara.
selagi kau boleh pakai elok, anak sorang lagi pun sama.
sihat je badan macam cukup makan.
maknanya kau boleh bagi yang sama kat anak yang OKU tu kan.

aku tak rasa anak dia yang OKU tu mintak apa pun.
setakat kau sediakan dia baju say 4 helai. seluar pendek 4 helai pun cukup.
ganti la pusing-pusing yang sama je pun.

n rumah dia elok ok. tapi bilik yang dia letak anak dia tu macam tu?
aaaaaaa. kucing-kucing aku pun rasanya hidup lagi selesa la daripada tu.
n boleh dia kata dia dah letak makanan.
for all u know budak tu tak reti pun makan sendiri.
suapkan la. :(
kau ada masa beli makanan n letak makanan tu. takkan takda masa nak suap.

aku ni bukan bela manusia yang bernama anak, aku bela kucing je.
pun aku tak sampai hati macam-macam ok.
nak bercuti memana pun pikir banyak kali nanti kucing aku macam mana?
let say takda sapa jaga aku letak makanan banyak2.
bila balik aku tengok makanan licin terus rasa bersalah sangat n terpikir eh daripada bila la dorang punya makanan habis ni?
n litter box tu pun. bila penuh n rasa malas je nak bersihkan.
nanti terpikir, cuba kalau aku kena berak kat toilet tapi toilet tak bersih.
hahah ye aku saiko suka bandingkan ngan orang. tapi ye la kan.

nanti asyik la aku tanya noy.
kau rasa kucing2 aku happy tak?
noy kata happy la, ada tempat berlindung ada makan apa semua.
sebab selalu terasa mana tau dorang tak happy kekurangan kasih sayang ke apa.
ye aku bahasa kan kucing-kucing aku orang, bukan ekor. hua hua. im saiko like that.

but kisahnya. kenapa ada orang tergamak buat macam tu?
anak sendiri kot.
takda ke rasa sedih tengok keadaan anak dia.
daripada budak tu elok comel je, sampai jadi macam rangka. tsk.
apa la perasaan budak tu kan.

ish sebak-sebak.
sebak sambil type sambil tengok kucing-kucing.
ok takda kena mengena tapi sedih la.

ni tadi ternampak orang share pic terbaru adik tu kat hospital.
berisi balik muka takda cengkung dah.

speechless.
tak tau nak cakap apa lagi.
sebab tak dapat nak selam hati orang.
tak tau besar mana ujian yang Allah bagi kat seseorang tu.
benda-benda macam ni kadang buat kita bersyukur.
kita rasa macam-macam masalah kita ni ada.
tapi masalah orang kita tak tau kan.

walau apa pun, harap kebajikan budak tu terjaga.
tak kisah la bawah JKM ke, mak dia sendiri ke, or sesiapa saje.
sebab sedih jugak if mak dia kata biar JKM amik je ke apa.
kalau dapat bantuan, sila la jaga sendiri.
sian la budak tu. sebab macam tengok video tu, dia dok panggil2 mak dia kan.
mesti dia ada perasaan sedih tetiba tak jumpa mak dia lama ke apa.

oh life.




Assalamualaikummmm….uncleeee...

laki aku ni kan ramah tamah orangnya.
macam aku pernah cerita.
walaupun aku ni duduk sini dah 2 tahun, tapi rasanya jiran yang bebetul aku kenal n tau nama 2 orang je kot.
tu pun sebab aku kenal daripada zaman aku kecik.
yang lain cam la muka, nama langsung tak tau.
tapi yang macam tu pun ada la 3-4 muka je aku cam. hahaha.
sebab aku memang tak berapa nak jadi ahli bertenggek di depan ke apa.
aku selalu dalam rumah je.
if keluar pun betul-betul keluar la. keluar masuk kereta. balik keluar kereta masuk dalam.
gituh.

lain pulak ngan laki aku yang suka duduk depan sapu-sapu la.
suka tegur semua jiran sembang la apa.
kadang if keluar. kita orang dalam kereta. sanggup dia turunkan tingkap n bagi salam tegur.
amboi over sangat ni haaaa.

kadang if keluar. tetiba nampak dia bertegur ngan someone siap sembang.
aku blur-blur je.
pastu nanti orang tu gerak aku tanya la siapa tu. pastu laki aku kata tu jiran la.
haaa jiran? jiran mana? jiran duduk hujung sana.
hujung as in hujunggggggg jauh ok.
macam mana dia boleh kenal aku pun tak tau la.

tu takpa. tu takpa.
terpaling baru aku tengok bebudak area rumah ni.
selalu petang-petang memang ramai yang berkumpul bermain bola la apa segala la.
dah lama ada
tapi lately aku rasa dorang rajin mengacau laki aku.
sebab rumah aku ni, laki aku suka bagi kucing luar makan.
kesian. memang kesian. tapi satu la i tak sanggup.
sebab bermacam kucing keluar masuk. memang jawabnya ada la adengan pancut sana sini.
kadang tu ada la bau hancing kat luar tu. grrrrrrr….

so nway, so kadang macam-macam kucing la ada kat rumah ni.
buat macam rumah sendiri je.
so bebudak suka la kot. esp bila ada kitten datang ke apa kan.
so maybe laki aku suka melayan bebudak tu pasal kucing ke apa.
ok takpa la. suka hati korang.

then ada satu petang tu, laki aku takda.
dia ada urusan kot. belum balik kerja. ke keluar eh. aku pun lupa.
aku tengah main laptop sambil on tv.
biasa la tv on takda purpose selain jadikan background peneman je. hahah.
then tetiba dengar suara bebudak 2-3 orang.
assalamualaikummmmmm….uncleeeee….uncleeeeeee.
assalamualaikummm…uncleeeeeeee..

aku?
aku slowkan tv, duduk diam-diam dalam rumah.
hahahha buruk perangai kan.
sorry kids. uncle memang suka melayan bebudak.
aunty ni anti social sikit. hahahhaa.
after awhile aku tengok dah takda dah. phewwwww.

then semalam sama jugak aku kat dalam.
laki aku dok menyiram pokok bunga.
aku dengar dia bersembang ngan budak.
tersengih-sengih lak aku dengar conversation.
daripada cara bercakap n sembang aku syak budak laki tu dalam darjah 3 macam tu la.
semangat dia cerita pasal diri dia.
kata dia duduk mana. nampak tak kereta sekian2 tu. haaa tu rumah kawan saya.
kawan baik kat sekolah la n tah apa-apa la.
elok je laki aku melayan. bertambah seronok la kan.

aku memang kurang reti daripada dulu.
sekarang ok la sikit. tapi still takda la hebat sangat.
boleh nampak kot. tak kira la comel macam mana baby orang.
aku takkan offer diri nak dukung or cium. tengok n senyum aje.
orang kata nak dukung? pun taknak.
unless jenis yang paksa terus letak kat aku. ok macam tu boleh la.
tapi aku keras macam tu je la. hahahahha.

sembang lagi la.
boleh la setakat layan sikit-sikit.
banyak tanya sikit terus aku akan, tak tau la..pergi tanya kat mama awak. mama mesti tau.
hahahha kong ajo sangat kan perangai.

entah la. dah aku macam tu.
tapi kau bagi aku kucing aku tau la bercakap.
aku suka kucing. kucing kita cakap dia macam paham.
pastu nanti aku samakan kucing ngan manusia. pastu nanti semua bengang.
dah la comel rasa nak tumbuk.
pastu kucing don't judge u.
wah yakin je kan, walaupun daripada pemerhatian aku..aku tau kucing aku macam lagi suka laki aku daripada aku je. hahahhaha.

ok aku pun tak tau apa motif entry ni.
tetiba masuk cerita kucing.
sebenarnya nak cerita aku suka pulak curik dengar laki aku melayan budak-budak ni sembang.
n budak tu semangat cerita macam-macam.

tu pun laki aku dah masuk sebab dah maghrib.
aku dengar ada bebudak ni dok bercakap lagi.
dorang cakap eh dah jumpa la. ni la kucing tu. eh mana uncle tu?
sorang lagi jawab, eh uncle dah masuk la.
takpa nanti kita bagi tau uncle.
hahaha comel sangat.



Expose Mistik: final exam sem 1

Assalammualaikum.
hye kak, saje nak share cite dgn akak

.................................................................................................
mcm ni ha mulenye
beberapa hari sebelum final exam .. time tu lepas study trus tdo
dalam pukul 2 or 3 pagi orang (sya le tu) terjaga
pastu try nak lelap balik.. time nak lelap tu la start "incik" tu mengacau
mule2 slow je dgr mcm ade sumone tgh naik tangga gendong benda berat mcm kena seret kat tangga.. lame2 makin kuat plak bunyinye tu ha!!! 
nasib baik la mak jemah ni kuat semangat... tp makin lame makin dekat bunyinye tu ha .. 
Subhanallah, bunyi tu smpi depan pintu bilik pastu terus hilang (kalau diketoknye pintu bilik tu .. memang orang gegar dah member kat sebelah tgh sedap tdo tuh..)

esoknye plak.. time malam tu kami start kena ganggu dengan "incik" tu.. 
sorang demi sorang akan dengar bunyi tu 
sampaila kami berkumpul tdo satu bilik.. sedangkan umah tu besau bak hang.. banglo 2 tingkat.. yg duduknye 5 orang je ha... 
time kami kumpul ramai2 tu.. tgh sedap semua dok study... ada yang layan perasaan.. "incik" tu datang lagi.. semua dengau bunyi tu.. 
TERDIAM semua ha! masing2 start baca ape yang patot smpila bunyi tu hilang.. nasib time tu kami memang tutup pintu bilik.. kalau bukak pintu n nampk "incik" tu.. 
mahu gugur jantung warga-warga muda ni ha.... 
time bunyi tu hilang.. tingkap sebelah katil eden terbuka sendiri tau tak..!!! 
tingkap tu susah nak buka sebenonye wei... nak kate angin kipas.. takla kuat.. 
nak taknak.. kena tutup.. eden la yang tutup tingkap tu balik .. muka pandang dalam, tak pandang luar time nak tutup tingkat tu... dok menggagau nak tarik tingkap tu ha .. 
dahla depan umah eden tu semak samun.. mcm hutan dah ha.. mano eden tak takot.. suruh yg lain tutup pakai tak tutupla tingkap tu ha.. dahla sebelah eden jo.. 

selang beberapa hari time tu.. eden dengo lagi ha bunyi.. tapi bunyi lain.. 
tgh sedap study time tu.. kat luar area tepi umah tu eden dengau ade orang bercakap.. mcm ni ha bunyinye " abang ..cepatla abg.. mainla dengan adik" ... celah mane malam2 nak main2 tu dik oi.. dahla kawasan umah tu tak ramai budak.. dah tgh malam.. takkanlah budak2 nak masok umah kito ni ha.. pagar kunci dah.. pagar umah eden duduk tu besau n tinggi bak hang.. 
eden tawakal ajo la ... memang dah jenis yg kuat semangat.. truskan jela study tu .. pedulila kat "orang yg nak main tu.. lamo2 ilang"

ada satu lagi malam.. dalam bilik setiap orang of coursela ade bakul sampah kecik kan.. 
senang nak buang ape2 takyahla susah2 nak turun bawah..
time malam tu, bakul sampah tu dah penuh.. eden ikatla letak luar plastik smpah tu nak ganti dengan plastik yang baru.. so eden letak plastik sampah yang dah penuh tu kat luar pintu bilik...
keesokkan pagi tu eden nak p kelas.. buka la pintu .. 
hambik kau!!! berterabur sampah depan bilik eden tu ha
mule2 member semua ingat kucing yg buat..
eden pun toray la chek .. emmm.. memang bukan kucing ..lain mcm cara selongkarnye tu..
tp nak sedap kan hati member2.. eden iyokan ajela ape dorang ckp... 

kes kami kena kacau ni memang setiap hari kene.. jadi orang n kawan2 dah lali.. so biarkan saja.. kuatkan semangat.. baca pendinding diri ..
smpila kami habis exam n  trus balik kampung..

so time kami cuti sem tu, tuan umah datang sebab kami dah cita.. so tuan umah bersihkanlah umah tu ha..  
time sem 2 kami datang.. alhamdulillah.. enggak ada apa2 lagi.. 

tpi kami dok ctu smpi pertengahan sem 3 je.. pastu pindah 

ok.. sekian dari eden .. 

 (Ismi Zulaiha)


cuba try test

semalam pukul 3 pagi macam tu telefon aku bunyi.
lama pulak tu. memekak je. aku silentkan je.
then lepas tu call lagi.

yang laki aku tidur pun boleh terjaga.
pastu tanya siapa.
bongok sangat. aku yang debar-debar tau.
ye la sesuatu sangat telefon bunyi kul 3 pagi kan.
aku jawab kata tak tau, no tak kenal.
malas angkat.
kalau customer pun agak-agak la if nak call pagi-pagi.
takyah. esok-esok ada.
ok lets tidur.

tapi keep on call ok.
sampai aku terpaksa silentkan phone.
sebab silent, merasa hari ni terlajak-lajak aku tidur. cisss.
aku check. amik kau. ada dekat 7 miss call.
pukul 4.30 pagi. lepas subuh pun.
ada la selang few hours. eeiiiii.

aku dah macam, apa yang penting sangat?
if customer pun usually tak dapat call, kau order je la through whatsapp or sms kan.
lantak la.

then tadi around 2pm macam tu call lagi.
sumpah aku sampai dah kenal no tu.
so aku jawab la. ok la siang kan.
maybe la kot customer.
sebab aku ada customer yang tak reti sms or whatsapp.
usually yang berumur sikit. n sometimes dorang ada persoalan ke apa nak tanya.

sekali jawab suara lelaki.
sengau.
ok takpa.
pastu biasa la.

me : hello
him : hello. ni siapa ni?
me : tak ni siapa?
him : tak kenal ke?
me : sorry tak kenal. nak apa ye?
him : alaaa tak kenal ke?
me : tak la. nak apa ye?
him : ni siapa ni ye?
me : tak serious nak apa sebenarnya ni?
him : takkan tak kenal.
me : takda nak apa kan? sorry tak kenal. bye.
him : hmmm ok la. bye.

e eh kau ni dah kenapa?
memang aku tak kenal la. ngan suara sengau kau.
biadap call orang pagi buta.

tak lama lepas tu tengok masuk whatsapp, "hi".
ok BLOCKED.

serious aku tak boleh blah la orang macam ni.
apa takda kerja sangat ke kau randomly main call/whatsapp je no kau tak kenal.
apa faedahnya? bazir bil/kredit kau ada la.

dengan harapan akan berputik kot bunga-bunga cinta if di layan.
tapi maybe la kot.
kalau dedua jenis sangap.
tapi kot ye pun bercinta la macam orang normal.
sekarang ni ada camera 360 la apa bagai.
jangan jadi macam ada kes tu. bercinta sakan.
bila jumpa tengok gf dia selama ni tu tak lawa macam dalam pic dia biasa tengok.
terus terjun kat mall tu bunuh diri.

tapi serious aku masih terngiang-ngiang suara mamat sengau tu.
rasa nak tumbuk.
tumbuk bukan sebab sengau. tumbuk sebab macam orang gila call berkali-kali.
bodoh piang.

hari-hari pun sama

macam lama je menghilang kan.
padan muka. hilang sebab tak tau nak update apa.
ye la aktiviti pusing-pusing sama je.
malas aku nak cerita.
korang pun naik bosan asyik itu je la ceritanya nanti.
kalau ada aktiviti pulak penyakit malas nak snap pic ke apa.
pastu padan la muka sendiri, bila rasa nak update blur taktau nak cerita apa. hua hua.

anyway, hari tu kan beli novel game of thrones tu.
aku baru baca sikit je.
sebab tengok tv series pun boleh tahan pening ramai nau watak.
ni pulak baca novel. rasakan la lagi pening.
baca sikit aku tutup.
tapi hari tu tak sabar nak tungu episode baru baca jugak la.
baca terus buku no 4 la.
ok la paham sikit.
sambil baca sambil hp kat sebelah.
rasa-rasa lupa eh ni watak ni nama sekian ni siapa ni?
terus google. tengok pic baru macam, oh dia ni. hahaha jadi kerja kan.

btw, episode last dah habis.
ok la season finale. agak berpuas hati jugak.
tapi sungguh tak sanggup la follow cerita ni.
dah la season setahun sekali je, pastu 10 episode je. kong jaq betul.
season habis ngan hati debar-debar je.
pastu jenuh kena tunggu setahun woih baru ada new season. fuhhh.
tapi takpa. mari gigihkan diri baca novel tu. :)

nway, cerita tu dah habis.
aku sambung tengok orange is the new black pulak.
boleh tahan cerita dia. based on true story.
now dah masuks season 2.
tak sure memang dah lama keluar ke apa.
tapi ikut website selalu aku download tu dia season tu start june 6.
tapi masa june 6 tu aku tengok straight satu punya season 13 episode dah boleh download.
eh ni tv series bocor (ala-ala exam soalan bocor) ke apa ni?
yang pasti sementara ada tu mari download full season.
wah gembiranya hati dapat marathon.

nway, aku sangap al buaya ok.
ok aku pun tak sure kenapa tetiba al-buaya. jangan tanya.
tapi terbayang buaya pulak. buaya kan selalu bersantai berjemur sambil ternganga gitu.
haaa macam tu la rasa di hati.
few weeks ni tak kemana. pitam sekejap.
aktiviti mingguan bersama elly n filla pun takda.
elly kan busy je 2 weekend ni.
jonet kata nak start duduk rumah aku pun tak datang-datang lagi.
kalau tak happy la sikit.
noy pun mood malas nak lepak.
melepek je rasa.

tu yang sabtu lepas rasa tertekan jiwa kak jah.
rasa macam nak hantuk-hantuk kepala kat dinding.
wah dramatik sangat.
aku memang malam ke apa dah tak kuasa ikut lepak. penat la.
ikut sekali sekala if rasa lapar sangat n tak rasa nak tunggu later-later baru dapat makanan laki bungkus kan. so lepak la. tapi jarang la.
tu yang macam ke hape je tak nampak dunia luar. cehhhh.

so sabtu lepas ikut la lepak n makan.
then nak gerak awal tetiba dorang ajak beli dvd.
ikutkan aku suruh hantar balik. malas la.
tapi dah di ajak. n ok gak, boleh beli dvd ke apa.
then ingat lepas tu balik.
sekali salah masuk jalan. tetiba dorang kata jom pusing KL.
hahaha lawak je rasa, sebab lamanya tak pusing KL tengah pagi.
zaman 'malam masih muda' dah berlalu kan.
nampak bebudak pergi club terus sendiri rasa penat.
kau mampu? baru tengok dah rasa penat.
ye la teringat penat tu. sebab nak pergi mesti nak lawa-lawa konon.
bersiap kemain la awal. nak keluar malam tapi daripada petang hp bunyi sana sini,
kadang tu siap minggu sebelum tu siap shopping baju kau nak keluar punya pasal.
hahaha bongok je pikir balik.
kemain, nak pakai high heels. taknak pakai flats tak vogeh la kan. walaupun.
lepas tu takda table padan muka berdiri je. pastu muka macam taik sebab kaki rasa nak meletop.
hampeh.
sebab tu la sekarang dah tak kuasa. plus if pergi pun confirm terasa tua sangat.
tak sanggup.
pastu tengok anak muda menari macam cacing kepanasan takut aku hilang kawalan n siku sorang-sorang. hahahahha.

nway, dah jalan situ then pusing ke dataran merdeka.
tak pernah pergi sana.
so adalah terkejut siap jalan tutup.
aku dah macam, oh sebab ada perlawanan bola sepak boleh tengok kat screen kot.
eh takda pun.
jalan siap jam.
pastu baru aku tau situ jadi port lepak eh?
sumpah tak tau. segala orang kereta bikin-bikin ni berkumpul n lepak takda motif.
rasa bongok pun ada.
pastu ramai la perempuan mostly bertudung lepak dengan budak-budak kereta.
siap aku tengok ada satu kereta ni myvi bikin-bikin la. dalam penuh perempuan.
pastu tergedik-gedik semacam.
tengok again, aik takda dalam kereta dah.
rupanya park kereta n lepak tepi-tepi tu. ish.

dah macam pesta kat situ.
siap ada few orang jual air tin la apa segala dok pusing.
serious banyak gila kereta ada la dalam 100 kot. ke lebih entah.
nanti ada la bermacam geng satria, honda, myvi, impreza n tah apa-apa la.
satu geng ada la 20 kereta macam tu.
tapi entah aku rasa macam bongok je lepak macam tu.
lelaki suka la kot. sebab tengok-tengok kereta kan.
tapi kalau aku la jadi perempuan-perempuan tu, bf ajak lepak macam tu. aku hempok sekali.
oiiii boring la.
bawak la karaoke ke, tengok wayang ke, terhibur la jugak.
ni duduk tergedik-gedik, pastu selfie 18 kali.
pang kang.

ke sebab aku tak minat?
ke sebab aku dah tua jiwa takleh masuk?
ada antara korang suka ke macam tu?
maybe la kot lain orang lain minat
aku jenis suka dok rumah kot.
ok takda la dok rumah sesajo, tapi daripada tak tentu hala macam tu, baik aku duduk rumah layan tv series. tak gitu?

talking about tv series, ok bye.
aku nak layan orange is the new black sambil lipat baju yang sikit lagi dah rupa gunung kinabalu.



viralbrothers

semalam aku ternampak ada orang share satu video ni kat fb.
video prank la.
lawak pulak aku rasa.
terus aku tengok video dia yang lain-lain.

aku tak sure dorang ni orang apa.
russian maybe.
tapi video dia ada translation la.
tak sure dorang memang celebrity ke, host ke or youtube celebrity.
tapi banyak la video dia.
tapi aku suka tengok video revenge dorang.

video 2 orang kawan ni.
memula dorang ni kenakan kawan dia.
sekali lepas tu kawan dia tu balas dendam balik.
then sorang lagi tu balas dendam balik.
tapi some tu lawak sangat. tak sukaaaa. hahahahha.

nway, ni aku share video dorang yang mana aku rasa macam lawak la.
tak banyak pun. so far baru berbalas dalam 8 video aje.
aku share some. :)

enjoy.
happy saturday.














Expose Mistik: pasir

Hi Kak Peej,

Saya pernah hantar cerita expose mistik tajuk Pulau dulu.
Hari ni nak cerita satu lagi kisah seram.
Maybe tak seram sangat la kot.
Tapi bila saya fikir balik meremang la jugak bulu roma nih.

Cerita ni dah lama masa saya study  Uni dulu.
Tahun 2008.
Masa tu ada trip kat hutan simpan. (tak ingat nama dia)
Konon nya nak study dan ambil sumber inspirasi dari alam semula jadi la ( konon-nya)
So task kitorang ialah perform satu tarian kat pensyarah,
Tugas ni grouping. Campur la laki perempuan satu group.

Ade satu group nih.
Majoriti perempuan.
Diorang amik case study tarian Ulik Mayang.
Lepas tu one of them,  saya bagi nama dia A, dia ni memang mistik sikit.
Mistik macam mana?
Saya rasa sebab dia belajar silat la kot dia macam ada ilmu yang bukan macam orang biasa.
Plus orang ramai kalau tengok dia mesti macam terpesona/ enchanted giteww..
Sebab dia memang lawa dan boleh di katakan hampir perfect jugak lah.
Dia pernah cerita kat saya, dia selalu mimpi orang bunian pinang dia lah.
Mimpi dia  bersanding kat istana besar which tak ada suami pun kat sebelah dia.
Mimpi macam-macam lah yang seram.
Mungkin sebab hati dia baik kot..
Plus suara dia merdu gila kalau menyanyi. 

So group diorang perform la dekat tepi sungai.
Ye Kak, tepi sungai.
Kawan saya yang A ni la yang nyanyi lagu ulik mayang sambil menari.
Kire dia lead la tarian tu.
Masa perform tu siang.
Lepas tu, malam pun menjelma....

Tapi tak ada apa pun berlaku.... ( saja suspens..)

Ok..lepas tu balik kampus..
Masa sem tu, saya sorang je terpisah hostel dengan kawan2 kelas saya.
So saya selalu la jadi roommate tambahan kat bilik kawan saya yang A ni.
Siap beli mattress yang boleh lipat tu letak dalam bilik mereka.
Malam tu, saya macam biasa la tidur kat bawah (lantai).
Yang kawan saya ni, tidur atas katil tingkat atas. (katil double decker)
Saya tidur kat bawah dengan roomate kawan saya yang sorang lagi.
Malam tu, tidur memang lena sangat...

Pagi tu.....terjaga sebab ada rasa pasir-pasir halus kat kaki.(pasir pantai..)
Dalam hati, saya bermonolog.. Eh aku pakai seluar track yang tak basuh sejak balik hutan hari tu ke? Napa macam ada pasir je..?
Saya terus bangun dan duduk.
Tengok2....ada segumpal pasir ( dalam semangkuk besar kot) kat betul-betul kat hujung matress saya.
Terbeliak la mata saya.
Apa ni??
Macam mana boleh ada pasir kan.?
Saya cari la mana asal punca pasir ni.
Tengok-tengok, ada je meniti dari hujung matress tu sampai la ke meja study dan kat tingkap dan kat luar frame tingkap tu.
Bawah bantal saya pun ada.
Lepas tu roomate diorang yang tidur sebelah saya tu pun terjaga.
Kecoh la jugak bila semua orang terjaga.
Diorang semua cakap saya sleep walking kekdahnye.
Saya cakap la saya bukan jenis macam tu.
Then, kawan saya yang A ni cakap..
"Korang, semalam aku mimpi aku main-main dengan 7 orang puteri (bunian) kat tepi pantai.
Lepas tu, diorang hantar aku balik sini.."
Saya dah macam..biar betul....so for real la kan? bukan la mimpi sebab siap ada pasir lagi kat bilik tu..
Satu bilik terdiam.
Saya buang je pasir-pasir tu.
Saya terfikir jugak.. Ni mesti pasal tarian ulik mayang tu kan..dah la diorang perform kat gigi-gigi air (laluan mereka)
Tu yang diorang ikut kawan saya ni balik kampus kot..

Lepas tu saya cerita kat kakak saya. Dia cakap pasir tu mungkin hadiah dari mereka kot. Untuk kawan saya yang A tu..
Tapi, sebab saya yang terjaga dulu, jadi pasir la hadiah tu.
Or mungkin untuk saya kot..? Sebab saya baik ngan A. Kira macam kredit la untuk saya kot.?
Haha.. nak jugak kan...
Tapi sampai sekarang jadi persoalan...

So itu je la cerita saya Kak Peej..
Sorry la if tak seram sangat.

Nanti saya hantar lagi cerita seram ok..

- Miss J -

hi-tea bersama pengguna EPHYRA ku.

wah lupa pulak nak cerita kan. aku memang macam ni.
nanti nak clearkan picture baru sedar eh ada pic ni. tak update lagi.
so mari update.
so seperti yang diketahui, 31st may hari tu ada buat hi-tea untuk pengguna Ephyra.
since untuk pengguna Ephyra so hi-tea kerjasama ngan pihak Oceanlife.
dorang nak join.
mula-mula terfikir-fikir jugak, nak buat ke taknak.
aku bukan apa. aku ni segan sebenarnya. u know me.
if kat luar reader tegur pun aku terkemut-kemut malu.
ni pulak nak berjumpa ni. eh segan.
tapi kemain filla n elly kata buat laaa. dorang lak teruja.
dorang kata takpa, if aku segan dorang ada.
n noy pun tetiba kata nak join. ok set.
ok sikit la kot kan.

so dah plan semua.
boleh kau filla kata ada wedding. eeiiii tumbuk kang.
tapi nasib wedding venue dekat je.
so dia kata sempat dia join. fuhh.
tu takpa, tetiba pulak elly kata tak dapat join sebab nak pergi singapore.
saje je kan nak kenakan aku. peluh2 i memikirkannya.
nasib in the end semua ok. elly cancel n pergi singapore next week nya.
selamat. :)

dah la nak mendapatkan yang datang payah jugak.
payah bukan apa sebab rupanya timing di pilih tu tak sesuai.
cuti sekolah kan.
so ramai yang pergi bercuti la, ada class weekend la, ada wedding la.
tak pun yang free n nak join semua tak boleh sebab semua jauh2 kan, kat sabah sarawak, kat perak, kat kuantan, kat johor n macam-macam la.
mana tau ada rezeki kita jumpa lain kali.
mungkin lepas ni tour satu malaysia pulak.
hahahahha lempang sekali. artis sangat nak tour satu malaysia kan.
takda makna ok. orang macam aku ni makan tahun baru berani jumpa orang. ;p

ok hari kejadian.
tu takpa. dah la kelam kabut sangat.
dengan boleh pulak aku tak bawak baju, so kena patah balik rumah tukar baju, then amik barang sebab aku order untuk hi-tea tu.
then amik stock ephyra sebab ada few yang nak COD kat situ.
then noy ajak buat rambut. gigih sangat kan. hahaha.
dah la buat rambut takda makna bagiku. kejap je lawa.
lepas tu melepet. sebab bak kata hair stylist ku, lambut u jenis lambut harus (halus), macam baby la.
yeee. so memang takda la nak tahan if apa style pun aku buat. cissss.

tapi sementara semenggah tu mari la vain. hihihi.


gigih sangat kan walaupun menanam jerawat di tepi bibir. hahaha.
mengada kan time nak jumpa orang la dia nak buat hal macam tu.
dah la kemain ketara tak dapat coverline. me not like.
bawah ni dah filter n edit uolls.
wow terus flawless sangat.


btw, ada few PM tanya pasal make up kan.
sorry tak balas.
aku tulis sini je la yea.
aku barang campur-campur ye. aku tak setia pada yang satu. haahha

concealer utk mata panda aku - M.A.C
foundation - bobbi brown
eye shadow - M.A.C
eyebrow pencil - shu uemura
eyeliner n mascara - maybelline
blusher - benefit > sugarbomb
lipstick - M.A.C > prolong Overtime

if aku rajin aku amik la pic nanti benda2 tu.
tapi dapat rasakan tak berapa rajin. ;p

ok sambung.
aku sampai tak tepat pada waktu.
gila jam kau time tu.
maybe sebab time orang dapat gaji, cuti sekolah orang berjalan, or banyak wedding. entah.
tapi seram jugak la lambat.
lambat dalam 15 to 20 minutes jugaklah. ;p
sorry peeps.

sampai, salam-salam cakap hi kat sesapa yang datang terus keluar balik smoke kejap.
aaaaa segannnn. *lap peluh*
nasib lepas tu sampai elly filla apa semua.
so kuranglah segan.
tapi still segan sebab dorang elok berkumpul meja lain.
aku kena la duduk meja lain. abis tu takkan nak melekat je kat. agak2.

lama jugak la nak tunggu semua sampai.
sebab ramai yang stuck kat jam n sebagainya.
yang dorang tanya aku dah semua datang ke?
aku pun mana la ingat. haha. bagus kan buku siapa yang nak datang aku tinggalkan kat rumah.
tapi balik tu aku check, ramai jugak yang bagi nama tapi lepas tu senyap aje.
tak datang n takda pulang inform. takpa.

seronok la sembang.
amboi macam-macam dorang tanya kan.
mana selama ni aku coverline kat blog semua tanya-tanya.
aku pun jujur je jawab. huhu.
pastu tetiba miza datang kata, lepas ni miza nak buat speech.
nanti dia akan suruh aku buat pulak.
aaaa takut.
kena ke?
memang kena la kata event aku kan. hahaha.


miza bagi speech.
time ni debar-debar sangat.
lepas tu dia panggil aku. aaaa tak suka.
memang merapu2 je aku.
pastu tak tau nak cakap apa.
elok aku cakap n bg ucap selamat.
mengada elly n filla kata tak puasss. cakap lagi.
we want moreeee. eeee rasa nak tampar je dorang.
actually noy ada amik video, tapi tak sanggup aku nak tepek sini. bongok sangat. hahaha.


ni bell, manager kat flora cafe.
dia bagi tau apa menu hari tu.
serious best ok semua makanan dia.
siapa tak pernah try sila la pergi try.
semua yang datang puas hati sangat ngan makanan yang ada.
dah la makanan dia banyak gila.
confuse kau nak makan mana satu.

:: goreng pisang ::

:: cucur udang n kek gula hangus ::

cucur udang dia best ok.
since balik tu banyak lebih, so pack bawak balik.
aku malas check amik je.
sekali balik dapat sos cucur udang je. cisss.
filla pulak kata dia bawak balik cucur udang tak dapat sos.
syabas.
tapi stillll. better la kot. aku dapat sos je nak buat hape. hahaha.

:: spaghetti bolognese ::

pun sedap.
antara yang paling laku kat table kita orang.
table kita orang tak ramai, tapi kita orang punya lagi luak ok dpd table sana.
table sana ramai yang sibuk nak diet kot. huhu.
selain dpd tu ada jugak nasi goreng kampung, mihun goreng, ubi kayu rebus, rojak buah, air sirap n teh tarik.


antara yang datang.
sharita yang kiri tu.
pemalu sangat dia tak bersuara apa.
aku ye-ye ingat dia datang sekali bertiga ni.
rupanya tak ok. aku tau dia sharita pun masa nak balik dah. huhu.
ingat aku ni dah cukup pemalu, rupanya sharita lagi pemalu :)

yang berdua ni kanan tu kak lina.
kiri tu adik kak lina, aku lupa nama.
yang aku ingat nama adik kak lina unik n glamourous sangat. tapi takleh recall pulak.
kak lina ni antara customer terawal n loyal ku.
rasanya dpd aku start meniaga. macam-macam dia beli.
sekali beli mesti banyak-banyak je.
so dia ada ok la sikit. kurang segan aku.
sebab kak lina if beli mesti COD kat rumah mama. so selalu la jumpa.
lawak je cerita-cerita balik.
sebab macam aku cakap, aku kan segan.
selalu orang COD, aku pass barang, orang pass duit, then aku cakap thankss. byeee.
aku masuk rumah. hahahah keji gila.
ye la tak reti laaaa.
tapi if orang tu ramah banyak tanya or sembang, aku sembang la jugak. baru la aku macam ok.
tapi kalau aku yang ramah2 dulu macam tak reti.

so kak lina ni kata memula memang aku macam tu.
terkulat-kulat je dia lepas tu aku masuk rumah. hahahahhahahahaha. eeeii bongok.
tapi lepas-lepas tu dah ok. ada la sembang bagai.
ok, note to self, mari cuba lebih ramah selepas ini. ;p

btw, cantik sangat skin dorang ni kan.
terpegun aku tengok.
terus rasa macam amboi lawan tokey sangat.
tokey pun ada jerawat di tepi bibir tau.

oh time tu baru tau umur kak lina.
terkejut sangat sebab dia super senior ku.
tapi tengok la muda remaja sangat.


:: eh ada la pic rojak buah. nyammm ::


:: sahabat handai yang datang join memeriahkan majlis. juara post paling over kita boleh bagi kat kak filla kita ye. hahah ::



oh lupa cakap jonet pun join :)
kesian reader aku baie n sorang lagi japp. kawan dia kot. eh ke cousin. ok aku keliru.
dorang terpaksa mengadap dorang ni semua.
mesti dia terkejut betapa kecohnya perangai sorang-sorang. haha.
btw, kagum aku..baie datang daripada bentong ok.
rasa macam eh jauhnyaaaa. tapi dia kata tak jauh. dah biasa.
thanks sangat tau sebab sudi join hi-tea ni.



benci kan.
rambut noy lawa sampai ke sudah.
rambut aku? menyedihkan. grrr. bayar sama ok!



 :: ceera, elly, filla, me, miza n noy ::

hebat kan filla menggunakan teknik menyorok di belakang aku.
tak kesian langsung.
aku ni dah la almari, kau buat aku macam tu filla. sampainya hati muuu.
pastu again, juara posing bagi kat filla. semua orang sama je.
tengok dia. hahahahah

:: ni pulak dengan ayu. rupanya ayu ni duduk satu taman je ngan aku. berjiran rupanya. hua hua ::




ni pulak ngn eyka.
eyka team dpd ephyra.
selalu aku berurusan nak amik barang ke apa ngan eyka la.
sorang lagi fiza. tp hari tu fiza takda.
baik sangat eyka ni. hari tu dia yang tolong aku packkan barang utk bagi semua yang datang.
siap bagikan sekali. sweet sangat.

pic memang aku tak amik banyak.
tak sempat. n aku kan tak berapa gigih.
pic kat atas pun mostly noy bagi. tak pun aku suruh dorang send pic kat aku :D
so pic lain-lain ni dpd team Ephyra n aku cilok dpd blog filla :D

:: thank u ceera datang ::

tak dapat sembang sangat pun ngan ceera sebab meja lain kan.
tapi bila semua dah balik tu baru la sempat la gossip light-light.
tergelak-gelak je sebab mengenangkan zaman memula blogging.
aku ngan ceera dulu gigih blogging kat friendster. hahaha.
pastu join sembang. zaman dulu noy ada blog kejap.
time tu semangat ajak jumpa la apa.
dia la. aku memang tak la. aku kan segan.
dia nak jumpa ceera sangat, dia kata sebab ceera cantik. e eleh tah apa-apa alasan.

pastu elly n filla tak puas hati apesal dia takda.
helloooo..time tu tak geng yea.
kita orang geng lain. wah gitu. hahaha



ni huda.
mula-mula dia segan nak datang. sebab kawan dia tetiba tak jadi join.
aku kata datang je la. aku pun segan. so mari segan bersama. hahaha.
tapi lepas tu ok la.
pastu boleh tak dia kata suami dia tunggu kat kereta ngan anak.
aku kata panggil je la. makanan banyak ni kot.
tu agaknya tengah berwhatsapp ngan suami la tu.
ada some yang tanya boleh tak if nak bawak suami ke apa.
aku kata la boleh aje, sebab tau ada some yang susah kan if nak bergerak sendiri.
so ok aje la.

:: ni pun reader ku, kak nat ::

pun semeja hari tu.
so banyak la sembang n bergelak sakan. huhu.
kak nat kemain cakap boleh tak jumpa nanti nak peluk kuat-kuat.
hahahha speechless. 
aku ni bab PDA memang fail. tak kisah la ngan siapa.
even adik aku ke, laki aku ke, peluk la kuat mana. aku keras macam kayu.
namun aku nak tetiba feeling berbalas pelukan memang tak la. tah apa-apa.

:: candid. cantik sangat ceera ni. nyampah tau. ye aku puji ceera je. hahhaha ::



:: dua beradik yang flawless sangat ::

:: ngeri sangat rupa tu. amboi miza kemain suka mengenakan aku kan. suruh aku bagi speech panjang lebar ::


:: apa la yang aku merepek tu sampai happy sangat huda ::


hakikatnya…
ngeri sangat rupa. tu takpa. tengok la siap peluh2.
kau jangan ok. time memula ni.
aku sembang tapi kaki aku kat bawah meja terketar-ketar ok.
serious tak tipu. hahahha



:: apa aje la yang aku buat kat belakang tu. hahahah ::

:: wah dapat gift dpd miza bagi pihak team Ephyra. aaww terharu ahkak, elok lagi dpd paper bag ok. nak pakai sayang. hua hua ::


siapa paling over? haruslah kak tonnnn.
kemain lentik2 tau.
time ni lawak sebab memula amik pic.
pastu ada video sikit. kena cakap kami suka ephyra.
tapi time cakap semua macam kami suka ephyraaaaaa….
suara mendatar gila takda semangat. hahaha bongok sangat.
berapa kali take tah.

bawah ni pic cilok dpd blog filla ye.








oh btw, aku bagi dorang blueberry cheese tart ni sorang satu.
semua suka. sedap sangat ok.
kalau korang nak beli korang boleh try contact FB - Mummy Damia Dhani

tak tau nak bagi apa sebenarnya.
tapi dah kata tuan blog suka makan kan.
harus bagi kat orang pun haruslah makanan. hihi.

:: wah kak bedah sangat rupa n tangan aku tu kan nak dapat hadiah. macam tak sabar nak capai. huhu ::

:: dengan baie n her friend. tangan harus pegang plastik sebab nak bagi sorang satu blueberry cheese tart. hahhahahah ::

:: dengan sharita. haaa time ni la baru aku tau dia sharita ok. kalau tak yakin sangat dia datang ngan kak lina ke apa ::


nak tergelak tengok pic ni.
ye la semua nak amik pic.
aku ni kalau amik pic tau la. selalu nanti kayu n awkward sangat rasa.
mesti terus hasil pic macam hape je.
tapi takpa la. layankan.
lepas ni akan cuba lebih berangan depan cermin supaya dapat menghasilkan pic yang lebih senonoh rupanya.

:: dengan huda ::


oh time ni pihak EPhyra ada amik testimonial video.
dorang suruh aku. hahah memang tak la.
aku mana reti. segan la weyh.
tapi ada orang yang pantang di suruh. laju je dia nak.
ye siapa lagi kalau bukan kak filla kita.
bagus sangat tau.




dah habis ni baru perasa ada few yang tak dapat pic sesaa kan.
sorry. or maybe ada pic kat camera dorang. tapi aku takda pic tu.
pic wany takda yang proper. padahal dia paling banyak sembang.
ija ngan cousin dia pun takda.
pun peramah n sweet ija tu.
sorry ye. nak harap aku ni amik pic memang malas je sekarang.

had fun.
rasakan if ada lagi masa akan datang aku ok kot.
kot. tak janji.
tengok la ada rejeki kita buat lagi.
kan kan kan. :)

akhir kata, siapa nak beli EPhyra ada ready stock ye.
sms/whatsapp je macam biasa at 012-2758575. :)