Instagram : @peejburhan

awal sangat.

ada few yang message aku whatsapp confirmkan pasal hi-tea.
yes still on ye.
sorry aku tak sempat nak personally text korang bagi reminder.
semalam sibuk sangat dengan urusan macam-macam.
tapi siapa yang email ke apa tanya semua dah balas kan?
jumpa yea today pukul 3-6pm :)

semalam kebanyakan uruskan hal mama.
dari siang ke malam.
takda nap, tu yang boleh tahan awal aku tidur semalam.
tak silap around 10ish dah tidur.
so now pukul 4am terjaga. cissss.
terjaga pun sebab kucing2 kecik ni dok himpit kat aku.
sekor kat leher. sekor dekat bawah kaki. sejuk la tu.
dia tak tau rasa kena hempap ngan tuan dia.
nanti baru tau erti penyesalan. haha.

nway, tadi petang duduk bawah.
papa bukak channel sports.
tunjuk la pasal last world cup.
noy beria kata dia suka sorang ni. handsome la apa.
dulu dia follow kat ig tapi hari tu dia buang ig lama bukak baru.
dia tak ingat nama mamat tu.
kebetulan ada lak.
gigih aku google sebab nak tau siapanya????
rupanya hasil google, gregory van der wiel.
aku pun stalk la kat ig.
hoi hoi hoi. apesal kacak sangat ni.
i is dieeee.


pastu tu takpa.
noy tetiba sebut nama neymar jr.
aku dah macam. siapa tu?
cecepat check out ig neymar pulak.
lagi la terasa tak tahin lagiiii. ini betul punya kacak.
ok tak tau la bagi orang lain kacak ke tak.
tapi iolls taste sangat. hahahah.
tapi semua ni anak hikan la kan.
sentaps bila tau muda2 belaka je.
tapi takpa. sesuai untuk aktiviti cuci mata. hahah.
paling tak leh blah bukak insta vid neymar. noy tunjuk kat aku.
dia cakap bahasa brazil dia la, tapi muka aku punya sengih n terangguk2 macam paham.
bodoh gilaaaa. hahahaha.

pastu nanti kata alaaa penuh tattoo dia.
alaaa dia dah ada gf ke?
pastu tetiba noy, biarlahhh suka je, apa kau ingat kau dapat kawin ngan dia ke?
eh over pulak. hahah tah, motip nak perati pastu ala2 kecewa macamkan nak kawin. ;p

mama dah ajak mintak gunting rambut lama dah.
tapi takda masa nak bawak.
tadi siang nak pergi saloon biasa pergi.
aku pun nak buat sebenarnya.
tapi leceh la. takkan mama nak tunggu berjam kan.
tak pun takkan nak patah2 balik hantar n datang ke apa.
so cancel.
so malam noy kata jom bawak pergi JJ je.
ada saloon situ. so bawak mama potong rambut situ.
kita orang? lupakan je la. lain kali pergi.
so mari berhi-tea ngan rambut hazab.

settle kat saloon jom makan.
memang plan nak makan sushi.
dalam full so duduk luar la.
order je apa nak.
meja lak tak besar mana. boleh tahan penuh la.
hahaha hasil tamak aku n noy.
yang mama dah macam. dahhh. banyak sangat tu.
mama tak pernah rasanya kita orang bawak ke sushi king. tah lupa.
usually makan ngan noy then kita orang akan packkan bawak balik untuk mama.




aku sebenarnya tak kuasa nak snap pic.
aku amik pic dorang berdua je.
tapi mama terus cakap, amik gambar ye nak.
ye baiklah. dia nak update la kot nanti. hihi.
tapi tak semua la aku sempat snap. dah ngap.
tak pun jauh kat belah noy. aku tak kuasa.









e eh tengok ni rasa nak lagi aje.
lapar la pulak pagi-pagi ni. cisss.
nak keluar makan boleh tahan pukul 5 pagi. agak2 la kan. hahahha.
dasar kuat makan.

lepas makan balik.
yang mama kata rasa macam mabuk sushi je. haha.
ok la tu. takda la makan. aku n noy ok lagi.
selalu makan amount sama tapi makan berdua. lagi gila.
balik rumah dia mengadu kat papa. kata dorang order banyak sangat.
sampai 3 trip tak muat meja. macam pesta sushi.

mana gambar aku?
tak kuasa nak amik earlier.
comot tak menahan.
so balik baru snap.
tu pun nak tunjuk ni je.


terima kasih jerawat kerana muncul di kala aku nak hi-tea.
abis la kena keji nanti. tsk.
atau mari kita pose tutup jerawat. hahaha.
dayummm.

eh ok la.
nak try tidur balik.
tak pun kita keluar carik makan.
dapat tosai best ni.
tak pun maggi pun jadi.
eh tetiba malas nak bergerak.
gila confuse child.

buhbye.

Expose Mistik: Seram

hi peej

tak tau nak letak taju apa

yg pasti nak cita hantu la kan

1. cita nie time form 2. 

mmg agak nakal la time tu. tapi jaga mulut. 
ada la satu malam nie kecoh tau budak form 1 kat asputri paling chumel baru masuk kena rasuk hantu. 
lepas budak ni kena rasuk ada la beberapa budak perempuan lain pun kena rasuk. 
time nie baru balik dr prep. 
saya dgn kawan, iza gelak2 mcm tak percaya sgt la dgn budak yg kena rasuk tu. 
waktu nie kitorg berdiri je tepi tingkap dorm sambil pandang kat bdk yg kena rasuk tu tau. bg kitaorg bdk perempuan tu mcm nak perhatian je. 
ye la baru masuk n takde kawan kan. 
sekali budak perempuan yg kena rasuk tu pandang kitaorg dgn mata yg merah sambil menjerit2. terus lari masuk dorm. 
takut giler nak tido malam tu.


2. yg nie pun sama cita kat asrama perempuan gak. form 2 juga. 

waktu nie entah kenapa asyik la sebut setan la, hantu la. 
contohnya "ko nie mmg mcm hantu kan". 
cakap pun mcm tak berlapis. kawan2 dah bg nasihat sbb asrama kitaorg betul2 belakang kat bawah bukit melawati, kuala selangor. 
mmg terkenal la dgn 'kekerasannya'. 
perangai sendiri pun dah kalah hantu. 

nak jadikan cerita malam tu tido la kan. 
kedudukan katil disusun supaya ada ruang dibahagian tgh dorm. 
tujuannya supaya kalau ada mkn2 ke mesyuarat dorm senang ada ruang. 
tido katil atas dekat sebelah tingkap. yg nie ok je sebab dekat dgn kipas dinding senang nak tido kan. 
mlm tu la klimaks agaknya dok sebut hantu, setan. 
malam tido ok je tau. dlm kul 3 pg terjaga. 
semua org tengah tido tapi kemeriahan dlm dorm tu mcm org tgh berpesta di rung tengah dorm yg kosong. 
pelik gak saya buka mata pandang kawan sebelah, katil dia rapat dgn katil saya. elok je kawan saya tido tak terjaga tau. 
saya kuatkan semangat pejam mata n baca apa yg patut. 
tetiba rasa ada tangan seluk bawah bantal yg saya tgh tido. 
waktu nie seram yg teramat sangat. meremang segala bulu kat badan. 
saya kuatkan hati tak nak pandang ke arah lagi satu n terus tido. esok pagi cita kat budak2 dorm. semua ckp la kan dah kata jaga mulut. 
huh, lepas tu mmg jaga mulut betul.


3. nie asrama sama time form 5. 

lupa nak cakap asrama nie mmg terkenal dgn kekerasannya tau. 
semua yg pernah duk asrama ni akan kena. especially yg tgh period. lemah semangat. 
waktu nie malam katil double decker. tido bhgn atas and katil rapat ke dinding. lg satu tido betul bawah kipas dinding. asrama nie kedekut takde kipas siling. tapi malam tu ok je sejuk mcm biasa. 
tido mlm tu ok je. tgh mlm dlm kul 3. tetiba rasa mcm kena himpit tau. tak leh nak bernafas. mcm2 surah baca, mmg berpeluh habis. last2 buka mata tgk ada tangan hitam berbulu tgh himpit dada. 
dlm hati, eh tangan aku ke hitam berbulu. pehtu gerakkan tangan kiri  n kanan. subhanallah rupanya benda tu punya tangan. 
azabnya allah je yg tahu. susah nak bernafas. 
last2 tertido. 
esok pagi bangun cita dgn budak dorm. masing2 cakap ooo..benda tu mmg selalu kaco kitaorg gak. 

4. ada akak senior nie lg best terjaga sbb benda berbulu hitam tu berdiri sebelah katil dia. dia tido katil bawah. tetiba tgh mlm buka lampu dorm menangis2 sbb kena kaco. habis kami semua pun bangun bacakan yasin.

5. sekarang nie kat ofis baru lak. bos n ofismate suka cita rasa seram la kat ofis kalau keje lewat sorg2. ada la pagi ni dlm kul 8 pg mcm tu. bdk2 ofis suka masuk lambat, balik lambat nie before rules baru la kan. tgh syok2 surf internet tetiba bingkai belakang tempat i duduk jatuh. terus pasang surah yasin kuat2..


6. nie waktu form 5 gak..
waktu nie nak solat isyak dgn 2 org budak form 4 su and zura..
budak ber2 nie otaknya mmg gila2..
kadang2 rasa mcm nak lempang bila tgk perangai diorg..
nak jadikan cerita dlm surau tu mmg tinggal kami bertiga..
semua bdk perempuan dah solat isyak berjemaah..
nie hari sabtu mlm..takde prep tau dlm kul 10 lebih mcm tu..
surau besar tapi buka satu lampu..
saya solat isyak dulu..
tinggal la sorg2..
budak ber2 tu gi amik wudhu'..
tgh2 solat tu rasa badan mcm seram sejuk..
nampak nau tak kusyuk kan..
ada ke tgh2 solat leh rasa gitu..
pastuh time solat tu dgr org menjerit "hoi"..
serius waktu nie tergezut n rasa nak berhenti solat nak solat dlm dorm je..
tapi kuatkan hati solat jugak..
tetiba dgr budak berdua2 tu lari mcm nak masuk surau..
tapi diorg tak masuk...
cepat2 habis solat isyak..
baca doa lebih kurang..
tutup lampu surau n masuk dorm..
dalam dorm tanya la diorg asal tak solat sekali..
diorg cakap mcm mana nak solat..
sebelah akak ada orang...
macam harem kan..
padan la rasa semacam..
puas saya tanya betul ke?..
diorg cakap betul kak..ada orang sebelah akak..
haih..main2 betul diorg nie..
actually saya mmg rasa seram gila waktu tu..

7. cita nie waktu form 1...
kan dah cita kat bawah asrama puteri nie keras kan..
ada satu kisah la dorm nie..
dorm aisyah...paling keras antara semua dorm yang ada..
kakak2 senior mmg dh cita kat kami junior, first day masuk..
siap bagi tahu dah paku pintu bilik dorm dgn setem..
so kengkononnya dgn harapan takde la org mencabut setem nie..
kakak senior gi sekolah pagi..
yg tinggal budak form 1 and form 2..
pagi2 kami la yg bermaharajalela di asputeri..haha
so saya, iza n ros (nie la geng or kawan2 rapat saya waktu tu)...
saya mencadangkan kami ber3 cabut setem (paku) tu nak membuktikan kesahihan cerita hantu tu...
time prep pagi tu dalam kul 10.30 lebih kami dgn penuh beraninya pergi ke dorm aisyah..
siap amik kerusi tau sbb kami kan pendek2 belaka...
bersama2 mencabut setem tu..
susah gak nak cabut sekali gus..
akhirnya berjaya gak cabut...
kami diam2 je tak cerita dgn org tau..
dlm hati berdebar2 gak la..
tengahari gi sekolah macam biasa...
petang tu balik asrama gempar dgn cerita setem (paku) telah dicabut..
semua org tertanya2 sapa la yg bongok sangat buat gitu kan...(kami le tu)
esoknya baru lah tahu apa jadi mlm tadi..
pak guard cerita kat sorang akak ni..akak nie mcm alim2 sikit..
akak tu cerita kat kami semua...bdk2 junior..
malam tu dalam kul 2 pagi....
ada 3 org perempuan dtg mencari 3 org budak perempuan...
tak pulak dia bgtau sapa budak perempuan tu...
kami memang ketakutan tau...
tapi nasib baik takde org tahu sampai la sekarang..
pecah dah rahsia..tu je...

sorry la peej tak seram..hoho 


-shal


kesayangans

elok transfer pics nampak pic ni.
this was 2 weeks back.


jumpa huda n ice before dorang balik UK balik.
nak lepak keluar takda free time.
bila kita orang free dorang busy.
dorang free aku n noy pulak busy.
so last2 dorang kebetulan ada orang nak hantar barang kat customer.
berdekatan area aku.
aku pulak memang tengah lepak kat luar.
so datang la jumpa.
dapat la lepak dalam sejam. jadi la. huhu.
noy takda la. sebab dia fly time tu.
rinddduuuuuuu sangat.
takpa ada rejeki next year kami ke sana.
tapi pikir balik spend pergi sana boleh aku bercuti 5 tempat kat asia ni. hua hua.
matiklah kedekut berkira. ;p

oh btw, dorang kat sana sambil2 ada buat online shopping tau.
jual segala macam barang la daripada sana, handbags, barangan baby, barangan dapur, mainan, clothing, macam-macam la.
boleh check out instagram dorang @kakishoppinguk
if siapa takda account instagram boleh check out dpd sini http://instagram.com/kakishoppinguk.
if korang nak apa barangan ke tapi takda dorang upload pic ke apa.
boleh je request. nanti dorang carik n quote harga.
ni bff iolls ni, so belilah tanpa was-was :)

lately ni aku banyak berulang alik ke rumah parents aku.
sebab aku takda kereta kan.
wah takda kereta lagi? lama gilaaaa? bukan kata loan dah lepas ke?
well well well. memang dah pun.
tapi boleh pulak kereta yang aku nak ni akan keluar model baru soon.
katanya dalam bulan depan, Wallahualam.
aku macam tak minat sangat yang baru tu punya design. tapi macam canggih je. lalu suka.
tapi still tengok la. kalau harga tak banyak beza dengan now. ok kot.
tapi if jauh sangat. aku tak sanggup pitam bangun balik, pitam bangun balik nak bayar downpayment.
nanti aku menangis bila tengok simpanan menyedihkan. hahaha.
tapi reason aku tunggu sebab alang2 keluar model baru kan, if ever la aku tak amik yang tu, tapi by that time model yang aku nak ni harga akan turun. gituhhh.
harga turun tu ahkak suka. hahaha.

so nway, since takda kereta n papa pulak banyak appointment this week.
then mama pun banyak urusan kat tabung haji.
kena la i ada di sana untuk tengok2 kan papa or bawak pergi appointment tu.
so bila dah kat setiawangsa. harus la ada je noy ni mereka-reka nak ke sana sini.
ok aje. jom.




lepak GE mall macam tak bermotif je.
dia nak beli barang kat guardian. e eleh.
kat area umah pun ada saje je.
katanya nak cuci mata. sabar je la.
tak pasal i tercuci mata jugak, macam mana itu? hahahha.


malam tu aku discover aku ada 4 kotak rokok dalam handbag. haha kau mampu?
nampak sangat otak tak betul.
sebab aku memang suka beli rokok spare.
senang if putus takda la rasa nak tikam orang.
ada je spare. takyah keluar pergi beli ke apa.

tapi rupanya hari tu. aku dah bukak satu. tapi tertinggal dalam kereta noy tak sedar.
so bukak lagi satu. sambil ada spare sekotak.
tak sure ada spare ke tak, boleh pulak pergi tambah beli lagi spare.
sekali noy bagi rokok, haaaa kau ada 4 kotak ok. hahahhahahaha. *gelakdalamketakutan*

oh ini pun hari tu.
since aku nak pakai kereta untuk bergerak.
aku hantar n amik la noy balik kerja.
alang2 aku nak amik quite lewat. n aku kena restock barangan tabita.
so kawan aku ajak jumpa makan nasik arab kat marakesh, kg baru.
hahah nama je orang KL, baru ku tau area tu banyak kedai nasi arab. hua hua.
btw, hanya peejburhan mampu melantak sorang lamb mandy pukul 1-2 pagi.
memandangkan dah berbulan tak makan lamb sebab takut.
tapi kira ok la kan sekali sekala layan. ;p

ni hari lain pulak.
wah kemain ada je program kan.
aku n noy bosan, so mari kita tengok wayang.
since x-men dah keluar. jom layan midnight movie.

lapar baq ang.
nak makan kat pavi tau kedai mesti dah tutup. duhhh.
so takpa la. lets tapau mcD.
sekali mcD kat area rumah tu bersusun kereta. ni mau stuck 1/2 jam ni.
tak sempat. takpa terus ke pavi.
noy bawak makan kat glitters cafe.
cafe untuk gsc ni. oh ada yea? aku pun tak tau. haha nice.
sebab dia tutup lambat.
menu pun banyak. nice
tapi makanan so-so aje.




serious x-men best gila ok.
siapa penggemar x-men sila tengok yea.
cerita kali ni kurang action. tapi jalan cerita menarik. i is loveeee.
n aku tau next x-men mesti akan best balik.
sebab dia ala-ala back to future n ubah2 sejarah gitu.
so macam nanti macam semua ada balik.
kan x-men sebelum2 ni banyak watak dah mati kan. gituh.
hahahha korang kalau tak layan x-men mesti tak paham apa aku merepek kan. ;p
whatever, impian aku tetap nak jadi mystique.
wah bestnya.
if aku mystique mesti sabtu ni hi-tea korang terkejut sebab mencari-cari peejburhan tak jumpa, sekali yang datang beyonce gitu. hahahahaha matiklah melampau sangat imaginasi kan.
masalahnya ayat kat atas tu confident sangat orang mencari-cari peejburhan dah kenapa kan?
tah-tah join sebab nak jumpa kak pilla n elly. cisssss.

oh pasal hi-tea ada few je lagi kekosongan.
ramai korang decide last minute kan nak join.
tapi ye la ramai ada program kan.
silap timing lak tu, time cuti sekolah, ramai ada program bercuti la, class la, balik kg, orang kawin n all.
tu ramai nak datang tak dapat join.
takpa. ada rezeki nanti maybe next time jumpa :)

oh ada few yang kata nak join tapi segan sebab dia silent reader je.
silent pun boleh. tak kisah la. tetap reader kan.
so takyah segan ke apa. if last minute rasa nak join inform je ye.
selagi ada few spots je ni.
jangan terus terjah pulak. tu sesuatu sangat tu.

eh ok lah.
ingat nak mengomel lagi.
tapi ada banyak kerja ni.
so later.



hi-tea

[sticky post - scroll down for new entry]

thanks untuk semua yang hantar email/whatsapp yang nak join hi-tea tu.
ramai jugak yang tanya n takut-takut je.
macam-macam soalan. aku takut ada yang aku lupa reply ke apa.
rasa ramai tanya, sendiri pun tak ingat, dah reply ke semua. ;p
ye la sbb ada yang whatsapp, ada sms, ada email.
so senang aku update sini terus yea.

untuk yang bertanya ada ke charge nak join hi-tea ni.
jawapannya adalah takda. so FREE je.
jangan risau :)

ada jugak yang tanya dia pengguna ephyra.
dengan kawan dia, or adik dia pun, kakak ke, mak ke.
so if nak pergi ngan partner dia tu boleh tak?
yes boleh. as long as korang pengguna ephyra.
tau ada yang segan ni. sama la kita segan.
ingat aku tak segan.

lagi satu. ni bukan majlis formal.
just relax-relax. sembang-sembang.
vain sikit amik2 pic. ok tipu, amik pic banyak sikit la yea. heheh.
makan-makan.

n lagi ada yang contact kata harap terpilih untuk join.
no ni takda aktiviti pilih kasih ke apa.
siapa bagi nama cepat. aku confirmkan terus.
tak kisah kalau korang beli dengan aku ke tak.
as long as korang pembaca blog ni, tapi pengguna Ephyra…sudi nak jumpa iolls. boleh je korang join.
tujuan utama ni pun untuk jumpa pembaca-pembaca aku. hihi

so yeah. jangan risau yea.

untuk yang blur-blur pasal hi-tea ni. boleh baca sini CLICK HERE.

Tempat : Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, KL.
Tarikh : 31 May 2014
Masa : 3pm - 6pm



settle kan satu-satu

nak tidur. tapi belum boleh lena.
banyak pulak benda dok berpikir.
hari yang tak produktif today.
bermalasan je kat rumah.
ada few customer datang nak amik barang.
then that's it.

hari ni terlebih stress.
pikir macam-macam.
rasa serba salah, sedih, emo, berbelah bahagi n macam-macam la.
so untuk gembirakan hati. mari makan.
aku kalau stress terlampau aku rasa makanan happy kan aku.
so rasa nak makan aje.
tak pun nanti langsung taknak makan. either one la.
mama dah la masak sedap bebenor today.
super love.


makan sambil nangis. haha.
over sangat expressi tu kan.
ni tadi pukul 12ish makan lagi.
makan sambal sardin pulak. tepuk tangan.
baru rasa tenang sikit. rigghhhttttt.

oh by the way.
ada few slots lagi to fill in.
siapa nak join inform je.
tak kisah if korang beli daripada aku ke, daripada sesiapa ke. korang sendiri jual ke.
boleh je join as long as korang ni pengguna Ephyra.


excited pulak aku sebab mostly yang join di kalangan bloggers jugak.
dah macam bloggers gathering pulak rasa.
haha mama pun siap cakap tadi kalau nak ikut boleh.
eh boleh aje. mama pun pengguna Ephyra jugak. :)
kalau korang n mak korang pengguna, nak datang sama-sama boleh je.

pihak Ephyra akan bagi korang goodies. aku pun sama ada nak bagi something.
ececeh. over sangat kan. ala takpa sekali sekala kan.
token la sebab selama ni support aku dari apa segi pun la :)

nak join bg nama je kat aku.
takyah segan ke apa. if fikir segan aku laki la queen of segan ok.
takda formality pun. tujuan bg nama pun bukan sebab nanti sampai kena register ke apa.
takda.
tujuan supaya aku dapat budget kedatangan je.
sebab ye la tempat dah reserved. taknak nanti terlebih kang takda seat kang korang nangis.
tak pun nanti balik tak dapat favours dpd iolls sentap lagi mengeji aku. aaa takut.
so itu aje pun. hihi.

aku sebenarnya ada banyak benda kena uruskan ni.
tu yang satu-satu aku settle kan ni.
satu settle baru la rasa lega sikit.
aku ada nak kenalkan few produk baru tau.
tapi aku takda masa nak update properly.
aku sangat teruja ni nak share. sebab serious best gila produk tu.
ada few orang dah cuba jugak n bagi respond menarik. vavavva.
haaa saspen tak? hahah

ok ada masa dalam this week jugak aku update yea.
Insyallah.
diharap segala kesulitan aku lately ni di permudahkanNya.
tenang sikit aku nak meneruskan segala urusan.


pilih kasih

aku tak sure dah cerita belum dalam blog.
tapi andai kata dah. anggap je la belum yea.
malas nak selak old entries check out.

btw ingat tak aku ada bagi tau masa repair rumah yang Milli terlepas tu?
well, syabas sangat sebab pulang membawa perut. dasar sangat perangai.
so anywau, tau-tau hujung bulan lepas lahirlah anak dia.
dia pandai sikit. tak menggelupur macam kasih dulu.
dia pandai beranak sendiri.
tapi terlebih pandai orang dah sediakan kotak kau tau dia beranak mana?
dia beranak dalam sofa ok! kau mampu?

tengah dok lepak aku dengar suara anak kucing.
amik torch light suluh bawah sofa takda pulak.
tapi kain bawah sofa ni melendut je.
dia dalam tu ok! grrrrrr.

tah bila dia buat kerja. aku rasa dia kitai2 kain bawah tu.
sampai ada koyak bukaan. dia masuk dalam tu. cissss.
tapi ye la sofa lama pun kan.
terbalik2 la sofa dibuatnya nak keluarkan dia anak beranak.
terpaksa aku basuh sofa tu..gila betul.

lahir 3 ekor.
teruja je ada sekor tu color oren.
nampak sangat si oren la laki si milli ni


serious aku rasa tu paling romeo area ni kot.
serious banyak gila anak2 kucing oren area umah aku ni.
but umur oren tu tak panjang.
after few days dia mati.

aku pulak time tu sibuk ulang alik hospital.
takda la monitor je kan.
tau-tau tengok dah mati.
tapi masa amik tu lembut lagi badan dia. maybe baru mati.

so now tinggal la berdua je.
tu takpa. si comel sekor ni aku risau je.
aku syak tangan dia patah.
sebab terdampar je tangan dia.
pastu dia tak bergerak sangat.
padahal sekor lagi kemain gerak sana sini panjat la apa.


see. nampak tangan dia?
aku tak berani nak betulkan ke check ke. kang jadi apa pulak.
tapi after awhile aku tengok dia boleh bergerak. lega sikit.
tangan dia macam cacat la.
tapi as long as dia boleh jalan sendiri ok la kan.
geram sangat tangan dia tu.
dah macam penyu aku rasa.
terus panggil dia penyu. hahah.


haha tengok la tangan dia tu.
eeiii geram.
first time keluarkan ni.
semua sibuk kerumun.
tapi riri la paling sibuk penyanyang.
dia suka feeling nak jadi ibu susuan walaupun takdok susu. haha.
dulu moolat n milli masa kecik sibuk hisap tetek riri. bongok sangat. padahal takda apa pun.
amik feel je kot.




now dah start lincah la.
tapi still penyu ngan cara dia la.
terkenkang-kengkang je if panggil dia. comel.
dah la manja gila.
mesti nak selit2 kat kita.
sebeb tu terpilih kasih sikit kat dia ni.
asyik amik pic dia je.
sebab sekor lagi tu eksyen.
dah tak suka kita pegang2.
penyu ni anje je.
:: geram sangat ti tompot penyu ni ::



penyu says hello.
happy weekend pipol.

p/s: no aku takkan bela dorang. sobs. byk sangat kucing ni. nanti cukup umur dah pandai makan n potty train aku akan open untuk adoption ye. :)


Expose Mistik: PLKN

hai peej...

Nak cerita jugak la pengalaman masa kena pergi PLKN dulu.
Dah lama la cerita ni..tapi sampai sekarang still ingat...
nak bagi senang faham, saya asingkan cerita ni ok...enjoice..:-p


Cerita 1 :

kejadian pertama berlaku masa kami berjemaah di surau..
di plkn sembahyang maghrib n isyak memang diwajibkan jemaah...
nak dijadikan cerita, masa lepas maghrib kami lepak2 la dalam surau sementara nak tunggu isyak..
masa tengah menunggu tu, tetiba kawan sebelah saya menangis di bahu saya,,
saya tanya kenapa menangis, dia diam je..
saya ingat dia homesick, saya biarkan je...
tapi makin lama, makin kuat pulak dia melalak....
tiba2 dia meracau pastu menggelupur....budak ni memag duduk betul2 sebelah saya...
dia dh jadi macam tu kitorang angkat la pastu hantar pegi unit kesihatan (klinik kecil dalam kem)…

lepas tu kami balik ke surau untuk sembahyang isya...
lepas sembahyang, kawan saya yang depan saya pulak menangis2...
sama macam tadi, dia menangis pastu mengelupur....
kami angkat la dia pegi unit kesihatan (UK) tu...
xlama lepas tu, seorang demi seorang menangis...
ada la dalam 20 orang kot...histeria diorang malam tu..

keadaan kem memang kecoh...semua pelatih dibawa ke dewan makan dan xda yang dibenarkan balik ke bilik...
saya tolong cikgu2 di UK....dalam tu memang kecoh...saya dan 3 orang kawan lagi kena pegang sorang budak ni sebab dia nak lari keluar dari kem....memang ngeri ok masa pegang dia...rambut kusut masai...mata dah merah...suara dah lain macam garau...
bila cikgu tengok keadaan makin teruk, diorang pegi panggilkan tok imam mtk tolong ubatkan..
rupanya 'benda' tu marah sebab ada pelatih patahkan ranting kayu masa kitorang buat aktiviti dalam hutan siang tadi...
lepas imam tu buat air penawar, keadaan makin ok dan ktiorang balik bilik...


cerita 2 :

Cerita ni jadi pada saya dan 2 orang lagi kawan...
masa masuk waktu maghrib, kitorang bertiga lambat sikit mandi sebab kena tolong cikgu buat kerja sikit...
so masa mandi tu, memang kitorang bertiga je tinggal dalam dorm...sebab saya ni AJK surau, so saya dah pastikan xda orang di bilik masa masuk waktu...
nak dijadikan cerita, kitorang masuk la mandi dalam bilik air...kitorang masuk bilik air yang sebelah menyebelah je...
saya masuk bilik air no 1, kawan saya si B masuk bilik air no 2 dan si C masuk yang no 3...
kitorang mandi la macam biasa sambil sembang...
tetiba saya dengar ada orang masuk bilik air..saya tegur la...'oiii...tak pegi surau ke...dah pukul berapa ni'...xda jawapan..diam je...saya pon buat tak tau je la...
tetiba saya dengar kawan saya si B tu cakap 'ko kenapa wei'...
tak lama pastu dengar kawan saya si C menjerit...kitorang dh xsedap ati..ye la...time tu maghrib kot...
kitorang cepat2 mandi n pegi surau...
masa dekat surau tu, saya tanya la si B dan C ni apa jadi masa mandi...
si B cakap masa mandi ada orang ketuk pintu bilik air dia...bila buka,xda orang....T__T
si C pulak bagitau masa dia mandi, ada orang rempuh pintu bilik air dia sampai terbuka....T_________T
lepas je kejadian tu memang kitorang xmandi dalam bilik air..mandi je bekemban ramai2 kat kolah depan...


cerita 3 : 

kejadian ni berlaku pada saya sendiri...
satu malam tu saya terjaga sebab nak terkencing....
ni bukan rasa sikit2 ni..memang kaw2 nak pegi toilet...saya duduk je atas katil sambil tengok2 kalau da kawan yang terjaga nak pegi toilet tapi xda....
tak tau la mana saya dapat keberanian...saya tunggu atas katil tu sorang2...sambil tu mata tengok atas alang, tengok ke luar...dorm kitorang ni dalam hutan ye..atas bukit..memang sunyi...bulu roma dah tegak..tapi nak pegi toilet yang kt luar dorm ni memang tak la...takut..huhuhu....
tetiba, saya dengar macam suara halus je memangil saya...suara tu datang dari tangki air besar belakang dorm kitorang...
makin lama makin jelas...sayup je bunyi...
dalam hati dah menyumpah ni...dah la nk g toilet xda orang nk teman...ni kena kacau pulak..
takut punya pasal...saya tahan je sampai subuh...saya tarik selimut pastu baca ayat apa yang terlintas...
tapi makin lama makin dekat pulak suara tu datang sampai da satu masa tu rasa macam dia da sebelah katil je...(time ni dh selubung ttp muka dengan selimut)
ntah masa bila saya terlelap....tapi memang berpeluh la saya malam tu....T___T


*buat masa skang ni ja la ceritanya...kalau ikutkan ada lagi cerita seram di kem ni...tapi lain kali la....sori kalau cerita xseram....ehhh...cuba tengok dekat tingkap tu...sapa tu...dia melambai-lambai tu...:-p

-haliza-

kecelaruan

rasa lama menyepi.
menyepi daripada membebel la.
ada je update kan tapi pasal hi tea je. :)

few days ni aku macam kelam kabut sikit.
entah la apa yang kelam kabutnya.
patut relax kot.
ke patut tak relax. aku pun tak sure.

yang pasti otak aku macam kekeliruan n bercelaru.
payah sangat rasa nak buat kerja.
macam rasa tangan macam sotong.
tapi sotong yang dah kat supermarket la,
longlai je tak bermaya. macam tak tau apa aku nak.
kejap capai computer, kejap nanti capai handphone.
tetiba nanti capai rokok sampai tercampak2.
tetiba rasa nak smoke capai lagi rokok tapi rupanya dah ada rokok yang light aku letak kat ashtray.
why oh why.
macam tak boleh fokus sangat.

tapi sebab kerja n mata pencarian aku dengan meniaga.
aku tak boleh rehat.
sebab if aku rehat, maknanya aku takda income untuk tempoh tu.
aku takda keistimewaan macam orang kerja pejabat.
bila ada MC ke apa boleh relax. amik la annual leave ke apa la.
tau-tau hujung bulan gaji tetap on.
no aku bukan merungut. syukur dengan rezeki yang Allah pinjamkan ni.
so selagi ada rezeki. mari la harungi.

cuma kalau aku kurang efisyen sikit lately ni *cea ayat macam la selama ni efisyen kan*, maafkan lah ye.
mana aku tak reply ke apa cuba contact balik.
maybe sebab kecelaruan ini, aku tak reply. then aku lupa.
selama ni memang ada kes macam ni, tapi kali ni macam double triple pulak teruknya.

aku letih ni. mentally.
tapi tak boleh lak nak lelap.
minum kopi maybe petang tadi.
aku rasa PMS pun ada ni.
tah kenapa rasa sebak je ni.
bongok gila menaip macam ni pun tetiba sedih ni.
pastu jantung debar-debar.
mungkin kopi. ye mari salahkan kopi. heheh.

aku rasa lately ni dugaan macam banyak pulak.
datang bertubi-tubi non-stop. Allah nak uji mungkin.
ada la tu salah silap aku di mana-mana.
tapi takpa. mari tabah menghadapi.
pernah orang nasihat kata, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu nak hadap benda tu.

aku cuba kawal perasaan aku.
aku ni jenis tak tunjuk sikit kat depan orang.
sendiri pendam kadang-kadang. tu sebab rasa senak sangat kadang-kadang.
orang tengok akan tanya sepuluh kali, kau ok ke tak? nampak macam ok je.
aku senyum je. tak pun jawab, ok. tapi hati aku orang tak tau.
entah kadang aku sendiri tak tau hati aku nak rasa apa. aku sendiri confuse.

aku macam tak boleh fokus apa aku nak buat ni.
rasa macam terkejar-kejar nak kena buat macam-macam benda.
tapi masalahnya, aku tak kejar pun. aku tetap statik tak bergerak.
perasaan je macam tu. tapi benda tetap macam tu.
contoh macam aku tau aku kena bayar few benda. ok aku tau..aku kena buat.
tapi nanti nak hadap benda tu, otak aku pikir benda lain yang lagi important.
otak aku melayang. tak boleh nak fokus buat benda tu.
so aku tinggalkan. then aku rasa ok mari buat urusan satu lagi.
tapi kaki tu berat n malas sangat nak bergerak. so kerja satu lagi pun tak selesai.
tak sukanya rasa macam ni. :(

then satu lagi buat aku panic adalah benda tak patut.
sebab aku excited untuk hi-tea ni.
Alhamdulillah banyak respons nak join.
tapi selagi tak penuh list jemputan aku, aku macam tak tenang.
hahaha bongok tak. tapi serious i is debar2 tau.
padahal ikutkan nak meet up nya next week kan.
tapi aku ni ada perangai selagi tak settle nanti tak tenteram. gituh.
rasa macam cepat sikit penuh plisss, so aku tak perlu pikir pasal tu.
just pikir nanti nak spend masa sama-sama ngan readers je :)
atleast nanti mesti aku happy dan melupakan sekejap duka lara hati ku ini.

noy pun sibuk nak join meet up ni. haha. ok la kan. dia pandai sembang sikit.
elly n filla of coz la awal2 aku ajak. sebab dorang penceria suasana aku.
kau ingat aku berani nak redah meet up ni sendiri. muahahaha. takuitttt.
eh tetiba teringat petang tadi sibuk kat group whatsapp memasing nak tunjuk bakat menyanyi so share voice msg nyanyi2.
elly la start. nak jugak semua lawan. filla paling kelakar.
tahap confident harus dipuji. tapi kelaut ye.
dah la orang share voice je dia siap bagi video. tak boleh kata dia, pakai voice msg whatsapp tu.
aku rasa boleh. tapi filla tu blur dia boleh tahan.
so aku n noy pun masuk kereta je terus nak jugak nyanyi.
tapi tak boleh blah kereta dia playlist semua lagu sedih je.
bongok nyanyi aku ni dah la tak hafal lirik, tetiba tak mampu nyanyi tapi termenangis. lirik menusuk kalbu. bongok sangat.
tapi yang pasti takda pertandingan pun elly tetap berkeras kata suara dia n nyanyian dia paling ok.
aku suka betul dorang berdua ni. ada je nanti benda2 kelakar.
sangat menceriakan aku. i is love.
so kalau korang jumpa dorang nanti, mesti akan suka jugak. confirm.
wahahhaha matiklah aku ni sejak kawan ngan elly confident tak agak2. ;p
entah-entah nanti kita jumpa elok suka tetiba menyampah pulak. ok takut. *stressurut2kepala*

e eh tadi mood sedih tapi ni tetiba menaip sambil sengih.
agak saiko di situ.

ok fokus lari lagi. tetiba aku bukak fb. scroll tengok timeline.
then teringat eh bukan tengah buat entry ke tadi?
tau2 dah 15 minit berlalu.
ok sambung sini.

aku rasa blog aku ni dah tak lama la.
ok bukan bermakna aku nak stop blogging.
susah kot. dah sebati dalam diri. walaupun ada moment-moment malas.
tapi nanti mesti ada je benda nak bebel, blog la yang di cari.
sedar tak sedar dah 8 tahun berblogging kan. :)
tapi aku rasa aku akan tutup blog peejburhan ni.
maybe tak. mungkin stay ngan blog ni tapi maybe semua entry lama aku delete n start all over again.
or maybe aku cari url baru n start new n fresh.
eh mana satu ni? see kecelaruan lagi lah ni.

eh tak sanggup betul la lalui phase ni.
Ya Allah permudahkan la semua urusan aku. Amin.
ok tiba-tiba tak tau nak cerita apa lagi.
as usual, akak suka layan perasaan sorang-sorang.
in the end, ni life kita sendiri, kita je yang kena tentukan apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.




pengguna EPHYRA, let's meet up [EDITED]


sedar tak sedar dah 2 tahun aku bersama Ephyra.
wah ayat..bersama katanya.
maksud aku dah 2 tahun la Ephyra dalam list barang yang aku jual.
antara produk terawal jugak aku jual.

aku jenis kalau aku tau barang tu ok dengan aku, or dapat banyak feedback ok pasal sesuatu produk tu baru aku rasa nak jual.
nanti if best mula-mula share ngan family n friends. then baru aku decide ok nak jual.
nak share jugak ngan readers yang lain.
Alhamdulillah ramai suka.
sebab mostly dapat good results jugak dengan Ephyra.
n kebanyakannya mesti return customer. :)
pastu borong-borong Ephyra. suka tau. thanks yea.

tapi selama ni kita communicate online je kan.
tak kisah la via whatsapp ke, sms ke, email ke.
tu je la. kadang-kadang ada customer yang pick up kat rumah aku
boleh la sembang sikit. itu pun kejap je kan.
sebab mostly pun rushing. n aku ni kan kadang2 pemalu. hahaha.

jadi aku rasa dah masanya untuk kita mingle.
saje relax-relax, chill, sembang-sembang over hi-tea.
so untuk pembaca aku yang terdiri daripada pengguna Ephyra, let's meet up.



sabtuday lovin'

ni kisah hari sabtu.
mak ngah cousin aku izza datang.
dapat la jumpa humaira si comel ni.



tapi tak dapat lepak lama pun sebab aku kan setiap sabtu session jumpa n lepak ngan elly n filla.
so dapat la lepak few hours je ngan izza.
kali ni lepak alexis je.
senang dekat.
minggu lepas noy join lepak.
tetiba pulak dia nak. hah jom la.
kalau tak asyik ngutuk kita orang sebab kata kita orang geng orang tua.
kurang ajar sangat. macam la dia muda kan.
tapi masalahnya memang pun. hahah topik perbualan adalah berkenaan rumah.
nak reno rumah la.
nak cantikkan rumah untuk raya la. hahaha tak best langsung.
bagi dia la kot tak best. bagi kita orang best je. hahaha.


amboi tan x berkesudahan nonoy ni kan.
tu la lama sangat pergi pulau.
hoi aku takda gambar dia balik pulau.
punya la berbalau kulit dia menakutkan ok.
ada sekali tu facetime ngan dia filla pun sibuk sama.
terkejut filla tengok. ketakutan sangat.

yang noy denial kata eh saya suka..saya suka.
lepas 2-3 hari baru nampak ngeri dia. tau menggelupur.
terus mintak aku tabita n ibu putih.
amboi main order je kan nak apa. meniaga tak bawak untung macam ni.
tapi elok pulak dia pakai. suka gila dia pakai ibu putih tu.
aku rasa bagus la ibu putih tu bagi kulit jadi lawa.
macam noy takda la putih. tapi gelap dia jadi glowing bronzy gitu.
muka pulak elok bersih. tinggal parut jerawat.
noy ni memang ada love hate relationship ngan pimples. kejap ada kejap takda.
tapi now tgk elok lak.
ni kemain tanya aku ada tak bekas besar sikit ibu putih tu.
dia nak bekas besar. amboi over sangat ni. obses sangat.
nway, siapa nak ibu putih 50g ada promo ye. RM65 incl postage. normal price RM80.


bersama elly n filla.
ingat lagi noy nak ikut ni kata eh saya rasa nak pakai itu ini.
over tak? alaaa kau simple je.
yang aku, ah pakai je. filla n elly memang jenis over.
tapi dia kata taknak la. nanti dia paling over.
sekali elly n filla sampai rumah nak tumpang solat, terus noy, ehhh kenapa lawa sangat korang ni. over betul.
haaa kan aku dah cakap.
aku je selalu comot tak kuasa.


aku mesti pakai bongok2 je.
beli baju pastu peram sebab sayang nak pakai. hahahahah.
tak pun rasa macam ahhh rimasnya nak pakai gini.
aku suka pakai cotton selesa.
since simple sangat mari la pinjam kalung tok bomoh noy. hahhaha.

lapar semua. order mesti nak best je.

:: noy paling over. tapi makan 2 keping je. cehhh. last2 pack bawak balik ::

:: aku lapar boleh tahan. so order nasi ayam la. kenyang n confirm sedap ::


filla order fish n chips. lama gilaaa nak decide. penat menunggu.
last2 ni je order.
tu takpa. pastu makanan sampai kata, ni fries ni menggemukkan ni. tak suka ni.
alaaa makan je la. takdanya gemuk pun dia tu.
tapi aku paham kot. sama macam noy filla ni.
padahal berat if 'gemuk' pun 50+ je. aku kalau dapat berat tu sujud syukur kenduri seminggu ok.
tapi bagi orang biasa kurus 40kg berat rasa n nampak gemuk sangat la bagi dorang.
so biarkan je la.

tapi dalam pada tu.
kau bayangkan orang lain dah lama abis makan.
elok galak bersembang.
aku ngan elly dok perati je filla.
dalam sembang tu dia dok mengunyah je fries tu sampai abis ok. hahaha.
filla ni memang perangai dia takleh tengok ada makanan terbazir kat meja.
nanti dia sibuk nak habiskan. bagus sangat perangai tu.



terpaling over memang elly.
aaaaa takleh terima aku.
time order takda la dengar dia order apa.
tapi bila waiter hantar minuman terus aku macam, elllyyyyyy kau ni selalu macam tu.
dia dah macam, kau kenapa dengki. biar la aku sukaaa.
kau boleh kenal ok mana air dia.
air dia mesti nak over2 je.
pastu nanti tersengih2 suka sebab masa masukkan cube sugar tu sampai see popo suka macam ni. macam orang kaya.
hahaha takleh terima.


lepak yang fun seperti selalu.
n selalu rasa macam kejap je tak cukup masa.
yang mama excited lebih, dia kata plan la setiap sorang bawak joke satu setiap minggu.
seronok nanti gelak2.
aku kata, takyah ma..elly tu sangat kelakar. dengar cerita dia pun dah gelak2.
filla pulak selalu di gelakkan sebab dia blur tapi nak berlagak pandai takleh blah.

so sampai time balik la.
sampai rumah tengok cousin aku nak gerak dah.
eh mana boleh.
dia kata dah termenung je. mama tertidur.
bosan balik je. tapi tengok kita orang balik, terus masuk balik lepak. hahaha. bagus.
mana boleh balik. belum lagi vain ngan baby.




:: eh dia pun nak senyum tu ::


kesian humaira semua sibuk photo shoot ngan dia.
naik fed up kecik ni.
beria la semua mengagah dia. macam2 style la.
lawak2 je. hahah.

lepak kejap ngan papa n mama.
then aku balik.


family bonding sangat kan.
masing2 mengadap gadjet.
zaman teknologi ni kan.


saje selit pic ni.
favourite aku if pergi old town.
chicken n mushroom steam rice. sedapp.
jangan lupa mintak cili padi potong.
since steam harus tunggu lama la dalam 20-30 minit gitu.
tapi pernantian berbaloi namanya.



Expose Mistik : hostel

-- 
~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~
salam peej. 

sronok pulak layan expose mistik ni and buat saya rasa nak share jugak.
tapi bukan jadi kat diri sendri, kat kawan masa zaman skolah menengah dulu. 
tahun 1997 camtu kut.

dulu saya duk asrama. dari form 1 sampai form 5. 
asrama desa je. asrama tu 50 org je.
sepanjang saya duk asrama 5 tahun, tak pernah lagi la ternampak, or kena apa2. 
tapi ada kawan2 yg nampak and kena histeria and dll. 
tapi tak teruk. just gangguan yg kecik2 je like nampak bayang2, dengar bunyi mcm2. 
blakang asrama, kat tempat sidai kain ada 1 pokok besar. mlm2 mcm gerun sket la tgk pokok tu sebab besar and rimbun. 

petang nak maghrib mcm tu, kami akan make sure semua dah angkat kain and takda nak lalu kat luar dah sebab ada yg pernah nampak ada something atas pokok.
toilet pun kat blakang and ada ruang terbuka sket kat bumbung. 
so boleh nampak pokok tu. dah jadi kebiasaan, nak g toilet mesti berteman.
tapi klau ikutkan, tak pernah pun kena sergah or nampak real hantu, tapi sebab semua perempuan, takut tu lebih.

pernah sekali, masa tu saya form 3 kut.
kes ni takut ada lawak pun ada. 
ada sorang akak senior, rambut dia panjang sampai punggung.
mlm tu kawan saya ni duk usik2 akak tu, duk main2 rambut akak tu. 
memasing pakat gelak2 jelah. 
pastu kawan saya ni nak g toilet. sebab awal lagi, baru pkul 9 camtu, dia g sensorang. 
masa nak masuk toilet tu dia nampak akak senior tu nak masuk toilet sebelah dia. 
dah masing2 duk dlm toilet, menunaikan hajat, tetiba kawan saya ni dengar akak senior tu kentut. 
kuat plak tu sbb dengar kan? selamba jelah dia jerit kat akak tu sebab akak tu kentut kan? 
pastu dengar pintu toilet akak tu buka. means dia dah kluar dulu. 
kawan saya ni pastu keluar g masuk dorm, beriya cerita punya kuat, bgtau akak senior tu masuk kentut dlm toilet. kami yg mendengar ni gelak la apa lagi. 
pastu akak senior tu sound dari belakang. dia ada kat katil kat hujung dorm tu je. dia cakap, dari tadi dia duk sini je tak g toilet pun. 
kawan2 dia kat situ pun mengiyakan yg akak tu ada kat situ dari tadi, takda g memana. 
kawan saya ni terdiam, and tak cakap apa2, terus blah g kat katil dia. 
persoalannya, siapa yg kentut kat dlm toilet tadi tu???
dia nampak sebijik mcm akak senior tu yg masuk toilet, dengan rambut panjangnya tulah..
huwaaaaaaaaaaaa.. memula gelak, pastu semua diam terus.. hihihi
pas kes tu, akak tu takda nak lepas rambut panjang dia sesuka hati dah..asyik bersanggul jelah..
hehehe..
 
 
feel free to visit my blog : http://genuine-1224.blogspot.com/

lebah sibuk

hahah tajuk macam apa je.
asyik tajuk busy bee.
marilah kita menaikkan martabat bahasa melayu.
jadi la lebah sibuk. hahahha. gilo.

sibuk sangat aku ni kan sampai tak sempat nak update blog pun.
kalau tak update tu memang sibuk sangat la.
Alhamdulillah walaupun tengah bulan banyak pulak order masuk.
tu yang menambahkkan kesibukan sebab masa yang ada digunakan sebaik-baiknya.

oh siapa nak order n nak tengok promosi apa yang ada boleh CLICK HERE

minggu ni memang sibuk sebab nak uruskan hal kereta tu.
last friday dapat call daripada bank kata loan lulus.
terus kak jah menyanyikan lagu, "Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat", sambil menari kepak-kepak.
kau mampu bersyukur tapi sibuk nak menari jugak. buruk perangai betul.
tapi serious rasa lega sangat.

ye la aku kan tak bekerja ni. takda payslipt.
semua berdasarkan bank statement je.
tu yang debaran lebih. takpa, nanti details aku cerita bila dah dapat kereta.
ewaaahhhh, kemain ni sambil type sambil senyum meleret ni. hihi.
tampar kang.

nway, so set la time ngan orang bank bila free untuk sign apa benda semua tu.
aku kena pergi ngan noy. sebab noy guarantor.
so bila ada noy tu yang jadi susah sikit sebab ikut jadual dia la kan.
macam aku takpa. aku boleh carik masa. if ada hal maknanya aku post la barang awal, gitu la.

tengok noy free isnin. so ok la set isnin around pukul 3 jumpa.
punya la aku rushing siapkan pack barang. dah la banyak.
ye la isnin kan. so ada gap weekend tu.
elok nak keluar rumah hujan selebat-lebatnya. takpa redahhh. dah ada appointment ni.
sampai post office melawati takda parking langsung. dah la hujan lebat melampau.
terus rasa, takpa kita try post office lain.
sekali on the way tu noy call kata dia tak dapat datang.
sebab dia memang pagi tu pergi gleneagles check up la apa.
daripada pagi meleret2 memacam check up sampai petang.
so memang tak sempat la.



terpaksa la aku cancel jumpa orang bank.
hilang terus keterujaan iolls yang tak sabar2 ni nak dapat kereta. hahaha.
takpa la. since dia cancel mari ke jj au2.
situ ada post office.
pergi sana sambil angkut barang. eh apesal ramai.
sekali amik nombor giliran amik kau no sekarang sampai ke giliran aku ada la 70 orang.
what the hell ramai sangat ni.
tak kuasa nak tunggu.
mari makan. so aku membawa diri ke sushi king sorang2.



eh ini je aku makan?
tidak mungkin. ini je yang sempat snap.
lepas makanan sampai harus golojoh makan lupa semua.

sedapppnya sushi. nak lagiii.
sedang sedap aku makan sorang tetiba datang sorang laki ngan dua anak lelaki kecik la.
sorang maybe setahun lebih. sorang lagi 4 tahun kot.
ok comel. anak dia la comel bukan dia.
tapi nakalnyaaaaaaaaaaaaa. nakal aku rasa nak sigung bagi terpelanting budak2 tu.
yang pelik bapak dia lagi menggalakkan.
dia nak bungkus je.
tapi sementara tu dia bagi anak dia main2 ok.
dah la betul2 sebelah aku. grrrrr.
budak2 tu main kicap la wasabi la tumpah sana sini.
main ngan tangan pastu dok pek pek pek tepuk kicap tu. kena aku awas ye.
dengan terjerit2 lagi. bapak pun sama jerit.

yang tak boleh aku lupa tah apa anak dia cakap.
sekali bapak dia kata, belasah nak? belasah nak?
sekali anak dia umur 4 tahun tu cakap, "kalau kau belasah aku, aku lempang kau!"
yang bapak dia boleh,"wahhh nak lempang aku…nak lempang aku yaaa."
e eh kau ni dah kenapa?

aku ni dah la kurang mesra budak.
dapat lak budak macam tu. aaaa tak suka.
ok maybe some akan kata, ala budak-budak biasa la nakal.
NO!
depan aku ada sorang bapak, nampak macam jenis warak2 la.
bawak 2 jugak anak lelaki. lebih kurang sebaya. tua pun maybe 1-2 tahun tua la.
sikit pun suara budak2 lelaki tu aku tak dengar.
elok je makan. biasa la ada dia berdiri2 sikit kat kerusi.
bapak dia tegur terus dia duduk elok balik.

entah la. aku ni pun takda anak. cakap boleh la.
kang aku ada anak mau anak aku stock bersilat atas meja kang tak pasal kan.
tapi entah la. budak zaman sekarang aku tak sure memang jenis tak makan saman.
or memang parents sekarang tak garang kot.
hoi zaman aku dulu jangan la buat pasal.
memang situ jugak mak aku cubit sampai biru.
berani kau nangis. terkulat2 je la kau kat situ.
menangis kalau memang kena jentik mulut pulak.
sampai rumah siap kau.
sekali dua kena cukup lah. memang pengajaran.
lepas-lepas tu mak aku takyah buat apa. kata la kita orang nakal, daripada jauh mak aku pandang jegilkan mata aje. amik kau menikus takut.
yang pelik jegil kat kita orang, pastu elok dia boleh senyum n sambung sembang ngan kawan. haha.
hebat gila.

nway, sambung kisah.
habis makan saje nak tengok post office mana tau giliran aku belum lepas ke kan.
boleh aku naik balik tengok baru 30+ nombor berjalan.
so maknanya aku kena tunggu lagi 30+ baru giliran aku.
takpa la terima kasih.
ingat nak berjalan la beli few barang.
tapi dengan kau kendong bag barang nak post lagi.
nak tercabut bahu. memang tak la. balik je la.

singgah rumah mama kejap, sebab aku ada packkan dia sushi.
ingat nak hantar terus gerak.
nak ke post office melawati balik. tsk. letih aku ulang alik.
tapi mama n noy tahan kejap.
so duduk la sembang dalam 20 minit macam tu.
then gerak pergi post.
aman damai senang hati bila sampai je terus ke kaunter. takda orang. super love.

then balik rumah.
balik rumah sakit kepala melampau.
sebab kena hujan kot.
n bawak kerja hujan lebat ni. mata kau strain nak tengok jalan apa bagai.
sakit gila.
so suruh laki aku urutkan kepala sikit.



haaaa amik kau. ni la muka sebenar tanpa budget. princess fiona sangat. hahaha.
aku tak sure dia ni urut untuk legakan atau nak bagi kepala aku pecah sebenarnya.
tapi serious sakit laaaaa!
pastu dia yang dok burp. kata dia amik angin.
yang aku tergelak2. motip boleh pass2 angin. tak suka tau.
yang dia bengang sebab aku tak serious gelak2.
kena serious ke?

tapi aku rasa bagus jugak la.
elok lepas dia urut terus aku ngantuk.
pastu nak masuk tidur kejap, amik kau burp non stop.
wau hebat. lega sikit la rasa. :)

malam isnin tu pergi amik mak.
laki aku kata mak nak tidur rumah kita orang.
boleh aje.
rumah aku tenang katanya.
tenang la dah takda sapa pun rumah ni kan.
ada pun kucing je la pun. huhu.

then selesa tu cuti.
takda apa sangat.
bawak mak jalan-jalan pusing2 je.
sabtu lepak macam biasa. aku dah lama jugak la tak join.
letih la.
tapi since kawan aku kata dia nak turun. so lets.
plus aku pun nak pergi keringkan baju kat laundry.
musim hujan. malas aku nak jemur2 nanti tak kering.

balik pun dah pukul berapa.
balik sambung lipat baju sambil tengok dvd.
then terbawak2 pulak rasa nak kemas almari.
amik kat tau settle dah subuh. haha.
aku kemaskan sekali MrB punya. kemain la kumbah ikut suka.

yang pasti aku dapat tidur dalam 3 jam je then bangun.
sebab kena siapkan pack barang n post awal.
sebab ada appoitment jumpa orang bank tu.

dah la tersampai dekat 1 jam awal. haha.
sebab ingat nak jumpa ice n huda sekali.
tapi dorang ada hal.
melangok la dua beradik selfie dalam kereta.



 :: hahaha gila kantoi vain nak selfie ::



letih gila rasa berapa hari ni.
tak cukup tidur je.
tadi balik je tertidur kat bilik noy.
hampeh maghrib semua lepas.
tapi tidur dalam 2 jam gitu je.
then balik rumah aku la.
singgah beli ni kejap.
hoi sedap.


ni saje mengadap blog kejap.
lama rasa tak update. update sikit la yea.
ok la. nak tidur la. sakit kepala la berapa hari ni.
baik tidur dan tenangkan diri.