Instagram : @peejburhan

daddy update

berapa malam lepas aku masukkan nRelate ni kat bawah entry.


nRelate ni macam linkwithin tu la.
so maknanya any post yang relate dia akan keluar bawah ni.
dulu aku ada pakai. tetiba rasa tak suka pulak. aku keluarkan.
sebab keluar cerita2 lama yang kita tak suka.
eh bukan aku tak suka. tapi ada orang tak suka la.
so aku kena la buang. gituh.
tapi tetiba ni rasa macam nak pulak.
dah lama rasa nak. tapi try masukkan link within asyik la error.
dah berbulan kot aku try tak boleh.
so aku google la apa masalah link within ni.
nampak few blogger kata nRelate ni lagi ok.
a ah la macam lagi best. boleh pilih memacam design.
tapi aku pilih default design je pun.

so bila dah keluar tu.
biasa la. tak pasal bila nampak entry2 lama, sikit2 aku terbaca.
rasa macam best pulak.
sebab some cerita kau pun takda la ingat kan.
baru terpikir bagus jugak ada blog n blog yang cerita details.
tu aku dulu la. sekarang aku macam malas sikit kan.
ok kita try rajin lepas ni.
bukan apa, kadang malas sebab dunia luar ni banyak judgemental assholes.
jenis yang asyik nak kutuk kata e eleh benda macam tu pun nak tulis blog.
kadang terasa jugak la macam, a ah betul la kata dorang.
tapi sebenarnya bila kau tak sedar, tiba time cerita-cerita tu la yang bagi kau rasa best.

contoh macam bawah ni.
aku baca entry time aku nak buat kad kahwin.
it was 2 years back punya entry
ternampak pic ni.
sedih pulak rasa. n sweet je.


hihi. dapat capture pic papa pandang mama.
macam mama la perempuan paling lawa dalam dunia.
macam noy kata masa papa memula masuk hospital.
bila mama sampai noy kata bercahaya muka papa, pandang tak lepas macamkan mama la perempuan paling cantik. *kesat air mata sat*

ni aku share sikit pics yang aku amik on day 1.
lepas2 tu dah nak amik pic. nanti sedih.
sebab day 1 papa macam still kuat lagi.


P.G update papa pasal bola.
ada ke dorang kata malam nak masuk hospital tu ikutkan papa taknak.
dia kata sikit lagi bola nak start.
bagi dia tengok bola dulu. e eh macam tu pulak.
tu yang P.G cerita pasal perkembangan bola papa suka la.

time ni mencuakkan je.
sebab kan hantar papa pukul berapa pagi tah.
then around 4am macam tu balik.
ayol balik rumah aku. tapi lain ke rumah mama la.
sekali pagi kul 7ish noy call kata Dr panggil n make sure semua ahli keluarga datang.
ada benda nak bincang.
tak berdebar kau?
sekali sampai dia just nak cakap kena tahan ward n nak tanya medical history papa.
hoiii tak baik ok bagi orang cuak.
drama melayu sangat.


mama suap papa pau sebab dia taknak makan
bukan taknak makan. tapi takleh makan.
kena mild stroke kan. so memang akan ada problem bab tu.
so now boleh makan pun yang lembut2 la.
papa ni degil, doktor nak masukkan tiub kat hidung utk masuk susu tu dia taknak.
berkeras ok taknak.
dia kata dia boleh makan. T____T
tapi sebenarnya memang if try makan macam nasi ke apa takleh la.

lately memang papa tak makan sangat pun.
sebab tu kurus sangat dia.
dah banyak kali aku bising aku suruh dia makan.
dia kata tak lalu.
hari-hari papa asyik makan roti cicah milo ke apa. biskut ke.
kalau aku beli2 makanan luar kena tekak dia makan la.
nasi lauk2 ni memang tak makan.
mama buat mee goreng ke, nasi goreng ke baru dia nak makan.
so ni dah sakit macam-macam pulak dia nak.
terus aku cakap, "haaa tu la time sihat orang suruh makan taknak. sekarang takleh makan nak macam-macam kan."
senyum je papa.


oh since kat hospital tentera.
so selalu gak la nampak tentera sama sini *senyum simpul*
ada sekali tu jumpa handsome kauuu.
terkejut aku n noy, dah dedua muka menyengih je n tergeleng2 kepala sebab kagum ngan kehandsomeman tentera tu. serious.
terus noy, "ok confirm biar aku jaga papa. fuhhh handsome."
amboiii.


time ni siang tu la.
sebab lepas masukkan papa ward semua balik rumah aku rehat.
pastu pergi balik kul 3 gitu.
tu semua tak tukar baju.
paling kena ejek ayol la sebab kan seluar pelikat. hahaha.
pakai malam ok la kan. siang2 pakai macam ni lawak je.

katil sebelah takda patient. so ok la boleh tumpang relax situ.
best hospital ni sebab lengang tak ramai orang.
n sebab tak ramai, so visiting hours tak berapa strict la.




day 1 papa ok lagi.
still boleh menulis ok.
ni papa tulis details untuk aku uruskan hal bills la apa la.
tapi boleh nampak la.
sebab walaupun tulisan kemas tapi semua tulisan naik ke atas je.
kalau tak memang tak la.
papa ni kertas kosong pun kau akan nampak tersusun je kerja dia.

malam tu dapat la tengok doktor check.
memang confirm mild stroke.
sebab tindah balas belas kiri slow berbanding kanan.
kaki memang lemah so takleh jalan.
so nak apa-apa memang kita orang kena papah.

tah la. ada time ok.
ada time tak ok.
ada time nanti nak duduk sendiri pun tak boleh.
ada time tidur je. ada time elok sembang.

MRI result pun dah dapat.
hmphhh. tah la taknak cerita.
nanti apa-apa aku cerita lagi.
hati aku sedih. tapi cuba kuatkan hati n kawal.
hari pertama tu aku down la.
malam tu menangis je sampai bengkak la muka.
laki aku agaknya dah letih pujuk.
now still sedih tapi ok sikit la.
sebab nanti aku sedih mama lagi sedih kan.
mama bukan kuat pun.
ni hari2 ulang alik hospital pun tau mama mesti penat.


buat masa nia ku visit je.
sebab aku ada kerja kan.
dorang mostly amik leave.
siang ayol jaga. malam noy n P.G.
aku n MrB akan amik turn weekend.
sebab aku weekend takda post ke apa, n MrB pun cuti.
n dia kuat sikit if nak angkat ke apa kan.


ni la hallway yang akan mengadap untuk entah berapa lama ni.
sunyi kan. seram ni if memalam jalan ni. huhu.
tapi dia hospital baru, effect tak seram sangat la.
hkl lagi seram weyh. biarpun sesak elemen seram tetap ada.

harap papa sembuh.
Ya Allah panjangkanlah umur papa.
rindu aku nak sakat dia.
rindu bila balik setiawangsa tengok dia tidur kat sofa or tengah duduk depan laptop main solitare. hihi.
aku ni dalam adik beradik paling nakal.
suka sakat mama n papa. suka main ejek2 dorang.
bengang je memasing.
tak puas lagi sakat ni.
sihat la papa yea. jangan degil2.



Nasi Goreng Sedap Gilers

ingat lagi aku belajar buat nasi goreng ni daripada noy.
kita orang namakan nasi goreng ni nasi goreng sedap gilers. haaa kau mampu bagi nama makanan berunsur pujian terhadap masakan sendiri?
masalahnya memang sedap ok.
sedap kat tekak kita orang la.

dalam banyak-banyak jenis nasi goreng yang buat sendiri la.
ni kira nasi goreng yang paling aku suka.
n laki aku pun suka gila kalau aku buat nasi goreng ni.
ulang makan 2-3 kali pun selamba je.
ulang jarak la. lunch. petang. dinner.
bukan sekali hadap 3 kali. tu gila namanya.
ewah cara macam ala2 tak bernafsu gajah kan. haha.
padahal dulu aku selamba setengah kuali boleh makan if nasi goreng.


anyway, last 2 weeks aku ada buat nasi goreng ni.
seperti biasa akan post kat instagram.
laju je filla komen kata nak.
aaaa lupa. hahhaa.
filla nak nasi goreng ni since dia time cuti pantang aleesya ok.
lama tak lama la leecha pun dah setahun lebih ok. kah kah.

ok aku kata set la. bila nak datang rumah aku aku buat.
boleh la dorang setting time rumah aku takdak air ok.
kemain filla kata ala nasi goreng je tak pakai banyak air. ewah.
yang si elly dah kesian kat aku kata if nak masak rumah dia pun ok.
eh over kan. alah ok je la.
best pulak rumah aku ni ada time2 dia.
kadang time patut takda air pun tapi tetiba air pipe dapur ada je. 
tak besar la. kecik je. tapi ok la.
lagi best la dpd guna air takung kat baldi ke apa kan.
so ok selamba.

so dorang datang rumah aku.
aku lak boleh pulak busy buat kerja lupa masak nasi. haha.
dah tengahari baru sibuk masak nasi.
yang filla bising kata nasi tak kering tak best la apa.
e eh sibuk je. aku tau la beras umah aku macam mana.
ok je. nasi baru lepas masak pun ok je.
sebab aku pakai beras takda kanji so memang kering ok.

dorang kemain kata nak tengok aku masak la apa.
aku tak suka la. sebab kang nanti aku nervous macam mana? tak jadi kang. 
boleh macam tu? tah apa-apa kan.
so konon nak biar dah masak baru dorang sampai.
takda makna awal lak datang kan.
so nak taknak kena la masak sambil dorang menyibuk.
tapi menyibuk sikit2 je la.
sambil masak sambil sembang.
dorang kata cara aku masak relax je. 
jenis blend cili terus panaskan minyak.
pastu dorang lak nervous sebab daging sayur ke apa belum potong.
eh i terel multi tasking ok. so jangan risau gitu.

akhirnya siap.
nervous gak hidang.
ye la mana tau selama ni konon feeling nasi goreng sedap gilers.
sekali sebenarnya biasa je. maluuuuu.
tapi time makan dorang kata sedap. hihihi *tersipu2 dalam hati*
filla siap tambah dua kali ok. kembang hidung iolls.
nasib menjadi nasi goreng ku. 



terus malam tu dorang mintak resepi.
so aku pun share je la.
semangat kau terus beli bahan masing-masing.
elly esok terus buat.


then last weekend filla pulak buat.
weowwww.
tapi bila aku tengok aku rasa nak lagi.
macam mana itu?


bila dorang upload dah la ramai mintak resepi.
elly lagi takleh blah, orang mintak dia resepi dia mintak pengeras ok.
amboih. hahha.
terus dorang direct tag aku mintak resepi.

aku malas nak type. aku suruh google je.
sebab aku pernah share actually resepi ni. CLICK HERE.
version lain la. tapi bawah tu ada aku share resepi ni. tak tak proper la.
so ni aku share again yea.

Nasi Goreng Sedap Gilers

- nasi 2 pot
- daging
- kacang buncis
- telur 2 biji
- serbuk ikan bilis knorr

bahan A (blend)
- bawang besar 2 biji
- bawang putih 2 ulas
- cili padi(cili padi akar ye, bukan cili padi kampung) 15 biji
(aku suka pedas, tak suka pedas boleh la kurangkan)

cara masak
-panaskan minyak
- masukkan bahan blend tadi
- separuh masak, masukkan daging. daging perlu masa lama untuk masak n empuk so masukkan awal takpa
-masukkan pati ikan bilis 1 sudu kecik.
-dah garing sambal n daging dah empuk, tolak ketepi sikit, bagi ruang. then pecahkan telur.
- kacau n pecah2kan telur tu.
- masukkan sayur.
- masukkan garam secukup rasa
- gaul sebati
- bila sayur dah hampir masak, boleh masukkan nasi. sayur jangan sampai lembek nanti tak best.
n nasi make sure dah garis dulu la. baru peroi lawa n sedap.
- gaul.
- siap untuk di hidang.

mesti sedap punya la.
tak tambah dua kali memang saje je la kan.
ok selamat mencuba uolls.


Kaylena Beauté by KFLN

[sticky post - scroll down for latest entry]

Banyak kerja tertangguh aku ni.
terkejar betul banyak nak kena buat.
takpa slow-slow.
tidur tak cukup ni, tapi since mata masih belum boleh lena mari siapkan satu kerja.
kali ni nak update pasal produk baru aku jual.
Kaylena Beauté by KFLN.
produk daripada Leuniey Natasha wife penjaga gol Malaysia tu.
tau kan. tak tau memang saje je la.



Kaylena Beauté 5 in 1 set ni dirumus khas dengan estrak Rose Hip Oil.
Rose Hip Oil ni sudah membantu berjuta orang mengatasi pelbagai masalah kulit.
Baru, lama, parut, lekuk n bermacam lain cela pada kulit dapat disembuhkan dengan segera dengan minyak yang membaik pulih secara semulajadi ni.

Produk kaylena dirumuskan khas dengan pati buah-buahan dan estrak-ekstrak essential oil daripada bahan semulajadi yang dapat membantu membaiki sel-sel kulit dari dalam.
So maknanya Kaylena Beauté ni produk penjagaan wajah daripada bahan-bahan organik la. :)

Produk ni sesuai untuk :


  • semua jenis kulit
  • semua jenis masalah kulit
  • sesuai untuk semua peringkat umur
  • takda peeling/pengelupasan
  • berkesan dalam 2-3 weeks (bergantung kepada jenis kulit & hormon) 

produk ni jugak membantu masalah kulit dari segi
  • masalah tona tidak sekata
  • mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
  • memudarkan pigmentasi
  • mengatasi masalah penuaan kulit
  • membantu menghidratkan kembali kulit anda dari dalam, so kulit akan moist
  • mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
  • membantu mencerahkan kulit
Satu set ni boleh tahan 1-2 bulan.

Kaylena Beauté 5 in 1 set ni mengandungi







Cara pakai :-




ni pualak antara testimonial pengguna produk Kaylena Beauté


by leuniey natasha:

Sebelum menggunakan Kaylena Beaute' leuniey skin leuniey 
mmg dah okay,tapi bila preggy hormon tak stabil, kulit jadi kering,kusam,pimples 
kecik2 kat dahi ,tapi leuniey tak pakai apa2 pun skincare disebabkan atas nasihat
yg pakar pada awal preggy tak elok pakai skincare ,alhamdulillah takde lah 
terok sgt perubahan hormon tu, selepas 5bulan preggy leuniey try sample 
skincare dari production memandangkan dah lama nak buat beauty product sendiri ,
so leuniey cuba tanya kepada yg pakar adalah elok atau boleh pakai skincare pada 
kandungan 5bulan, dah boleh pakai tapi secara nipis2, so leuniey try pakai lah ,
alhamdulillah dengan izinNYA kulit leuniey lebih elok dari sebelum ni. Now dah 
ramai yg telah mencuba dan ramai testimoni kami telah membuktikan yang Kaylena 
Beaute' salah satu skincare yg boleh menyelesaikan semua masalah kulit muka .Alhamdulillah.


by @adynazabidy 

okay I dah try scroll dlm gallery cari picture yg nmpk ketara 
jerawat tapi tak jumpa sebab semua gambar dulu guna filter. 
biasa lah takda keyakinan kan. 
gmbr nk bagi nmpk elok je semua. 
so I post balik gmbr tudung kuning tu dgn latest pic.
lighting lain sebab tu nmpk gmbr latest pucat sikit. 
korg jgn assume yg skrg muka I dah flawless gila sebab takkan dulu muka teruk skrg dah terus baik xde cela kan. 
still ada pimples but dlm proses recovery. 
I got my own opinion abt kaylena and here I want to share abt thing I like the most about kaylena beaute. 

→the day cream really suits my skin. kalau pakai tu xde nmpk tompok sgt, it looks natural. pastu 
sgt saving, satu bekas tu boleh pakai more than 1month. 

→moisturiser nya pulak mmg selesa pakai. biasa I sapu moisturiser before pakai day cream and ianya membuatkan kulit nmpk lg smooth. 

→night cream pulak paling I suka gila! sebab dia rejuvenate and smoothen skin masa kita tidur. 
and you can see the effect when you wake up on the morning. 
lepas bgun pagi cuci muka kan, korg dpt rasa la bestnya pakai night  cream. 
kulit lembut sgt pastu nmpk seri nya lah senang ckp. 
kalau berterusan guna insyaAllah skin korg akan lebih putih berseri. 

→skrg I dlm proses testimoni serum so tak sampai sebulan lagi kot guna. 
nnt I update psl serum nya pulak okay? 

tu je laa nk kongsi pasal kaylena beaute. 
takda benda yang serta merta pakai terus jadi cantik & elok. 
kena laa sabar sebab biasanya product yg effect cepat ni byk guna chemicals. 
kaylena ni one of natural organic skin care product so it wont harm your skin. 
you can trust on it selamat mencuba!






ni antara testimonial yang ada n dapat dpd Kaylena Beauté.
ada banyak sebenarnya tapi aku share ni je dulu.
Kaylena Beauté pun ada kelulusan daripada KKM.
so boleh la pakai tanpa was-was gitu. :)


ni bawah ni pic packaging Kaylena Beauté
comel sangat kan.
suka aku tengok.


ramai suka produk ni sebab kesan dia quite cepat nampak.
n yang penting takda peeling tu.
tu ramai suka tu.
sebab aku selalu dapat aduan customer sebab risau pasal peeling ni semua.
sebab some kerja memang kena jumpa client, customer, buat sales marketing la apa kan.
so bila peeling tu malu la kan.

aku tak try lagi produk ni.
tapi looking forward.
now aku nak abiskan penggunaan produk aku sekarang. tinggal sikittt je lagi.
abis akan try terus produk ni.
sebab now pun kulit aku belum cerah sebetulnya since pergi pantai tu kan.
so elok sangat la try, baru best kan.
once aku pakai nanti aku akan share testimonial sendiri.
wahhh nak jugak kan.

so if korang nak beli boleh contact aku yea.
post boleh. COD pick up kat rumah aku macam biasa pun boleh.

Harga :

  • RM183 (SM)
  • RM186 (SS)
interested boleh whatsapp/sms 0122758575


p/s : Check out PROMO untuk lain-lain produk CLICK HERE
p/p/s : aku dah upload pic perfume yang aku jual. boleh follow intagram @peachhub

lapislapis

tidur lewat, bangun awal. boleh tahan pening lalat la ni.
tak berapa busy ini pagi.
so ada kemungkinan terlena balik ni.
tapi sementara mari update.
alang-alang dah memang ada pic dalam draft ni kemain lama.

this was a couple of weeks ago.
as usual aku kan bab update ni suka bertangguh.
haha entry redang langsung tak update kan.
padahal pic berlambak tu.
tah ingat lagi ke tak nak update.
takpa if tak ingat aku akan share gambar je ye. ;p

keluar ngan noy ke wangsa walk.
sebab nak mencari cable untuk charge phone.
wayar charger MrB putus di gigih kucing. haha.
rumah aku ni pantang lepa memang putus la wayar charger if kau lupa nak simpan.
sebab tu aku suka charge dalam bilik je.
if charge kat luar pun, nanti sebelum keluar ke apa aku akan make sure bukak n simpan.
dah berapa kes weyh putus2. haha.
tapi laki aku lupa. padan muka. abis semua putus. sampai dah takda charger.
nasib ada battery bank.
so kena pergi beli la.

sebelum tu harus singgah makan dulu.
kelaparan masing2.
makan kat sweetbowl.
sedappppp. tapi tu la kerusi tak comfort.
memang cara-cara nak suruh kau makan n berambos.
jangan nak lepak lama sangat la.
ye la konsep kopitiam kan.
so kerusi pun pakai stool. cisss.


kan aku penggemar mihun kari. mesti nak order ni.
eh tengok ni tertelan air liur. macam sedappppp je.
ada aku pergi jap lagi ni kan layan makan sorang.
noy pulak order laksa assam.

:: boleh tahan gelap la dia ni kan. oh btw sunglass aku tu boleh tahan dia buat harta la kan. kong jaq sangat sendiri punya ori berlambak, aku punya MnG je pun dia mau bedal ::

:: but first. let me take a #selfie ::

then settle urusan kat wangsa walk ke jj pulak.
beli barang dapur lagi.
haaa kan aku cakap aku ni asyik beli barang dapur kan.
aku tak suka beli banyak2. beli sikit2 je.
stock seminggu gitu la.
sebab aku ni mood kejap rajin kejap malas.
so taknak la simpan barang basah lama-lama kan.
so tu yang asyik la nanti kena pergi beli.

settle bab tu tengok jam macam masih awal je.
takkan nak balik kan.
so noy ajak lepak ada cafe baru area wangsa maju.
cafe lapis. ok jom.
walaupun aku macam tak suka minum coffee.
ok aku suka coffee tapi aku tak suka nanti aku gagat je.
letih tapi takleh tidur.
so bila aku kurang amik coffee, sampai ke sekarang la effect sama, aku jenis manusia yang kalau amik coffee nanti cakap non stop, tak tidur2.
ye la some people sebab biasa sangat minum coffee, dia dah takda effect ke apa kan.


ok la harga dia.
sedap pun ye.
kalau follow ig @cafelapiskl boleh tau apa special untuk hari itu.
best je kadang aku tengok ada laksa johor la, nasi arab ke apa tah.
eh kenapa macam best je ni.
dah la tu ada cute baristas. mueheheheh. eh tetiba kan.

:: snickers chocolate cake ::

:: latte ::

tolonglah sedap sangat cabungan berdua ni.
latte kan pahit, tapi bila makan ngan cake ni rasa stone dia.
lain macam.




suka jugak la deko dia. cozy.
aku n noy stone je, rasa macam oih kalau kita duduk kat bean bag tu mesti terus tidur ternganga je nanti.
lawak la. dalam stone tu, tapi mulut tetap bercakap non stop.
berebut-berebut masing2 nak share cerita memasing. haha bongok gila.

:: noy's cappuccino ::





ok tiba-tiba lapar n tak boleh berpikir.
nak keluarkan barang untuk masak today.
later.

28Apr

tak boleh tidur again.
walaupun sebenarnya tak cukup tidur.

hari ni 28 Apr genap la 2 tahun kawin ngan MrB.
sekejap je rasa 2 tahun.
dalam 2 tahun tak semuanya manis.
kadang-kadang banyak pahit daripada manis.
tapi perkahwinan ni i guess kena banyak tolak ansur.
n kena banyak bersabar.
sikit-sikit n setiap hari kita belajar.

Alhamdulillah aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik.
yang lagi berpengalaman yang sentiasa guide.
kita ni manusia biasa. ada kala, kita down n mencari tempat mengadu.
kalau pendam sorang rasanya bertambah tinggi la darah tinggi aku ni.
dan everytime kawan akan bagi kata-kata positif.
so aku bersyukur ada sahabat-sahabat ku ini.

sometimes memang rasa tak tahan sangat.
rasa macam apakah semua ini. kadang rasa putus asa aje.
sampai la a couple of weeks ago, aku bersembang dengan someone.
antara topik adalah solat istikharah n doa itu ini.
terdengar ayat doa tu.
terdetik kat hati aku, teringat itulah doa yang aku selalu doa setiap kali lepas solat.
masa mula-mula aku sambung balik couple ngan MrB.
aku selalu doa kalau ini lah jodoh terbaik aku, kau permudahkan la segala urusan aku. sampai kita orang kawin.
memang Allah permudahkan, daripada time macam mana aku nak bagi tau parents aku.
sampai la Allah bukakan hati parents aku untuk terima MrB seadanya.
sampai la ke wedding aku, rezeki Allah hantar dapat banyak sponsor.
dengan keadaan aku yang time tu income blogging kurang, Allah bukak rezeki meniaga, sampai kawin, sampai aku boleh berdikari sendiri laki bini, n now sedar tak sedar dah 2 tahun pun.

maybe la hidup kami tak sehebat orang lain.
tapi Alhamdulillah happy.
of coz ada turun naik. bila bergaduh tu boleh tahan la kan.
tapi Allah bagi kesabaran yang tinggi kat aku, macam tu jugak kat MrB.
masing-masing ada kekurangan masing-masing.

bila teringat semua tu, terus rasa bersyukur.
kadang-kadang kita ni lupa.
rasa macam diri kita bagus, boleh ada life lagi best, lagi bagus ke apa je la.
biasa la bila time macam tu, lagi macam-macam setan ni bisik kan.
then tersedar. maybe orang tu kurang kat sana sini, ada keburukan dia.
tapi ada banyak lagi lebih dia.

aku rasa dia tersangat la rajin. rajin yang aku rasa tak masuk akal n aku pun pening.
dia tak pernah kisah macam mana buruknya aku, macam mana masam, busuk, comotnya aku.
tak kisah pun aku ni tak serajin dia.
tak kisah pun aku ni kadang-kadang mengada.
dia jaga aku time sakit dengan bersungguh2.
dia sayang family n jaga family aku berlebih2.

so sempena anniversary ke dua ni.
aku harap kita orang akan strong menghadap tahun-tahun akan datang.
akan cuba perbaiki diri jadi lebih baik.


but anyway, tak rasa apa sangat on our anniversary ni.
wish each other je.
then buat hal masing-masing.
sebab aku banyak kerja kena buat patutnya.
tapi rasanya dalam banyak2 tu 1-2 benda je aku dapat buat.
lainnya otak melayang je.
penat n tak cukup tidur.
tapi takleh nak tidur.
otak ligat berpikir.
teringat je kat papa.
im so sad.
dah berapa kali nangis ni sampai dah bengkak muka.
sampai tersumbat dah hidung ni.
gatal pergi buat kerja sambil bukak youtube.
playlist pulak lagu nak sedih je. rasakan.
sikit2 nanti dok nangis.
sedih sangat la.

semalam almost whole day ke hospital aje.
menahan sebak je.
time doktor check kita orang semua ada.
memang confirm la papa kena mild stroke.
sama je simton masa papa pernah kena dulu back in 2002 macam tu.
tapi papa cuba tunjuk dia kuat n dia ok.
tapi memang ketara sangat kan.

then rasa sedih je sebab papa bagi tanggungjawab kat aku untuk uruskan segala financial dia.
sebab nak hujung bulan kan.
sedih je rasa.
walaupun sedih tapi balik tadi hati tak rasa berat sangat.
sebab tau papa kuat, papa mesti nanti sihat balik macam dulu.

noy yang jaga papa tu.
aku tak boleh sebab esok hari kerja kan.
so aku nak kena siapkan few kerja.
gosok baju2 untuk kerja MrB.
buat laundry since esok takda air rumah aku.
baju 2 load kena hadap.
pulak now time orang dapat gaji.
harus banyak orang membeli belah, so memang banyak la kena hadap.


pic semalam.
see tengok pic nampak macam papa ok.
sebab mama mesti nak tunjuk dia ok.
tapi hakikatnya…

then tak boleh tidur n melayan perasaan ni.
nak facetime line tak berapa ok kan today.
so boleh whatsapp je la.
noy bagi update pasal keadaan papa.
noy kata macam worse dpd semalam.
dah la dedua dok nangis.

rasa nak pergi sana.
tapi takleh kan. boleh sorang je jaga time malam.
hmphhhh. takpa esok ada.
aku rasa kena ubah schedule la.
nanti aku pikirkan.
sebab if ikut timing kebiasaan aku, nanti aku takda masa tak pun lewat petang baru boleh pergi hospital.
tak sedap hati ni.
plus sian noy pulak.

mama of coz takkan larat nak jaga.
abang-abang aku ni jenis tak reti.
sebab maybe dorang tak se-close macam mana aku n noy close ngan papa.
aku tengok lambat dorang punya tindakan reflect.
MrB pulak lagi pantas. ye la dia dah biasa jaga bapak dia kan.
siap MrB kata takpa biar dia yang jaga papa.
eh mana boleh. anak2 ni ada, biarlah kita orang kan.

eh ok lah.
aku kena tidur.
so that boleh siapkan kerja cepat n ke sana later.
ok peeps.
doakan papa cepat sembuh yea.
oh n thanks untuk semua yang PM, whatsapp, tinggalkan komen semua mendoakan papa.
i appreciate it.
sorry if tak sempat balas satu2. jiwa kacau, n line maxis siang tadi langsung takda.
tah apa2.

oh satu lagi.
siapa semalam contact order barang tu tak dapat balasan bagi again yea.
aku dah balas semua rasanya tapi ye la line teruk, takut entah2 error, tak dapat deliver ke apa aku tak perasan.


get well soon daddy

tak boleh tidur pulak.
walau mata mengantuk ni.
susah hati je.

rasanya papa kena stroke lagi. :'(
tadi siang keluar ngan noy n friends.
masa pergi setiawangsa nampak la papa tidur.
takda kacau la sebab nak keluar pun.

so masa keluar tu dalam kereta noy cerita la.
mama cakap papa macam kena stroke.
tapi papa kata takda. tapi tanda2 semua ada.
papa kan pernah kena before this.
mild stroke.
so kali ni pun macam sama.

mama kata papa balik kursus around 2pm tu.
mama tengah sembang ngan jiran kita orang.
auntie tu datang rumah.
papa balik tu mama kata nampak topi papa senget.
pastu muka macam senget.
pastu dia bukak topi peluh terukkk sangat2.
tanya ok ke tak. dia kata ok la takda apa.
tapi dia pegang mug pun takleh terjatuh mug tu tumpah semua air.
so mama suruh dia rehat je tidur.

so dia tidurrr je takda buat apa.
ajak pergi hospital taknak. kata dia ok.
then abis lepak malam tu noy hantar balik.
noy ada facetime dok nangis. kata papa macam teruk n tak ok.
tapi berdegil marah semua kata dia ok.
padahal berdiri tak boleh. pergi toilet pun kena papah dah.

pergi hospital taknak.
abis semua orang dia marah.
dia kata esok baru pergi.
malam2 pergi nak buat apa.
dah dia kata macam tu.

so aku pun tidur.
few days ni tak cukup tidur aku ni.
so tadi aku tidur awal.
dalam kul 10ish gitu dah tidur.
laki ajak lepak ke apa pun taknak sebab letih pulak.

then kul 2ish macam tu dapat call from noy.
mamai2 aku cakap. dia kata dorang kat hospital.
dia paksa jugak papa pergi.
papa taknak. dok la kata dia ok.
noy kata memang tak ok la. hari ni boleh lagi bercakap ke apa.
kang tunggu esok buatnya dah jadi lain pulak.
dia kata dia ok n kuat.
noy kata, ok kalau kuat noy nak papa berdiri sekarang.
nak melawan jugak tu. terus dia berdiri. memang tak boleh la.
terhoyong hayang n terduduk balik atas kerusi.
baru dia termenung.

so ok la bawak la ke hospital.
nasib hospital tentera ni dekat je pun dengan rumah kita orang kan.
so ke sana la. dorang buat x-ray n mri tadi.
esok baru doktor datang check result.
so dia kata suruh balik la semua. biar papa sana.
esok pagi datang balik.

aku duduk termenung. hati tak best.
time noy call tu noy kata papa takda ni tengah x-ray tu.
ayol bawak. so dia n mama tunggu luar.
aku dah macam, ah nak pergi la.
i wanna see my daddy.

last jumpa kelmarin sembang.
pun papa tak banyak cakap. dia diam je dengar kita orang sembang sambil sandar kat kerusi pejam mata.
sikit2 je sampok2.
then semalam masa pergi sana dia tidur kan.
i is sad.

so nak jugak jumpa.
so aku decide pergi.
elok pulak aku nak pergi tu laki aku mmg otw balik rumah.
so ke sana la.
duduk kejap sembang ngan mama n noy.
then maybe dalam 15 minutes later papa keluar.

nampak uzur papa.
dia sakit suka tak mengaku.
marah dia bila kita orang cakap dia kena tidur sana.
takpa la biar dia rehat.

noy cerita sebelum pergi hospital mama tanya, nak mama ikut ke?
dia pandang je mama lama, dia kata kena la mama ikut, mama yang suruh dia pergi.
sedih lak aku. dedua dah tak sihat kan.

aku lagi sebak sebab Alhamdulillah tahun ni mama n papa akan kerjakan haji.
harap sangat nothing serious.
biar dia n mama boleh tunaikan haji.
mama dah tentu tak sihat.
dia la akan di harapkan nanti tengok2 mama.
nanti kalau papa pun tak sihat how kan.

rupanya kat hospital tadi baru dia cerita.
dia kata tadi masa dia nak balik dpd kursus haji tadi.
naik tangga kat masjid. then macam turun tangga.
dia rasa senget2 dia jalan, pastu dia terjatuh masa nak turun tangga.
maybe sebab tu. tau la orang pernah stroke ni takleh jatuh2 ni.
dia taknak cerita. tetap mengaku dia ok.
padahal dah jatuh earlier. :(

Ya Allah, Ya Tuhan ku, semoga papa sihat macam sediakala.
semoga papa n mama selamat pergi n balik menunaikan haji nanti.
semoga papa panjang umur.

too sad utk sambung entry ni.

Happy 2nd Anniversary Ephyra

[sticky post-scroll down for new entry]

Macam ada kat entry hari tu aku cakap ada promo Ephyra kan.
so promo adalah sempena ulangtahun kedua Ephyra.
sedar tak sedar aku pun dah bersama Ephyra 2 tahun.

bagi yang tak tau apa tu Ephyra, meh sini sedikit info supaya korang tak lost.


ni lah kandungan yang ada dalam Ephyra.
masing-masing ada fungsi n kebaikkan masing-masing.
boleh click kat gambar atas for larger view.

tak perlu was-was if nak amik Ephyra sebab Ephyra ada sijil Halal Jakim dan juga kelulusan dpd KKM.
aku pernah share kat entry-entry Ephyra yang sebelum ni.
can check all about Ephyra HERE.



so far aku sesuai lah amik Ephyra.
sebab takda alahan ke apa.
n aku suka sebab aku bertenaga nak buat kerja harian.
antara yang best sebab kulit lembab la.
sebab aku memang pemalas pakai lotion segala ni.
so rasa best bila tak perlu susah2 nak lotion apa sangat.
tapi hasil kulit maintain halus.
n nanti tanpa sedar, tau-tau kulit kita pun better n bertambah cerah.




Ephyra akan berada di Putrajaya dan Perak.
so orang Putrajaya dan Perak boleh la beramai-ramai check out booth Ephyra.


Di Putrajaya, Ephyra akan berada di Karnival Riuh Sakan Utusan pada 25-27 April
Manakala di Perak pula, Ephyra akan berada di Karnival Jom Heboh Ipoh pada 26-27 April.
Kalau pergi tu jangan lupa serbu booth Ephyra sebab ada harga promosi beserta free gifts.
Kat situ jugak boleh jumpa n beramah mesra dengan duta Ephyra, Memey & Norman Hakim.
Dorang akan turun ke karnival Putrajaya on 26/4 n kat karnival Perak pulak on 27/4.


Haaa meh cerita pasal promo Ephyra sempena 2nd Anniversary.
so sempena Anniversary Ephyra yang ke-2, HQ pihak Oceanlife buat MEGA SALE.
haaa tu yang sekotak Ephyra boleh dapatkan dengan harga RM180 sahaja.
Promosi bermula 28/04/12.
haaa tunggu apa lagi. bukan senang sekotak nak dapat RM180.
sebab selama ni harga memang RM197 sekotak.
harga kawalan, so memang if sekotak kena jugak RM197. 
so inilah peluang untuk korang dapatkan Ephyra ngan harga runtuh ni.

n sempena Anniversary Ephyra ni jugak aku buat promo untuk pembelian lebih daripada sekotak tu.
ada aku share dalam entry2 sebelum ni.
postage adalah free yea :)

untuk yang nak baru nak try. 
Ephyra ada jugak trial pack yea. trial pack(10 sachet) sekotak RM68.


Sempena ulang tahun ni, Ephyra ada mengeluarkan T-shirt ekslusif Ephyra.
Kuantiti adalah terhad.
harga hanya RM15 sehelai.
So if berminat boleh contact number atau email yang tertera dalam gambar di atas.

Happy 2nd Anniversary Ephyra.