Instagram : @peejburhan

oh kucing

aaa rasa nak bercuti lagi.
walaupun baru balik cuti. tak puas.
kejap sangat rasa.
pastu ni noy lak dok ajak.
pastu saje je facetime aku bagai.
lagi rasa nak pergi.
tapi timing macam tak kena.
sebab untuk peniaga online macam aku.
masa sesuai bercuti sebenarnya adalah tengah bulan.
hujung n awal bulan tak sesuai ok.

tapi alangkan best if pergi n tinggalkan semua.
gembirakan diri n hilangkan rasa penat bekerja.
walaupun orang dok cemuh kata alah apa kerja sangat aku buat.
kau tak buat kerja ni kau jangan banyak bunyi.
aku yang hadap aku tau tahap mana penat tak penat aku tu kan.

nway, tapi tu la. satu lagi susahkannya bercuti bila kau ada banyak kucing. T_____T
nak hantar boarding kayap uolls kata banyak nau kucing.
hari tu ok la sebab mak n fam adik ipar aku duduk rumah aku.
kira takda la rasa risau ke apa.
tau makan minum kucing cukup. litter box pun dorang bersihkan.
tapi kalau kau nak bercuti lagi n harapkan orang buat lagi.
amboiii cantik muka kan.
so kuburkan rasa melonjak ingin pergi tu.

dah la if nak pergi harus laki aku nak ikut kan.
kan best tetiba dia kata, takpa la u pergi. biar i duduk rumah jaga kucing.
wahhh berangan tak hengat. memang takkan.
pastu if la dia lepas. ngan pulau line maxis macam haram.
tak dapat call kang mau dia bertukar menjadi hulk.
oh apalah nasib.
takpa. tak dapat pergi mungkin duit boleh simpan n belanja ke lain. muahhahaha.

apa2 pun nak pergi pulau lagiiiiiii.


kan best if duit den botingkek-tingkek.
aku akan beli chalet kat pulau. buat lawa-lawa.
pastu pindah n duduk sana.
wah boleh ke? hmmm. kang teringin nak mcD ke nandos ke how?
tapi mesti best kan. beach life sangat.
time tu baru la tetiba jadi carribean goddess.
wah nakkkk jugak. hahahha.



now what?

semalam tidur awal.
ok tak awal sangat la. rasanya aroung 4am. hahah.
ok awal la tu bagi aku.
n bangun pun awal la ini hari.
ok tak awal jugak. tapi awal bagi aku.
bangun kul 10am yawww.
kagum. bangun ngan sendiri lak tu tanpa alarm. kagum2 *tepuk bahu sendiri*

sebab memang ada customer kata nak datang amik barang.
pagi. rasa seram je kan orang nak amik pagi ni.
seram sebab aku ni payah bangun pagi kan.

ada few times aku try adjust la bangun awal.
mak ai bosan gila ok.
sebab apa je aku nak buat.
if busy ok la. time relax. serious melanguk tak tau nak buat apa ok.
nanti mesti end up tidur kebosanan.

ni ingat nak restock ephyra. licin stock aku.
sekali teringat dorang inform yang office takda orang sebab dorang ke terengganu.
so jawabnya next week baru restock la.
pastu dok melanguk ni tak tau nak buat apa.
tengok la. bosan sangat kita tidur.
tak pun masak ke kan.
tapi tu la bawang besar takda. aku ni bawang kecik tak suka.
dah la kecik nanti kena kupas banyak2. pastu mata pedih. i not like.

nway, takleh nak update entry redang.
sebab kat sana sehari pertama je rajin amik pic pakai camera sendiri.
pastu malas sebab radie, suami filla rajin snap pic hohoho.
so tunggu pic dpd dia je la.
patut boleh je update apa ada kat camera aku kan.
tapi tu la. camera aku pun takda ni. adik ipar aku pinjam.
tak sempat transfer pic.

ni aku share mana aku amik dpd instagram aku, radie, filla,

 :: bajunya sikit je. makanan je buat penuh bag ::

 :: win n MrB ::


 :: sejak pelbagai kes cemas je naik plane kan. sikit la. tapi yang pasti pilot time pergi ni landing teruk ok. bergegar n terkejut semua orang. tapi apa2 pun selamat pergi n balik dah pun. hihi :D ::

 :: elly n filla yang sentiasa akan terlena walaupun perjalanan sekejap. sabar je la. aku jenis payah sikit tidur duduk ni. tak berapa reti n selesa la. if dapat lena pun mesti dalam 10-15 minit je. pastu terjaga. pffftt  ::

:: amboi kemain tinggi angle amik pic. kantoi nampak lak. hahaha ::



 :: dah sampai ::



:: tengahari panas lepas lunch di ajak photoshot tepi laut. ::

 :: malam pun ajak berjalan. oiii penat. filla n radie ni rajin bebenor. aku n elly yang suka melepak n bermalasan ni pun di paksa aktifkan diri ::

 :: akhirnya laki aku pandai snorkeling selepas di ajar radie n win. aku ajar lapan ploh kali tapi dia tak yakin. tah apa2 tah. bila dah reti tu kemain amik pic dalam air sesaje ::






time sebelum keluar ni kelakar.
elly ni apa2 mesti dia nak mandi dulu n siap.
second filla aku last.
aku tak kisah pun. suka dorang la.
tapi elly kongjaq aku masuk toilet je dia kata aku ada masa 13 minit je untuk siap.
amboi. kemain kau eksyen kan dah siap.
aku ok je sap sap soi siap. pastu aku dok siap la pakai baju apa semua.
rambut balut tuala.
elly siap blow rambut bagai. pastu dia bising kata cepat la siap aku boleh relax2.
terus aku kata, eh dah siap la. aku bukan macam kau nak buat2 rambut. aku bukak tuala ni. haa jom keluar.
hahhaha. maka terhasil la rupa atas tu.
tapi serious aku memang macam tu. sikat rambut pun tak.
aku tak suka sikat nanti rambut tak lawo. hahaha.
mesti elly takleh terima konsep aku yang macam tu sebab dia ni nak lawa aje ala2 che ta katanyer.
ish tak kuasa la kan. aku memang simple. pantai je kot.
belum lagi bab dia n filla memasing nak menang.
filla kata kulit dia halus. tetiba elly up kata kulit aku lagi la macam kapas.
aku ni diam je. aku perati je perangai dorang tu. hahahah.

:: merealisasikan impian filla nak baring kat hammock ada orang buaikan. so jadi dayang la aku malam tu ::

ok la tu je.
aku lapar ni. aku rasa macam nak masak.
macam..macam..macamm…
lapar tapi malas.
first world problem.



Expose Mistik : hostel sewa

hye kak peej…
saya ni silent reader akak je…
and saya ni baru jugak la bace blog akak ni..
saya suke bace expose mistik dalam blog akak..
ni saya pulak nak cite pasal pengalaman saya..

camni cite die..
mase sy first and second sem kt kolej thn 2010 sy ni dok hostel..
standard la kn bdk2 baru mesti dok hostel…
mula msok hostel tu tk de sy rase pape...ok je…
kiteorg ni 1 rumah dok 10 org..
hostel kiterog ni mcm apartment...1 rumah ade 3 blik…

sy ni dok bilik kecik so 2org je yg dduk..
yg lain tu 1 bilik dduk 4org sbb blik dieorg besa…
mistik2 ni kene time sem 2…
sy ngan 3org housemate ni suke tido kt luiar sbb luas kn..tido ramai2 kat luar tu..
time tu da mcm2 cite la kiteorg dengar kt hostel tu..
tp disebabkan tido rmai2 kn tk de la rase takot..
time kiteorg tido kt luar tu kalau setakat dengar org lari2 kt tingkat atas and dengar bunyi2 org alih2 meja sume tu mmng dah slalu dah dengar so kiteorg buat bodoh jela..

then housemate sy sorg ni bgtau kt kiteorg yg tido luar ni die smlm mase g toilet die ade dengar org buat air n dengar dengar org bukak plastik maggi…bunyi mangkuk sume la..
die tanye kiteorg ade ke buat maggi mlm td…
kiteorg time tu da cuak giler da..ape jadah kan buat maggi pkul 3 pagi time tu..
so kiteorg dah tk tido luar da…
tak lame drpd tu plak..time tu mggu exam kn...so masing2 study..
sy study dlm bilik je time tu mals nk join study kt luar…
biase la kan bdk study mesti la bsing2 kt luar tu sampai la pkol 2 lbih time tu sy dengar bunyi bising pastu sy kluar la nk tgk dieorg..so guess what ape jadi..???
tak de orang pon kt luar kak peej..abis yang sy dengar bising2 tu sape plak…
so sy g la bilik dieorg then tanye pkol brape dieorg masok bilik..
ok dieorg masok blik pkol 12...pkol 12 ok…

sy cite la yg sy ingt dieorg kt luar sbb sy dengar bising2 kn..
tengah2 cite tu kiteorg dengar org menangis kak..
time tu sumpah seramm gilerr..sume terdiam…
then kiteorg kejot member2 lain g tido kt bilik tengah tu..
byangkan la 10 org tido 1 bilik…
mmng mcm sardin la cite nye kn..
time dah dduk bilik tengah tu mmng dengar la segale bunyi kt luar tu mcm ade ramai org dok kt luar tu…
tak lame pade tu kn bleh plak 'bende' tu main tombol pintu bilik kiteorg..
nasib baik la kiteorg kunci pintu..die mcm nk bukak pintu bilik kiteorg tu..so scaryy kak..
time tu masing2 muke pucat je...lame jgak la die main tombol pintu tu..
kiteorg kt dlm bilik tu masing2 bace la ayat2 al Quran..
then lame2 die hilang..
mlm tu mmng kiteorg tak boleh tido kak…
mmng tkot sgt mlm tu...kalau setakat bunyi2 tu tk pe gak kn…
ni sampai nk bukak pintu bilik..bayangkan la kalau kiteorg tak kunci pintu time tu..
tk ke free2 je nmpk 'bende' tu..mintak simpang la kak nk nmpk 'bende' cm tu..

#sori kak kalo cite ni tak seram sbb sy rase ni la paling seram penah jd kt kiteorg..n sori jgak kalo cite ni panjang skit..hehehe...tgk la penutup cite pon mcm hape je kn... (insan yg penakut) ;)

#ade lg cite mistik2 ni..nanti sy email kt akak lg..



macam mana nak teruskan?

rasa itu datang lagi.
tak sure adakah rasa ni memang akan sentiasa datang pada time tertertu.
atau memang akan berkekalan je rasa ini.

aku rasa korang pun dah perasan kot.
aku dah tak segigih dulu.
macam dah tak kuasa sangat.
tapi memang pun. dah takda hati sangat nak berblogging.
sangat-sangat takda hati.
macam dah tak rasa thrill n best blogging ni.
macam dah takda apa rasa nak share dalam blog ni selain membebel di kala-kala kebosanan.
sebab seriously takda apa kelebihan blogging ni.
sebab banyak lagi kemudahan lain ada if rasa nak share thoughts, pics atau sebagainya.
yang lagi senang, mudah n mendapat banyak respon.

sebab blog ni leceh kan.
amik pic, transfer pic, upload, karang cerita. post.
pastu sepi.
pastu nanti kau kena ulang balik benda sama.
again sepi. kadang-kadang ada la response sikit.
macam sessi bercakap dengan dinding gitu.
so di manakah fun nya kan?

tapi aku still enjoy baca blog orang from time tu time.
ikut kelapangan n mood la.
tu pun rasanya yang aku baca few je.
kadang-kadang if takda masa, mood malas ke. apa pun tak sempat.
jangan kata baca blog. nak check instagram ke apa pun lupa.

again aku kagum ngan yang masih gigih blogging.
especially yang sezaman aku n sebelum aku la.
sedar tak sedar pun tahun ni masuk tahun ke-8 aku blogging kau.
gila lama. tak muak kau? tak muntah. ye sila muntah.

banyak kali terasa jugak nak lupakan aje pasal blogging.
biarkan je blog ni di penuhi sawang.
tapi teringat yang ada tanggung jawab yang aku perlu laksanakan untuk blog ni.
contoh expose mistik. yang ni takpa. aku memang suka pun.
then teringat eh kena update pasal stock peniagaan aku.
sebab some customers aku nak tau apa-apa update memang kat sini pun.
then teringat eh kena update pasal pemenang contest tabita.
then teringat eh ada tanggungjawab orang nak iklan something.
so tang bila nak sempat sawang tu.

mungkin suatu hari nanti.



masa itu emas.

hahha kelakar pulak tajuk.
macam karangan time sekolah rendah pulak rasanya.

nway, ramai komen pasal entry aku yang keluar ngan noy tu.
dok tanya mana mi lobster nya? tak nampak pun.
nampak nau korang ni pembaca baru ke apa.
aku rasa mana dah baca lama tau kot.
aku n noy kita orang memang panggil sesama sendiri lobster.
so mi tu pulak macam 'my' la. so tu sebab tajuk tu mi lobster.
maksudnya noy tu my lobster.
bukan aku nak cerita aku makan mee lobster ke apa. hahaha.
perhatian mana baru baca. panggilan kita orang akan mi lobster, kominyo, kominyi, kepayoshka.
kita orang pun tak sure apa maksud dia. tapi saje suka2.

nway, kebusy-an ni.
sebab esok aku akan bercuti selama beberapa hari dengan rakan dan taulan.
so harus beberapa hari sebelum gerak ni busy uruskan itu ini.
tapi ye la aku takda cakap sebelum ni. so ramai tak tau.
tetiba di saat akhir ni ramai pulak nak datang amik barang la apa.
aku lak takda kat rumah sangat sebab sibuk ke sana sini kan.
pening kepala.

ni pulak whole day waste.
sebab electrician janji nak datang kul 10am.
tapi end up datang kul 2.30 gitu. cisss.
padahal ni aku nak keluar beli barang ni
aku nak beli barang dapur sikit n few benda.
sebab aku takda ni aku mintak mak n fam adik ipar aku dok rumah.
tengok2 rumah n kucings2 ku.
so takkan nak tinggal gitu je kan.
tu yang aku nak la kena beli bekalan barang dapur ke apa sikit.
hoi terkejar.2

pastu nak buat laundry lagi.
pastu nak packing lagi. haaa packing pun belum.
pastu boleh lak tadi laki aku buat lawak ke apa aku tak tau.
dia kata takleh ikut holiday.
sebab boss dia kata suruh ikut boss dia ada kerja minggu depan ni.
eeiii menaikkan darah. rasanya elok boss dia tu di tampar buaya.
dah la kita orang ni mana ada bercuti kot. naik stress aku.
dia la susah nau nak dapat cuti.
dia tak dapat satu hal la. pastu aku nak cuti sendiri tak bagi lak tu.
apa la malang nasib ku. *meratapi nasib tepi sungai sampai tangan kocak2 air*

so kepada customer ku maklumkan aku takda ye beberapa hari ni.
so if nak amik barang ke apa tak boleh ye.
tapi if nak beli boleh je nak contact.
ada line aku reply. takda tunggu aku balik aku reply nanti.
aku akan start balik post selasa.
see tak lama pun. jangan merindui kak jah ok.
wahahaha poyo gila.

ok la nak sambung busykan diri kononnya.
ok tata

Expose Mistik : Jelmaan Kawan & Teman Tidur

Cerita 1 : Jelmaan Kawan


Salam. Hi Kak Peej. 
Nak share expose mistik yang berlaku dalam rumah ni minggu lepas. 
Saya duduk rumah sewa dengan classmates seramai 7 orang. 
Cerita dia macam ni.. Lepas habis final exam (last month) terus start semester break sebulan. 
Tapi final year student digalakkan (read : diarahkan sebenarnya) stay dekat Melaka untuk buat final year project (fyp). 
Bytheway saya study dekat salah sebuah ipta dekat melaka & final year student. 
Tapi lepas habes last paper, ramai je yang balik kampung. 
Balik sekejap je la dalam seminggu camtu kan. 
Dan saya pon tak terkecuali. HEHE. 
Last paper khamis petang, so saya balik hari jumaat. 
Ahad malam balik melaka semula sebab kononnya isnin tu nak pegi lab buat FYP. 
Ahad malam saya sampai rumah sewa time tu da lambat jugak la. 
Pkul 12 malam macamtu & saya sorang je yang balik. 
Lagi 6 orang housemates saya tak balik haritu. 
So saya OK je (konon). Masa dah sampai rumah tu badan dah penat & mengantuk. 
Masuk - masuk bilik je terus baring.

Masa baring tu mata dah nak tertutup sebab dah ngantuk sesangat kan. 
Tapi saya pk saya tak tukar baju, cuci muka , gosok gigi semua tu lagi. 
So saya macam berlawan dengan mata sendiri sebab nak bangun tapi mata nak tutup. 
At that time memang dalam keadaaan separuh sedar. 
Dalam keadaan mata separuh tutup tu saya nampak housemate saya (Siti bukan nama sebenar) berdiri depan bilik saya. 
Dia pakai full telekung putih sambil tersenyum kat saya. 
Pintu bilik saya time tu memang terbukak. 
Jarak dari pintu dengan tilam saya baring tu hanya beberapa tapak je. 
Lepastu dia panggil nama saya. 
Saya time tu mengantuk & penat & takut gila. 
Sebab takde orang kat rumah tu except saya seorang je! 
Memang keras kejung saya baring sambil tengok 'Siti', 'Siti' tengok saya. Bepeluh - peluh saya time tu. 
Dah la time tu saya tengah period tak boleh solat. 
Saya nak bangun ambil tafsir Al - Quran atas meja tapi tak berdaya macam berat sangat badan. 
Pastu saya terus tutup mata & paksa tido. 
Tapi memang tak dapat la nak tido sebab takut & berpeluh - peluh. 
Pastu saya bukak mata semula tengok 'Siti' dah takde. 
Then saya paksa bangun. 
Dari baring terus duduk. 
Bayangkan macam dalam cerita tv yang orang mimpi seram pastu terjaga dari tidur pastu dia terus duduk laju - laju. 
Macam tu la keadaan saya time tu. 
Then saya bangun terus tutup pintu bilik & kunci! 
Bajet dia tak boleh masuk bilik saya la. HAHA. 
Saya terus on laptop & terus search kat youtube ayat - ayat Ruqyah. 
Saya pasang sampai pagi. 
Tapi sepanjang nak pagi tu, pintu bilik saya terbuka & tertutup sendiri dengan KUATNYA! Macam ada orang hempas pintu. 
Padahal saya kunci pintu bilik tu. 
Macam mana boleh terbukak & tutup sendiri kan. 
Kejadian pintu tu memang berlaku depan mata saya & saya tengok je sebab tak tahu nak buat apa. T____________T

Kejadian pintu tu stop masa azan subuh. Punya la lama. 
Lepastu saya terus tertido sebab seriously badan totally flat. 
Tengah hari tu saya bangun tido, pintu elok je berkunci dari dalam bilik saya. Saya cuba nak bukak without pusing tombol pintu, memang tak boleh sebab berkunci. 
Plus pintu bilik saya ni pintu kayu yang berat tu. 
Dan saya terus demam seminggu lepastu. 
Malam esok nya saya import kawan saya dari rumah lain teman tido dekat rumah saya untuk beberapa malam. 
Elok je takde dah kejadian camtu. 
Setakat ni dah takde kejadian pelik - pelik berlaku. 
Harap - harap sampai habis sem la takde benda - benda pelik dah. Huhu. Sebenarnya sebelum kejadian tu berlaku, rumah ni memang ada gangguan sikit. 
Dua orang housemate saya pernah kena kacau beberapa kali. 
Lepastu dua - dua dah jumpa ustaz, ustaz bagi lada hitam, garam kasar, air semua tu untuk pagar rumah. 
Ustaz tu cakap mungkin ada ' housemate baru ' nak tumpang sekali. 
Kitorang kan 7 orang kan, ustaz kata mungkin yang ke 8 & 9 yang nak tumpang tu. Scary je dengar T______________T



Cerita ke 2 : Kene Kacau


Kejadian ni berlaku time saya tinggal di hostel. 
Masa tu saya 2nd year student. 
Hostel saya bukan macam dorm. 
Senang cerita macam rumah flat. Dalam satu rumah ada 6 orang student sebab ada 3 bilik. 1 bilik ada 2 orang. 
Tapi saya tinggal sorang je sebilik sebab roommate saya keluar universiti sebab dapat tawaran SPA ke ape ntah. Lupa dah. 
Dia pon masuk dua hari je macamtu.  
Ok back to the story, mula - mula saya OK je tinggal kat bilik tu sorang - sorang. Saya lagi suka sorang - sorang sebab privacy kan. 

Tapi lepas beberapa bulan, saya rasa lain macam. 
Bila siang okay je takde pape berlaku. 
Bila malam, time baru nak tutup mata nak tido, saya baring mengiring menghadap dinding, saya rasa ada orang kat sebelah saya. 
Baring sebelah saya dekat katil yang sama. 
Katil saya tu single bed. Jadinya kalau 2 orang baring atas satu katil, agak sempit la kan. 
Saya memang rasa sangat ada 'benda' baring sebelah saya. 
Haaa time tu takut sangat. >_____<" 
Saya tak berani nak pusing badan sebab memang rasa 'benda' tu. 
Saya cuba baca surah - surah yang saya ingat tapi memang payah sangat. Lepastu saya paksa tido lama - lama saya tertido. 

Saya ingat lagi, lepas kejadian tu, setiap malam saya mimpi kene patuk ular warna coklat. 
Dalam mimpi tu sakit sangat kene patuk ular. 
Lepas kejadian ada ' teman ' tidur, saya letak tafsir Al-Quran sebelah bantal time nak tido. 
Tapi kadang - kadang bila saya lupa nak letak Al-Quran sebelah bantal, 'benda' tu mesti muncul. Aaaaaa stress. 
Saya bertahan lama jugak. 
Lepas pindah hostel lain, saya dah tak mengalami benda - benda pelik dah pastu. Alhamdulillah. 
Saya ada lagi cerita mistik yang berlaku masa belajar dekat matrikulasi. 
Nanti saya share lagi k. Bye kak peej yang comel gebu. Heee =D

-Anne-

mi lobster

ada satu malam tu lepak rumah mama.
tengok depan mata ada spec P.G.
saje je try. pastu selfie.
tetiba rasa macam e eh. macam best je. macam lawa je.
terus rasa nak beli.
tapi terasa kayap bulan ni.
kalau dapat cilok best ni.
tapi macam keji lak nak cilok.
jadi verangans sudah la.


spec ni nak beli kat kedai tau la mahal macam mana.
yang ori la maksud aku.
nak murah beli online dpd oversea. tapi tunggu sikit la kan.
tapi aku pulak mempunyai masalah muka lebar macam pasu.
aku tau aku if nak beli spec memang kena try dulu.
kalau tak memang rupa akan kelihatan seperti harry porter. spec kecik dpd muka. hihi.

aku memang jarang pakai sunglass.
sebab aku kan rabun. so if nak pakai sunglass kena ada contact lense.
tapi aku ni trauma contact lense sikit.
tapi tu la. kadang kau drive pastu matahari pagi or petang. oiii rimas.
so kena la pakai.
tapi tu la aku lagi pentingkan keselesaan dpd nak melawa.

sama la macam seluar.
macam nowadays mostly seluar adalah ketatss.
memang boleh pakai. tapi if makan, bak kata elly boleh buatkan butang seluar terpelanting.
tu belum part lelemak perut menjerit-jerit, "lepasssssskan akuuuu!"
bila balik n bukak seluar mesti lelemak tu lega seperti kau keluarkan sardin dpd tin gitu.
ye tu lah masalah kak jah.
seluar paling selesa now adalah leggings.
tapi tu la aku ni tak banyak lak baju labuh.
so bila pakai leggings pun rasa macam wah hazab nya rupa.
eee masalah betul.
ok kena beli seluar banyak-banyak.
seluar haruslah getah pliss. takmo terseksa lagi di masa akan datang.
eh tapi seluar getah pun tak bagus sebenarnya.
buatkan kau tak sedar berat makin bertambah.
sebab kau felling semua ok je kan. hahahhahahahaha. *tikam2 lemak kat badan*

nway, last week noy datang jumpa aku lagi.
surpriseee. dia kata jom keluar.
eh boleh lak macam tu.
tapi ye la aku pun dah lama tak keluar berdua ngan dia.
terus pack barang laju-laju n siap. yeay best.


gila teruk jerebu time keluar tu.
tengok la klcc tak kelihatan.



:: tapi jerebu tak menghalang kita untuk teruskan activity berselfie ::

wah semacam flawless sangat muka kan.
padahal tak pun. aku pun pelik.
aku rasa sebab foundation bobbi brown ni memang bagus la.
tah aku rasa tengok muka sendiri kat cermin ke apa biasa je.
tapi effect dia macam lawa pulak dalam gambar kan.
wah wah wah.
ni semua transfer direct dpd hp ke laptop ni. takda edit ke filter ke apa.
kagum kan. baguih sangat ni.


aku memang plan nak shopping.
sebab walaupun baju macam banyak kat almari.
aku rasa macam takda apa nak pakai.
sebab aku kan nowadays suka online shopping.
dapat macam best. bila dapat some mengecewakan jugak la.
tak pun size tak kena ke apa.
nak simpan buat semak je. so nanti aku akan bagi kat mak.
hihi mak suka la. tapi mak pakai elok lak.
sebab mak tinggi n besar sikit dpd aku.
seluar pun mostly aku beli nanti takleh blah. padahal kemain aku dah measure semua.
pastu tu takpa. tu takpa. abis dah asyik bagi baju sana sini.
nak keluar baru aku sedar aku macam takda apa dah tinggal.
aaaaa. ada pun semua stock baju simple.
stock kau nak keluar lepak2 dekat2 boleh la.
nak extra ordinary sikit memang takda la.

ikutkan nak ke pavi. tapi macam terasa malas pikirkan pavi ni besar n nak menapak ke satu kedai ke satu kedai macam penat je.
tak sesuai untuk orang gemuk pemalas.
so ke klcc je sudah.
plus dah hafal pun mana setiap kedai terletak kan.
so ke klcc je la.




:: tah apa-apa memula muka garang-garang. tetiba tau aku tengah nak snap tetiba nak pose. ::

:: ciss kacau makcik ni. baru orang nak feeling boleh lak dia datang melintang tangan nak letak baju kau kaunter. kacau la makcikkkk! ::

:: haaa varu vetul ::

setelah shopping baru dua kedai tetiba rasa haus. haha. 
hampeh betul. 
tu la kan orang pemalas lagi suka berehat duduk lepak dpd pusing satu kedai.
so ke starbucks kita.
tapi gila la jerebu teruk.
dah la lepak boleh smoke lagi.
sesak napas memasing. padan muka.


aku sempat membeli sunglass kat Mng.
wah lawa suka.
dah la lawa murah la piuler
harus 2 sekali kak jah sambar.
pastu lepak terus feeling nak selfie. hahaha


:: oh ni spec baru aku. wah jelas pandangan bila dapat spec baru n power adalah perfect ::


:: comel tak kak ton??? COMELLLL.. *jawab ramai2* serious pergi la beli. tak silap satu rm 79 je kot. lupa aku ::




then lepas lepak sambung shopping.
agak menggila sikit.
tapi syok shopping ngan noy sebab dia akan bagi pendapat.
nanti aku pilih baju pelik2 mula la dia kutuk kata macam ah so la apa.
eeii mulut takda insurance.
tapi better la. dpd shopping bawak laki tak tenteram.
nanti buat muka bosan la apa.

then kita orang belikan hadiah untuk birthday ayol.
then dah lewat petang baru pergi makan.
makan kat aseana.
aseana ni serving lembab rasa nak terbalikkan meja. aaarggghh.
kita orang order makan. n ice water je.
ice water tu kau bayangkan makanan lagi suku nak habis tak sampai2.
siap dah panggil waiters n 4 kali tanya pun tak sampai.
eeiii kims gila. malas nak lepak situ lagi. nyampah.







cantik tak selipar baru kitew.
sebab selipar lama aku pun dah nak menemui ajal.
tak best dah pakai. so beli la baru.
noy cakap eh baik beli kat bali sebab murah.
bila tu aku nak pergi?
plus campur duit tambang, hotel, jalan murah lagi aku beli kat butik sini.

eh dah la.
aku nak keluar ni.
noy datang umah aku ajak keluar.
pastu dok bising kata aku buat apa ni? lembab la apa.
ok tata titi tutu.


dating

last week aku ada update kat ig.
yang akhirnya spec kesayangan aku yang dah pakai 3 tahun ni dah menjadi SKU (spec kurang upaya)
elok aku tengah pegang nak lap cermin. prakkk patah tepi. tsk.
tapi ye la dah lama pun kan.
dah la frame murahan.
aku beli fram rm19 je pun.
then aku masukkan cermin ngan power.
ye tu cermin ada power. bukan saje2 ke apa.
sebab selama aku pakai banyak gak soalan dpd orang kenal or complete stranger ke apa.
siap tanya ada cermin ke tak tu? e eh agak2 la takda cermin kan. hahaha.

aku patut ada cermin mata lama aku. yang papa hadiahkan few years back.
tapi jenuh la mencari tak jumpa.
so nak taknak pakai gak.
amik kau sepuluh kali la kena betulkan sebab dia jatuh ke bawah. hahaha.

so petang balik daripada picnic tu ajak MrB keluar.
kata nak kena buat spec baru ni.
sebelum tu singgah makan n ke Giant taman permata.
laki aku ni adalah masalah sikit nak mencari baju or seluar dia.
esp seluar la.
size pinggang ok. tapi nanti seluar senteng la apa.
tapi pinggang pun boleh tahan seksa la nak carik seluar dia.
dah la seluar pendek ada 2 je.
if aku lambat buat laundry mula la bebelan kuasa lapan takda seluar la apa.
so mari mencari seluar.

mama ada cakap kat giant permata tu ada kedai jual baju-baju besar.
so lets ke sana.
wah jumpa. baguih.
tapi jenama bongok2 pun mahal aku rasa.
so takyah nak beriya sangat beli.
beli apa yang perlu je.
nasib seluar pendek murah pulak time tu.
beli 2 rm29.90 je gitu. ok beli 4 terus. hihi.

sementara laki aku dok menerai. aku berdiri tepi2 tu.
pastu macam terkejut tengok diri sendiri kat cermin fitting room dia.
woiii apesal cermin ni ilusi optik sangat.
serious dia macam meninggi n mengkuruskan kau. haha.
wah bagi harapan palsu untuk orang gemuk nampak.
memandang kan aku dan kurus memang tak sinonim, apa lagi laju-laju keluarkan phone terus selfie. hahah.


macam agak kurus la. wah agak katanya.
amik pic sorang boleh la.
amik pic ngan orang kurus tetap macam almari di situ.
tapi serious ok cermin dia sesuatu sangat.
tapi noy kata memang kedai baju macam tu.
dia pernah kerja dulu. salah satu cara masa bersihkan cermin tu lap atas ke bawah or bawah ke atas la.
so akan bagi ilusi kurus.
jangan lap cermin tu ke kiri kanan macam tu. sebab tu akan bagi reflection nampak lebar.
wah gitu.
eh tetiba terpikir. kalau lense camera kita lap macam tu kira akan bagi effect sama ke tak eyh? hahah

ok settle situ terus pecut ke wangsa walk.
mission mencari cermin mata.
aku nak carik lebat. tapi binkai nipis.
cerewet kan. aku suka lebar sebab rasa luas pandangan.
n bingkai pulak taknak tebal sebab nanti panas. tak pun if driving pandang tepi payah.
so if nipis selesa la.

jenuh gak la sebab mana nak carik yang macam lama tu.
memang takda la. esp kedai spec proper kan.
kalau boleh taknak la beli spec yang bingkai biasa2 lagi.
dah tua pun. tak seswai gitu. haha.
ada satu kedai tu aku pergi. ok memang besar bingkai dia. gucci.
harga haruslah meletop. tapi masalahnya dia lebar tapi tak lebar ketepi.
kira macam pendek untuk muka aku. lawak gila je.
yang budak tu kemain nak cakap, eh sesuai la ngan muka akak.
sedap kau je. ye aku sound the exact words.
ye la kau nak jual kan. kau kata la sesuai.
tapi lepas aku blah kau bukan kena ngadap muka aku lagi.
aku yang kena hadap muka aku yang spec kecik dpd muka tu.
eiiiii.

then ke fokus point.
aku terima hakikat yang spec lebar macam lama tak mungkin di jumpai.
so pilih la mana yang padan n ok-ok aje.
ok la after less campur cermin apa segala. dapat la rm500++
macam mahal kan. tapi tak semahal spec prada aku tgk few months back. tu seribu lebih. memang tak la weyh.

tapi tu la dia kata isnin order. so selasa or rabu baru siap.
sebab nak masukkan cermin potong pakai air.
area sini kan krisis air. so x janji bila la siap.
siap dia call. ok je la. aku terdesak pun kan.
masa check pun memang power dah bertambah.
dah tak sama dah, sebab sebelah lagi tinggi power dpd sebelah lagi.
patut la masa aku pakai eyeliner selalu aku dapat rasakan apesal sebelah ni lagi kabur dpd sebelah satu lagi. memang lain power rupanya. ceh.
sementara tu dia bagi la aku free contact lense clear.


nampak spec itu patah.
sebelah lagi lak percubaan pakai contact lense tak berjaya.
lama tak pakai. aku tak gemar pun pakai. sebab tak selesa.
tapi selama ni pakai ada color. so aku nak try pakai clear punya. mana tau ok.
takda makna. woi pedih tak selesa. me not like.
bukak balik. lets rabun beberapa hari.
tapi rupanya bila aku check. sebelah yang dia bagi tu rupanya contact lense tu macam koyak.
bodoh bagi free tapi koyak rupanya. patut la rasa di robek2 mata aku.

balik tu punggah sana sini carik spec lama.
wah nasib ada. so sementara pakai tu la.
ok je spec tu. cuma power dah lari la.
n bila dah biasa pakai spec lebar. rasa nyampah pakai spec nampak bingkai melintang kat atas mata.

hari selasa tu aku bangun awal.
so since tengah bulan order takda banyak.
aku slow-slow la pack barang.
tetiba around 11ish gitu dengar enjin kereta kat depan.
aku dah macam, eh siapa ni? ada ke customer nak amik barang? takda lak inform ke apa.
tetiba orang tekan bell dok cakap assalamualaikum.
noy n mama rupanya.
suka tau terkejutkan kitew.

saje je noy pergi mana tah. later nak ke rumah aku.
mama kata nak ikut. tu sibuk dia tu.
mama datang je aku bukak pintu berdesup pergi dapur bersihkan dapur.
haha mak aku bukan boleh. kang satu rumah dia inspection sambil bebel.
tapi mama tu dalam sakit dia ada je benda dia mereka nak buat.
tau-tau berubah2 je susun atur rumah aku dia buat.
berkebun la apa bagai.
suka hati la ma. malas nak layan.

then later tu noy ajak keluar
ok sangat la.
sebab kebetulan aku dapat call yang spec baru dah siap.
so mari la ke wangsa walk.
mama pun nak betulkan jam la apa.
so ke sana kita.
mama betulkan jam then singgah makan sat.
lama tak keluar ngan mama, dia dah tak kuasa nak berjalan sangat.
so bila dia ada semangat nak keluar tu jom la.






e eh lapar pulak tengok pic ni.
then settle kat sana balik ke rumah aku.
sebab noy ngantuk sangat.
so tidur la dia situ.
aku n mama layan sembang.

malam tu around 8ish dorang balik.
aku lak keluar ngan MrB ajak keluar.
kawan-kawan dia ajak karaoke.
aku memang takda mood last week.
sebab kes MH370 tu.
mood sedih tah apa2.
aku malas nak pergi tapi laki aku sentap.
kata kalau plan aku semua dia ikut, plan dia taknak ikut bla bla bla bebel sakit telinga.
so pergi je la.
tapi memang satu apa aku tak nyanyi.
kau nak aku teman kan. so teman sudah.
tah la aku rasa karaoke ni kena ada mood.
rasa nak nyanyi so pergi. if tak kuasa tu kau tebar la apa pun tak kuasa punya la.

kan kan kan.
eh aku macam lapar la.
eh bila masa je aku tak lapar kan.


don't go chasing waterfall. wah gitu

wah tajuk nak urban je kan. hahah
mood malas gila je nak update weyh.
padahal gambar boleh tahan banyak ni.
respect betul aku pada blogger2 sezaman aku tapi masih gigih blogging.
aku dah tahap kemalasan je selalu.
kadang tak tau je nak update apa.
padahal satu masa dulu segala benda bongok pun jadi satu entry kan.

itu dulu. 8 tahun dulu.
zaman tu umur pun masih muda. harus rajin dan gigih.
sekarang ni kita ikut kerajinan n timing kita la kan.
blogging sekadar melepaskan rindu kat blog sendiri.
bukan sebab nak kejar apa-apa.
kak jah dah tua uolls.
tak nak nanti orang mengata kata makin tua makin menjadi kan.
so biarlah update n entry pun selaras ngan umur gituh.

nway, ni cerita 2 minggu lepas.
biasa la aku kan.
kalau tak basi entry baru update tak sah.
ada yang tahap basi n buang tong sampah, lori sampah dah amik, buang kat tempat pelupusan sampah pun ada. sampai ke la ni aku tak update. hua hua hua. syabas.
*eh tengah update ni aku lapar tetiba. jap ah nak buat maggi. *

lambat lak air masak. ciss.
ok sambung buat entry balik.
aku dah keluarkan ayam tu. tp tak lembut lg.
takpa petang kang la jawabnya masak.
sementara makan apa2 yang segera.

nway sambung.
last last 2 weeks aku tengok instagram tina dia pergi ulu yam.
woiiii nak ikut. pergi tak ajak.
sekali dia kata mmg plan hujung minggu depan tu nak pergi lagi.
yeayyy. nak ikut.
lama gila kot aku tak pergi.
last entah 6 tahun lepas macam tu.
tu yang semangat lebih tu.
terus plan nak bawak apa semua.
aku mula-mula plan nak goreng mihun or nasi goreng ke.
tapi tina kata takyah, dia beli je nasi lemak kecik2 tu.
ok then aku kata biar aku bawak nuggets n hot dog.
ok set. air pun aku bawak sebab aku ada je bekas isi air.

semangat aku siap ajak mak n ipar duai.
semua ok tapi last minute mak kata taknak.
tak minat air terjun, kalau PD mak nak la.
amboi mak. demanding nampak.
yang adik ipar aku hafiz la satu fam macam kau. jenis geng burung hantu.
memang pagi tu tak bangun la kan.
aku suruh tidur umah aku taknak. degil. memang tak bangun la.

tapi aku gigih.
amik kau set alarm awal tu.
kul 6ish dah bangun.
kul 7 dah start mengoreng. hihi.

settle semua tinggal kejut laki iolls je.
bagus boleh lak malam tu laki aku tidur awal.
kawan-kawan dia bertalu call n whatsapp ajak lepak.
aku alihkan phone dia n slowkan volume. huhu.
sebab kang dia lepak balik lewat confirm nak ajak picnic kang susah nak kejut.
pastu bad mood sebab tak cukup tidur.
baik aku bertindak kan. hihi.

janji kul 8.15 macam tu kat petronas melati.
tapi biasa lah janji malay kan.
kul 8.45 ke 9 macam tu baru jumpa n gerak. hihi.

:: i is not morning person. tapi if semangat tu ada ku rintangi segalanya. wahahahha ::

kira awal jugak la sampai around 9ish macam tu.
seronok tengok eh baru ada 3-4 bijik kereta je. wah wah wah.
since bawak budak-budak so memang takda la kau nak mendaki carik port terbaik ke apa.
bawah-bawah je sudah.
ada pulak pondok kosong. ok lets.

sampai je kita mengadap makanan dulu.
then baru session mandi.
orang dewasa harus la carik nasik kan.
bebudak ada nuggets n hot dogs memang tak carik lain la.
laju gila makan.

paling tak tahan aku buah cocktail sausage tu.
so kan kenit2.
sekali si mika kata, "yang panjang takda ke mummy? khai nak yang panjang.
sekali si najib jawab, "meh amik ayah punya."
yang mika, "mana?"

hahahah kurang ajar sangat ok.
eeii rasa nak tumbuk je najib tu.
then settle makan.
laki aku n najib bawak budak-budak pergi mandi.
kita orang relax dulu.
laki aku memang bab melayan bebudak dia suka.
so pergi lah ye. hihi.


sorang-sorang laki aku masukkan.
nampak macam ok. tapi bukan main payah ok.
masuk kaki semua menjerit angkat2 kaki.
taknak turun daripada MrB.
tapi tina kata letak je. nanti ok.




mika berani sikit. so ok je ayah dia bawak jauh. yang lain di tepian je ngan MrB
tapi slow-slow laki aku dukung bawah ke tengah sikit.
ala tapi tak dalam pun. kat bawah-bawah kan.




tak lama pun.
later laki aku bawak naik balik. n layan dorang makan.
lepas tu baru aku lak turun.




:: mengunyah je si kecik ni ::


:: amboi dating nampak ::

mana boleh jadi kan.
harus aku pun nak ada dalam gambar.
walaupun muka agak sakai. abaikan ye.

then aku turun.
woih patutlah bebudak terangkat2 kaki.
sejuk nak mampus ok.
sejuk tak masuk akal rasa macam tak tendang orang.
aku tengok tina menjerit2.
aku ingat dia exaggerate.
sekali aku masuk aku pun menjerit2.
setiap kali kau masuk. air kena level baru kat badan kau.
tiap kali tu la akan terseksa kesejukan. gila.

so kita orang berdua kat bawah.
dorang lelaki melayan bebudak kat atas lak.
later dorang join again.
bawah ni pics dpd tina. nasib najib rajin snap kan.
kalau tak, takda pic kak jah.


:: tak tahan kesejukan dah ni. kejap2 nanti dia angkat kaki dia taknak bagi kena air ::

:: amboi mekcha kat belakang tu pun kemain sengih ::










ye aku bertapa macam tu je.
aku hanya sanggup celup badan sampai paras pinggang je.
tak sanggup aku nak sejuk2.
tina kata last weekend dia pergi takda sejuk macam tu.
patut la anak2 dia payah nak masuk. terkejut kot.

:: e eh sempat kan ::



masa sampai around 9ish tu tengok ada orang balik.
aku n tina dah macam eh awal balik. dorang ni sampai pukul berapa?
gigih gila.
tapi kita orang pun tak stay lama.
around 11 gitu dah gerak.
bebudak dah letih.
wah ada anak tak sama macam zaman single kan.
zaman dulu kau duduk la sampai petang kecut2 pun. relax je.
sekarang apa plan semua ikut anak macam mana.
aku memang takda. tapi dah pergi ngan geng ada anak kecik.
so ikut sama la.

tapi memang tak tahan pun nak sejuk lelama.
so balik rumah.
kemas apa patut.
terus laki bini terbongkang tidur. hahaha.
ahhh nyaman.
bangun tau-tau lapar je, so lets melepak ke tempat lain lak.
ok la tu je.
nanti rajin iolls update lain.
tah bila la tu kan. :D