Instagram : @peejburhan

wah aura tu dah ada

hi tawan-tawan. (motip nak pelat manja konon? hahha)

aku happy ni sebab iolls dah cuti daripada mengepos
tapi tu la cuti tu je la.
baru ingat hari ni dapat tidur aman damai.
takda maknanya.
terjaga sebab telefon aku dok la bunyi whatsapp masuk.
customer tak henti-henti dok whatsapp, sms la apa.
calls pun ada. sorry tak layan.
i is aura cuti ok. wahahaha.

tapi takda nak aura sangat la.
nak taknak kena bangun.
ingat panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari
sebab ramai contact nak COD barang today n tomorrow.
uhukk-uhukkk. takpa la. aku limitkan untuk korang pick up today n tomorrow yea.
weekend takleh. aku nak rehat. sampai isnin.
aku pun nak jalan-jalan ngan laki ke khennn.
kalau ada orang nak COD tak bergerak weyh.
sebab timing berbeza-beza. aku limitkan pun nanti mesti ada yang terlajak perahu.
esok pagi orang dah gigih nak amik ok.
aku ok kan aje. tapi debar-debar je sebab possibilities untuk tidur tak bangun tu ada. erk.

siapa nak order boleh je contact. tapi if aku lambat sikit reply maknanya aku tengah jadi rokiah ronggeng.
ronggeng la sana sini.
so nanti aku reply jugak.
tapi segala urusan post start selasa ye.

last wekeend dok lepak tetiba kita orang plan pergi karaoke.
so tengok availability semua orang. set rabu malam semua ok.
so suruh kawan MrB set kan kat mana.
so kita orang ke news ktv ampang park tu je. huhu.
aku ni malas pergi situ sebab tau pilihan lagu english kurang.
tapi nak yang tak jauh n harga tak berapa mahal. so ok set.

seronok pulak bila dah beramai ni.
macam-macam pilihan lagu la keluar.
lawak-lawak pun ye. baru sedar macam-macam jenis lagu ada dalam dunia ni.





laki aku kerja nak kutuk orang je.
macam suara best. pastu sibuk nak bagi orang berapa bintang.
supplier tabita aku husband n wife pun ada join.
tapi dorang gerak awal la since today flight dorang pagi nak balik kampung.



meriah kan. aku n noy dok gelak sebab amboi disco nya suasana tempat ni.
kemain lampu pusing2 kelip2 bagai. hahaha.

hebat-hebat suara dorang ni.
terkepit-kepit ahcik nak nyanyi sebab iolls suara semut je.

semalam malam elok nak keluar tetiba mak mertua kata dia otw datang rumah.
saje nak lepak dah lama tak jumpa.
betul la dah lama tak jumpa.
sebab aku macam busy takda masa nak keluar2 sangat.
pergi rumah mertua pun tak, rumah parents aku pun jarang dapat lepak lama.
terkejar ke sana sini.

tapi kita orang kan dah nak keluar.
so tak lama pun la mak lepak.
mak datang ngan fam adik ipar aku.
so dapat duduk pun 15 minit je.
rasa bersalah sangat.
tapi takpa MrB n aku plan weekend ni nak ajak fam dia makan-makan.
laki iolls dapat bonus tu :D so ok la kan.
best jugak dapat kumpul. tapi tak semua la.
maybe ajak yang bawah2 ni je.
mana yang asyik menghilang n nak jumpa pun payah takda kot. huhu.
tapi tu la plan kemain. nak makan mana pun tak tau.
kedai tomyam kah?
kang kedai pelik2 takut dorang tak reti makan.
sebab tau la tekak al minangs mesti nak carik yang ada nasi jugak ni.
takpa nanti bincang n pikirkan.

aku type atas ni siang tadi.
tapi halfway aku teringat aku ada barang kat PPL batu caves tak amik tu kan.
so call poslaju. kata boleh tak request hantar ke melawati.
dia kata tak boleh. T____T
n cakap item dah lama if tak amik today dorang akan hantar blk ke sender lepas raya cina.
oh mann. apa lagi bergegas aku bersiap pergi sana amik.
nasib jalan ok smooth even time tu dah 6pm gitu.
sebab ramai dah cuti kot. tak pun mostly office kan today half day je.
settle bab tu singgah pergi kedai jumpa mak.

dok kejap je. then mak kata nak ke rumah najib n tina.
tp tunggu najib amik mak.
kita orang kata takyah la. biar kita orang je hantar. satu haluan pun.
so tadi mak tutup kedai awal. ye la dah cuti pun orang pun dah takda sangat mak kata.
sementara mak tutup kedai. aku ke depan nak smoke kejap.
elok light kan rokok ada orang tegur. terkejut ahkak.
rupanya silent reader. hahha sorry la kalau iolls tak mesra alam.
sebab terkejut sbb tgh elok smoke n comot tahap kuasa lapan.
ye la tak plan nak singgah memana. plan amik barang n balik.
dah laki ajak singgah jumpa mak kan.
sekali boleh lak jumpa orang. amik kauuu.

on the way nak ke rumah tina tu tetiba customer call kata nak ke rumah aku COD brg.
plan asal dia nak amik malam. tetiba nak amik cepat kan.
ok je la. bukan jauh
so ajak mak singgah rumah kejap.
settle bab tu hantar mak ke rumah tina.

lawak je. mak first time ke sana.
dorang dok kondo.
tau la kondo kan nak masuk susah sikit siap kena isi form la. tinggal lesen la.
yang mak, "macam rumah kenamaan kan. kena tinggal i/c semua. kondo kedai mak tu takda pun macam ni."
yang laki aku, "mummy, tak tau lagi ke? anak2 mummy semua duduk rumah kawasan kenamaan. rumah kandar pun kenamaan jugak."
eee sabar la laki aku ni. takda kenamaan pun. gila apa.

dok melepak kejap sana.
laki aku kan suka budak-budak. dia bawak mikhail n maqil pergi kedai beli segala benda la.
aku dok atas je la sembang.
tapi kelakar maqil ni macam suka benar kat aku.
dia ingat kot muka. anak tina maqil tu ada autism.
umur 3 tahun lebih kot.
dia cakap bahasa dia la.
tapi nanti apa dia buat mesti dia datang kat aku pastu macam nak sembang dengan bahasa dia.
pastu aku pun layan la.
yang tina dok gelakkan aku.
ye la aku ni dah la tak reti layan budak kan. so bila maqil asyik nak sembang ngan aku n aku beriya layan.
memang lawak.

tak lama pun duduk sebab later dorang keluar makan n pergi rumah kakak ipar aku.
aku takleh nak ikut sebab memang ada few nak datang amik barang.
so kita orang terus balik la.

tadi ngantuk n hampir terlena.
tapi asyik orang amik barang kan. now aku segar pulak.
n boleh tahan lapar la kan.
aaaaa laparrrrrr.
laki iolls tidur tu. malas kejut dia.
sebab dia ni mana cukup rehat.
so cuti-cuti ni dia ada masa rehat n tidur biarlah dia.
aku tunggu je la.

aku nak kena beli barang dapur la.
aku ni dah lamaaaaa gila tak masak ok.
so memang dapur aku kosong sekosongnya.
so jangan la nak bagi cadangan konon goreng la telur letak kicap la. goreng ikan bilis ke.
takda ok! takda!
maggi pun takda ni lama tak beli apa.

kata berdua. laki aku kata takyah la masak.
menyusahkan je nak masak n berkemas later.
baik makan luar.
belanja kau jangan cerita la. serious sehari makan luar 1-2 kali mesti makan n rokok je rm150 kot sehari.
tu if yang aku keluar ngan dia la. yang siang time dia kerja semua tak campur tu.
so sendiri pikir.
campur2 dah berapa tu woih.
pastu sembang ngan tina dia kata dia pergi pasar tani shah alam.
belanja rm200 boleh buat dia makan satu fam almost sebulan telan air liur aku.
takleh jadi. kena start masak balik ni.

satu lagi aku sendiri rindu masakan sendiri.
hahah sedih tak?
ye la makan luar pun pusing2 kau makan lebih kurang sama je.
muak ok tak tau nak makan apa dah kadang.
n kau takkan jumpa la kedai yang jual makanan sesedap masakan kau.
matiklah puji masakan sendiri. woi dah lama tak masak tah2 dah tak sedap pun kot.
ye la aku rasa last aku makan sambal sardin agaknya dah setahun lepas kot.
tetiba terbayang oi sedapnya sambal sardin pedas meletop makan ngan telur dadar. fiuuuhhh.

ok takleh jadi. cuti panjang ni mari membeli barang dapur.
tapi macam malas je nak pergi segala pasar beli barang basah ni.
how ah?

ok aku lapar. full stop.


harga tabita n new set

[STICKY POST]


menurut perintah daripada pihak atasan ni harga tabita yea.
ramai tanya sampai bila harga ni.
aku pun tak sure. tapi buat masa ni inilah harga tabita yea.
untuk reg n exc postage rm10 yea.

satu lagi nak kenalkan set trial baru tabita.
since banyak jugak permintaan supaya set tabita trial tapi besar sikit.
so supplier aku keluarkan trial set besar. so besar sikit la daripada trial yang biasa tu.




trial besar

- cleanser n toner 50ml
- creams 12.5g
- tahan sebulan setengah
- harga RM150


ni perbandingan size antara trial besar n trial kecik.
trial besar yang kiri tu. trial kecik yang kanan tu.
tengah tu galaxy note 2 supaya korang senang nak bandingkan bayangkan size macam mana sets ni.

ni yang trial set kecik yang selama ni korang beli tu la.


trial kecik

- cleanser n toner 30ml
- creams 8g
- tahan 3-4 minggu
- harga RM110

so dapat bayangkan kan?
so begitulah ceritanya.
if ada antara korang nak jadi reseller pun boleh contact aku.
ada harga reseller untuk pembelian reg n exc set lebih dpd 3 set.
if trial ada harga reseller untuk pembelian 15 set ke atas.

semua boleh contact aku melalui email tabita.nhb@gmail.com
or sms/whatsapp 012-2758575

Win CASH n TABITA SKINCARE SET by AHR Beauty CLICK HERE

publik kah?

last weekend memang plan nak pergi threading kat publika.
set dah ngan tina.
noy pun kata nak ikut. ok la.
sekali pagi ahad tu tina whatsapp kata dia demam. so tak pergi la.
tengok dia kata begitu apa lagi. sambung tidur.
tak kuasa la kan nak gigih pergi awal.
plan awal pun sebab minah tu semua nak awal.
ikut aku memang takda la der.

so rasanya dah kul berapa baru bangun. hihi.
so siap. alang-alang ajak sekali MrB.
sebab tak makan lagi pun kita orang kan.
sampai kita makan dulu ye. lapar menggigil dah ni. time tu pun dah petang. :)
memangdangkan suami tekak melayu.
marilah cari kedai berkonsep makanan melayu.
so senang makan kat chawan je.

:: kembang semangkuk kak ton ::


:: kuncup kemuncup dik ton ::


rambut video clip namanya ni.
tetiba motip gerbang gitu kan? entah.
tah bila aku nak betulkan roots tu.
takda masa iolls. sejak post barang hari2 ni. tsk sedih.
ingat ni cuti panjang nak buat la.
tapi dah tentu saloon aku tutup seminggu.
sebab dorang sarawak chinese. selalu memang lama dorang balik kampung.
takpa la.maybe ke tempat lain.
aku malas tempat lain sebab nanti mula la nak dengar dorang ni bebel kata rambut kau gitu gini la.
suruh buat itu ini la. eee rimas.
at least tempat biasa tu dah reg cust bertahun.
dia dah masak sangat ngan rambut kita so takda complain apa.

eh terlajak ke cerita lain.
nway, sambung balik.
dah kata kedai konep makanan melayu.
amboi kemain memacam laki iolls order.

:: sago gula melaka ::

:: cucur udang ::

tak best. berminyak bagai nak gila.
confirm tak tos dulu ke apa. pemalas budak yang goreng ni tau.
serious banyak gila minyak tak masuk akal punya.
cicah pulak dia bagi kuah kacang. ok la.
tapi tu la cucur udang itu tak sedap.



ahkak order asam pedas.
biasa-biasa aje. sedap laki asam pedas omak den.
oh rindu. mamaaaaa if masak asam pedas roger yea.

:: noy punya masak lemak cili api ::


ni laki iolls punya. kari ayam.
settle makan n lepak kejap.
then terus membuat threading tu.
aku buat kening n upper lips je.
noy buat memacam so berjanggut la jugak tunggu.


no more amazon uolls.
tapi tu la aku ni kan allergic sikit ngan benang tu.
so memang kebiasaan akan bengkak n merah untuk 1-2 jam. layankan aje.
yang laki aku first time tengok.
elok aku settle kemain dia non stop dok buat gaya orang buat threading tu.
ngan tangan n kepala macam ayam. hishhh.

tak lama pun situ.
settle je noy terus gerak balik.
ada rasa nak berjalan shopping la apa.
tapi ada orang nak amik barang kat umah aku petang tu.
so kena la bergegas balik.
kesian kan iolls. dah la tak sempat berjalan kemana.
jalan pun terganggu sebab orang nak amik barang.
ikutkan aku nak je set time ikut time aku.
tapi tu la. kadang aku dah set tetiba orang tukar time.
takkan nak cakap tak boleh kan. so ok je la.
gituh.

ni tau nak cuti panjang ni. i is gembira.
sebab rasa oh bestnya dapat rehat sikit.
ala sama je. macam mana kadang korang stress n rasa nak muntah hadap kerja hari-hari.
macam tu jugak iolls rasa. so bila membayangkan berapa hari tak perlu hadap kerja rasa macam oh bestnyaaaaa.
tapi tu la. dapat rasakan mesti nanti ada je yang contact kata nak COD n all.

oh lagi satu. COD adalah amik kat rumah aku.
maknanya sila ke rumah aku. sampai bagi tau.
aku pass barang. begitu.
aku takkan bergerak kemana-mana untuk convenience korang.
sebab harap maklum kadang sekali nak amik bukan sorang.
bersusun nak amik. so aku duduk rumah je senang.
so jangan nak sentap if aku tak melayan request suruh aku tunggu certain tempat untuk korang ambil barang ke apa. sekian terima kasih.

ok la nak sambung buat kerja.
nak post n amik barang.
dah seminggu barang aku kat batu caves tu. bongok hantar jauh.
dah la aku call nak request dia hantar second time or letak kat melawati ke tak berjawab call.
kims betul. ye la kang tak amik mau dia hantar balik kat seller barang tu.
aaaaa malasnya nak ke batu caves tu. terasa jauh.
ok walaupun tak jauh. tapi orang malas memang macam ni.

ok la. tu je.
ta-ta peaches



kak ton kuat bebel.

letih sungguh ahkak uolls.
rasa nak bersantai ngan baju rumah je.
tapi since now musim gaji, ramai pulak yang nak datang amik barang.
full jadual malam ini.
tak dapat la kak ton nak kemana-mana.
nak lelap-lelap mata pun tak boleh sebab berderet timing orang nak datang.

ikutkan kak ton dah set kalau boleh by 9pm settle.
tapi biasa la kak ton tak sampai hati, ada yang kata nak amik lewat la apa.
kak ton kata je boleh. syabas kak ton *tepuk2 bahu sendiri.

ni mata agak kelat-kelat mengantuk je ni.
dah la gemuk kuat makan kuat tido *tetiba cerca diri sendiri*
motip cerca sebab seluar dah ketat uolls.
merasa nak bersantai tak selesa.
tapi tu la tahan je la.
kang tukar baju rumah jadi kerja orang datang nak kena sarung lain la apa. leceh.

oh satu lagi nak bagi tau.
esok last aku post yea.
sebab cuti panjang kan. so nanti aku post khamis.
barang korang lama sangat kat poslaju. kang nanti jadi apa kang payah.
so siapa nak aku post esok pembayaran before 2pm yea.
or else next week baru akan post. harap maklum.

siapa nak COD boleh tapi set masa.
sebab al maklum cuti kan.
harus nanti rajin nak merayap sana sini.
cea cerita mesti poyo kan.
walaupun maybe akan merayap ke umah mak sendiri or mertua je. haha.
ye la pergi shopping complex mesti sesak. tak pun nanti banyak kedai tak bukak kan.

oh alang-alang post membebel n nak hilangkan ngantuk katanya.
mari cerita ceritu.
last weekend dengan bantuan mama n ayol dorang tolong aku ubah bilik.
kan sebelum ni office aku guna bilik depan.
tengah pulak guna jadikan bilik tetamu or tempat solat.

tapi bilik tengah tu takda pun tetamu tidur.
sebabnya panas uolls. hahaha.
ada kipas pun hampeh.
nak pasal aircond takleh sebab bilik tu tengah.
kalau pasang nanti mau melintang laluan ke kompresser tu ke bilik aku, ke dapur baru ke belakang.
gila apa. baik tak payah.
n since bilik tengah besar sikit. n bilik office aku sesak penuh barang.
sampai aku pun tak guna tempat tu.
aku asyik buat kerja kat living hall je. baiklah buat sesuatu.
tu tukar tu.

best best. sebab memang luas jadi kedua-dua bilik tu.
alang-alang kemas banyak benda yang rasa takda fungsi n semak kasi buang.
set ngan kawan MrB yang ada lori. bg upah sikit n mintak tolong dorang angkat n buang.
ahhh lapang sikit rasa. i is love.

now nak siapkan bilik yang tukar tu.
aku nak kena beli railing n langsir.
sebab sebelum ni bilik tu pakai blind macam office tu kan.
then nak beli carpet. n nanti ada rezeki nak pasang aircond.
so lepas ni takda la noy or jonet datang tidur kat sofa ke apa.
atleast proper la n boleh tidur bilik.
semoga casa impian. hihi.

teringin rasa di hati nak reno umah.
start sikit-sikit kan. tukar mana boleh.
tapi mama tak bagi. mama kata simpan duit.
baiklah omak den. ku bersabar. maybe in 2-3 years lagi kan. hahah nakkk jugak. degil ni *urut dada*

eh by then time abis type entry ni dah settle few orang datang amik.
tinggal few lagi.
tapi lambat lagi. rasanya elok la kak ton melayan nafsu mata kejap.
malam kang confirm laki den ajak lepak. kang orang bergelak ketawa akak dok menguap.
apa kelas menguap kan. tak remaja la kan.


together again.

dah lama tak spend masa ngan noy.
ye la aku busy. dia lak sibuk ngan kawan-kawan dia.
n dia malas if keluar ngan aku nanti nak balik awal la apa.
abis macam mano? orang dah berlaki kan.
since dia now rajin tidur umah aku.
so boleh la keluar ke apa.

n sejak elly ajar makan kat flora cafe harus la aku asyik teringat-teringat makanan dia yang best tu.
so ajak la noy n Mr.B kat situ.
oh suka.







:: baru amik sekeping dua gambar dia dah tak kuasa nak layan aku. kong jaq sangat. ::



:: nonoy order laksa johor. huish tengok pic ni dah terliur-liur balik ::

:: favourite bersama so harus kena order ubi kayu rebus. heaven ::

:: MrB as usual. di mana ada rendang di situ dia ada. memang takkan dia order lain if ada menu rendang. so dia amik set nasi with rendang daging ::

:: aku order soto nasi impit. ok laa. tak sesodap mana la. better laksa johor kot. oh laksa johor. haha tetiba ::


ni laki aku order. dia penggemar cucur udang.
ok la sedap.
sebab rangup cucur udang dia n udang besar-besar. i like.
kesimpulan sodap la makan situ.

then balik tu aku bungkuskan mama.
macam-macam jugak la.
bungkus laksa johor, mee rebus, ubi kayu goreng, sotong kangkung.
kemain happy makan.


lepas lepak kejap rumah mama bersambung keluar.
noy nak cuci kereta sambil lepak.
so mencari la shopping mall yang ada tempat cuci kereta cars tu.
dah kata weekend. memanjang penuh weyh.
pergi great eastern mall dorang kata kereta banyak n tak sempat buat.
then ke wangsa walk. pun sama dorang tak boleh buat.
last-last ke jj au2 boleh buat.
ceh penat je round the world kan semua takleh.
baik dpd awal pergi situ je dekat rumah mama.
noy la aku cakap gi situ degil nak gak pergi sana sini.

:: penyakit pout mak datin pulak laki iolls ni ::


:: sedih aktiviti camwhore tak di layan MrB ::

sementara tunggu siap basuh kereta lepak minum2 aje.
nak makan dah kekenyan makan earlier.
tp kena gak ada benda untuk makan.
so harus amik banana chocolate chip muffin ni.
sedapppppp sukaaaa.


:: semakin batu belah batu bertangkup mak incik ::



tak lama pun.
ye la apa je nak buat sana kan.
oh ada singgah kedai spec.
tetiba rasa nak beli spec baru yang elok sikit la.
spec aku sekarang ni pun dah lama kan.
n tau la spec pun beli frame rm20 je.
tiba masanya untuk berubah. huhu.
carik yang besar gak tapi takda.
kedai tu kot takda. tapi memang susah cari pun kan jenis gini kat kedai betul.
so ada la yang berkenan sangat kat hati.
sekali selepas discount campur cermin apa semua rm1000++ ok. cisss.
mahalll. hati sudah terpikat.
tapi berpikir lapan puluh kali nak ke taknak.
then end up tak amik.
sebab bulan ni banyak weyh aku pakai duit kan.
oi oi oi. banyak nau belanja this month. takleh takleh.
tengok la nanti-nanti la kan.
takleh nak membaziaq sangat.

bersabarlah wahai hati.
wah tetiba dramatik kan.

Win CASH n TABITA SKINCARE SET by AHR Beauty CLICK HERE

lotih

lotih aku ni. macam tak cukup tidur.
noy ni tidur umah aku semalam.
aku ni memang hampeh. kejap buat kerja.
nanti rasa penat n malas je tau-tau tertidur.
bangun sambung buat kerja. best la kan.

tapi dia ada rumah aku takda chance aku nak tidur kejap ke apa.
if dapat lena pun ada la 1/2 jam gitu kot.
pastu dok tanya-tanya aku soalan la apa. eeeiii.
tu takpa. tetiba nanti kejut aku pastu ceria-ceria suruh aku cergas la apa.
aaaa penat. patut weekend la selalu boleh rehat apa patut pun.
usually weekdays busy. dah la ni orang time gaji kan.
mesti seminggu dua akan busy la. fuuuhhh.

patut tidur ni. tapi biasa la aku bila dah cergas.
harus time-time ni payah nak tidur. cisss.
sementara ada masa terluang n takleh tidur mari update blog.
daripada buat benda tak berfaedah n blog terabai kan?
walaupun blog pun takda la faedah mana kan.
tapi takpa atleast berupdate n mana-mana readers aku yang masih rajin membaca blog aku ni ada la benda nak baca.
walaupun taktau nak cerita apa pun. sendu je. hahah

sebelum update proper entry.
mari update entry carca marba.
mana gambar yang ada kita share n cerita apa patut.


if lepak rumah mama, if ada singgah mana-mana memang akan belikan dia macam-macam.
kadang lepak lama, mula la mama nanti mereka-reka nak itu ini la.
macam ada satu malam tu dia kata if dapat tutti frutti mesti best. lama tak makan.
amboi hint kemain nampak.
selagi tak beli nanti mula la tetiba kejap-kejap dia dok slurppp.. keluarkan lidah.
pastu jilat-jilat bibir. slurppp. hahah sabar je la.

tak lama lepas tu aku kata ok bye nak balik.
wah muka sedih je. saje je drama.
padahal aku memang nak pergi belikan pun.
belikan la untuk mama n papa.
harus ada aku punya jugak.
tapi aku makan sikit je pun sebab time tu batuk sebab demam tu tak ok lagi.
balance bagi ayol abiskan.
amboi mama bila dapat tu kemain tergeleng2 kepala bila makan.
yang papa pulak makan sambil main computer.
takleh tahan je tengok muka tersenyum simpul makan ice cream.
papa memang favourite dia ice cream.
if kita orang pergi mcD tanya nak apa.
dia hanya akan pesan nak sundae je. hihi.



maaf la ye. ahkak ni memang suka selfie n feeling.
tapi saje je. sebab time tu tengok instagram sendiri macam lama takda muka aku.
harus la verangans. tapi end up aku tak tepek pun kot.
so kasi letak sini je.
selfie paling best adalah #seatbeltselfie la.

semalam pergi rumah mama.
lagi menyampah sebab elok aku masuk duduk mama bersuara, "dalam gambar nampak kurus, sebenarnya muka besar pasu."
pastu dia n ayol dok gelak2. malas nak layan.
hahaha memang la. gambr vain mesti la nak yang feeling lebih…walaupunnn…
tu yang nanti senang orang nak cerca kan. eleh dlm gambar macam ok, tengok live pitams.
tapi ada aku kisah. hahah.

aku la orang paling tak kisah.
mana customer pernah pick up barang kat umah aku tau la.
aku suka hati je hantar barang muka bangun tidur ke, tak mandi ke, pakai seluar katok ke, tshirt milo ke.
dok umah kot. motip nak melawa semata-mata nak pass barang kat orang. kosser ok.
keluar lepak pun sempoi sudah.
sampai bila aku lepak nanti mula la kawan-kawan laki aku tanya, "akak lain macam hari ni, siap make up pakai jam, pakai cincin, pakai anting-anting"
takleh aku nak melaram sikit tau. macam amazing sangat la.
dah la cakap anting-anting. kelakar je.
tapi if tetiba aku begitu sebab earlier tu aku keluar memana la.
takda semata nak lepak aku nak over begitu.
dorang ni dah la mostly tua daripada aku tapi dok panggil aku kakak.
sabar je la. al maklum i kawin ngan orang tua dpd iolls.
tak pasal aku pun kira kakak-kakak la. cisss tak merasa nak jadi muda tau.
nakkkk jugak.

tapi takleh blahnya. aku kan dah terima dah hakikat aku ni dah kakak-kakak.
mostly readers ke customer pun panggil aku akak.
so dah terbiasa. kadang memang aku akan bahasakan diri aku akak.
kang nanti kena la sound kata, eh yang kau ni berakak-akak ngan aku kenapa peej? kita sebaya la.
tak pun orang tu tua dpd aku. hahahhaha dah terbiasa weyh.



ni la antara muka-muka yang almost setiap malam jumpa.
lebih kurang la. ada yang ada malam-malam ada. kadang takda.
tapi boy yang baju hijau n mi yang tengah tu almost everynight la.
yang laki aku tak abis buat cerita sedih, "korang je la kawan yang aku ada. sejak aku duduk rumah ni, aku mana ada kawan yang sebaya ke apa."
hahahha tapi memang betul pun. ni la kawan dia yang dok area dekat la kan.
area umah aku ni kalau tak pokcik mokcik, atuk nenek, tak pun anak2 dorang mostly yang masih sekolah ke, tak pun anak pun takda area tu.
untuk yang berjiran dekat2 ni la. so ni la geng boleh masuk kepala.

saiko dorang ni. lepak memang gelakkkk je la.
ada je lawak.
tengok la boy tu, dia kan gelap macam MrB. everytime nak amik pic mesti dia on lampu so that dia nampak terang. eee sabar je la T_____T
dah la aku tiap malam ada situ.
dorang bukan kisah aku ni pompuan ke apa. nak sembang lelaki pun selamba.
tapi aku memang jenis tak kisah pun. so dorang pun selesa je kot.

oh wife boy la yang jual cakes n bluerberry cheese tart tu.
ingat tak pernah dulu aku promo.
serious sedappppp weyhhhhh!
siapa makan mesti terus mata terbeliak sebab terkejut apa ke sedap sangat ni.
senang la. aku now if ada orang ajak majlis apa ke.
aku order je kat zura few pack n bawak.
buat tambah makanan kan. ye la iolls bukan rajin tetiba nak potluck ke apa.
walau tak disuruh tapi aku suka je share. sebab serious sedap.
cubalah try.


dah la murah ok.
macam 12pcs ni rm16 je pun.
kau sorang hadap mau 4 ketul la.
dia kata area wangsa maju section 1 je pun.
macam kelmarin kawan aku ajak bbq hari sabtu.
malam jumaat baru bagi tau.
terus aku whatsapp zura boleh tak esok aku nak 3 pack yang 12 pcs tu.
dia kata ok. ok terus on.
pastu bawak semua suka kot. siap cakap eat or die.
memang sedap la. terbaik.

serious kena rasa. nak contact je zura thru whatsapp/sms 019-2447247
selain ni ada jugak redvelvet cake, cheese cake, kek batik n few lagi la. try tanya nanti.


hari tu makan banana leaf kat thurkah ngan noy.
nak pergi bangsar jauh nau la pulak rasa.
ok takda la jauh, tapi memikirkan hazab nak parking area tu jadi malas.
plus ngan noy je boleh ajak. laki aku tak berapa sangat nasi daun pisang ni.
if nasi kandar dia suka. pepelik je. tak jauh beza pun.
i is love. sodapp. makan lak ngan tairu kan. pastu order rassem (eh mcm mana eja?) pastu order ikan goreng tenggiri. harus makan tinggal mata putih aje.


noy now rajin lak melepak umah aku.
so selalu bawak dia join lepak ngan geng2 larut malam tu.
kegembiraan la sebab dorang lawak kan.
yang dorang pun kegembiraan la sebab ada bunga la. pemanis la. gadis la
nyampah. aku stock, eh abis aku ni bukan gadis la.
semua stock, akak tu bini orang, dah tak gadis dah, tengok muka laki dah tau akak dah tak gadis.
kong ajar gila.
sikit punya manis kot ni.
wahahahaha. dasar perempuan tua muka pasu tak sedor diri.

eh ok la.
dah subuh uols.
ahkak nak kena beradu later.
banyak nak pack barang ni untuk post today.
selamat hari isnin pipoll with nipoll.






happy familia.

penat sebenarnya ni.
dah la esok nak bangun pagi.
tapi tu la takleh nak tidur.
daripada membuat benda tak tentu hala.
baiklah aku update blog ni.

tengok pics kekucing pun banyak.
so nak share kat blog pulak.
ni la family ku kat rumah ni.
selain daripada MrB la kan.
walaupun kadang penat n pening n stress ngan perangai tarzan memasing.
tapi tetap ni jugak la ubat penenang n our bundle of joy.
wahhh nak jugak.

especially bila semua manja.
tapi tu la bela kucing ni pun lifetime commitment.
hari-hari kena mengemas rumah sebab penuh bulu la, pasir sepah sana sini.
nasib laki iolls rajin orangnya. selalu bab tu dia rajin la.
aku jaga bab litter box je la pun. n sapu area tu je. hua hua.
then tak sampai 2 weeks kena restock pasir n makanan.
kos jangan cakap la. ala-ala pitams gak.
bawak pergi vet lagi. sekali vacsin apa semua ada dekat rm100.
then if spay pun sekor rm200++
tu termasuk duduk sana semua la semalam.

jangan bagi aku cadangan pergi la vet kerajaan ke apa yea.
aku tak sanggup.
dulu pernah sekor kucing aku konyot bawak spay kat kerajaan la.
ok memang bagus.
tapi hantar. then few hours later kena amik.
tak sanggup aku. dia pulangkan kucing ngan keadaan kucing still pengsan tak sedar.
ngan mulut ternganga n mata terbukak. macam mati lak kucing tu. aaa tak suka.
then kucing tu sedar dia lalok2. berjalan takleh. terkencing2 tak terkawal.
aku tak sanggup la.
so better pergi swasta yang kau hantar. esok by the time kau amik kucing kau normal.
teruk pun setakat tak berapa aktif sebab baru operate kan.

tapi takpa la.
kucing ni pun bawak rezeki kan. :)
so kongsi la rezeki sesama mereka.

:: mochi. lately kemain manja. nak kepit2 je ngan kita. pastu dok paksa2 kau belai dia. dok la sondol2 tangan. oit pemaksaaaa ::

:: kaseh si gangster paradise. semua dia nak belasah. eiiii. tapi lepas spay ni semakin gebu lak dia ::


:: kucing dan kotak tidak dapat dipisahkan. ::

sebulan lepas macam tu aku ada belikan cat tree ni.
memang impian daripada dulu nak beli tapi tak mampu.
plus dulu dok ngan parents kang aku beli mama kata semak.
so ni umah sendiri. ada duit lebih sikit mari beli.
selama ni aku beli scratching post jenis murah.
sepuluh kali jahanam.
pastu kesian keruk sikit tergolek2 benda tu.
so mari beli yang elok.






semua excited n jakun je. huhu happy.
sorry harga pun tak sempat bukak.
aku rasa harga ok kot. sebab if aku tengok kat pets wonderland lagi melampau harga dia.
dua kali ganda pun ada.
ni aku beli kat petsmore wangsa melawati.
ok la banyak choice n harga berpatutan.
oh abaikan laki ku yang terlebih rajin kat background tu.

paling happy bila everytime lalu tengok benda ni di gunakan dengat elok.
seronok tengok dorang bersantai n tidur situ. super love.


:: mochi onjebit. suka nak selit2. ::

:: moolat yang dah tak berapa bulat sekarang ::

:: ceceh the queen bee ::

:: time ni aku makan ice cream dia sibuk mengadap dengan harapan dapat sikit ::

:: milky yang pemalu. mesti nak lari-lari if ada orang dia tak kenal ::

:: riri ze blacky beauty ::


:: milli terpaling baby. paling kenit tah bila nak besar. ::

tersenyum2 aku menaip ni.
sebab walaupun korang ni tarzan, tapi tetap simanja kakak.
eh kakak ke? ke mummy? aku pun confuse.