Instagram : @peejburhan

terusik jiwa.

line internet aku sendu for the past few weeks.
dari sehari ke sehari nak call unifi asyik lupa.
so memang nak online tu tahap rasa nak hempuk2 gadgets ni semua.
tapi smlm n today paling teruk lansung takleh nak online.
terus call unifi. so dah tukar channel la apa benda tah.
baru la kembali normal line.

nanti i update proper ye.
belum ada masa nak bebetul mengadap blog.
al maklum awal bulan busy kan.
sebab akhir bulan aku bercuti.
rindu sangat kat mama ni.
tak dapat lagi jumpa dia.
sebab siang buat urusan post ke apa.
malam pulak orang nak COD la apa. tsk tsk.

semalam sampai kul 10pm orang COD.
sementara tunggu aku basuh baju 2 load penuh.
nasib masa beli washing machine dulu beli besar sikit.
so boleh la sumbat.
selalu aku buat kat laundry je.
tapi since baju dah 3 bakul. mau kang basuh n keringkan mencapai rm50 or more.
kerana trip menginsafkan tempoh hari. rasa macam keji nak bazir2 duit.
so lets basuh kat rumah. keringkan je kat laundry. jimet di situ. :D
so siap la basuh baju semalam. kul 1am baru settle.
lipat tak lagi tu. aaaaaaa

aku kat sana tidur awal n bangun awal. wah wah.
sebab sana kan awal. so waktu masuk awal.



malam pulak chalet yang aku duduk takda apo.
nak lepak chalet orang sampai lewat tak berani la pulak.
bukan tak berani apa.
membayangkan nak menapak balik tu la.

so far duduk sana rasa selamat la.
cuma ye la cerita-cerita yang kau dengar tu la kan.
so kau baca banyak nasihat kalau boleh jangan stay out sampai lewat.
so baiklah kita balik kan.
so aku laki bini usually by 9pm dah balik bilik.
aku ngadap dia. dia ngadap aku....
online pun line tak seberapa.
tau-tau pukul 9ish ke 10pm tidur kau.
wahhhh gila. zaman sekolah pun aku tak tidur awal macam tu. hahah.

so bila tidur awal. usually by 5am dah jaga la.
sebab subuh awal sana.
aku set alarm kat phone pun terasa kagum.
gila kau kalau kat KL ni time begini aku baru nak tidur kot.


atas tu andai kata terlajak tidur.
so set untuk subuh.
yang bawah tu set untuk breakfast. hahah. pasal makan harus semangat ye.

so berapa hari kat sana setting macam tu.
tak pasal now balik rumah aku awal dah ngantuk. amazing. haha
usually pukul 10 lebih dah menguap bagai nak gila.
tapi keluar jugak la ngan laki.
selalu elok i leh stay up lama.
ni takda dah.
buruk perangai orang lepak aku menguapppp je.
sampai rumah konon nak online la.
gila kau kul 1am aku dah takleh bukak mata la.
memang terus tidur la.
bangun pun boleh tahan awal la.
kagums i dengan diri sendiri. :D

oh untuk customer yang beli ephyra.
sabar ye. aku pun tak sedap hati je selagi tak post.
korang dah bayar kan.
sebab stock skinbar masih belum ada.
patut kata semalam sampai. takda pulak.
so HQ kata Insyallah today sampai. hopefully la yea.
busy aku today.
sebab hari ni je 4 carton aku kena post out ni.
padahal masa order ngan HQ hari tu aku nak amik 3 carton je.
tapi ni kena amik 5 carton terus. sebab ada nak COD lagi.
Alhamdulillah.

aku still terbayang-bayang percutian hari tu.
tah la maybe faktor umur.
aku nowadays tah la cepat nau rasa sayu. semua benda la.
kadang layan youtube pun tetiba aku sebak n nangis. gilo apo!
macam dulu if holiday sebab nak enjoy.
sekarang ni kau lebih alert ngan persekitaran mungkin.
so kau tengok kehidupan n all.
pastu tu first time pulak aku bercuti ngan laki aku.
laki aku ni ramah. dia rajin sembang dengan orang.
kadang aku dengar, kadang nanti laki aku cerita balik.
baru la tau kehidupan orang macam mana.
sedih.

contoh bebudak pulau yang bekerja sana.
sembang. dia kata if yang pandai bawak boat gaji dorang rm400.
if tak pandai setakat bantu-bantu tu gaji rm200.
terkejut la kan.
tapi dorang kata cukup bang. duduk di pulau ni rm200 cukup.
aaaaaaa sedihhhhhhhhhhhhhh. yang kita kat sini bazir tah apa-apa rm200 tu kadang sehari dah lesap.
pastu tengok kehidupan kat sana. daif sangat. i is saddd.
teringat-ringat je.
semalam makan sushi, pun terbayang, dorang ni silap-silap sushi pun tak tau apa. :'(

kita ni hidup kat dunia ni sentiasa rasa tak cukup je.
padahal melimpah ruah rezeki Allah bagi.
sibuk pikirkan diri kita sendiri je, padahal kat luar tu macam-macam jenis kehidupan orang yang susah-susah.
dah la aku ada follow few friends yang jenis rajin buat charity ni.
baca dorang cerita pasal kehidupan orang lain.
rasa macam kau nak bersuka ria pun jadi tak best kan.

tapi tu la. aku ni hati besar. tapi aku ni tak kaya nak bantu semua.
mana mampu kita cuba bantu takat mana mampu.
sebab aku kena la bantu fam aku dulu, fam mertua aku dulu.
kita orang pun takda la senang mana kan.
banyak benda menginsafkan la berlaku keliling aku.

macam ada sekali tu aku keluar makan ngan mak n adik ipar aku.
aku bawak pergi makan ayam penyet. makan la sesama.
sekali aku dengan adik ipar aku cakap kat laki aku, "ni first time makan ayam penyet ni. tak pernah makan."
tersentak aku dengar. aaaa sedih. ayam penyet je kot.
aku kadang order every other day.

aku ni dulu agak sellfish la. boleh tahan kedekuit jugak.
tapi laki aku banyak bukak mata aku.
sebab aku selalu bengang dia ni pemurah nau.
padahal sendiri takda duit sangat tu kan.
tapi dai pernah cakap, duit yang u belanja untuk diri u tu bukan duit u sebenarnya, yang u bagi orang tu la duit u sebenarnya..untuk bawak bekalan nanti.
u 'balik' nanti takda satu pun u bawak..semua tinggal...so apa yang u bagi orang tu la u bawak 'balik' nanti.
betul la kan.
so sikit-sikit try bukak hati tu. jangan nak berkira sangat.

mungkin Allah bagi rezeki lebih sikit kat kita ni supaya kita bantu orang lain.
kan? we never know.
ikut penting diri, hoi memacam dah apa yang kau nak semua boleh dapat. Insyallah.
tapi tak tergamak la weyh.
cukup la hidup bersederhana kan.
unless kalau dah kaya sangat meletop-letop la. n rasa nak reward diri.
tah tak nak salah cakap kan. kita tak tau future.
maybe kalau kaya meletop tu pun ujian jugak tu, nak tengok perangai kita nanti macam mana.
eee akut..akut..akutt.
mama pernah cakap, orang kaya tu nanti lagi lama kena soal jawab nanti.

eh ok la.
aku ni suka off topik kan.
aku nak keluar ni ada few urusan.
harapnya by today aku dapat amik stock n post semua kat korang yea.
yang ephyra tu especially. sebab dah bertingkek-tingkek ni masuk.
seram memikirkan banyaknya nak kena post. :)


12 Comments:

safwanah said... [Reply to Comments]

hi peej,
seronok kn hidp kat sane n sye pun bru je g sane oct hritu. tenangg je kan.xde mcm terkejar2 kt kl ni.serabut pun ad. anyway dis new year i am going there again ng gang dive.anyway if ad any of your readers nk sedekah baju ke or buku ke let me know. maybe nnt i bole tlg smpai2 kn. anything u can email me nurulsafwanah@gmail.com

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak peej,
thumbss upp!

nurul arizadib said... [Reply to Comments]

Wah!! Sukanya baca post cmni.. Sgt memberi motivasi tp gaya santai gituh...

diyana said... [Reply to Comments]

akakkk cpt update nk tgk cmne la kt sana tuuu

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

aaaaaa sedey bc n3 ni peej! nyway betul kata ben tu...tersentak plak nurani nieh.... ;'(

Aisyah said... [Reply to Comments]

Awww sedih.. Part suka sedekah tu Ben sama mcm my fiance, and I was like you too. Bukan kedekut, tapi tak faham konsep bekalan bawak balik sebelum ni. Skrg alhamdulillah lebih senang dan berlapang dada bagi sedekah. Dulu kalau budak2 mintak sedekah I selalu bengang sebab diorang ada sindiket jaga etc. Tapi now I realise, bagi je la sedekah apa yang mampu, kalau ada pilihan lain, takda orang sanggup kerja mintak sedekah. Kita tak tau situasi dia, maybe 2-3 ringgit kita bagi tu boleh bantu dia kan?

ummi_khalish said... [Reply to Comments]

tersentuh hati..anak dil yg 4 tahun pemurah hti juga....

Suriya Majid said... [Reply to Comments]

Bila pergi tempat orang memang buka mata. :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, ko tulis camni aku pun rs nak nangis... kau dah berubah bnyk, sbg reader tegar, am so proud of u :))

Nadira said... [Reply to Comments]

omg. post ni terbaik ive read these 2 days. benar2 menginsafkan dan rs motivated. esp part nasihat dr Ben tu. tak terfikir pun sebelum ni. thank you for this blog post Peej :)

Ahtzelin Ahchai said... [Reply to Comments]

Well done peej!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sangat menginsafkan... akn cuba cari byk2 bekal untuk kat sana nanti... thanks Peej...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...