Instagram : @peejburhan

Pulau Mabul - day 2 #mabulisland

amik kau lepas seminggu baru sambung.
tu pun sebab tadi dok tengok sidebar ternampak blog entries.
gilalah untuk december ada 4 entry je.
padahal today dah 16hb kan.
patut la ramai kawan-kawan bising kata aku pemalas update blog sekarang.
bukan malas, tapi dah takda hati la.
ada pun ssiiiiiikkkiiiittt je.
ramai customer pun cakap dorang silent reader n sentap kak jah tak update blog.
cerita je apa pun dorang baca.
masalahnya dah tak tau nak cerita apa.
tak kuasa nak share dah pun ada.

tapi entry mabul aku nak kena habiskan.
sebab aku ada target nak kena settlekan by hujung tahun :)
kejap je dah nak masuk 2015.
diharap tahun depan dengan azam baru.
lebih berjaya, lebih bersemangat meneruskan blogging ni.

ok lets sambung entry.
stop bebels.
since day 1 aku tidur awal.
day 2 aku bangun pun awal.
bangun subuh kul 5am. termenung sana sini.
then sambung tidur, then bangun untuk sarapan pulak.
takda la awal mana. kul 8pm baru aku bangun n sarapan.
hari yang best tidur sebab hujan pagi tu.


ni chalet billabong yang aku duduk tu.
temanya purple ye.
yang depan gray tu arung hayat. baru buat tu.
boleh tahan semak tau tutup pemandangan orang.
bawah ni pulak tempat makan dia.


semangat bangun sarapan.
tapi sarapan hanyalah mihun kosong, sausage n baked bean yang aku rasa dia bukak tin n curahkan saje je dalam tray.
roti pun sejuk. pelik aku. simpan roti di dalam fridge ke?
tapi makan je la. kang kebuluran pulak.


bilik aku yang kanan paling hujung tu.
ok la. biasa la macam chalet biasa.
sebelum check in kau boleh tengok bilik2 yang available n pilih.
aku pilih yang tu sebab ke belakang so that takda la orang nak lalu lalang ke apa.

bawah bilik tu pun boleh nampak tapak sulaiman n ikan2.
rajin kalau ahkak bagi makan roti.
tapi memilih gak la ikan2 ni.
bagi roti chalet tu buat dunno je, aku pakai roti gardenia reti lak makan.
demanding kau ikan.






excuse my kuku kaki.
aku ada masalah kuku kaki dalam la.
eh macam mana nak cakap?
ala kalau aku potong elok kemas. aku akan seksa sebab bila tumbuh dia akan mencucuk kaki.
sakittttttt n stresss.
elly cakap sakit-sakit sedap. hek la. tang mana sedap?
sakit-sakit..sakittttttt adalah.
bukan ibu jari je. tapi jari telunjuk n jari hantu pun sama. aaa sakit.
lama akak seksa. the only solution ialah takleh ketip kuku sampai abis.
kena biarkan panjang n potong straight.
so dah few months la aku buat macam tu. tapi tak suka!
rasa pengotor lak kuku panjang. tsk tsk.
kang kalau kotor ke apa seksa nak kasi ok. me not loike.
nanti aku rimas. aku potong senget. maksudnya belah dalam aku potong pendek.
yang luar tempat senang cekam tu aku potong straight. hahah saikosis.
motip tetiba cerita kuku kaki?
supaya andai kata korang tak sesuka hati kutuk ok. awassssss.

since sangap apa aje boleh buat kat sana.
aku ajak laki aku snorkeling.
seperti yang korang sedia maklum.. laki aku adalah penakut air.
so sebarang aktiviti air dia tak berapa takut.
paling takleh blah if orang gelakkan dia akan cakap, "mak aku pesan jangan mandi laut. mak aku tau aku takleh berenang. nanti lemas."
yangggggg tolonglah. u tu dah nak 40 tahun. jangan nak cakap mak tak bagi ok. kelakar sangat.
tapi masalahnya memang pun, kat sana dia call mak, nanti dengar la mak dok pesan jangan mandi laut..ngan aku2 sekali mak tak bagi. hahha.

tapi tu la laki aku taknak.
benci tau.
tapi dia kata takpa dia teman je.
so aku suruh dia tanya orang chalet aku.
dia kata dorang tak buat. suruh aku pergi chalet sebelah.
maybe time tu takda orang nak pergi. so dorang tak buat trip snorkeling.
ye tak berbaloi tetiba bawak kita orang je. haha.

so ke chalet sebelah. chalet geng2 kami yang lain.


untuk pengayat macam aku. gila tertekan everytime berjalan atas titi ni.
dah la goyang.
yang laki aku nak jalan dekat2.
mesti aku marah suruh dia jauh dpd aku. sebab lagi jalan sama2 lagi dia gegar.
aaaa takut la.
dia tang ni berani lak. amboiiii.
dia atas darat kemain warrior, kau tolak dia dalam laut confirm kau menang.
menggelupur mamat ni nanti. hahha.

sampai sana cakap kat orang sana.
dorang kata trip pukul 2.30pm.
oh ok.
elok kat sana geng dorang semua ada.
baru balik 1st dive.
ready nak second dive kul 11am gitu.
so lepak sana dulu.

pastu ni shrimp mantis beli daripada bajau laut.


eee hidup lagi. akutttt.
eh gambar berulang lak.
malas nak alihkan.
merasa layan mamat ni feeling.



ni la kerja laki aku.
suka berangan.
yang bebudak tu melayan lak tu.
aku memang kosser melayan.

dorang gerak untuk second dive.
kita orang gerak balik bilik balik.
hoi sangap.
so tidur balik. hahha hampeh.



lunch.
tenggiri goreng, kurma daging, terung cili n sayur apa tah.
ok-ok la.
memula merungut gak la.
tapi then kau tengok orang-orang situ.
tengok dorang tunggu semua makan baru dorang makan.
n tengok muka-muka happy dorang makan.
terus kau terasa macam, ni la yang dorang makan everyday.
pun dorang dah happy kan. kita ni sekali makan kemain.
sebab tu aku kata pergi sana banyak benda bagi kau insaf la.

settle makan.
bersiap terus ke chalet sebelah.
sampai sana nampak ada 3 orang budak bajau laut.
tengok dorang mengadap macam boat mainan.
ok bukan mainan la. tapi macam buat sendiri.



ye budak yang hujung tu aku tengok macam dah darjah 6 macam tu.
tak pakai seluar.
aku rasa baju tu pun mesti orang yang bagi.
budak depan ni pun tak pakai aku rasa.
tapi sebab baju dia besar so takda la nampak telanjang ke apa.

tengok la mainan dia.
n muka kemain bangga. macam nak tunjuk tu mainan dorang.
dalam bekas depan budak tengah tu dia simpan kita orang bagi gula-gula, chocolate semua.




:: percubaan yang tengah tu ikut buat peace ::


laki aku suruh semua buat, semua ikut. hihi.
tapi dalam pic ni sekali pandang kau akan nampak macam sekeluarga bajau laut. hahahha.
then tunggu trip gerak.
sementara lepak sembang.




elok gerak geng bajau laut sampai bawak ikan.
memang sepanjang kat sana ramai datang bawak hasil tanggakapan memasing.
tengok2 kalau ada yang beli.





then pergi snorkeling.
satu trip rm50/person.
dalam sejam la jugak.
so time ni ke pulau mabul je, tak silap paradise 1. eh ke paradise 2.
lupa aku.

tak jauh pun. macam pusing pulau tu je.
seperti biasa sampai je tetiba laki aku taknak turun.
memula dia kata ok.
ye la tengah laut kan.
mimpi sangat la kalau dia nak turun.

beria bebudak tu kata takpa dorang ada.
laki aku kata takpa la. saya duduk dalam boat je.
sekali dia tengok bebudak kecik pun elok terjun.
dia terjun jugak uolss. wahhh improvement tu.
budak tu dah kata takpa bang, saya bawah ni..abang terjun je datang kat pelampung ni.
laki aku terjun terus dia paut tepi boat uolls. hahahha.
taknak lepas. cakap saya nak naik boat. saya nak naik. hahah.
pastu aku n budak tu pujuk baru dia lepas boat n pegang pelampung tu.
dah la kat pelambung ada ke dia nak sarung kat badan.
agak la. pegang sudah.

budak tu pujuk suruh pandang bawah n dia bawak.
laki aku taknak. beberapa kali baru ok.
tapi tetap kat mulut kata saya nak naik boat.
budak tu pun cakap ok kita naik boat.
abang pandang bawah..saya bawak ke boat.
padahal budak tu bawak dia pusing. hahah.

arus kuat hari tu.
ombak takda.
tapi kira kau snorkeling. kau angkat kepala tengok kau macam dah bergerak beratus meter.
tau-tau aku tengok eh jauhnya laki aku.
so laki aku pun sama la.
dia kata dia rasa lama je. dia angkat kepala tengok hoii jauh boat.
cuak la dia. dia ingat dia tepi2 boat je.
budak tu kata ok kita ke boat.
again dia pandang bawah. angkat kepala tengok boat takda terus.
menggelupur dia. rupanya boat pergi amik tangga.
rasanya ada la 1/2 jam jugak dia snorkeling.
ok la kan. tapi tetap penakut dia tu tak hilang.
takpa, slow2. nanti dia ok la tu.
dulu takut naik boat, sekarang tak takut.
dulu taknak snorkeling langsung, pergi redang radie ajar dia dah boleh sikit2.
trip kali ni dia berani terjun dpd boat pulak. ok la kan. :D

jauh gila snorkeling sebab arus kuat.
tau-tau dah nak sampai hujung area chalet kita orang tu.
gila la. bebudak tu pun kata tak pernah jauh macam tu.
bahaya if terus lagi sebab laluan boat.

Ya Allah tak tau nak describe macam mana lawanya kehidupan laut kat situ.
if only aku ada gopro. akan ku share pic n video kat korang.
tu la menyesal, hari tu ada kawan dah offer nak pinjam ke gopro dia. aku kata takyah.
aku ada rasa nak beli, tapi pikir macam la aku selalu travel.
elakkan pembaziran uolls.

bagi aku sepanjang pernah snorkeling.
thailand memang takdo apo la. coral semua mati. takda apa.
redang pun biasa-biasa je hari tu.
perhentian lawaaaa sangat.
tapi tak sangka mabul ni jauhhhhh lagi lawa.
macam contoh perhentian ada few corals n few ikan ikan.
ok kat sana bermacam coral. bermacam jenis  tapak sulaiman, bermacam jenis ikan. ikan kerapu besar budak berapa tahun pun aku nampak, sea urchin la..memacam la. aaa lawa.
padahal snorkeling je kot.
kalau dive tak tau la macam mana.

laki aku duduk atas boat dengan harapan dia mengambik la gambar aku sekeping dua.
siap aku bagi sign amik la pic aku.
kau tau dia amik apa?
ni je ye!


gambar tak semenggah macam ni dia amik.
pasrah iolls tau.
elok kita orang sampai tengok group dive ada.
dorang nak pergi untuk dorang punya 3rd dive for the day.




so mari ucapkan selamat tinggal.
elok dorang gerak datang sekeluarga bajau laut nak jual ikan.
aaaa sedihnya tengok.
tengah panas terik nampak si kecik tu tidur ngan telanjang bulat.



tapi since aku dah beli ikan earlier.
aku tak beli daripada dorang.
earlier tu sebelum gerak snorkeling aku ada beli daripada bebudak bajau laut 3 orang.
bayangkan sebesen ada la dalam 20++ ikan besar n kecik harga rm30 je.
actually rm25 dah boleh dapat. tp sian pulak.
ada memacam la, kerapu, kerapu merah, ikan merah, ikan apa tah lagi. aku fail nama ikan2 ni.
lupa lak nak amik pic.


chalet kita orang belakang aje.
tapi sebab takda titi connect. so kena la jalan masuk kampung untuk ke sana. 
balik bilik, lepas mandi laki ku tidur. ceh.
penat sangat snorkeling kot. hahha.
bertambah sangap iolls.


bangun untuk dinner.
ikut plan ke chalet sebelah.
sebab makan besar sana. dah beli memacam kan.
tapi laki aku segan pulak.
dia kata makan kat tempat kita dulu.
baiklah. ikutkan.
takpa sana kita ratah2 je.


:: lauk ayam kicap, bayam and kacang panjang goreng ::

around 7.15pm dah bertalu kawan aku call suruh ke sana.
ok ke sana.
then sana settle dorang makan baru aku ratah.
sebab sana table jenis table macam kantin sekolah tu.
so muat dalam 8 orang gitu je.
so tunggu giliran la ye.
ada few yang tetiba gerak n makan bawah.
serba salah la aku. dah la kita orang sibuk je kat situ kan.
so biar dorang settle baru makan.
aku ratah je.
laki aku tak makan. sebab dia kata dia nampak benda tu kan hidup masa beli tu.
dia rasa kesian n tak sampai hati. so dia tak makan.
rugiiii. sedap hoiiii.


:: sedap nak menangis. terkenang2 lagi ::

tak duduk lama pun as usual.
around 9pm gitu balik.
bagus jugak balik sebab hujan malam tu.
kalau tak balik kang satu hal tersangkut kan.
dah balik takleh tidur pulak.
so pukul 11pm layan makan mamee chef.
eh sedap pulak kan mamee chef ni. i like.



tu je.
ada kerajinan i sambung lg.
bila tu tak tau haha.



3 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

sedihkan lihat kehidupan mereka.. adik akk pernah dtg sini.. ke penempatan dorg.. masa tu ada pnggambaran.. budak2 seawal usia 2 3 tahun tu dah berdikari.. dan mak bapak ni pulak macam kalu ank dah pndi berjalan tu pandai2lah cari makan sndiri. Kalu ank jatuh laut pun dorg tak heran sebb mereka anggap ank2 kecik ni dah tahu mcm mn nak survive..

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

cantik gileee mabul. tringin nak gi.

Tengok kwn2 yg selalu pegi mabul, memang insap la tngok diorang kat sana. :(
Rasa bersyukur sgt dengan kehidupan yg ada sekarang. walau tak kaya mana, tapi bahagia makan cukup, pakai cukup

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak.. ikan akak beli tu bg kat sapa?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...