Instagram : @peejburhan

Pulau Mabul - day 1.

eh lamanya tak mengadap blog kan.
ni pun sebab ramai bising menanti entry mabul.
tapi serious bila tengok pic amik kau berlambaknya tak update.
entah la takda hati sangat la nowadays.
macam aku cakap la. macam dah tak releven je nak update blog sangat.
dulu lain la, kau muda. update pun suka hati je kan. takda fikir apa.
sekarang nak update pun pikir banyak kali.
kena pikir sensetiviti ramai orang.
so update bila perlu je sudah.
kalau nak luah perasaan lite-lite ke. nak share something ke..macam trip kan..mana tau boleh bg few tips. tempat makan menarik ke. :)
lain takyah sangat la.

aku tak sihat ni.
since isnin demam. tapi tetap gagah melakukan apa2 tanggungjawab kerja la.
kalau2 i reply lambat tu maafkan yea. makan ubat asyik tertidur je aku.
ni pun tak ok sangat lg. kepala still berat n selsema ada lagi.
cuma panas tu dah takda la.
plan nak keluar beli plastic prepaid poslaju.
then teringat hari ni selangor cuti kan. confirm tutup PPL.
post pun aku tak sure boleh tak today.
sbb aku post memang la poslaju KL. tp PPL selangor.
n mostly bebudak kerja aku tengok semua dpd PPL selangor.
so if aku tak dapat post today. esok pagi la aku post barang korang ye.
tapi tetap aku prepare n bg tracking num. kena keluar check bukak ke tak petang kang.

ok sebelum i membebel panjang lebar lagi.
mari cerita trip mabul hari tu.
actually trip aku ni dibelanja oleh supplier tabita aku.
dia memang dpd last year nak bawak aku laki bini bercuti.
ikut plan lg melampau...siap suruh aku pilih nak australia ke, korea ke, bali ke.
amboi over sangat ni. takut iolls. takyah nak oversea sangat la.
i segan. hahahhahaha.

ni pun mabul ni dia paksa ok.
dia kata aku ni tak kemana.
call pukul 8 pagi paksa aku decide nak ikut tak dia gi mabul.
aku tau tu tempat if kau diver best la. so aku macam taknak.
dia tak puas hati. kata cepat pergi tanya MrB.
bg tau sekarang. aku nak book terus flight n tempat tinggal.
aku pun ngan mamai call laki aku, laki aku kata ok.
then call dia kata ok.
on the spot terus dia book semua.
tu yang dah malam baru aku sedar....hoi hoi...patut hujung bulan tu ada program ngan filla. ;p
tu la kan buat decision time mamai.

plan tu pun 1-2 weeks before je ok. sesuka hati betul.
so aku memang tak sempat nak beli apa sangat la.
dengan busy bagai nak gila. ye la akhir bulan kan.
yang aku tau gerak 28hb flight pagi. apa aku tak tau.
malam tu baru aku cakap kat dia sila email aku details ok. aku nak web check in flight.

malam before pulak ada kenduri arwah abah yang ke 100 hari.
bayangkan rushing tu.
so siang aku siapkan semua barang post.
petang siap semua. maghrib keluar post. lepas post terus ke rumah kakak MrB.
then elok kat sana dapat call pulak dpd sorang supplier ni suruh amik barang.
sebab aku memang kadang tolong kawan aku ni amik barang. sebab dekat umah aku.
aku dah macam pelik, aik...apesal kawan aku tak cakap apa pun.
confirmkan ngan kawan aku, dia kata memandai budak tu...patut barang amik siang. dia tak dapat bagi. dia takut la tu nak contact. so dia call aku direct.
kawan aku tu taknak susahkan aku, sebab tau aku ada tahlil malam tu.
aku tak kisah pun. sebab umah kakak ipar aku tu dekat sangat ngan tempat tu.
plus esok nak jumpa. boleh je aku amikkan.
janji kul 10.45pm.
so settle semua kul 11ish.
terus pecut ke umah mama n papa. sebab ada packkan sikit makanan daripada tahlil nak bagi.
plus busy sangat tak sempat lepak kat rumah sana.
so tak sedap hati aku nak pergi sebelum jumpa dorang.
tak lama pun 1/2 jam je lepak. sobs.
pukul 12am mcm tu aku bergegas gerak sebab mak mertua n fam adik ipar aku nak datang rumah.
as usual kita orang travel, dorang duduk rumah. tengok2 kucings. :D

by the time sampai rumah pukul 12.45 am macam tu.
sembang kejap. by 1am aku mintak diri masuk.
kena siapkan entry ephyra. sedar tak sedar dah kul 2.30am.
amik kau pack pun belum.
suruh laki aku keluarkan baju apa nak bawak.
bebel2 aku kemain banyak nak bawak. suka kau la.
then dia tidur.
aku teruskan pack.
aku ada dah laci baju2 yang selalu pergi ke pantai. pilih2 masukkan dalam bag.
by the time settle packing elok kul 3.30am.
aku terus mandi n siap.
kul 3.45am kejut laki aku.
kul 4 pagi keluar rumah.
sebab janji jumpa rumah kawan aku tu kul 4.30 am.

e eh tersampai awal pulak.
sempat aku singgah 7 eleven beli apa patut.
then sampai rumah dia kul 4.30am.
eh sepi je. malam sebelum kemain dia kata jangan lambat. kul 4.30am dia tunggu aku n terus gerak.
so aku call. amik kau laki bini tidur lagi.
kelam kabut kemain.
kita orang pass barang yang2 amik malam sebelum tu.
sementara tengok 2 laki bini tu kelam kabut bersiap.
aku n laki aku tunggu je la tengok.
paling epic suami dia cakap, "eh korang pergi sekali ke?"
abis tu? kau ingat aku gila kul 4 pagi datang rumah orang semata2 nak hantar barang. hahaha
mamai gila.

gila kau nak naik klia transit kul 5.10am.
kul 4.55am br gerak. nasib dekat je.
lawak je rasa. tau la barang banyak. dorang ngan equipment diving.
nak park kat TBS so bawak kereta kecik.
aku n MrB duduk belakang. antara kita orang ada dua back pack besar.
sambil di pesan oleh dorang laki bini. kerja aku n MrB pegang bag dorang kat belakang tu jangan jatuh je.
so melintang tangan aku laki bini pegang.
elok gerak, terbukak boot belakang. hahahha.
ngan corner lipat. seram.
nasib kul 5 pagi. takda orang. kalau tak orang pun pelik apa confident sangat dorang ni bawak kereta terbukak bonet.

sampai memang activity berlari je la.
nak kejarkan train. elok 5 minit lepas tu train sampai.




first time aku pergi naik klia transit ni.
suka pulak.
kau park kereta kat TBS, bandar tasik selatan tu. sehari Rm3 je charge dia.
then amik KLIA Transit ke KLIA2 tu aku laki bini tak silap RM50+ macam tu.
selasa, cepat, mudah. dalam 36 minit gitu sampai.

dulu if travel aku selalu akan call taxi amik kat rumah pergi KL Sentral.
since pagi so rate pun mahal. will cost around Rm30 macam tu.
then amik bas pergi LCCT Rm9 ringgit.
tapi tau la situ macam scary.
esp orang2 taxi yang datang2 kat depan muka kau suruh2 kau naik teksi. apa niii paksa2?
then perjalanan usually akan amik masa sejam la.
tak sure ada jugak eh bas tu now pergi KLIA 2? lama ahkak terperuk uolls.

dedua pun ok. tapi aku rasa mcm mudah je naik transit tu. terus sampai dalam airport pun :)
banyak jugak orang cakap kata klia 2 ni jenuh berjalan sebab besar nau.
debar2 jugak aku ni.
tapi maybe untuk flight pergi luar negara kot. sebab domestik punya aku rasa biasa je.
takda la jenuh menapak ke apa. :D
so boleh relax singgah smoking room semua.
tapi tak tau la aku yang tak sempat explore ke apa.
tapi takda eh kedai duty free jual rokok?
bukan patut ada ke?
lcct ada dulu. klia ada jugak even domestic.
ke aku yang tak jumpa?



:: orang tidur sejam merungut bag berat. terhoyang angkut. hah nak amik trolley. buat kena gelak kat orang je bawak back pack tapi letak kat trolley ::

:: ok bg chance i pose pulak ::

:: flight pukul 7.10am. amboi kawan aku ni takleh amik pagi lagi ke? dorang semua naik MAS. so aku n laki aku je la kat KLIA 2 ni. ::



:: boleh tahan horror muka laki bini. hahaha. harap maklum laki aku tidur sejam je. aku tak tidur langsung ok ::



terus tidur. hihi.
aku pulak if travel susah nak tidur.
if letih sangat tidur. tapi mesti setiap 15-20 minit terjaga-terjaga. entah kenapa.
plus aku tak reti kot tidur duduk ni. tak selesaaaanyaaaa. hahah.
laki aku kau letak mana pun ok je. :D



perjalanan almost 3 jam daripada KL ke Tawau.
laki aku seperti biasa mesti suruh amik pic dia.
hoiiii panas terik.
dah amik n bagi dia. dia kata aku amik pic mata dia pejam.
mana nak tau. panas. skrin pun aku tak nampak apa.
note to self lepas ni snap pic kena amik terus 2-3 kali.




sampai sekali ngan flight MAS kawan aku.
kaunter bukak dua je. amik kau beratur.
maybe memacam kes tu dorang semakin strict kot.
patut aku tengok ada je kaunter untuk domestic ni. tapi dorang tutup.
bukak situ je dua. so tak kira la apa pun. kena beratur n tunjuk i/c semua.



total kita orang hari tu 8 orang.
so amik van.
daripada airport tawau ke semporna RM200 satu van.
perjalanan amik masa sejam lebih gitu.






hahha tengok barang je dah banyak mana dorang ni.
mostly tidur dalam tu.
aku seperti biasa takleh nak tidur.
dah la seram gilaaa woih dia bawak van tu.
dah la lajuuuuu. jalan 2 lane.
turun naik bukit, kiri ke kanan belok sana sini.
jalan double line. gila kau selamba dia potong lori la, kereta potong terus 2-3 kereta.
buatnya muncul kereta dari arah depan.
memang ada pun. cecepat dia ke tepi. eeeeeee akut.
aku dok baca memacam la. sempat mengucap. ;p
kecut-kecut perut aku setiap kali dia memotong.
bukan perut je la kecut..segala benda lain la kecut. heh.


:: kesian sangat ni tercopit kat belakang. hahha ::
:: orang tidur kita celfie ye. happy sangat ni akhirnya bercuti takyah pikir pasal kerja ::


sebelum ke jeti singgah kejap pekan semporna tu.
ada orang nak beli itu ini.
aku beli air mineral je.


:: aku tak sure driver tu yang kecik nau ke, or laki aku yang gergasi sangat ::








A video posted by Peej Burhan (@peejburhan) on

sampai jeti tu jumpa geng2 dorang yang lain.
so gerak naik 2 bot.
nasib speed boat so i ok.
aku takleh la naik feri macam pergi redang tu. pening aku sampai muntah.
speed boat takpa laju n berangin kan.

laki aku pun muka relax je now. wow dah berani la tu.
ingat lagi dulu bawak dia pergi perhentian.
muka pucat n pegang rail boat kemain kuat. takut sangat.
now boleh pose bagai. amboi eksyen ni.
tapi tetiba boat berhenti tengah laut.
nak gelak aku tengok muka dia cuak tanya eh kenapa stop. hahahah.
stop sebab ada sampah sangkut kat enjin. pastu jalan la balik.

perjalanan amik masa dalam sejam lebih la. dalam sejam 10 minit kot.
entah tak perasan lak aku.
sebab feeling sangat kena tiup2 angin sampai air laut terpercik2...super love.






duduk tempat back packers.
so kat belah ni memang takda pantai.
semua pun atas air.

dorang semua duduk dekat seahorse.
tapi aku n bini terdampar kat billabong.
sebab seahorse penuh. sobs.
so boleh tahan sangap gila la kan.

if diver package ikut berapa hari berapa malam.
berapa kali boleh dive bla bla. nanti jadi macam so package jadi rm1200 sorang. macam tu.
since aku n laki aku non diver pakej ikut kepala.
so sehari 1 kepala rm120 semalam.
dorang provide sekali makan pagi, tengahari n malam.

tapi jangan la kau expect makanan umpama buffet hotel berstar-star. kata back packers kan.
so by the time sampai tu dah 2ish kot.
maybe dah lewat. dah la tak makan apa seharian.
masa sampai lauk yang tinggal nasi n sayur kubis je ok.
tak selero ahkak nak makan. keh keh.
nasib lepas tu nampak dia letak telur dadar.
baru amik. so makan nasi, kubis goreng n telur dadar. letak la kicap.
terkebil2 ahkak makan.
meronta2 jugak jiwa memula. aaaaa laparrrrr.
apa ni makan macam ni je. nak balikkkk.
dah la sana takda ye gerai2 menarik nak carik makanan.
ok mungkin masuk kampung2 ada. tapi macam berani baru sampai kan.

so lepas makan masuk bilik.
bilik biasa. ala macam kita kat kampung la.
aku rasa better daripada kat perhentian punya chalet la.
bed sheet bersih wangi, towel provide pun wangi je.
sampai rasa nak tanya eh dorang ni pakai pencuci apa wangi n menyelerakan bau. haha.

day 1 memang aku taknak buat apa.
aku nak rehat n tidur je. katanya tak tidur kan.
tapi masa masuk tu electric tengah takda. sobs sobs.
sia-sia sangat ada aircond takpa tak berguna.


seperti biasa.
laki aku tidur ngan gumbiranya.
pelik aku.
aku dah merengek2 rasa nak nangis.
sebab gila kau panasssssss lencun.
bukak pintu n tingkap pun tak berkesan.
nasib later tu ada balik electric.

so tempat aku tinggal tu electric dia macam.
pukul 7.30 pagi tutup. then sejam lepas tu bukak balik.
then kul 12pm tutup (hoi waktu puncak ni) then lepas 1, 2 or 3 jam bukak balik. ikut suka dia.
then berterusan ada la.
tapi ye la kan. kata sana semua divers. time2 tu dorang keluar.
so takda electric pun ok la kot.
masalahnya kak jah yang gemuk cepat berpeluh ni bukan diver.
so meratapi nasib diri sangat ok panasssss hazabul.

berapa kali mandi aku kat sana.
time mandi rasa ahhh nyaman n lega.
tapi air kat sana bukan air biasa la.
time berus gigi n wuduk tu terasa la aik apa ni masin ke payau ke apa tah. huhu.

paling win adalah.
kan aku pack barang dalam masa sejam je kan.
n bising2 laki aku bawak kemain banyak tshirt.
dengan relaxnya aku pack baju2 biasa ke pantai.
aku gi sana. rasanya 2-3 helai baju n seluar aku takleh pakai.
boleh tapi lepas tu nak bergerak takleh sebab ketaatttt.
matiklah gemuk macam badak sangat ni. makan je kerja.
padahal baru march hari tu redang relax je pakai n siap longgar lagi. tsk.
sadis sangat ni gemuk tak dapat di tolong.
nangka pun kalau nampak aku gelakkan kot sebab dia pun tak berbalut sendat macam tu. hhahahahahhahaah *tak kelakar ok!*

end up aku dok pinjam tshirt laki aku. sebab takda baju nak pakai.
malu iolls nak keluar baju ketat macam pinjam baju adik. ;p

takda apa pun day 1.
petang dinner.
aku pun lupa makan apa.
so-so la.
then malam aku berjalan ke resort dorang.
saje lepak n sembang.
tapi tak sembang apa pun sebab dorang cerita pasal diving
kami tak paham.


chalet dorang paling hujung.
so macam berangin je. best la permandangan pun luas je.





cantik bulan malam itu.
tapi tak lama pun kat sana.
around 8ish dah gerak balik tempat kita orang balik.
tak berani nak lewat2.
tempat kita orang mostly family duduk.
so memang takda apa.
balik tu dah sunyi sepi.
laki bini masuk bilik.
kul 9.30pm dah tertidur ok.
syabassssssssss.

ok next aku sambung day 2 pulak.


5 Comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to Comments]

cantiknya laut dia...

mamabeauty said... [Reply to Comments]

love mabul.. cantik sgt

Latifah said... [Reply to Comments]

best nyer dapat cuti2...

LatifahFazri

Anonymous said... [Reply to Comments]

pesal tak bg mr B minum ephyra atau trial tabita ke? tentu menyerlah

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej ku ngah sangap nak baca part 2 nihhhh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...