Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Saka

Hai Peej..ni aku nak kongsi kisah seram yang x berapa nk seram berlaku kat aku baru2 ni..

ok cerita dia mula cmni..
ada satu hari tu aku tengah tido dengan nyenyaknya tapi kan tetiba aku rasa macam ada benda duk renung aku tengah tido tu, pukul berapa mmg aku x tau la tp tengah2 malam la..
pastu aku pon bukak mata nk tau apa yg berlaku?
ada benda bertukar jadi asap kot serius time tu aku rse nk jerit je dah la mamai2 tp apa aku buat adalah aku tarik comforter tu and selubung satu badan  aku..
sumpah panas  giler n berpeluh2 tapi kisah pulak aku time tu kn..
yg penting aku x nampak benda tu da..
pastu lama benda tu x kacau aku sehingga lah baru2 ni..
aku tertido waktu senja..
pastu aku x tau la aku mimpi atau apa kn tapi yang pasti ada makhluk hodoh giler duk kacau2 aku..
aku baca macam2 ayat tp dia x blah gak..
aku siap cm gaduh2 ngan dia supaya dia blah tp x berjaya gak smpailah aku bukak mata n aku rse penat giler la macam aku betul2 baru lepas gaduh tu..
then aku bangun n solat maghrib..
malam tu aku x boleh tido sbb aku rasa ada benda yang perhatikan aku..
oh ye untuk info aku ni duk sorang2 je kat umah tu..

part yang paling buat aku rasa seram adalah keesokan harinya..
macam hari2 sebelumnya aku x boleh tido n aku pon guling2 jela atas katil dengan harapan aku boleh tido..
aku jenis kalau tido memang akan tutup semua lampu kecuali kat ruang tamu tu..
pastu aku tido membelakangkan pintu bilik tu..
tetiba aku rse cerah semacam je..
aku pusing la belakang korg nak tau x yang pintu bilik aku terbukak n tutup dengan sendirinya..
serius time tu aku pya bulu roma tegak cm jarum tu kot..berpeluh2 aku menahan rasa takut tu..
aku perhatikan je dia bukak tutup pintu dalam 10 minit camtu sampai aku bengang n aku cakap aku x kacau kau nape kau nk kacau aku????????
baru la dia berhenti okeh..pastu aku pon apa lagi berkelubung la macam org demam tu..

esoknya aku pagi2 lagi dah msg kwn aku yang pandai bab2 benda ni..
pas bg maklumat  yang kwn aku tu mintak dia bgtau aku yg aku ni telah diekori oleh makhluk tersebut since hari raya..
n benda tu katanya saka dr keturunan aku yang dah lama cari tuan..homai!!
aku rasa mcm dah kenapa ikut aku plak? g la ikut org lain!!
kwn aku tu ckp jgn risau boleh buang or jauhkan dia dr aku..
so aku pun sediakan lah limau purut..limau nipis..garam and air mawar..
first day tu aku kene mandi ngan limau purut, garam n air mawar tu jam 12 tgh malam..
serius time nk mandi tu aku dapat rasakan ada bnda merenung aku dengan muka x puas ati maka aku percepatkan mandi tu and terus masuk bilik..
and begitulah rutin aku selama beberapa hari..

dan alhamdullilah now aku dah x rse benda2 tu ada dalam rumah lagi..
aku blik2 keje je terus on laptop and pasang ayat2 suci Al-Quran sampai pagi..
alhamdullilah sampai sekarang aku dapat tido dengan lena tanpa ada sebarang gangguan..


itu jela kisah aku pon..sebenarnya ada lagi satu kisah aku kene ngan benda2 x nampak tu..nanti lah lain kali aku ceritakan..ok..thanks peej sudi dengar cerita aku ni...

-eina-



2 Comments:

perempuan sentap said... [Reply to Comments]

berani jugak ko ni... teruskan keberanian anda.. yakin boleh Malaysia boleh

Anonymous said... [Reply to Comments]

aii aku takkan beranikan diri lah duduk sensorang kat rumah kalau jauh dari keluarga. huhu.. seram..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...