Instagram : @peejburhan

back to life, back to reality

seronok bercuti.
bestnya cuti kat pulau ni sebab memang betul-betul cuti n tenang.
sebab biasa la pulau kan, line internet memang sendu sangat.
orang call pun tak dapat. hahah.
tau-tau aku dapat je sms mengatakan nombor sekian2 buat 5 missed call.
wah kemain mencari.
bukan siapa. maybe customer baru yang tak kenal kot.
dorang buat payment takda reply kan. so takut kot kalau-kalau di tipu.

line whatsapp lagi pelik.
tau-tau dapat je whatsapp masuk memacam.
bila aku bukak nak reply ke apa dok connecting je.
line memanjang GPRS je.
kadang2 ada la 3G. tapi kau macam statik kat situ takleh gerak. syabas.
tapi bestnya sebab memang tenang takyah pikir sangat hal lain.
menikmati keindahan alam.

YaAllah banyaknya nak cerita.
bila nak carik time nak update kat blog ni entah la.
biasa la dah back to reality ni...kerja pun banyak.
hujung bulan busy lain macam kan.
plan nak jumpa mama malam ni pun maybe takleh, bersusun orang nak amik barang.
kain baju ada 3 bakul nak hadap ni.
tak sempat buat sebelum pergi.
kena pergi laundry tu. aaa muntahhh.

banyak nak cerita.
percutian kali ni rasanya buat aku sangat insaf, sedar n bersyukur sangat.
banyak benda bukak mata ni.
ada time aku buat entry elaborate pasal ni.

ni nak start buat kerja pun rasa sengalll je ni.
biasa la dah bercuti tu nak start gear kerja slow je.
huhu, tapi paling tak tahan kenapa bila balik terus kulit yang tan persis beyonce bertukar rupa bajau laut ni. hahhaa.


haaaa scary tak.
ni aku baru nak makan ni.
dok pikir nak keluar makan or nak order je.
nak order rasa mahal (kes sebab keinsafan tengok kehidupan di mabul).
nak beli kat kedai atas confirm murah tapi tetiba rasa segan.
kang kak jah terkejut melihat bajau laut terlepas kang.
rasa self conscious pulak. hitam, gemuk gila, berkerak, muka naik jerawat manja. gagagga.
so end up order makanan je.
biarlah budak hantar tu terkejut. janji dia tak kenal n takda sessi small talk. haha.

eh ok la nak makan.
nak charge battery, so that bersemangat kembali kerja.
fuhhhhh.



4 Comments:

ieda iedana said... [Reply to Comments]

hahahahadoiii kenapa muka tu k.peej? dah jadi sihitam manis dah.

anyway, selamat kembali bekerja dan semoga terus dimurahkan rezeki.

nanti jangan lupa up entry bajau laut. cerita kat ig tu sikit nau. macam tak puas plak baca.
cerita la dok mana, bajet berapa semua. mana tau within budget boleh ida pergi plak. haha

honey bedazzled said... [Reply to Comments]

hahahaa tang ayat order mkn xyah small talk to ,mmg best

Miss Moon said... [Reply to Comments]

ahhahah peej itu kamu kaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said... [Reply to Comments]

heheee...shomel la awak ni. by d way, sy silent reader awk...kirim peluk cium kat penyu & kwn2 dia ye...toodllesssss

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...