Instagram : @peejburhan

title here katanya.

malas fikir tajuk. jadi lah tu.
oit sakit badan ni.
kelmarin aku pergi massage.
memang sedap. tapi tak tahan betul aku masa dia urut bahagian belakang area wing tu.
eh apa nama area tu. ala belakang badan bahagian atas kat area yang gerakkan tangan keluar tulang tu.
kalau orang badan lawa la. badan aku silap2 tulang pun tenggelam.
but nway, sakit woihhh. rasa nak tendang orang tu time urut tu.

time dia urut menggunakan siku tu.
serious rasa nak siku dia.
tapi tak gempak la tetiba tak tahan kan.
harus aku tahan dan hanya mampu meramas cadar sekuat mungkin. cissss.
kenapa eh sakit melampau macam tu?
laki aku kata sebab angin pastu urat aku meletop.
eh ada ke teori macam tu?
sakit dia sampai 2 hari weyh.
aku sling bag pun boleh rasa sakit belakang ni.
ish ish ish.
tapi aku tau la asal sakit.
sebab aku suka mengadap laptop sambil meniarap.
so memang kadang situ sakit la.
ngan selalu aku buat kerja menulis ke, pack barang tu.

satu lagi tak tahan part dia buat peha tu.
hoiii sakit. again rasa nak tendang dia.
tapi tak tendang. n kali ni agaknya nampak muka aku berkerut ke apa.
dia tau la aku sakit. n ada time aku cakap aaa sakit sangat. slow sikit. hahaha.

paling menyampah sebab kata pergi ngan laki aku kan.
sebab laki bini so langsir antara kita orang berdua tu dia selak.
laki aku ni menyibuk gila nanti dia tanya, tu kenapa muka macam tu?
sakit ke? ke sedap? ke sakit2 sedap.
bisingggg. orang massage ni nak tenang ye.
tolong jangan bising.
takda ye. laki aku ni massage kemain bising.
bukan bising apa. sibuk ramah sangat semua nak sembang.
bukan ngan tukang urut dia je, ngan tukang urut aku sekali dia sembang.
tanya nama la. asal mana la?
abang lama dah tak urutttt. next time datang nak try urut dengan awak pulak la.
bising kan. aku suruh senyap pun tak dilayannya.
lepas ni urut aku gi sorang la. tenang sikit jiwa.
kalau boleh la. kang aku pergi sendiri tak bawak dia harus muncung panjang sedepa kang.

macam banyak nak cerita.
tapi tetiba aku blur pulak.
ok dah la.
ni aku tepek je la gambar yang agak dah berzaman dalam laptop ni.

berjalan ke pavi sbb mengidam teppanyaki n nak beli selipar.






 :: dedua mengadap phone. kesian aku kan. ::

 :: pentamak so beli dua. sbb beli la kasut banyak mana pun. tetap aku akan pakai selipar jugak keluar. keselesaan itu penting ::

:: mengidam orang gemuk. harus susun je nak makan apa. ni di hari lain. makan kat kerisik tomyom. tamak jadi order siakap 3 rasa dan sup ekor jugak ::


di hari lain.
merajinkan diri ke klcc.
membeli hadiah birthday filla.
blur tak tau nak bg apa.
bg selipar jugak la. haha.
ok apa. sebab dia pun nak bercuti di pantai. :D


:: buat perangai pelancong asyik suruh amik pic dia. nak membeli belah pun payah. ::


 :: nak syok sendiri pun tak dapat. ada je penyibuk ::




later kawan noy, hida join.
n teman dia makan kat dome.
aku kena belajar daripada dorang untuk bergerak time orang amik gambar.
kalau tak memanjang statik macam kayu balak.
tah pape tah.

ok tu je.
cukup untuk kali ini.

p/s: ramai hantar email expose mistik.
belum ada mood nak ngadap sebab hoiiii bahasa korang guna ni.
short form sana sini nak muntah aku baca n fahamkan.
kang aku terus copy paste reader aku ni marah n complain.
bertabahlah.



5 Comments:

ZuNas77 said... [Reply to Comments]

Itu adalah urat belikat. Jangan main2. kalau tak treat betul2 makin sakit sampai tua. huhu..

Fiza @ Zah said... [Reply to Comments]

Peej,

urut kat thai oddesey.. best gila nak mampus... hahahaha

Allene said... [Reply to Comments]

comel la sis peej ni...

diyana said... [Reply to Comments]

aah laaaa kak..expose mistik xde.patutla hari2 ku xsempurna :P

Cik Aann said... [Reply to Comments]

sebenarnya kan..
masa tengok gambar first tu..ingatkan you ambik gambar dengan tuang urut tu..sebab tgh2 syok baca pasal massage tetiba kuar gambar plak..hahahahahaha..lawa plakkk tukang urut tu,,hihii..kirim salam kat die naa..


Pre-Menstrual Syndrom Vs Post-Menstrual Syndrom

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...