Instagram : @peejburhan

suami ku encik..??

actually antara penyebab macam tak kuasa nak mengadap blog sangat sebab saya adalah penat.
penat bekerja mungkin.
dah due sangat untuk bercuti kot.
tahap letih yang time balut parcel pun aku nangis ok.
hahah saiko tak saiko la kan.

ikut plan weekend ni nak bercuti.
dah semangat kak jah.
sekali cancel sebab noy tetiba ada meeting pulak weekend ni.
perangai aku lak, aku tak suka bercuti berdua je ngan laki aku.
sebab tu korang tak pernah kan nampak aku bercuti berdua ngan laki aku. haha.
kenapa? tu nanti aku cerita.
bayangkan honeymoon pun aku angkut battalion kawan-kawan aku.
sebab aku takleh imagine berdua je ngan dia.
hoiiii sangap.

dah la kita orang bukan jenis sembang.
maksud sembang ialah macam sembang hal dunia ke, cerita terkini ke, gossip terkini ke.
takda ye. sebab channel kami berbeza.
so selalu sembang benda pun jenis ringan n bual kosong orang kata.
sebab tu aku ni rapat ngan mak aku, adik aku, kawan-kawan.
baru layan sikit sembang.

laki aku ni ada kegilaan.
sebelum aku cerita kegilaan yang satu lagi tu.
cerita kegilaan yang korang pun aku rasa sedia maklum.
kegilaan mengemas dia tu. aku memang pasrah dah.
memang la bersyukur, sebab tahap kerajinan dia tu terkeluar daripada skala.
tapi ada time stress hoih.

kau bayangkan lah tahap kegilaan dia.
kan hari tu ada kecoh pasal google street view.
time kecoh tu aku pun sama la layan check out sana sini.
bermacam rasa ada, seram pun ye. ish terpampang je rumah.
walaupun perati bebetul, kau tau pic lama tu.
sebab kereta dah bertukar, susunan pasu lain. so tau la.
but whatever, still scary.


so sambil tengok aku cakap la kat laki aku suruh tengok.
kejap je dia kagum ke apa.
pastu kau tau dia cakap apa?
"nasib i sapu selalu yang. bersih nampak. tapi tu ada sikit tu bunga jatuh pulak."

whattt???!!! kau mampu? itu yang dia tengok. hahahahaha. aku nak pitam.
aku memang dah masak perangai dia.
dia memang kegilaan menyapu tu tahap kronik.
sehelai gugur pun dia gigih ngan penyapu n penyedok dia.

ada sekali tu jonet datang rumah aku.
kita orang nak keluar. nak pergi makan.
lapar weyh.
aku ngan jonet dah tunggu dalam kereta.
aku keluar je kereta daripada porch, dia amik penyapu porch start menyapu.
harap maklum. laki aku ada penyapu porch dan jugak penyapu luar ye.

dia sapuu sana sini. walaupun aku tak nampak apa pun sampah ke daripada dalam kereta ni.
dia tetap sapu berkali2. rupanya dia sapu pasir T____T
lama weyh. ada dekat 10 minit sapu pasir je.
jonet tanya macam mana aku boleh tahan?
aku cakap, abis tu nak buat apa? agaknya sebab ni la aku darah tinggi. sebab kena sabar. haha
even mak mertua aku pun pesan, biarkan je. kita diam je.
dah dia macam tu kan.
aku cakap kat jonet, "kau percaya cakap aku. aku boleh tau pergerakan dia."

- ok lepas ni dia akan bagi makan kucing luar. - BETUL

- lepas tu dia turunkan bidai. masukkan motor dia. - BETUL

- then dia susun selipar. - BETUL
time ni jonet tanya untuk apa susun tu? ok not actually susun. semua memang dah tersusun.
tapi dia akan amik selipar n kasut2 bagi sepah2 sikit tengah porch la. senget sana sini.
konon nanti nampak macam ada orang kat rumah. T______T

sambil aku terangkan kat jonet tu.
sambil aku jeling daripada side mirror tengok depan rumah aku yang penuh daun n bunga-bunga yang gugur ni.

- ok kau tengok ye jonet. dia perhati sekeliling. rasa puas hati.
ok dia dah boleh keluar ni.
tapi percaya la. nanti dia nampak daun-daun ni semua. memang dia takkan keluar.

so laki aku dah ready nak keluar ni.
dia terpandang je depan rumah dia punya brake emergency kaki dia tu, terus pusing n amik penyapu n penyodok ok!
time ni jonet dah tergelak sakan sampai terbaring2 la dalam kereta.
aku memang takleh kata apa dah.
itu la rutin everytime nak keluar.
tak kisah la kau lapar ke. kau nak cepat ke apa.
dia takkan tinggalkan depan tu tak capai piawaian dia.
paling hebat dia boleh menyapu even hujan selebatnya ok. 
janji dia bersihkan depan tu. 
pastu abis hujan dia merungut apesal kotor balik.
aku cakap, "yang takda orang sapu time hujan yang. dah tentu angin kuat, hujan lebat semua. memang akan kotor balik la yang."
kadang kul 2-3 pagi nak sapu. apa kau gilaaaa?
kadang aku cakap, yang dah tengah pagi. takda siapa nak tengok yang.
muka masam je masuk rumah aku tak bagi sapu. hahaha.
tapi dia mana boleh. dalam rumah tetiba dia vacuum sakan pukul 2-3 pagi.
siap pakej buang sampah la apa.
alang-alang buang sampah, harus dia sapu jugak weyh kat luar.
aku memang kosser nak layan.
asal dia happy la kan.

pic bawah ni aku sempat capture ok.
aku bukan exaggerate ok.
aku sempat selfie la menunggu dia.
sumpah 20 minit aku tunggu.
padahal aku lapar gila time tu. nak keluar sangat dah tu.



muka ahkak memang pasrah uolls.
tangan dia sebelah ngan penyodok dia yang batang tinggi tu.
senang dia tak terbongkok2 kaedahnya.
siap request kat aku nak batang tu. senang nak menyapu katanyer.
sebelah lagi gigih menyapu.


ye yang.
sapu la sampai rumah jiran.
"ayahanda marah ke?"
"eh tidakkkkkkkk....dancing la sampai pagi. ayahandaaaa tak marahhhhh."
"25 percenttttttttt"

ok settle kegilaan mengemas dia tu.
satu lagi kegilaan dia adalah hp.
kadang rasa menyesal je belikan dia hp dulu.
sebab tu kadang dia cakap hp dia macam prob je sekarang aku buat tak dengar je.
kira-kira nak bodek hp baru la tu. sorry.

sebab apa?
dia tu asal celik mata mengadap phoneeeeee je ok.
i is stress.
sebab tu aku takkan nak bercuti berdua je ngan dia.
elok nak tenangkan fikiran boleh sakit jiwa aku.
ye la, if lepak pun itu je dia hadappppp.



kadang tu terasa seperti diri ini sepi sekuntum mawar merah.
ye la dia ngan phone dia.
aku ni melangut je la.
keluar tak sembang. makan pun tak sembang
aku pulak jenis perangai if keluar jarang la aku nak ngan phone je.
kadang check pun tak.

tapi dia bukan buat apa pun.
selalu dia main game la.
sampai mama pernah tegur..sebab tengok kemain dia tenyeh screen tu.
mama cakap apa yang kau tenyeh tu ben, kalau boleh menjerit, dah menjerit screen tu.
dia sengih je. eeeiiiii.
ni video aku amik.
kemain dia tenyeh.
bila aku panggil dia layan la kejap.
pastu sambung balik.
sabar je la.

A video posted by Peej Burhan (@peejburhan) on


tapi dah masak sangat perangai dia.
so takpa la.
dia layan aku sikit2 macam tu pun aku dah teruja n happy. hahha.

satu lagi favourite dia adalah edit pic.
tah mana-mana apps edit la dia jumpa.
nanti kerja dia edit pic orang sekeliling.
selalu pic kawan-kawan dia la.
ada sekali tu aku nampak dia edit pic arwah abah.
tapi hebat gak la. patut pic arwah abah tu tengah terbaring sakit kan.
dia boleh edit nampak pic tu abah macam pakai suit n nampak sihat je. :D
kadang sempat la aku jeling tengok.
nampak la dia edit memacam. 
kadang geram, sound jugak la.
cakap, apa laaaa faedah u buat semua tu. takda kerja ke?
nanti mula la merempus, simpan hp dia. 
tapi kojap jo. lepas 5 minit keluarkan balik phone dia layan lagi.

fed up je kadang-kadang.
dah la if lepak mesti nak ajak aku.
aku malas ikut, kemain masam muka nak aku ada.
tapi dia mengadap phone.
last-last aku yang sembang ngan kawan-kawan dia.
dia ngan phone. tumbuk kang.

selama ni dia buat between dia adik beradik n kawan-kawan je.
sekarang ni dah aku terlibat.
ada je nanti dia hantar kat whatsapp

:: blonde lak tetiba ::



satu lagi perangai dia.
suka nanti tetiba phone depan muka aku pastu snap gambar.
amik kau horror macam ni.
tapi pic macam ni la dia suka.
kadang tu gambar pelik-pelik dia siap jadikan homescreen la apa.
nak pitam aku tengok.
kot ye pun, mintak la aku pic selfie perahsan cantik ke.
i boleh bagi ok. baru semenggah sikit muka i. hishhh.
uiksss tengok balik pic atas ni. ngeri sangat muka. hahahhaha

oh pastu baru-baru ni dah sibuk edit pic sendiri pulak.
hari tu ke klcc. kemain posing sana sini suruh aku amik pic.
tak suka tauuuu.
feeling pelancong lak nak amik gambar sakan.
pastu aku pakai phone aku.
selagi aku tak whatsapp kat dia pic sibukkk dok tanya n mintak2.

dah la sepuluh kali snap, kat sepuluh tempat.
pastu dia tanya mana gambar.
aku kata la, dah send laaaaaa.
dia kata tak dapat.
aku kata dah. tetap dia sibuk tanya kata tak dapat.
aku kata la, dah send. nampak ni 2 right (sambil bukak whatsapp) tunjuk kat dia.
dia kata tak dapat. dia tunjuk pulak phone dia. eh asal tak dapat?
sekali aku check...boleh kau aku send pic laki aku kat customer. hahahahahahhaha
sebab agaknya time tu aku tengah berwhatsapp ngan customer. 
yang laki aku sibuk nak gambar. konon aku send la.
haaa salah orang. mesti terkejut customer i tau.
terus sorry n gelak sakan la.
nasib customer tu kata takpa..saya reader kak peej. 
nasib reader aku tau, buatnya customer baru ke apa.
tak ke pelik orang tu apakah gila peniaga ni bagi gambar lelaki berkulit hitam banyak2 kat dia. kah kah kah.

punya la dok desak aku nak gambar.
rupanya dia nak buat ni.



heeeee sabar je la.
dah tetiba mengimpikan berambut lurus n blonde pulak ke laki aku ni?

then beberapa hari lepas tu dia bagi aku pic ni.
nak terpengsan aku.


tapi nak tergelak jugak la aku tengok.
ada-ada je la laki aku ni.
tapi tak menahan aku upload kat ig, ada orang kata macam azwan ali.
hahahhaha bodoh tau. bila tengok balik memang ye la.
eeeiii seram tau.

oh ada yang tanya maksud ayat tu.
patom tu apa?
kemain teka tembam la apa. tak ok!
meh aku bagi makna ayat tu.
"cium pipi yang masam tu karang baru tahu."
ye patom adalah masam. jauh bebenar kan. hhahahahaha
btw pic atas tu kan tulis patam tanguit nii..itu maksud dia, "masam sangat ni."


laki sapa la ni.
hari tu lepak reramai celebrate bday filla.
orang sembang laki aku ngan phone. ni kerja dia.
kejap2 je dia join sembang.
elly siap tanya win, u duduk sebelah ben, u tengok dia buat apa ngan phone?
yeeee win pun nampak kerja dia dok edit pic. sabar je la.

dulu ramai tak puas hati bila nak cuti je, aku taknak pergi berdua.
mesti nak sibuk ajak kawan ke apa.
dorang kata pergi la honeymoon.
sekarang bila sendiri dah lepak ngan laki aku, dorang paham.
mesti aku akan stress sebab dia ngadap phone je nanti. 

dia bukan jenis akan research pasal tempat ke, apa aktiviti ke, semua kat aku.
nanti dia akan cakap terpulang kat u.
pastu let say tak seperti dibayangkan ke, sesat ke. kang tak pasal gaduh.
elok merehatkan mental dan fizikal. terus jadi nightmare nanti.
sebab tu aku suka ada geng lain.
atleast aku boleh rehatkan otak takyah pikir apa2.
biar orang plan itu ini, i ikut je. :D
tapi takpa, nanti la aku nak try. tengok macam mana.
kalau tak ok seperti ku jangkakan. memang takdo la nak berhoneymoon bagai.

akhir penutup entry.
mempersembahkan hasil kerja MrB


lawak. tapi aku rasa comel la pulak.
aku tau korang kagum aku kurus kan. hak hak hak nakkkk jugak.
tapi aku lagi kagum bersuamikan abang sado.
tersenyum simpul iolls dok ulang tayang video ni. *gelak kecil tekup mulut*

45 Comments:

Allene said... [Reply to Comments]

ihihhihi lawak la laki u sis...

Aisyah said... [Reply to Comments]

Haha tolong tolong... tak boleh stop gelak

aisha said... [Reply to Comments]

laki bini comel.. i wish my laki kaki menyapu (sapu sampah saja) my ben..
by the way, apa update ur mum balik haji.. apa reaksi ur dad.. tak citer pun lagi

Filla said... [Reply to Comments]

hahaha.. tapi tu lah best.. kalau sama perangai pon bosan... ben kan taste kak peej.. sado, blackie.. auwwww

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

Fine!!...dari satart perenggan pertama sampai habis....aku gelak sakan.
Dengan boss aku pun join gelak.....hahahahahahahahahah
Mr. B Thorbaikkkkkk!!!!!

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

hhahaha jenuh i gelak baca entry kak peej yg ni. Mmg kagum betul la suami akak punya habit menyapu ni. Suami kite plak sebelum keluar, saye ni dah berpeluh duduk ketiak dalam kete walopon aircond pasang, dia tak keluar rumah lagi. Ada sekali saye ngendap dia. rupanya dia pegi masuk bilik air tengok paip tutup dah ke, masuk jamban, tengok dapur pastikan takde dapur gas nyala, masuk bilik, tengok lampu tutup ke tak. tgok ruang tamu, plug semua tutup tak, sampah buang dlu kalau ada. tukar plastik sampah. Kadang rasa macam adui laki akuu. Tapi bila lama2 tu, okey bagus mendapat laki begini sngat teliti.

Bab men henpon. Laki kite pon sama. Main COC. kadang sebelum tidur, ehh tenyeh henpon lagi. sampai saye kate, abg pegang henpon lagi, saye tido luar kang. Hahahahaha...

Miss arfisa said... [Reply to Comments]

kak peej. serius lawakkkkkk. hahahaa.

BeLLa de ViE said... [Reply to Comments]

Hahahahaha gelak sampai menangis tengok gambor-gambor ni semua!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

i'm your silent reader..suka baca blog kak peej...tp entry yg nie dari awal sampai habis asyik gelak je..bab video tu memang tak menahan..guling2 gelak..hahahaha
at least kreatif kot suami kak peej..

Fazlia said... [Reply to Comments]

Selamat baca ni sorg2 dlm bilik tau. Kalau tengah berhimpit kat LRT tak ke naya terkucil nahan gelak. Pls buat disclaimer before entry extra lawak. Boleh lari jauh2 before start baca ekekekee

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

ya Allah sakit pipi gelak tengok video tu
sumpah lawak hahaha
ni entry paling lawak setakat ni hahaha

tapi kan, bab menyapu sampai rumah jiran tu, haha
takpe la. dapat pahala bersihkan laman orang
tapi kalau sampai time hujan lebat pon menyapu, diri sendiri yg merana kang tak pasal2 demam hihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

OMG.... hahahahaahhahahahhahahahhaha....................

Xuriana said... [Reply to Comments]

aku dh tengok video ni kat FB, tengok lagi sekali pastu tergelak besar dah la bos aku kat sebelah. bahahahahaha. pengsan!

tapi yg gambar arwah abah pakai coat tu aku tgk jugak. style kan, haha.

Mummy Ayu said... [Reply to Comments]

paling win sekali adalah video.. terbahak2

sharon m.q. said... [Reply to Comments]

hahahahahahah...lawakkkk sangat okey.. kalau kat rumah ni, mesti dah gelak guling guling...

diyana said... [Reply to Comments]

HAHAHAHA lawak kak..xpasal2 gelak sorg2 kt opis ni :D

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahahhhahhaha...kelakoooo....terbayang2 peej menari...hahahahaha

cik ina do do cheng said... [Reply to Comments]

bantai gelak baca entry ni .hehehehe

Marziah Zakaria said... [Reply to Comments]

entry yang panjang..tapi video penutup tu paling win...hahahahaha

NURUL ALI'IM -ZAINAL ABIDIN said... [Reply to Comments]

lawak sgt ni..dari gambar first sampai last x bhenti gelak. X tahan la mcm ni, sakit perut gelak. update entry psal abg ben hari2 pun x pe kak, bleh hilang stress ni

Anonymous said... [Reply to Comments]

cute la suami awak! nak jadik model tak?

Murni said... [Reply to Comments]

bos saya cakap sy gila gelak kuat2 dalam ofis.. haha..terkejut den yg gamba patom tanguit tu..kah kah kah..

Kak Ungku Betty said... [Reply to Comments]

adooiiiaiiiii...ben oh ben, kelakor bebenor dia ni yer....
Peeja...aunty ketawa sorang2 , esp part gambar2 rambut blonde tu...
sampai uncle tanya...apa yang you gelak2 sorang?
baca entry anak sedara abang lerrr...
uncle kata gambar peeja mcm fiona shrek, pastu dia pulak yang gelak.... :p

Kak Ungku Betty said... [Reply to Comments]

video tu buat aunty tahan ketawa sampai nak terkentut2....sebab kat office!
Nice one Ben...hahahaaaaaaa

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahahhaha.... this entry memang win!!!
Menceriakan hariku

-silent reader

Mila Hilas said... [Reply to Comments]

hahahaha entry ni serius lawak..adoii...siap vid bagai

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, iols rindu uols menulis panjang sebegini... ini yg kita mahuuuuu... dari ayat pertama smpai ayat habis, iols ketawaaaaaa... plssssss jgn hampakan die-hard-fan uols...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Haha meleleh-leleh ayaq mata baca.. Kadang hat perangai merapu ni kalau dah takdak kita dok rindu2 kan. Hadoyaii..

Nana Sharia a said... [Reply to Comments]

hahaha the funniest post ever.. gambar edit tu tak menahan tu

sistyah said... [Reply to Comments]

gelak sampai keluar air mata weeehhhh peej oiii

jija said... [Reply to Comments]

Hahahaha rasenye ini entry paling lawak kot .......

Anonymous said... [Reply to Comments]

Lawak gilee...adoiiiii...sakit perut ketawa peej oiii...peej asal makin lawaaaa.....!!!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

aaaaaaa ketawe sampai nangis niii x leh stopp

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, ai le yg u tersend gambo Mr.B tu hehee...nasib mmg pembaca tegar, so takdela terperanjat ke apa hehe. Tapi next time kena extra careful gak, kot2 tersend gambor Mr. B XXXX heheh...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ha hahahha lawak ler entry ni.. Lama dah Peej tak tulis citer panjang2 cenggini

Cik Siti Hajar said... [Reply to Comments]

hahahahahahaha.. sakit perut gila sy gelak..

1st time komen ni...

abah sy kalau nak keluar.. dia mesti kemas rumah..kosongkan sinki..
mcm2 lagi laa...

Marsha~ said... [Reply to Comments]

hahahaha.. korang mmg padan berdua lah uols!!!

Izura Mohamad Sobri said... [Reply to Comments]

lawak gila
;) feel free to follow my blog. baru lagi ni ;)
www.izurasobri.com. thanks ;)

Anonymous said... [Reply to Comments]

entry paling bangang lawakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
kah kah kah

Maszwin Mujahid said... [Reply to Comments]

dah mcm OCD dah hubby kak peej ni..Tapi..this entry lawak superb....!!double thumbs up!

Nurul Azlan said... [Reply to Comments]

selama ni tak pernah komen... just baca je.. tp entry ni ya allah tak menahan... dah laa baca kat office.. terkekeh2 gelak tp kene control sbb ada boss kat blkg... terpaksa control dgn baca pause.. baca pause... penat gelak...

Cik Sibuk said... [Reply to Comments]

Btw elok la suka ngemas..daripada dpt laki yg super pengotor..ya ampunnn. Lagi hazab

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

kelakar kelakar...dr ig aku dah tahap tak leh tahan gelak....laki ko mmg ada ada aje...sib baik bini sempoi....hahahahaha

R.R.Z said... [Reply to Comments]

peeej tak kira!! kita lambat komen atau ape2 pon..weyyy best gila laki perangai mcmni. comel!!

ape katum2 patom patom ni!! adoi bahasa comel korg eh..
sweeeet ah.

kem salam encik ben awk ya!!

Murni said... [Reply to Comments]

Akak, saya ada buat research psl OCD. n saya rasa simptom tu ada kt abg ben la. maksud sy dia ada ritual (step) yg perlu dia buat sebelum dia keluar rumah. kalau tak buat, memang dia akan marah..sebab ritual (step) dia x complete. Macam ada org OCD yang saya kenal, dia kena ulang perkataan dia sebut tu lima kali. kalau tak dia macam x senang duduk. Huhu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...