Instagram : @peejburhan

releven untuk si kaki bebel

wah kemain releven bagai korang kan.
maksud aku tak releven tu bukan apa.
ye la aku blogging since 2006.
time tu umur aku pun 23 macam tu.
jiwa muda mudi.
semua nak cerita.
tak kisah share benda best ke, tak best ke, bengang ke, benda merepek ke.
sesuka hati nak cerita apa pun lah.

now dah 2014.
sedar tak sedar dah 8 tahun dengan blog ni.
umur aku pun dah 31 satu.
pemikiran pun dah matang. ok kalau tak matang sangat pun, sikit tu ada.
so kau dah boleh berfikir apa yang nak update ke tak.
memang ada perasan macam-macam.
tapi nanti sebelum nak publish kau macam fikir.
eh macam mana if orang takleh terima entry ni.
kau dah pandai pikir sensitiviti orang lain.
so jadi kurang best.
sebab end up entry tu aku peramkan sahaja dalam draft.

kalau boleh taknak update entry time tengah bengang or marah-marah.
taknak menyesal di kemudian hari.
nanti menyesal pulak bila baca balik.
nanti nampak macam semakin tua semakin cerewet kak jah ni.
macam mana nak meneruskan perangai yang konon cool ni?
tak sangka semakin tua perangai semakin annoying di benci anak-anak muda.
wah gitu.

pernah tak time muda-muda dulu kau jumpa orang-orang dewasa yang cool.
pastu rasa macam, ok dah baya tu nanti...aku nak cool macam tu.
sekali bila meningkat usia. tak sangka aku tak cool seperti yang di jangkakan.
tersangkat makcik-makcik perangai.
tidak lagi berpeleseran, tidak lagi suka tengok orang buat benda bongok.
rasa macam, eh apa muda-mudi zaman sekarang perangai begitu sekali.
tak sedar diri, satu masa dulu kau pun macam tu jugak.

jiwa dah ke arah slow sikit la.
semua benda nak update nanti terasa macam, eh perlu ke update?
macam poyo je. tak payah la.
if setakat nak share sikit-sikit gambar or bebel sikit-sikit.
sentiasa boleh channelkan ke instagram, fb or twitter.
lebih mudah kan.
blogging ni leceh sikit kerjanya.
then terfikir, ada lagi ke orang hadap blog?
ketinggalan zaman sangat tau. orang dah tak layan blog sebenarnya.
orang pun nak senang.
orang layan ig, fb n twitter je. kan?

tah la. maybe this is just a phase.
biasalah kan. korang pun some dah lama baca blog aku ni.
ada time tiba-tiba perasaan pelik-pelik datang.
aku rasa PMS kot.
stress benda-benda tak perlu.
pastu sedih berlebihan.
baca blog orang sedih, tengok gambar sedih, layan fb sedih.
nasib waras, kalau tak dah tampar diri sendiri kot.

busy pun ye.
n penat bekerja. nampak kerja macam simple.
tapi ada la penatnya. mana ada kerja tak penat.
mungkin perlu cuti untuk tenangkan jiwa.
mungkin balik cuti baru boleh start fresh.
amboi mengada sangat bercuti bagai.
rindu laut. dah laut pulak tiba-tiba kau ni kan. hahha.
nampak tak jiwa tak tentu hala aku ni?

aku rasa macam dah tak releven nak berblogging sebab rasa nak share cerita secara details and penuh gambar dah tak ada.
dah tak kuasa pun ye.
macam aku cakap, rasa nak share, upload kat instagram terus. senang.
tapi blog ni best kalau adanya perasaan macam sekarang ni.
so kau boleh merepek cakap sorang-sorang sesuka hati, panjang lebar semua.

takdanya aku nak stop blogging.
gila kau. dah 8 tahun. dah sebati dalam diri.
maybe one day. itu tak tau.
tapi bukan dalam masa terdekat ni la.
cuma mungkin nak share cerita secara semangat dan berlebihan kurang la kot.

eh ok lah. aku ada banyak benda nak settlekan ni.
busy sampai ahad.
:(

p/s: diharap this is temporary. semoga ceria di hari-hari akan datang.

12 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

masih relevant peej..sbb sy la salah sorg silent reader yg suke bc kat opis haha. sbb kt opis xbuka ig, data plan xckup..tggu smpi umah wifi baru la bukak haha

Anonymous said... [Reply to Comments]

Dont ever stop blogging peej...in syaa ALLAH

Nur Saleha Jayiddin said... [Reply to Comments]

keep on blogging kak pija. suke baca. best kot blog ni. bebel2 pon xpe

ahtzelin said... [Reply to Comments]

Jgn nak stop blogging peej oii...ape aku nak baca nnt!

Jemput singgah mai blog ai peej ~ ahtzelin.blogspot.com

shasha sawal said... [Reply to Comments]

blogwalking :p PerfumeWorld

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to Comments]

bila ada gambar rasa best nak citer.. ada masa ila pun rasa ak tau nak citer apa.. nasib ada citer produk2 haha.. gile meniaga itula kejanya... tapi kalau asik produk je menyampah juga.. so selit yg merepek sampai rasa eh cam kerepek jugak...

R I N I . R A N I said... [Reply to Comments]

Fuhhh....ingatkan dh nk stop blogging. Jgn lah stop ye. Sy suka baca blog awk

Mrs Nadila said... [Reply to Comments]

Peej u cerita je apa yg nak.. i tak judge orang thru blog..suke nak baca celoteh u..kalau nak cerita bende happy je mustahil la manusia sentiasa hidup gembira..ada la part suka duka juga..tp itulah manusia sekaran ni ramai yg gile kan...hahaha..benda ringan pun suke je derang nak drag jadi panjang2..tp kalau u kurang dah berblog abisla kurang bahan bacaan ilmiah i...aik

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

i love blogging and reading blogs! xD ntah la, mmg la ada fb instagram semua ni tp mana nak sama si kucing belang.. ecewah. perasaan bila baca wallposts fb tu lain, twitter lain, instag lain, blog pun lain. may b pun sebab life ni busy and macam2 nk kena buat. baca and type blog ni perlukan masa yg tenang2 utk buat. sy pun dulu kemain selalu update blog, now kurang banding dulu sebab kekangan kerja and life. but still selang berapa hari masih blogging kalau sempat. sebab suka. hihi

Arena said... [Reply to Comments]

Salam,

Saya dah berblog dari tahun 2005. Blog yang lama dah diprivatekan pon sebab banyak content yg tak sesuai. Some of the entries plak i myself cringe reading it. Actually dah tulis panjang lebor td sekali ilang bila publish. Hampeh sgt. Anyways keep on writing. Blog best nak baca balik dsn boleh bukak label2 berkenaan untuk baca. Patu senyum sengsorang or rasa nak ketul paler sendiri sebab posting bangang ahahahha.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Siapa kata x relevance?... i x layan ig, twitter n ape lg yg u sebut... i'v been ur follower since 2007... everyday it's a must to read ur blog... ur writing is simple n funny... u always light up my day... keep on blogging ya peej... please.....

sweet_saya said... [Reply to Comments]

dah makin berusia kita makin pk wisely.. sama mcm mama kak peeja.. sy tgk penulisan blog dia sgt ikhlas.. mmg macam org baik2 je.. sejuk hati bila bace penulisan dia.. mcm takde hasad dengki suma yg ditulis gud2 je.. sukaaa

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...