Instagram : @peejburhan

pencuri masa

hola lovelies.
lama kan i menghilang.
takda hilang pun. ada je.
cuma takda masa nak mengadap blog je.
kat instagram ada je hidup ku yang warna- warni.
wah warna-warni katanya.
ye la mananya tak warna-warni kan.
sebab mengadap hal business je.
shawl kak pilla kita kan colourful.
campur colour ephyra yang turquoise tu, tabita yang gold tu.
plastik poslaju yang warna oren2 tu. hihi.
seperti biasa kalau shawl the kasihs release color baru, merasa la iolls busy.
goreng pisang cheese panas-panas tu pun tak panas macam shawl kak pilla tu.
terus ahkak bertangan sotong menyiapkan kerja.

ada masa curi-curi la keluar sana sini.
kalau tak nak keluar pun takleh sebab ada nak COD barang ke apa kan.
tapi takpa. hari ni n esok je nak ngadap ni.
lepas tu iolls tenangkan fikiran bercuti. mmmm tak sabar.
so harap maklum siapa nak barang cepat sila beli today n esok ye.
sebab lepas tu aku takda.
kerja bersambung kembali on tuesday.
aku pun tak sure tempat aku pergi tu line ada ke takda.
kalau ada dapat la kita bercommunicate.
kalau takda, tunggu i balik lah ye :)

aku takda as usual mak mertua n adik ipar akan duduk sini. tengok-tengokkan rumah n kucing :D
ingat nak beli barang dapur sikit. if mak nak masak ke apa.
tapi rasanya macam tak sempat je i nak curi masa. haha.
takpa, i tinggalkan duit buat beli makan.

serious banyaknya nak cerita.
tapi takda masa nak update.
gambar berderet je dah transfer. tengok la. ada masa update.
takda kalau, rasakan nanti tunggu je la entry2 basi i. huhu.

eh aku ni takleh nak lama-lama mengadap blog ni.
kata i kan pencuri masa.
oh sekarang aku n filla dah semakin systematic. hahah nak jugak.
ye la kan daripada hari tu sibuk konon boleh order kat dia n aku.
tapi mesti tak menjadi sebab kelam kabut semacam.
asyik kena tanya available lagi tak shawl la apa benda la.
aaa stressss. ye la barang laju. kang memandai kata ada, tetiba takda.
tak pasal kang customer marah kita kang.
so memang tak boleh la dedua handle.

tapi sekarang ok.
sebab hasil perbincangan, filla now restock satu color tu banyakkkk. :D
then siap-siap aku dah bahagikan.
contoh ok filla setiap color tu dalam buku tu kau tulis 150 helai. balance 50 helai aku punya.
memula filla tak faham. nasib lepas explain few times dia ok.
senang macam tu. masing2 ada buku n stock masing2. andai kata salah satu habis quota, baru tanya stock salah sorang. haaa macam tu la. :D
wahhh so brilliant kak jah. tepuk tangan utk diri sendiri.
haha matiklah benda simple macam ni pun nak teruja lebih kan.
haruslah. sebab rasa wow systematic nya.
sebab aku nak meniaga few years. aku tau some customer memang prefer pakai whatsapp je kan.
senang segala transaction. sebab tu bila customer dah boleh order the kasihs shawl thru whatsapp aku rasa teruja. :D

oh btw ni color baru the kasihs shawl.


the kasihs shawl.

material : chiffon
size : 180cm x 80cm

price :
1 RM35
3 RM100
all 4 colours RM130

Postage
Semenanjung - FREE
Sabah Sarawak - Add RM5

boleh whatsapp 01227585

ada jugak customer yang contact aku tanya material apa.
aku jawab chiffon, tapi dorang nak specific chiffon apa.
aaa tak tau. kami dedua ni bukan la tailor ke, fashion designer ke. mana nak tau specific.
aku pun tak tau nak bezakan.
memang shawl ni lembut n sejuk.
so ada sehari tu keluar ngan filla nampak gerai2 shawl dalam shopping complex.
so dan-dan la dok pegang shawl.
ooo baru la faham. rupanya chiffon ada banyak n mostly jenis keras n kasar.
harga sama or murah sikit. tapi tak sama la.

aku suka sebab dia memang jenis sejuk n lebar.
tapi aku belum pernah pakai properly la.
sebab iolls takda brooch n segala pin tu la.
hahha n aku tak tau nak beli mana dua benda tu. ;p
so buat masa ni jadi selendang je la yea.
aku kan kerja post.
so memang selalu menulis segala details kat borang poslaju tu.
tersenyum aku bila tiap kali tulis tu nama-nama yang familiar.
keep on repeat order daripada batch pertama sampai la sekarang latest ni.
maybe sebab puas hati n suka kot.
ada yang aku tengok kumpul setiap colour. wahhh.
takleh jadi. rasa macam nak kumpul jugak.
simpan la dulu kan. mana tau tetiba iolls jadi hijabista dan mengidolakan kak pilla. hahahahhaha

nak beli tabita, ephyra, kacip fatimah, ibu putih, dr glow pun semua ada ready stock.
whatsapp je.

eh bukan tadi aku kata takleh lama ke?
macam dah terlajak pulak iolls mencuri masa ni.
ok la. later rajin ahkak buat entry lain lagi.



3 Comments:

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

peej...knp no tepon nk wassap tu pendek sgt?? feeling meh nieh! huhu

Latifah said... [Reply to Comments]

Comell peej.. semoga terus maju..
LatifahFazri

Mrs. A said... [Reply to Comments]

Shawl oh! shawl...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...