Instagram : @peejburhan

how to get away with murder

zaman ketagihan main game dah berlalu.
bermusim main game ni.
now nasib dah ok. kalau ngan game je.
kadang tu siap purchase itu ini. hish.
nasib dah dah takdok dah.

now kembali melayan tv series.
sebab dah musim tv series favourite aku semua dah start balik.
so harus layan tv series je.
pastu tak sabar nak tunggu setiap minggu nak download. fuhhh.

aku zaman dulu cukup suka cerita thriller n horror ni.
i like suspense n menakutkan ni. debar-debar best.
tapi now dah berumur ni macam tak boleh sangat la layan movies macam tu.
huish tahap debar tak tenang.
nanti mula la aku pause pastu pergi buat air ke.
basuh muka ke, tetiba solat ke, main hp ke. hahah.
dah rasa-rasa tenang sikit baru sambung tengok.
so cerita macam tu memang tak boleh la tengok wayang.
tak tenang aku nanti.

now layan movie biasa-biasa je.
selain movies tv series layan gak.
yang bebetul aku ikut.

games of thrones
scandal
the blacklist
orange is the new black
devious maids
bates motel
mistresses
the following

dalam banyak-banyak tu harus la paling suka games of thrones kan.
tapi setahun sekali berjanggut nak tunggu.
dah la 1 season ada 10 episode je. grrrrr.
second aku terpaling suka adalah scandal.
tolonglah cerita dia best gilaaaa.
aku suka cerita yang ending saje nak tinggalkan bagi debar-debar.
membuatkan kau tak sabar nak tunggu next episode nak tau apa jadi. i likeeee.

the following pun best aku suka.
bates motel pun best sebab agak stress.
orange is the new black aku suka sebab cerita penjara.
n sebab true story so feel lebih la.

mistresses, devious maids n the blacklist ok la not bad.
sebab dah ikut tu kan.

then baru-baru ni aku start download tv series selfie n manhattan love story.
pun ok. cerita ringan la. untuk layan sengih2 ok la.
cerita ni pun aku ikut sebab ada hari tu aku sangap.
so aku dok bukak youtube tengok tv series punya trailer.
so nampak menarik je. so ok la.
bagus gak la. sebab ada menarik nanti try tengok.

tu takpa, tu takpa.
aku kan memang rajin layan ellen show kat youtube.
so ada sekali tu dia cerita pasal tv serious baru ni.
pastu dapat tau yang cerita baru ni pun daripada orang yang sama buat cerita scandal ni.
apa lagi pantas check out trailer.


hoiiii macam menarik.
aku dah la suka cerita lawyer-lawyer ni.
selalu mesti gempak n best je.
terus aku download. baru ada 6 episode.
malam tu gak aku marathon sampai kul 8 pagi.
yes i'm crazy like that. hahha..
memang besttt!!! sebab ending dia mesti debar-debar tak sabar tunggu next episode.
helppppppp.

kalau korang jenis suka layan tv series. can consider tengok cerita ni.
scandal tu pun best. dah 4 season yang tu. so best sikit boleh marathon. :D

tak silap pernah orang tanya aku macam mana nak download tv series ni.
aku ni nak guide sangat bukan reti tapi harap korang paham la.

1. download bit torrent
kat situ la nanti dia akan download apa-apa yang kau download. tak kira la tv series ke movies ke.

2.untuk tv series
- bukak eztv.it > showlist
- pilih la tv series apa kau nak. beratus kot ada.
- pilih tv series n download la episode yang kau nak. tekan la gambar arrow ke bawah
- bukak file download. akan keluar series tu. kau tekan. then keluar window. kau tekan ok.
- so boleh tengok kat bit torrent tu dia download.
- once complete. bukak file download tu again. dah keluar file tv series yang dah siap tu. nak terus tengok boleh. or nak move ke file tv series yang korang create pun boleh.


- selain eztv. it boleh jugak download dekat kat.ph.
- terus search tajuk tv series tu. n download la episode yang nak. again just tekan pic arrow ke bawah tu.

aku baru tau website ni sebab jonet bagi tau
sebab aku gelisah apesal kat eztv tu tak keluar lagi latest episode how to get away with murder.
ye la keluar dah almost seminggu kot. i cannot. debar2.
nasib jonet kata try kat.ph tu.
apa lagi...pantas aku checkidaut.

3. untuk movies
- thepiratebay
- terus search movie apa nak. if ada dia keluar list. click get this torrent tak silap.
- sama jugak lepas tu bukak file download n tekan ok.

tapi movie leceh sikit sebab nak dapatkan yang hd kan.
kadang still cinema copy. nyampah.
so tak best la kan.
sebab tu aku lagi layan if download tv series.
memang terbaik quality.

selalu movie aku tengok live stream je dekat viooz.co
takyah register, takyah bayar ke apa. senang.
tapi line kena ok la.
kalau hazab, boleh tahan bengang la asyik buffer je.
rasa nak hempok je tengok tersangkut-sangkut.

sekian.
kesimpulan.
layanlah cerita-cerita yang aku suggest tu. best wooo.
oh lagi satu. apa lagi cerita best?
hahaha asyik-asyik tanya korang kan.
kalau korang suggest aku selalu akan tengok trailer dulu kat youtube.
kalau memikat hati baru aku download. :D



19 Comments:

Miss Moon said... [Reply to Comments]

game of thrones best ya peej . Sutan kemain suh aku tgk jugaks sebab dia bosan takder sapa dia nak sembang pasal citer neh ahhahahah \

tapi kalau aku melayan jugaks harus dapo aku tak berasap hahahhahaha .

tapi tgk mcm best giler ........

Hani said... [Reply to Comments]

Peej, I pun suka tv series yang ala-ala citer polis atau lawyer - kat 702 biasanya.
eh yang scandal tu channel mana? I tengok yang kat TV2 kot la sama hehe.
dulu asik tunggu prison break. tu la citer paling suspen pastu I tengok jugak coverts affairs. bagus u letak camne nak download nanti free bolehlah try. sebab skang tgok tv berebut dengan budak 6 yrs huhuhu. tu yg dapat tengok lepas pukul 11pm ajer huhuhu.

Lavender violet said... [Reply to Comments]

ncis best.. urm ressurection pon ok gak.. :D

aliqaliqa said... [Reply to Comments]

thank youuuuu

Anonymous said... [Reply to Comments]

TV series tajuk Lie To Me, Kak Peej. Pasal human lie detector yang terrer gila baca body language orang sampai he made a business out of it. Try lah tengok 1 episode dulu, insyaAllah akan hooked hehehe :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

movie kalau yg confirm cantik dekat yts.re
tapi dia lambat sikit lah release. tapi worth the wait. sbb cantik kan.

atika said... [Reply to Comments]

atika pun giler download series !! :D so far atika ada:
- grey's anatomy
- games of throne
- house
- one tree hill
- csi miami
- csi new york
- the big bang theory
- how i met your mother
- pretty little liars
- leverage
& latest addiction: CASTLE

BEST SANGAT!! KENA TENGOK!! :D

kalau sudi, boleh tukar-tukar series dengan atika :D hehehehe takyah tunggu habis download :P

Anonymous said... [Reply to Comments]

tv series The Good Wife... tgh meletopsss skrg!!

mumsie said... [Reply to Comments]

peej, episode 7 dah keluar kat torrentz...

dhr said... [Reply to Comments]

Oh Peej! kalo masa tgh cuti dulu mmg aku da download sume yg ko suggest ni. Malangnye acik dah kembali berkojo. nak tengok berita buletin utama pukul 8 pun tak sompek! sobbbsss.

Anonymous said... [Reply to Comments]

satu lagi Revenge... gile besttt!! sgt mendebar2kan

The Amazing Race pun sgt havoc! dpt tgk tmpt2 lain kat dunia ni.. dah 25thn dah Amazing Race ni ke udara & dah menang byk awards

Anonymous said... [Reply to Comments]

opss bukan 25thn tapi 25season

nellyberry said... [Reply to Comments]

Biasa download kat rlsource.net or loadtv.biz.
Ce tengok Suits, best cuma skrg tengah season break, kena tunggu winter nanti.
Selfie tu best, lawak gile.
Current obsession ngan Forever and Stalker.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Tv series - jane the virgin. Tgk streaming kt tubeplus

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ko tak terai tengok walking dead ke?
First time tengok buat aku x nak jd orang.
Aku nak jadi walker a.k.a zombie...
Akutttt angatttt....

Anonymous said... [Reply to Comments]

a'ah kak peej the walking dead , breaking bad , americann horror story, dreadful penny cer try hehe

ana isahak said... [Reply to Comments]

peej...nk bagi cadangan je...cer follow The Grimm.....skang dah season 4....best cite ni...

Anonymous said... [Reply to Comments]

modern family pun best

Cik Sibuk said... [Reply to Comments]

I pun suka tgk cite how to get away with murder ni. Tapi tak suka every episode mestiii ada scene beromen. Haish

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...