Instagram : @peejburhan

hajjah dan haji

dah dekat nak sebulan mama balik baru nak update khen. haha.
tu pun sebab ada orang ingatkan kat komen.
kalau tak ahkak pun lupa.

ok memang dah plan sehari awal pasal nak amik mama.
mama akan sampai isnin 27 oct pukul 12.50am.
noy kata akan amik masa lama by the time touch down, lepas imigresen, amik barang apa semua.
so takyah nak pergi awal sangat.
dia kata pukul 12 keluar rumah.
ok set.

so elok aku set timing semua untuk hari itu.
memang ke sana sini sebab i is busy woman kan.
malam tu pukul 9ish aku dah keluar.
bawak laundry.
sebab baju dua bakul kena hadap.
sambil tu dok lepak makan.
hujan lebats.


kawan-kawan MrB pun join lepak awal.
by 11.40pm baju pun dah siap n lepak sikit lagi kita orang mintak diri keluar.
aku hantar baju balik rumah.
then terus ke rumah parents aku.

plan nak drive kereta aku.
nak jalan jauh sikit.
matiklah dah 2 bulan lebih kereta aku tak sampai 2000km berjalan. haha.
paling jauh pernah pergi sungai besi je uolls.
tapi bincang-bincang balik dorang kata kereta aku kecik. *kongjaq*
so better bawak kereta noy.
satu lagi kereta bf noy.
so hopefully muat bag semua.
2 hari sebelum tu dah tanya mama ada ke penambahan bag ke apa?
mama kata takda. sama macam pergi. ok then boleh.
papa tak ikut.
sebab papa if ikut then kena bawak 3 kereta. sebab nak bawak wheel chair kan.
plus sian nanti lama nak tunggu. dia nak buang air kecik ke apa leceh nanti.

so bergerak la kita.


as usual dalam 50mins dah sampai.
sampai je park n tengok flight mama memang dah touch down. nice.


tau benda akan amik masa lama.
so kita orang pergi makan dulu.
matiklah makan lagi.
tapi makan laju-laju sebab tengah makan tengok dah ada lak orang-orang dah keluar. huiksss.


:: noy bengang aku letak spec macam tu. dia kata dah rupa cabin crew saudi selendang aku. tapi lepas aku tengok gambar ni, aku pun menyampah n rasa nak tampar ::

:: tolonglah nak selfie laki bini pun tak aman. ada je penyibuk ::

around 2.10am macam tu nampak kelibat ayul tengah tolak mama.
aaaaaa happy. Alhamdulillah selamat sampai.


:: haji n hajjah selamat sampai. happy ::


tragedi pokok krismas.
serious aku rasa aku rupa pokok krismas. hahhaha.
padan muka sapa suruh gemuk.



tak stay lama terus bergegas balik.
sebab tau papa memang menunggu je kat rumah.
iyoooo amik kau asyik dia whatsapp aku bertanya.

" mama n ayol aircraft kt42 dah touch down ke?"

"dah keluar melalui kastam ke? nampak kelibat mama & ayol ke?"

aku bagi gambar mama n ayol kat dia.

"thanks for ur photo upload mama & ayol. aamiin mereka selamat tiba. happy teruja tengok mama n ayol".

hahah. tak sabar lettew.
asyik la tanya.
hari tu sampai kul 6 pagi dok sembang n cerita.
lepas subuh baru gerak balik rumah.

mama n papa macam mana?
haaaa macam ni.

amboi over sangat ni.
aku lak time tu memang takda peluang spend masa ke sana sangat.
ye la tau la akhir n awal bulan memang busy kan.
ada je orang nak COD barang la apa.
so 2 minggu mama balik 2 kali je jumpa. tu pun dalam 15 min gitu je kena gerak balik.
minggu lepas baru la ada peluang lepak lama sikit.

ni aku ajak mama ke rumah aku ni.
tapi dia kata nanti dulu.
tapi tu la datang mama kat rumah ni payah gak.
nanti ada je tak kena kat mata dia pasal umah aku. *bersedia untuk urut dada*



10 Comments:

shuweet said... [Reply to Comments]

so sweet auntie nanie ngan uncle bob

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Ehh, cerita ni memang pendek ke atau dah terpost ni. Macam tengah baca baru nak klimaks ehh tetiba abis dah.

ruziyatul mona Adzibi said... [Reply to Comments]

sweet nya uncle.. sedih kakmona tengok uncle tidoq kat riba mama peej.. T______T

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sis..ur last pic make me cry..xtau npe tp sayu sgt uncle tdo cm 2 ats riba aunty..-farisha

Lynn Hamzah said... [Reply to Comments]

sedihnya...memang loving couple betul your mom n dad...tidur atas riba...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Rasa nak nangis tgk uncle tido atas riba aunty. Rindu sgt tu..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Moga kami pun akan penuh kasih sayang parent peej. Suka tgk

mamabeauty said... [Reply to Comments]

sayu gambo your dad tu.. paperpun Alhamdulillah semuanya dah selamat sampai pergi dan balik kans

A.I said... [Reply to Comments]

Alhamdullilah..dah selamat semuanya :) aku benornya touching tengok gambar last mama & papa kau tu..huhu...so suwit. semoga diberi kesihatan yg baik utk auntie & uncle..amin..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Namapk jelas uncle rindu sgt kat aunty, Alhamdulillah semoga bahagia kekal hingga jannah

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...