Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : himpunan cerita

Assalamualaikum Peej..

Saya memang minat baca r tengok citer seram.Maybe sebab diri sendiri pernah berdepan dengan makhluk yg xnampak dek mata kasar ni.Cuma ada kalanya saya blur plus tak berapa nak percaya..Tapi bila pikir2 balik, iyolah benda tu.cuma saya bersyukur sbb bila saya lambat perasan kewujudan makhluk tu, xdela saya takut sangat.

1. Cerita pertama saya ialah mengenai perkhemahan di sekolah tempat saya mengajar.
Sek ni berhampiran dengan kaki bukit.
Di sekeliling sekolah ni adalah dalam empat lima buah rumah penduduk kampung.
Kawasan yang selebihnya ialah kawasan sawah padi yg dah tak diusahakn oleh org2 kg.

Utk perkhemahan tu saya bertugas sebagai guru penasihat Pandu Puteri.
Jadi pada ptg hari khamis mlm jumaat tu turn saya bertugas hingga ke pagi esoknya.
Petang tu dalam pukul 6.00 ptg saya start memasak nasi n lauk utk mkn malam budak2 pandu ni..
tgh syok2 memasak dgn dibantu olh 3-4 org pelajar, tetiba urusetia arahkan semua pelajar lelaki dan perempuan mandi dan bergerak ke surau untuk solat maghrib.
jadi tinggallah saya sorang2 kt khemah tu sambung memasak.

Hari dah makin gelap tp lauk tak masak2 lg sebab api tu duk goyang kiri goyang kanan kena tiup dek angin.
angin plak sepoi2 bahasa.
Memasak kat padang terbuka itulah cabarannya.
Cuak jugak rasanya sbb khemah urusetia agak jauh.
tapi tak jadi rasa takut bila teringat ada 2 org lagi cikgu lain yg duk memasak ptg tu kt khemah student masing2.

Dalam duk kacau2 lauk tu tiba2 saya dengar bunyi yang bising.
ringkas cerita mcm suasana hingar bingar, ada suara orang bercakap2, gelak2.
mula2 slow tp lama2 makin kuat.
bila pandang sekeliling xde plak nampak student duk sembang2 ke.. sbb semua dah ke surau.
yang uzur plak gi mandi masa tu sbb sblm tu beri laluan ke pelajar yg boleh solat dulu mandi.
Saya bersangka baik dgn menganggap cikgu2 lain tu duk masak sambil sembang2 sbb khemah diorg dekat.

Tup-tup dtglah sorang kawan saya ni ke khemah saya.
Namanya akak Z, guru penasihat KRS pompuan.
dia dtg jenguk saya masak.
Asalnya dia nak ke khemah KRS lelaki tp tak jadi sbb kawasan khemah lelaki terceruk sgt kt hujung pagar n masa tu dah gelap.
Ada lampu mentol je sebiji dpn stiap khemah lelaki ni.

Dah dia dtg tu saya tanyalah dia, "akak duk sembang2 dgn N ke? Riuh bunyinyer sampai ke sini dengar suara".
Akak Z pandang muka saya dgn pelik, "takdelah Tie. akak duk masak sorang2 je dari tadi. Khemah akak jauh dari khemah Si N tu kot yg sembang2 dgn student dia. kut dia minta tolong student xleh solat tolong dia masak."

N ni mmg hepi go lucky orgnya. jadi tak pelik kalau dia bersembang tu riuh je bunyinyer.

Dalam akak Z tu duk lepak kt khemah saya kami terdengar lg bunyi riuh bercakap2 tu..
suara tak clear cuma bunyi bising je.
Akak Z pun dengar bunyi tu..
Dah pukul 7.30 ptg, saya text ke N ajak gi mandi n solat di surau.
Lauk pun dah beres masak.
Datang N sorang berlenggang je kt khemah saya.

"eh..mana student2 yg tolong ko masak tadi? tak ajak gi mandi sama ke?" Saya tanya N.
N tercengang tgk saya.."mana ada tie. aku sorang2 je duk masak dari td. sunyi sepi. mana ada org lain kt khemah aku tu.."

jeng jeng jeng....saya dan kak Z berpandangan sesama sendiri.
Bunyi ape yg kami dengar tadi?
Kembang rasa kepala kami tapi masing2 buat tak tau.
terus gi mandi n solat...

Bunyi ape yang saya dengar tu?nanti saya sambung kisahnya sbb dah panjang sangat ni..tq

..............................................................................................

Assalamualaikum Peej..

Ini adalah sambungan cerita perkhemahan tadi.Harap dapat share dgn rakan2 yang lain.

2. Peristiwa perkhemahan yg saya ceritakan tadi berlaku pada hari pertama perkhemahan.
Sekarang saya akan ceritakan peristiwa malam kedua.

Keesokan harinya saya menceritakan apa yg saya dengar kpd kem komandan dan ustaz untuk mereka buat pendinding di sekeliling tapak khemah tu.
Saya rasa tak sedap hati.
Mulanya ragu2 juga nak cerita sbb bkn semua org percaya kpd benda2 camni.
Alhamdulillah, mereka berfikiran positif. 
Saya nampak ustaz dan urusetia tu tabur belerang dan garam kasar di sekeliling tapak khemah.

Kebiasaannya malam kedua perkhemahan ni adalah malam para peserta membuat persembahan kebudayaan bagi mewakili unit uniform masing2..
Pada malam tu majoriti cikgu hadir termasuklah pengetua sekolah.

Keadaan jadi kecoh bila salah seorang urusetia tersilap pasang lagu Cindai.
Bila disuruh stop, pelajar tu main2 plak kononnya tak percaya dgn perkara mistik ni . 
Apa lagi, bertempiklah sorang budak pompuan ni bila dengar lagu tu.
Saya dan cikgu2 lagi pergi pegang budak tu bila nampak dia berlari nak panjat tangga tangki air asrama di hujung padang.
Dalam duk tenangkan budak tu 2-3 org bdk pompuan lain menjerit n menggelupur..
last2 dekat 10 org kena histeria dlm masa yg singkat.
semua pelajar yg histeria ni dipapah ke surau asrama.
Yg tak kena histeria kami suruh duduk di khemah masing2 baca surah yasin ramai2.

Sampai pukul 3 pagi kami berjaga n tolong ustaz pulihkan bdk2 ni.
Depan mata saya sendiri saya tgk seorg budak lelaki duk bersilat sorang diri..
Asalnya budak ni duk tolong papah pelajar2 yg histeria, akhirnya dia yg kena jugak.

Malam tu semua pelajar diarahkan tidur di asrama, Pelajar yg mengamuk teruk dibawa balik oleh parents masing2.

Selang seminggu selepas peristiwa histeria tu, saya terdengar seorang cikgu bercerita di kantin sekolah.
katanya pada petang hari pertama perkhemahan, salah seorang nenek yang tinggal berdekatan dgn sekolah ternampak segerombolan orang yang pakai pakaian yang cantik dan warna warni turun dari bukit tu ke kawasan sawah padi di belakang padang sekolah (tapak perkhemahan tu).
Nenek tu selalu ambil angin petang2 di beranda rumahnya (berandanya mengadap ke arah bukit ).

Gaya orang2 tu berjalan macam nak pergi berpesta.. riuh rendah bunyi suara mereka.
Bila sampai ke sawah mereka terus hilang.
Bila dengar cerita tu saya buat kesimpulan suara merekalah yang saya dan kak Z dengar petang tu.
Pesta ape yg mereka nak hadiri? Wallahu a'lam..

3. Kisah ni adalah kisah benar yang dialami oleh kakak kwn baik saya.
Kalu tak silap saya berlaku pada tahun 1993.
Rumah kwn saya ni juga dkt dengan sawah padi.
Biar saya namakan kakaknya sebagai Ani.

Ani ni seorang suri rumah tangga.
Mencari pendapatan tambahan dengan menenun kain songket.
Di kampung kwn saya ni ramai org menenun kain songket.
Setiap rumah akan ada sekurang2nya sebuah alat menenun kain songket ni (bagi yg mahir menenun kainlah).
Arwah nenek dan mak2 sedara saya pun mahir menenun kain songket ni, tp ni zaman dolu2lah.
Sekarang mereka dah tak buat dah.

Malam tu, suami dan anak lelaki tunggalnya pergi tgk bola di stadium negeri.
Tinggallah ani ni sorang diri kt rumah.
Bosan duk sorang2, rancangan tv pun tak menarik malam tu ( masa tu kat terengganu ada siaran tv1, tv2 n tv3 je).
Jadi ani ni ambil keputusan menenun kain.
Malam tu panas jadi dia buka tingkap.
Tgh syok2 dia duk menenun tu tiba2 dia dengar tingkapnya tertutup sendiri.
Tak sempat dia nak buka balik tingkap tu terbuka sendiri pelan2 n pahtu tertutup balik..macam tulah berulang2 banyak kali...
nak kata angin kuat sampai tingkap tu tertutup, malam tu xde angin pun.

Ani ni berani.
Terus dia sound kt benda yg duk main tingkap tu, "kau jgn main2 dgn aku. Aku tak takut dgn kau. Kalu nak jelma, jelmalah sekarang. Aku nak tengok muka kau !".

Sejurus selepas Ani sound, menjelma sekujur tubuh di hujung alat menenun kain tu (menghadap Ani betul2).
Lembaga seorang perempuan berpakaian baju kurung dan kain batik yang lusuh.
Memakai selendang yang juga lusuh.
Muka dia tak berapa clear sbb terlindung dgn selendang cuma nampak mulut je senyum sinis.
Terus Ani tu pengsan n demam seminggu.

Moral of the story: jgn ckp besar walaupun kita berani.
better buat2 tak nampak n baca ayat2 suci al-quran.

Sekian cerita drp saya...tq

.......................................................................................

Assalam Peej..

Dlm email ni ada saya sertakan gambar alat menenun songket.
Email yg sebleum ni saya x ingat nak sertakan, seram sejuk masa duk taip cerita masa tu.
Gambar patern alat ni sama mcm yg org2 Ganu ada.
kalau yg kat sarawak tu patern lain skit..
Dolu2 mmg majoriti rumah kat kg ayah saya ( area kg Pasir Panjang dan Bukit Besar ) ada alat ni.. kalu tak kat dalam rumah mesti kt bawah rumah ( rumah kg ) atau beranda.
Area kawasan Bukit Besar, Pasir Panjang dan Gelong Bilal ni adalah kawasan pembuat songket.
Tapi skrg dah tak ramai org pandai tenun kain songket.

Saya sertakan gambar ni supaya peej boleh gambarkan jarak Ani n lembaga pompuan tu berdiri masa baca cerita saya.Kebanyakan alat tenunan ni usang sbb diwarisi turun temurun.
...........................................................................................................................





























Assalamualaikum Peej..

Saya email lagi kisah2 mistik yg pernah saya alami ni..Takdelah seram mana tapi apa yg pernah saya ( suami dan kwn2) alami ni menginsafkan saya yg kita ni mmg berkongsi alam dgn makhluk2 ni..Kat mana2 aje mereka ada, muncul pada saat2 yg tak kita jangkakan so kena hati2 sokmo..

1. Saya start boleh nampak makhluk lain ni semasa mengandungkan anak pertama.
Masa tu dalam tahun 2008 ketika usia kandungan saya dalam 3 bulan.
Sebelum ni saya cuma boleh dengar dan rasa sahaja.

Saya dan suami dalam perjalanan ke rumah mak mertua dalam pukul 8 malam.
semasa lalu di kaki bukit (ada banyak semak samun dan pokok2 besar), saya ternampak seekor 'burung' besar melintas depan cermin kereta saya.
Besar sangat sampai penuh satu cermin depan tu. 
saya tergamam sebab burung tu berbadan dan berkepala manusia.
kepala seorang perempuan brambut panjang ( muka tak cantik ).
Cuma kedua2 tangannya saja berkepak besar.
Makhluk ni terbang turun dari bukit tu menghala ke kawasan kampung.

Makhluk ni terbang straight je, tak perasan pun kereta kami kt bawahnya.
Saya tak berani tegur ape2 n saya tengok suami saya relax je bawa keta.
Bila saya tgk side mirror, benda tu dah hilang.
kalau betullah burung, mesti nampak bila tengok kat side mirror.
Saya diam je dalam perjalanan tu.
Dalam hati duk pikir, "perasaan aku  ke ni?"
Sampai kt rumah mak mertua baru saya cerita kat suami.
Tujuan cerita sbb masa balik nanti tak nak lalu lagi kut jalan tu..
Tapi mmg suami saya tak nampak.
Saya je yg nampak mlm tu.

Saya tak puas hati dan cuba tanya orang2 tua yg tinggal berdekatan bukit tu tentang makhluk tu.
Majoriti yang saya tanya mengiyakan kewujudannya.
Maknanya bukan saya je yg pernah nampak.
Ada sorang makcik tu duk menyapu sampah waktu lewat petang.
Dalam duk menyapu tu dia ternampak makhluk ni terbang lalu kat atap rumah dia, straight terbang menghala ke bukit di belakang rumah dia.
Terus makcik tu campak penyapu n masuk dalam rumah.
Masa tu dah dekat2 senja,

2. Tahun yang sama cuma hari yang berlainan.
Saya dan suami dalam perjalanan balik ke rumah dari rumah mak mertua.
Masa tu jam dalam 12 malam.
Suami saya suka lalu jalan short cut untuk mengelakkan traffic light yg banyak kt jln raya.
Jadi dia lalu ikut jln kampung.
Masa lalu depan sebuah sekolah rendah, saya ternampak satu objek putih terapung2 lemah gemalai di luar pintu sebelah suami saya.
Sekali tengok mcm obor2, dua kali tgk mcm telekung sembahyang yang transparent.
ringan je benda tu terapung. tapi makin lama makin dekat dgn cermin kereta.

Kereta pula masa tu kena bawa slow sbb banyak bonggol (depan sekolah).
Orang kg buat bonggol sbb tak nak bdk2 lumba motor.
Budak2 cuma lalu waktu siang je.waktu malam sunyi sepi kawasan tu.

Suami saya tak nampak pun benda tu sbb dia duk pandang depan je.
last2 benda tu sampai dekat kereta dan hilang sebaik saja sentuh cermin kereta.
Pelik juga mula2 tu pasal ape tiba2 hilang.
Rupa2nya pasal dlm kereta suami saya pasang cd mengaji.
Tu pasallah benda tu hilang.
Saya tak citer apa2 kat suami saya sampai balik rumah.
penat campur takut...nanti kalau bercerita kut benda tu ikut plak. naya je..hihi

3. Kisah ini dialami oleh suami saya masa dia berusia dalam 10-11 tahun.
Pada satu malam, ketika dia duk study dalam bilik dia sorang2, suami saya terdengar bunyi motor abg dia balik ke rumah.
Masa tu abg dia umur dlm 15 thn.
Bunyi enjin motor n cara tongkat motor tu sebijila gaya cam abg dia.
Bilik suami saya pula tepi porch..bunyi keta n motor mmg dia dengar dulu.

Lama abg dia duk panggil kt luar sambil ketuk2 pintu tapi mak mertua saya tak sedar.
Ada kt dapur masa tu.
Suami saya plak masa tu rendah lg, tak sampai nk buka selak pintu (rumah kg selak pintu kt bahagian atas dan bawah).

Jadi suami saya pergilah panggil mak dia kt dapur pasal abg dia ketuk pintu mcm nak roboh dah.
Mungkin nak marah sbb dah lama ketuk tp xde org buka pintu.
masa mak mertua n suami saya kalut2 dari dapur nk pergi buka pintu, ayah mertua saya tak bagi buka pintu.
Dia suruh jenguk dlu dlm bilik abg saya.

Rupa2nya ayah mertua saya ada dalam bilik tapi dia buat derk  je tak buka pintu.
Bila mak mertua saya jenguk ke bilik abg ipar saya tu...terbongkang tidur abg suami saya tu kat atas katil..

Automatik suara yg suruh buka pintu n bunyi ketukan tu senyap.
Suara kt luar tu sebiji mcm suara abg ipar saya.
Suami saya apa lagi, terus masuk bilik berkelubung dalam selimut seluruh badan.
Nasib baik tak sempat bukak pintu.

Buat masa ni, ini sahaja cerita yang dpt saya kongsikan dgn Peej.
insyaAllah, next time saya akn citer kisah lain pula.tq
Assalamualaikum.

Tie..




















































4 Comments:

zilchy said... [Reply to Comments]

Ohoi..baca kol 1 pagi.. seram sejuk pulak rasa..

Lavender violet said... [Reply to Comments]

gulp..seram nye T_____T

Slayz Suso said... [Reply to Comments]

Boleh tahan anker

Ahtzelin Ahchai said... [Reply to Comments]

Huiii!! Takot oii!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...