Instagram : @peejburhan

Amboi lepas geram ke.

ok mari curi masa sikit sementara tunggu customer nak COD barang ni.
seperti biasa cerita sedikit basi.
sebab adalah kisah 2-3 minggu lepas. hua hua.

malam tu birthday kawan noy, hida.
since weekdays.
so mari la kita keluar lepak-lepak makan area berdekatan je.
tempat di tuju adalah kafe lapis.

aku order ni


laksa nyonya melaka n ice lemon tea.
first time makan. pelik gak.
dia macam kuah asam pedas pun ada. huhu.
tapii best sebab pedas meletop top top.
aku dah lama tak minum coffee.
rindu. tapi i cannot la. maybe sebab jarang minum.
so if minum confirm takleh tidur sampai ke esok pagi.
so kau bawak la lepak konon nak coffee coffee. idoknya aku order coffee.
jarang la. ;p



tak lepak lama pun.
sebab esoknya memasing kerja.
janji lepak n nyanyikan hida lagu birthday cukup.

weekend tu. MrB memang dah amik cuti on Friday.
ye lah kan patut plan nak bercuti tak jadi tu.
takda kemana. aku ajak gi ikea.
sebab aku nak beli candle. haha gigih kan.
aku suka la candles vanilla tu. wanggiiii.
so bila stock aku nak habis mula la tak keruan.

ajak MrB pergi ikea.
weekdays so ok la. tak la sesak sangat kan.
pergi harus tuju ini dulu. lamaaa tak makan.
nyam nyam.


dah nama ikea kan.
harus daripada nak beli "candles" tetiba terbeli carpet la apa bagai.
tapi ok apa. good bargain.
1 carpet tu rm49 je. satu lagi tak sampai rm100. i likeee.
buat letak kat bilik aku n satu lagi bilik tetamu.
sebab if orang datang rumah, tumpang solat aku suruh ke bilik tu.
selama ni pakai tikar. mesti tak comfort. naaahhh i bentangkan carpet.
semoga kak pilla, nonoy dan lain2 gumbira.
tapiiiiii kak pilla melampau, dah tengok carpet lawa dia paksa kita tukar langsir pulak.
bawak bertenang ye.

siap nak belikan langsir kat sales 30nov ni.
eh alang-alang tu aku bagi tau la.

blog moon as usual ada sales beli kain langsir dengan harga rendah dekat sarah hughes, globe.
teruja i tengok pic selalu. sebab memang murah. pernah aku tengok rm1 je semeter kau kain dia.
sampai togel la railing tak tinggal apa orang serbu.
tapi biasa la aku ni pelupa orangnya. memanjang lupa nak pergi.
so kali ni special sikit. moon tawarkan filla bukak booth the kasihs shawl kat situ.
patut aku join filla ahad ni. tapi biasa la kan i pelupa macam ke apa.
dengan selamba aku booking percutian jumaat-isnin. kemain happy.
pastu tgh malam baru sedar, aaaaaaa patut hujung bulan ada booth.
hahah bengang je pilla. kena carik assistant lain. ;p

more details pasal hari tu CLICK HERE.

ok sambung.
langsir nanti2 la yea.
memang tengok hazab langsir bilik tu.
stretch macam ke hapa sebab tingkap tu besar. kah kah.
aku pasang gak sebab mak aku sepuluh kali tanya dah pasang langsir ke belum? T____T
belum part dia lak mereka-reka itu ini suruh lawakan bilik tu.
eh kosser sangat.

nampak tak kak jah tak fokus di situ?
daripada cerita ikea. ke cerita bilik n deko bersama eric tetiba.
yang pasti aku borong candles tu banyak gila.
laki aku kata aku gila ke beli banyak2.
eh biar la. atleast takda la sepuluh kali aku kena pergi ikea.
yes i'm lazy like that.

lepas ikea, terus ke rumah mama.
lepak itu ini.
sekali noy kata malam ni jadi tau.
aku dah macam, jadi apa?
birthday hida, kita pergi lust. jonet pun ada.
a ahhh la. hari tu dorang tanya. aku kata ok.
pastu aku lupa. seee dah tua sangat.
aku tau macam aku ada plan weekend tu. tapi aku macam takleh ingat. 
banyak sangat benda dalam otak kena pikir. haha

terus ajak MrB. dia ok.
memula dia taknak. dia kata takyah la.
pastu aku ajak, aku kata jom la. hari tu u ada cakap lama tak pergi club kan.
tah macam mana sekarang.
memang lama kot.
aku last agaknya 2 tahun lepas.
i memang dah tak kuasa. tapi suka je if dengar lagu kan. :D
so lets.

sembang ngan mama. dalam 10.15 gerak balik rumah.
sampai pun dah 10.30pm. janji nak jumpa sana kul 11pm. riggghhhhttttt.
janji melayu. harus la dicapati. ahahha.
kul 11pm baru gerak daripada rumah aku.
pergi umah mama, park kereta situ gerak ngan noy.
ahkak dah lama tak keluar, baju pun takdok.
dah la sekarang boleh tahan gemuk tak menahan. lantokkk.
zaman memuda dah berlalu. hahha. takyah nak meletop2 sangat.
pakai sandal lagi. dulu gigih high heels pastu rasa kat sepak orang sebab kaki sakit. 

sementara tunggu semua sampai duduk kejap kat nagabar.



:: as usual. pic dia sorang kena ada. senang dia nak edit pic nanti T____T ::

:: noy paksa amik pic berdua. gigih akak jengkit. hihi. ::

:: mementang nak ke club hip hop, thug life konon noy. macam rupa jenny from the block pulak dia malam tu. tapi gigih kata like beyonce. obsessi beyonce dia tu ::

:: siapa paling tua dalam semua? aku n MrB angkat tangan slow2. tinggi gila kawan noy si nisa ni. tengok la tu amik pic sebelah jonet. dah la tinggi pakai lak kasut tinggi. aku sembang ngan dia kena mendongak ::



jawapan kepada persoalan macam mana la club sekarang?
sama je dulu kini dan selamanya.
tah la. aku memang confirm dah tak kosser la.
takyah la. nak dengar lagu duduk je la depan laptop. kosser dah la.

tu takpa. tu takpa.
pergi kan sempena birthday hida.
tapi aku confuse ni birthday hida ke birthday dia ni.


serious weyh. speechless aku.
semua orang pun terkejut tengok.
bersungguh weyh dia menari. non stop. siap kat dance floor lagi. hahaha.
pulak masa sampai dorang main lagu zaman dia agaknya.
kemain dia menari sambil nyanyi. hafal woihhh. pitam aku.
amboiii lepas geram nampak.
dah la macam hebat ok dia menari. 
sekali pandang dah macam p.diddy pulak. ngan kaki2 dia.
macam video i need a girl part 2. weowww.

percaya tak 10 tahun aku kenal dia.
baru aku tau dia rupanya boleh menari. 
sebab ye la walaupun kenal kat club.
tp time tu dia kerja kot. so mana ada menari.
n aku pun if pergi mana ada ngan dia.
if pergi sama pun, dia buat perangai macam dia kerja.
kerja tengok kiri kanan memerhati orang.
if dia menari pun dia suka macam main2 la. 
so aku anggap dia ni tak reti menari macam mana dia tak reti menyanyi. tak ikut tempo gitu.
hahahhahahaha. tapi jangkaan kak jah meleset. hebak uolls.
pastu aku yang malu2 bila dia ajak menari. 
kalau orang perati dah rupa saves the last dance. 
lelaki beria menari, aku macam terbangang2 situ.


bila orang kata wahhh abang bennn.
dia gelak n cakap abang exercise.
memang hampir kuyup belakang dia.
tapi katanya ahkak dah tua.
by 2.15am aku ajak keluar. nak duduk.
dasar gemuk kaki cepat penat.
tetiba mrB kata. jom makan. i lapar.
depan tu lak ada mamak. terus ke sana.
chewahhh exercise la sangat laki aku ni.
elok lepas tu bedal nasi kandar.


dah tua takyah la nak ke club.
dulu tengok jam nak check wah dah nak tutup ke. tak puas lagi ni.
sekarang check jam tengok, hoihhh lama lagi ke? nak balikkkk. ;p

alang2 update.
letak semua la yea.
ni time ke bangsar pulak.
lama tak makan nasi daun pisang nirwana.
so lets.




:: hoih sedap sangat ni. pakej sedap lengkap. ikan bawal tu garing sedap sangat plisss ::

:: bawak cuci. baru la hitam manis. kalau tak menyampah aku tengok. hitam berkeladak. haha ::

then ke rumah mama.
oh hari tu kan aku tunjuk cincin mama beli kat mekah.
mama beli untuk Mr.B gak. sedondon :D


tengok aku pakai cincin hijau je. dia pun sibuk pakai gak.
pastu sengih2 cakap, "tuami iteri ke oling?"
eeiiiii mengada sangat.

oh lepas makan nasi daun pisang iolls ke bv2.
lalu membeli.
lama tak shopping lite-lite.
ok sambar la.
tengah sale so murah-murah sajo.


yang pasti masa lepak di paksa amik pic dia 2-3 kali.
tau-tau dia send aku pic bawah ni.
sabar je la.



9 Comments:

Miss Moon said... [Reply to Comments]

frust tau nko tak ley join peej ...aku siab bgtau akan hadir sama blogger2 femes ...skalik blogger femes peej burhan tak der plak ....tak pa lain kali kay peej .

alahai sadis plak aku dgr pasal langsir nko tuh peej

baik nko bg ukuran kat aku skrg

Xuriana said... [Reply to Comments]

sexy ok ben menari! aku kagum. :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

tu boyfriend baru noy ke? yang lama dulu dah putus?

Allene said... [Reply to Comments]

nasi atas daun pisang tu mengancam sangat kak peej... yummm!

Cik Aann said... [Reply to Comments]

kahkahkah..gambar last skali tu xleh tahan..
hehehehe


Fat burner: 2hari berat turun 1kg!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej,

Pengsan mak nyah tgk Ben nari, i mmg adore laki pandai nari nih.. tq share video tu apsal amik pendek sgt hehe

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahahaa mr.B dan pengeditannya berpisah tiada :'DDD

ai pun kaki bangku jgk menari. xmenari kt kelab la tp kalau ada event ke dlu time belajar org dok casting2 menari ni, mmg last2 ke pasukan kompang je la kita (pasukan yg dipilih paling last sbb xpandai menari kahkah)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Pandai peej jaga laki. Makin lama makin segak si Abg Ben..

cikpuanfairul said... [Reply to Comments]

kak peej,lawak la laki akak....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...